Pages

Sunday, October 23, 2011

Kempen ‘Trash Your Tevez Shirt’ Satukan Fans Man United dan Man City

Menjelang pertembungan hangat dua pasukan teratas liga pada malam ini, satu-satunya perkara yang akan menyatukan kedua-dua penyokong Manchester United dan Manchester City adalah kempen 'Trash Your Tevez Shirt'.


CARLOS TEVEZ tiba-tiba menjadi musuh nombor satu di Manchester. Penyerang Argentina itu yang meninggalkan Manchester United untuk bersama pasukan jiran, Manchester City pada 2009 kini mula dibenci penyokong City pula selepas didakwa enggan bermain menentang Bayern Munich bulan lalu hingga dipinggirkan pengurus, Roberto Mancini. Sejak itu, penyokong City mula melupakan bekas kapten mereka dan Manchester kini nampaknya sepakat untuk menyingkirkan bekas bintang West Ham itu.



Satu trak sampah besar dengan tulisan ‘Trash Your Tevez Shirt’ akan diletakkan di luar Old Trafford, dengan cat separuh merah dan biru bagi membolehkan penyokong membuang replika jersi yang tertera nama Tevez untuk ditukarkan dengan yang baru. Jersi-jersi Tevez yang dibuang tersebut akan dihantar ke Argentina dan diserahkan kepada badan kebajikan negara itu. Sudah beberapa kali Tevez mengecewakan peminatnya. Tiada cara yang lebih baik untuk penyokong menunjukkan kebencian mereka selain membuang jersinya.

*maklumat lanjut dan lebih lagi gambar, sila klik oldtraffords.com


My Prediction
Manchester United 2 vs 1 Manchester City


RESULT
Manchester United 1 vs 6 Manchester City


SZ : Anti Man United? Silalah sokong Makcik City.. Heheh... GGMU!

11 360 juta komen:

Dawa said...

hehe bgslah. at least ada menda yg boleh menyatukan diorang

efa said...

mcm2 eh hikhik

Syafiq Ahadin said...

dahsyat! malaysia pun dah ke arah itu. Ek?

FaKArePa!n said...

kesian kat Tevez.. huhu

diana said...

tu la..
baru naik sikit dah buat perangai..
bagi orang benci saja..
sekarang diri sendiri jugak yang rugi..
lepas ni kemana pulak dia..??

sYafIk-wAy said...

positif2 , hehehe . tapi prediction kau mmg ak anggp mcm tuh pon , good ! , hehe

Hazwan Arif said...

arghhh..kalah!

aniki said...

mu kena katok 6-1 bai..malu aku team pujaan aku hilang fokus sampai membiarkan diri mereka di malu..aku tak leh terima kekalahan ni..

Nightroad said...

lebih city expel tevez..pmain berbkt ttp sering menimbulkn problem...

red said...

Man Utd akhirnya dimalukan oleh Man City... MuaaHhhahahahaha (gelak syaiton)

Wanita Bertudung Hitam said...

trash ur khairol shirt plak pasni..haha gurau je, kipas-susah-mati khairol tak perlu mrh gua plak~~