Pages

Thursday, October 27, 2011

Kenapa Nak Samakan Mereka Dengan Anjing dan Babi?

Assalamualaikum... Semalam aku ada updated satu status di page blog aku kat facebook. Status tersebut ternyata menimbulkan sedikit ketegangan disebabkan ketidaktelitian mereka membaca status tersebut, membaca dengan nada emosi, dan terus menyerang membuta tuli.


SILA BACA SAMPAI HABIS! JANGAN TERUS KOMEN! Baca dengan teliti apa yang ingin disampaikan ni bagi mengelakkan terus berlakunya salah faham.  Baca dengan nada fikiran positif, bukannya dengan emosi. Tidak ada niat nak condemn atau troll sesiapa. Sekadar memberi penjelasan.

Antara komen-komen yang diperolehi.

1. Status ni seolah-olah menghina perempuan.

Ini mesti nak cakap aku anti perempuan la ni kan. Dah tu siap kaitkan mak dan saudara perempuan aku apahal? Heheh.. Chill~~ Cuba tengok balik baris ayat ni.


Kalau baca betul-betul, status tu sebenarnya dituju kepada lelaki. Lelaki yang tidak menjaga pandangan mata dan memegang tangan pasangan bukan mahramnya. Pada masa yang sama, secara tidak langsung menegur perempuan yang tidak menutup aurat sebagai punca mata lelaki dinodai. Nak cakap aku anti lelaki pulak?

Ini menggambarkan pemikiran sempit orang kita. Bila sebut pasal aurat ja, dituduh tuju kat perempuan. Abis tu, lelaki tak wajib tutup aurat kah? Lelaki dan perempuan tak perlu jaga pandangan melihat aurat pasangan bukan mahram kah? Status tu 'win-win situation la'. Tidak berat sebelah. Cuma apabila di'judge' dengan emosi, ia akan kelihatan berat sebelah. Lepas ni, cuba belajar berfikir di luar kotak ye.

2. Kenapa nak samakan dengan anjing dan babi? Tak boleh nak samakan hukum sesuatu dengan sesuatu.

Cuba tengok balik baris ayat di bawah. Ada aku cakap sama? Aku cakap lebih teruk. Malah, itu juga merupakan pertanyaan. Nampak kata tanya 'adakah' dengan tanda soal tu? Ini bermaksud aku inginkan pendapat kalian. Tapi, aku di'serang'. Hehe..



Status tu sekadar ingin menggambarkan betapa melihat aurat perempuan itu berdosa. Malah lebih teruk daripada melihat babi dan anjing walaupun haiwan itu najis. Melihat saja sudah berdosa, apatah lagi memegang.

"Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram." (Riwayat Ibnu Majah)

Jadi, adakah maksud hadis tu nak samakan perempuan dengan vavi? Adakah hadis tu menggalakkan lelaki pergi bergomol dengan vavi daripada sentuh wanita bukan mahram? Sudah tentu tidak. Fikir-fikirkanlah..

3. Pegang anjing dan babi mana ada dosa. Kena samak je. Cuma berdosa bila makan binatang tu.

Err.. Bila masa aku cakap dosa pegang anjing dan babi? Cuba tengok balik status tu. Ada aku cakap dosa? Aku cakap tak boleh.


Maksud tak boleh di sini, perkara itu dilarang. Contoh, korang tengah main taik. Mesti mak korang marah kan. Mesti mak korang akan sound, "Hey! Jangan main taik! Kotor!". Maksudnya, tak bolehla kan main taik. Padahal taik bukannya haram. Pergilah pegang taik! ;-p

4. Pegang anjing tak salah. Kena sertu ja.

Wahh.. Jom ramai-ramai bela anjing lepas ni. Pegang anjing, lepas tu ambil gambar, upload masuk facebook, set as default pic. Agak-agak, apa orang nak cakap? Heh!

Menyentuh atau memegang anjing tidaklah berdosa. Tapi, apa motif korang sengaja nak sentuh anjing dan babi tu tanpa sebab? Sekiranya korang ni doktor haiwan sekalipun, korang perlu pakai sarung tangan. Jika tidak boleh merawat guna sarung tangan ataupun darurat untuk tolong anjing yang memerlukan bantuan segera, korang wajib sertu dengan air mutlak 7 kali dan sekali dengan air bercampur tanah

Jadi, tidak ada sebabnya korang boleh pegang najis mughalazzah dengan sewenang-wenangnya.

Apa hukum memelihara anjing?

Mengikut Mazhab Shafie, diharuskan memelihara anjing untuk tujuan berburu, memelihara keselamatan rumah daripada dimasuki oleh pencuri, menjaga tanaman, rumah, harta benda dan sebagainya. Menurut pandangan Yusuf al-Qaradawi, hukum memelihara anjing sebagai hobi dan suka-suka adalah haram.

