Pages

Tuesday, October 4, 2011

Buku Ustaz Azhar Idrus Hangat Di Pasaran

Alhamdulillah... Di celah-celah kesibukan harian dan kecemburuan masa, akhirnya aku berjaya juga meloloskan diri singgah di kedai buku Popular, Tesco Mergong pukul 6petang semalam untuk membeli sebuah buku yang amat aku idam-idamkan iaitu buku Ustaz Azhar Idrus yang bertajuk "Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa".


Buku ini sememangnya buku yang paling hangat di pasaran ketika ini sejak ia mula dilancarkan 24 September 2011 yang lepas. Telah diulang cetak sebanyak 3 kali dalam tempoh tidak sampai sebulan kerana permintaan yang tinggi daripada pembaca dan pekedai buku. Bayangkan, belum pun cetakan pertama berjumlah 5000 buah masuk ke dalam stor, permintaan cetakan kedua dan ketiga sudah diterima. Sejarah penerbitan PTS dalam masa seminggu diulang cetak lebih 10 ribu naskhah!

Buku ini menjawab persoalan semasa yang sering dihadapi oleh umat Islam serta persoalan rumit yang mencabar pemikiran. Persoalan yang dikumpulkan dalam buku ini adalah hasil kompilasi yang dikumpulkan daripada orang awam kepada Ustaz Azhar Idrus. Jawapan yang jelas dan padat dipaparkan supaya pembaca jelas mengenai persoalan-persoalan yang sering bermain di minda mereka.

Tak rugi beli! Bukan mahal sangat pun. RM15 sahaja sebuah. Kalau majalah hiburan dan novel cinta tebal-tebal harga puluhan ringgit tu hangpa mampu beli, takkan nak beli buku agama pun kedekut? Kannn... Terima kasih kepada Amani sebab sudi offer nak tolong beli dan pos buku ni. Tapi aku tak nak, sebab aku nak rasa 'feel' beli sendiri buku idaman aku ni. Hehehe...

p/s : Beli secara online di bookcafe.com.my

SZ : Mudah-mudahan apa yang terkandung dalam buku tu dapat dipraktikkan dalam kehidupan harian aku yang masih jahil ini.

19 360 juta komen:

Spanar Buruk said...

Wow inilah ustaz azhar idrus ye..maafla spanar tak baca sgt..spanar tak brapa knal siapa dia..tpi mmg kawan2 spanar yg lain knal dan pnah tgk ceramah dia..

Spanar ada bawak link ni..klau abg SZ rajin,jom la join..klau tak mau join,nk promote link ni pun takpe =)

http://spanarburuk.blogspot.com/2011/09/angry-birds-giveaway-by-spanar-buruk.html

cintatulip said...

tq sz.. nice sharing.. p tesco tak ajak pon.. coih

FasiHaH SupiaN said...

hari pu ceramah dia..mmg best...cara dy jawab soalan tu sgt terkesan.hehhe

diana said...

novel cinta harga 30 ringgit pun ada...:p

kembatolo™ said...

mudah-mudahan. =)

Sunah Sakura said...

wahhh, rasa cam nak beli je~

exora said...

murah tu harga...buku2 dr telaga biru lagi mahal, tp kualiti laa..yang penting isinya ok kann.

FaKArePa!n said...

Pergh.. Ustaz Azhar nmpak muda kemain.. hehe..

Spanar Buruk said...

abg SZ nk share kat mana entry tu?..tak fhm la hehehe...

tu GA la abg SZ..

Anum said...

amin
mudah-mudahan
buku yg bagus

azwa amani said...

fuyoooo...ada dah buku ustaz...hah bacalah sampai habis yerr...

N@SIQUE said...

suka-suka..kena cari cepat nie..nanti habis plak..petang nie leh singgah kedai buku la...harap-harap ada la...

Selamat Tinggal Dunia ©: Kisah Ustaz Harun Din Bertemu Nabi Dalam Mimpi

Hazwan Arif said...

perlu beli ni..mesti!

Hansyitake~ said...

ensem ustaz azhar kat c2.. hehe

tu la, ni a must-read book nie...

Pojiepooh Abdullah said...

thanks for sharing..
suka dengar ceramah dia kat fb budak2 selalu share..
tapi membaca agak slow sikitlah..
tapi katanya dia ada keluarkan cd jugak gak SZ?

sergeant keroro said...

macam nak beli jugak laa~

qasehraihan said...

waaaa..hadiahkanla boleh??
xpun buat sbg hadiah contest..nak join ni..hehe

Solihin Zubir said...

@Pojiepooh Abdullah : cd? ntahla.. xtau plak... ada la kot...

Anonymous said...

@Solihin Zubir

Ingin order buku Ustaz azhar idrus sila ke http://promton.blogspot.com
beli lebih 3 buah ada diskaun...mari...mari..