Pages

Wednesday, October 19, 2011

Hukum Menegur Kemungkaran Orang Terkenal Secara Terbuka

Islam menyuruh kita supaya berusaha mencegah mungkar sedaya upaya kita. Tapi, jikalau pemimpin kita atau orang kenamaan seperti artis melakukan kemungkaran, apakah cara yang terbaik untuk mencegahnya? Adakah dengan cara kita membantah secara terbuka ataupun dengan cara tersembunyi?

Memang kita tidak dibenarkan mendedahkan aib seseorang kepada khalayak umum serta digalakkan menasihatinya secara bersendirian tanpa diketahui oleh orang lain. Walaupun begitu, perkara tersebut dilaksanakan kepada mereka yang tidak melakukan maksiat secara terang-terangan.

Berlainan bagi mereka yang tidak segan silu melakukan kemungkaran di khalayak umum, maka tidak ada cara lain untuk kita mencegahnya melainkan dengan cara kita mendedahkan perbuatannya itu. Menceritakan kepada manusia yang lain sebagai balasan terhadap pelaku maksiat tersebut dan memberikan pengajaran kepada orang lain supaya tidak mencontohinya.

Itulah yang telah ditetapkan dalam Islam dan disokong oleh dalil-dalil syara’ serta kata-kata ulama dan salafussoleh.

Imam Ahmad Radiallahu Anhu telah berkata :

“Manusia memerlukan kesopanan dan kelembutan dalam melaksanakan suruhan kepada perkara makruf, tanpa kekerasan melainkan lelaki yang menonjolkan dan terang-terangan melakukan kefasikan dan kerosakan maka wajib ke atas kamu mencegahnya dan menzahirkan perbuatannya itu kerana seorang yang fasiq itu tidak mempunyai kehormatan dan dia tiada maruah

Imam Nawawi Radiallahu Anhu berkata :

“Adapun menyembunyikan kesalahan yang disunatkan di sini, maka maksudnya adalah menyembunyikan kesalahan orang-orang kenamaan serta seumpama dengannya. Yang terdiri dari mereka yang bukan terkenal dengan perbuatan zalim dan jahat. Adapun mereka yang dikenali dengan seumpama itu maka disunatkan agar tidak disembunyikan perbuatannya dan dilaporkan perbuatannya itu kepada pihak berkuasa sekiranya tidak dikhuatiri kemudaratan dari perbuatannya itu kerana menyembunyikan kesalahannya akan menjadikannya semakin berani untuk melakukan kejahatan dan kerosakkan serta memperkosa segala maruah dan menjadi jambatan kepada orang lain untuk mencontohinya..”

Perkara ini juga antara perkara yang mengharuskan mengumpat (menceritakan keburukan orang lain kepada masyarakat awam). Perkara ini telah ditegaskan oleh ramai ulama seperti Imam Nawawi dalam kitab beliau Riadhussolihin dalam bab keharusan mengumpat (ibahatul Ghibah).

Imam Ibnu Rajab Al-Hanbali Radiallahu Anhu berkata :

Ketahuilah bahawa manusia ada dua golongan :

Pertama : Orang yang tidak dikenali serta tidak masyhur dengan perkara maksiat, maka sekiranya terjadi kepadanya kesilapan kecil dan kekurangan maka tidaklah boleh mendedahkannya dan merosakkan maruahnya serta tidak boleh diceritakan..

Kedua : Orang yang masyhur dengan perbuatan maksiat serta secara terang-terangan dan tidak segan silu melakukannya serta tidak hiraukan nasihat yang diberikan kepadanya maka ini adalah orang jahat yang menzahirkan dosanya. Tidak berdosa mengumpat dirinya sebagaimana yang telah dinaskan oleh Hassan Basri serta selainnya.” (Jaamiul Uluum Wal Hikam)

Imam Al-Bahutiyy telah berkata :

“Segolongan Ulama Muhaqqiqin telah berkata : Melainkan orang yang masyhur melakukan bidaah atau maksiat dengan nyata seumpama dengan seperti penipuan, maka disunatkan menzahirkan kejahatannya dan menyembunyikan kebaikannya supaya tidak dilakukan oleh orang lain” (Kasyful Qinaa’:2/121)