Hal ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud dari Abi Sufian bin Abu Zuhair, bahawa Nabi S.A.W. bersabda antara lain maksudnya : “Barang siapa yang memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirot”.

Abu Hurairah melaporkan Rasulullah berkata, "Malaikat rahmat tidak menyertai jemaah (kumpulan) yang ada di dalamnya anjing dan loceng." (Riwayat Abu Isa al-Tirmizi)

So, nak lagi pegang anjing dan babi secara sengaja tanpa alasan yang munasabah?

5. Statement ni bahaya. Nak tulis, biar terang dan jelas maksudnya.

Statement tu kelihatan bahaya bila korang berfikir secara bahaya. Dan status tersebut juga sudah jelas dan terang, tapi korang tak teliti dan memahaminya. Dan semuanya sudah dijelaskan di atas.

*****************************************

SZ : Amboih depa. Nak kena terjemah satu-satu?  Heheh.. Salah silap harap dimaafi. Tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak. Sekian saja penjelasan daripada hamba. Wassalam..

40 360 juta komen:

Anum said...

penerangan yang baik

Ayuni said...

pelik skang nie, klau kata sesutu tu haram je, mesti samakan ngan binatang tu, naper ek? dh xde contoh lain ke....

Solihin Zubir said...

@Ayuni : woha... ada org baca tajuk je, terus komen.. keh3..

atiqsalleh said...

haha.. tue la bila berpikir tak secara dalam. padahnya.. diri sendiri yang kene... adoii. manusia2..

Aretikz said...

Yezza.. Ahakz.. Aku tahu satu dua point kat atas memang ada juga aku komen kat situ.. keh keh keh..

Yang part dosa ku akui memang terlepas pandang tgk status hang, sal terpengaruh komen2 kat atas tu..

cuma aku nak tergkan semalam, xharam nak pegang tu, sal ada yg ckp haram.. tp x juga aku ckp boleh saja2 nak pegang tp kalau kat negara mazhab maliki, banyak yg pelihara anjing.. cuma kalau veteriner nak rawat haiwn tu tnpa sarung tgn.. xsalah pun.. yg pntg wajib sertu.. malah kalau mazhab syafie, dia mengambil hadis jilatan lalu dikiaskan keadaan yg basah.. sal tu kalau kering, kena basuh macam basuh najis pertengahan jak..

Imam Nawawi sendiri kata babi xsama dgn anjing, yakni kalau anjng sahaja wajib basuhan tanah.. yang babi tu haram makan memang terang2 dok dlm quran..

cuma mentaliti masyrakat yang aku tak berkenan part pegang anjing n babi ni mcm satu dosa.. malah jijik melihatnya.. walhal anjing dan babi, dan haiwan2 lain sentiasa bertasbih kepada tuhan.. hatta bila org memuji anjing dan babi comel pun satu kesalahan.. sedangkan pujian itu tetap milik Allah..

Wallahualam.. kalau ada salah.. tolong betulkan.. apapapun.. aku xdalah nak slash status hang smalam.. kalau aku pun, memang juga suka bg sedas kat org.. haha.. memg bagi aku xda prob status hang tu.. xtau orang lain..

cik AngguR said...

alahai..payah nya kalo semua bnda nk kena terang satu persatu...erhhmmm sabar ja la erk ~

Solihin Zubir said...

@Aretikz woahh.. pnjg lebar btul komen hang aretikz.. hehe.. itu yg aku terkilan n terkejut smlm.. ni pehal smua nk condemn cakap pegang babi tak dosa.. padahal aku tak ckp pon dosa.. heheh.. bab doktor haiwan kna pkai sarung tangan tu, aku rujuk buku ustaz azhar. Kalau boleh, pakai sarung tangan. Sekadar nak bagi gambaran, tidak boleh senang2 pegang najis tanpa sebab. Yupp.. anjing dan babi juga makhluk Allah. dan jangan hina haiwan itu. Malah tak mustahil, sebab anjing dan babi tu boleh jd penyebab kita dpt pahala. Kan.. Peace yaw!

aNdi.Hanin::حنين نظوره said...

@Ayuni

bila kita kaitkan dengan 2haiwan tu, persepsi org kita akan "ALERT! Benda tu haram!" klau kaitkan dgn benda lain, org kita bt bodoh jaa..

psikologi tipikal melayu islam malaysia mmg mcm tu.

mOoN said...

mula2 baca memang tak faham sikit but bila baca dan difikirkan balik,, x salah pun status tu... cuma kita ni selalu berfikiran pendek... nampak yang tersurat tapi x nampak apa sebenarnya yang tersirat.. :)

Syafiq Ahadin said...

wah! entri nice!!! bertambah ilmu saban hari. tapi malangnya entri tak updte setiap hari. hehe!

thanks sharing. sya share!

Yana Houry said...

org kite kan jenis cepat melatah tanpa usul periksa..standard la tu...

Puteri Iqa Izyan said...

selalu tgk org update status mcm ni kt fb. tp x la terasa sampai nk marah.

sbb betul ape mcm tu. phmkn maksud tersirat disebalik ayat tu =)

think out of the box. eceh..

zikeryhassan said...

ingatkan bila kau dah terang panjang lebar, semua akan faham. tapi ada gak yang masih kurang faham. hehe

diana said...

akak sekolah sampai spm je pun boleh paham makna status tu..
yang melenting membabi buta tu mesti tahap pelajaran nya lebih rendah dari akak..
ekkkekeke..

Sunah Sakura said...

tergelak saya baca komen SZ kepada Ayuni...eh, Ayuni? lama tak nampak dia..

kalo kita renung satu2 komen tu, kita akan nampak, tak ramai yang tahu dan faham betul2 hukum aurat dan pergaulan antara lelaki perempuan..sebab tu depa terus melenting...

entri yang sangat bagus untuk terangkan pada semua...alhamdulillah..good job!

exora said...

kalau ikut mentaliti org2 zmn skrg,
meme la status awak tu boleh mencetuskan kontroversi...hihi
sekarang ni..fakta yg betul pun org cb jgk cari apa salahnya,
apatah lg jika status yg bersifat teguran seperti itu...
mereka suka berkata-kata dulu sblum fikir...

asnizaziz said...

faham maksud tersirat itu..tak perlu perbesar-besarkan isu kan. gudluck:D

Almy said...

Masalah yg sensitif sgt tu mengamuk xtntu pasal sbb dia buat benda tu :P So, org nasihat cra elok,permainkan, bila org nasihat cara agak mengkasari jiwa, mula nk tacing ^_^ Dan 1 lg, 4 mazhab Imam besar bukan utk kita debatkan, tapi untuk kita lihat dan fikir serta renungkan bahawa Islam itu sebenarnya MUDAH.

Edy Fee said...

sangat suka konsep dia..tak pegang pandang tetap berdosa

Jejaka Terhangat said...

woah..sampai kena terangkan satu2..mcm best je apa yg berlaku kat komen2 kat facebook tu. ni kena terjah sana ni. ahaks..

Aretikz said...

@solihin panjang2 tu, konfom rmai yg bca.. kalau xfaham jalan crita apa kita ckp ni, yg xterjah komen2 kat fb.. siap sedia aku kena tembak.. haha.. apapapun.. status tu sempoi.. xda hal punya.. ahakz..

qasehraihan said...

ada jugak ke org nak salah faham ek..rasanya ok je status solihin tu..tapi bagus jugak,,bg ilmu kat mereka..SZ ni bdk bagus ni..hihi

FaKArePa!n said...

penerangan yang panjang lebar untuk mereka yang menghentam bro SZ.. huhu

Ibnu Khairuddin said...

@Ayunisetau aku tu dua binatang je yang jelas haram. ade lagi ke binatang lain yg haram??? hurm... pikir jap.

SyazwanSarawak said...

pabila tangan lebih laju dari otak, terjadi la komen2 yang seperti tak mengerti apa yang nak disampaikan.

kalau jelas panjang lebar pun tak faham, kena jelas lagi panjang berjela dalam blog
*no troll intended*

nice entry bro :)

Farhan AJ said...

haha..best2.. mmg melayu macam ni zaman sekarang..typical minded..

aku ada tulis entry pasal ni

cik ciput said...

itulah dia bila tak baca sampai habeh, main nak komen ja..apa daaa..

cek chun said...

fuiyooo.. status fb pun boleh bikin panas macam tu ya lihin.
payah kalau jenis tak paham underlying meaning nih. jawabnya kena terang satu2 ler.
bleh gak buat entry. baguih2.. hehehe

Kakzakie said...

Sebab itulah pada kakak kalau tak baca habis seseuatu N3 tak payahlah tinggalkan komen. Tapi bab ini amat bagus sebagai 'ilmu' kalau yg masih belum tahu. Bacalah sampai habis. Sekurang-kurangnya kalau anak bertanya dapatlah beri jawapan.

Halal-haram dalam Islam tidak boleh diperkotak-katik. Kalau ianya haram seperti membuka aurat. Apa jua cara kalau tidak menutup aurat tetap haram tak boleh jadi makruh/harus.

battrique^sya' said...