Begitulah juga dalam persoalan menegur kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin. Rasulullah s.a.w dalam hal ini telah bersabda dalam satu hadis sahih :

“Barangsiapa yang ingin menasihati sultan (pemerintah) maka janganlah dilakukan secara terang-terangan (terbuka) tetapi hendaklah dia duduk berdua dengannya dan mendekatinya maka sekiranya dia menerima nasihatnya itu maka itulah (yang terbaik) tetapi sekiranya enggan maka dia telah laksanakan tanggungjawabnya”

Dalam hadis sahih yang lain Rasulullah s.a.w telah bersabda :

“Maafilah kesalahan-kesalahan orang-orang kenamaan dari kalangan kamu” (Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Apa yang dinyatakan dalam hadis-hadis tersebut adalah merupakan perkara asal dalam kita mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin dengan menggunakan uslub lemah lembut dan kesopanan. Itulah cara untuk berhadapan dengan pemimpin yang adil dan saksama serta tidak masyhur dengan kezaliman dalam pemerintahannya.

Namun, sekiranya pemimpin tersebut merupakan pemimpin yang menzahirkan perbuatan maksiat dihadapan rakyat dan tidak menghiraukan nasihat orang lain terhadapnya maka dibenarkan untuk didedahkan perbuatannya itu serta dinasihatkan di khalayak ramai agar seluruh manusia mengetahui keburukan perbuatannya itu lalu tidak mengikutinya.

Kesimpulannya, kita tidak diharuskan mendedahkan kemungkaran pemimpin kepada rakyat dan membuat teguran terbuka sekiranya terdapat 4 perkara kepada mereka iaitu :

1. Mereka adalah pemimpin dan orang kenamaan.
2. Dikenali dengan kebaikan kepada rakyat dan adil serta tidak zalim.
3. Tidak melakukan kemungkaran secara terang-terangan.
4. Dosa mereka tidak melibatkan persoalan hudud Allah s.w.t.

Oleh itu sekiranya mereka melakukan kezaliman secara terang-terangan maka menjadi kewajiban kepada kita untuk menegurnya dan diharuskan untuk dilakukan secara terbuka bahkan menyatakan kebenaran kepada pemimpin yang zalim dikira sebagai jihad yang paling afdal sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“Seorang lelaki bertanya kepada nabi s.a.w apakah jihad yang paling afdal? Maka Nabi menjawab: Kalimah yang benar di hadapan pemimpin yang zalim”

Wallahu A’alam

Rujukan : Ibnu Barqi


SZ : aku bukan retis... i tak popular...

13 360 juta komen:

azwa amani said...

huhuhu..good sharing bro...

amar makruf nahi mungkar...walau dgn sesiapa pun..

diana said...

pemimpin negara kita memang terkenal dengan kebaikan nya...kan??:P

hebat la blog kamu sekarang..
kagum akak tengok..
tak sangka tau rupanya sedara mara akak pun baca blog kamu/..

Solihin Zubir said...

@diana

err.. yeke? makaseh..

tp, apa nk heran.. dh akak yg promot my blog kt sedara mara akak.. mmg la diorg baca.. heheh..

kaizen said...

hah!!! terbaiklah entry ni.. elok tok ko blas semua kaki kipas retiss b4 & akn datang...

*elok ltak post nih kat side bar

MERAH said...

Camnelah nak tegur pemimpin negara kita tuh?bila lah nak sampai masanya pemimpin negara jadi macam sultan Brunei tu.huhu.

exora said...

tersepit...

Bella Bell said...

oo.. baru saya tahu.. tQ SZ :)

IBU GEBU said...

apa tindakan paling relevan untuk kita ambil berpandukan entry ini?

aniki said...

fuh..aku x reti nk tegur orang2 besar ni..kalau kutuk aku reti la..haha

fRaMe+LenSeS said...

terima kasih berkongsi. :D

FaKArePa!n said...

o.. bru tau.. rupanya ada hukum diharuskan mengumpat

naqib faiz said...

nais info.. teruskan bro. jangan peduli kaki kipas lipas retis yang hentam ko tu.

onie said...

better senyap je kalau onie...