@Ayuni

saudari, perbandingan tu bukan di zmn skang jer, dari zmn rasulullah lagi, sebab nk menunjukkan betapa kotornya binatang tu, kalao ada yg lebih teruk maknanya lagi teruk dari binatang tu.

azwa amani said...

statement pendek pun kena buat 1 entry.....ape lh org kita ni...ce pikir dlu..

:.syUe.: said...

kagum dengan blog kamu..kerana setiap entry mahupun status yg di-post jika menimbulkan kontroversi,pasti akan diterangkan dengan penuh jelas..

bg saya ianya mudah difahami dan cukup jelas lagi terang.
tahniah :)

Sambal King Admin said...

@Aretikz Tiada perkataan 'tak boleh' dalam hukum melainan jatuh dalam salah satu dalam hukum ini: fardhu,Wajib, makruh, Harus, sunnat, haram. Bila anda kata tak boleh, maksudnya yang mana. Tiada satu pun perkara yang terkeluar dari dari 6 hukum di atas. Perkara ini dibincangkan oleh ulama2 besar dengan jelas. Sependapat yang sama. Anda pula berselindung di sebalik tokoh lain yang membuat kenyataan tidak jelas di situ.

Aretikz said...

@Sambal King Admin Saya pun tertanya-tanya.. mana ayat yg sya kata tak boleh.. ^_^ harap dapat diterangkan untuk pencerahan.. samada komen di sini, atau fb? jeng3x~ hehe..

bdk br belajar said...

saya setuju ngan statement pegang n lihat aurat wanita bukan mahram itu berdosa.. tp mcm dh xde ayat yg lebih sopan n bijaksana utk di gunakn.. 'mereka' tu kita nk tuju pd manusia ke? wanita atau lelaki atau hukum atau perbuatan yg sdg dipersoalkan?

sy cume berharap yg tuan punye blog dpt menggunakan ayat yg lebih berlapik sbb wanita mahupun lelaki adalah sebaik2 makhluk ciptaan Allah..

sy setuju dgn pendapat mengatakan pegang babi itu lebih baik dr pegang lelaki atau wanita bukan mahram.. sbb leh samak..hehe. hope tuan punye blog leh paham n trima

Solihin Zubir said...

@bdk br belajar

nampaknya ada yg tak faham maksud entry ni... baca sparuh, trus skip n komen eh? hhhmmm...

bdk br belajar said...

Begini mksud yg hendak sy smpaikan.. sy sgt2 setuju dgn isu yg tuan punye blog perkatakan.. dh hbis bcer dah.. di mana menekankan sentuh babi @ anjing tu lebih baik dr sentuh ajnabi.. cume ape yg sy nak cube gtau ialah statement yg LAST skali iaitu :Adakah ini bermakna mereka lebih teruk drp binatang tu?.. Di ulangi :adakah ini bermakna MEREKA lebih teruk drp BINATANG tu? (babi?)

Bg pndapat sy, x kesah la ada tanda soal ke xde tp maksud statement tu ialah menggunakan subjek "mereka" bukan la tentang "perbuatan mereka"..

Jadi nya sy nak tanya balik, adakah mereka lebih teruk dr binatang tu (tmasuk la ape2 binatang:gajah @ biawak) ATAU PERBUATANNYA?

Bila kita compare dgn guna "mereka" sahaja, jdnya seperti x lengkap.. kalau guna "perbuatan mereka" pun akan sy rasa akan jd salah paham gak sbb dibandingkan ngn perbuatan binatang.. padahal isu sdg membincangkan hal hukum menyentuh ajnabi dan menyentuh babi..

Seeloknye, adalah Adakah ini bermakna menyentuh ajanabi lebih truk dr menyentuh binatang2 itu?

tu lah yg sy rajin sgt isukan smpai menyentuh emosi pembaca (tuan punye blog).. jgn marah nnti kena juaii..hehe

Sy mewakili rakan2 yg memberi pndapat berlainan di mana isu statement yg mendatangkan pelbagai reaksi dr utara selatan timur barat Malaysia.

maaf kalau sy masih x terang lg x bersuluh..hehe

Solihin Zubir said...

@bdk br belajar : errr.. menyentuh emosi tuan punya blog? kah3... sapa yg emo sbnrnya? LULZ..

faham sendiri dahla... takkan nk kena up lagi satu entry xplain pasal tu plak kot...

penat dah ni.. haishhh~~

Nadiranad said...

Youve to explain every single word. Har sokay, asalkan entry ni dpt buka slowslow pendapat dn pandangan invdu..

Nadiranad said...

Youve to explain every single word. Har sokay, asalkan entry ni dpt buka slowslow pendapat dn pandangan invdu..