Pages

Friday, October 7, 2011

Blogger Berlagak Alim Tegur Artis?

Best kan jadi artis? Untungla korang artis. Glamour, dipuja dan disanjung. Buat apa pun ada orang sokong. Buat salah pun ada orang back-up. Maklumlah.. Kaki kipas susah nak mati artis ni banyak.

Lepas aku condemn artis yang bagi komen pasal hudud tu [KLIK SINI!] , ada jugak yang tampil dengan gagah beraninya nak back-up artis tu. Aku jugak yang kena condem balik? Situasi sama macam aku teruk di condemn pasal kes Tis Zaqyah dulu. Tapi, Kes Gambit tak ada pulak yang condemn aku. Mungkin sebab beliau lelaki. Heheh... So, kali ni aku dah lali dengan kaki kipas artis ni.

ANTARA KRITIKAN YANG AKU TERIMA

1. Kenapa nak bodoh kan mereka yang jahil tu?

Aikk.. Bila masa aku hina dan bodohkan diorang? Aku cuma mempersoalkan kejahilan artis-artis yang persoal hukum Allah tu. Dan aku pinjam ayat BODOH tu daripada ceramah Ustaz Azhar Idrus. "Sepatutnya bagi orang yang jahil itu duduk diam sahaja. Jangan bercakap-cakap." Itu dalil Al-Quran beb. Tak percaya, tengok video ni. [Video Ustaz Azhar]

2. Kau ni meng'aib'kan diorang.

Bro.. Artis-artis ni buat statement dalam paper beb.. Bukan dalam buku diari diorang. Dalam paper! Berjuta orang yang baca. Secara tidak langsung peminat fanatik diorang akan turut menyokong kata-kata mereka yang mempersenda dan menolak hukum Allah. Jadi, aku rasa wajib bagi aku buat teguran dengan mendedahkan kejahilan mereka supaya orang lain tidak terpengaruh dengan kata-kata mereka. Dan sebagai pengajaran kepada anak-anak muda yang gila glamour tu, hentikan niat 'suci' diorang nak jadi artis. Jadi artis ni dilabel buta agama. Artis kat Malaysia ni dah ramai sangat la. Semak beb. Kau juga kena tahu. Ada jenis-jenis mengumpat yang dibolehkan.

5. Guna perkataan indah sikit tak boleh?

Nak ke orang baca ayat-ayat skema? Dalam blog aku ada ja ayat dakwah skema. Tapi berapa kerat saja yang baca? Kadang-kadang tak baca pun, terus komen ja. Sebab tu aku ubah stail. Aku olah supaya cara dakwah tu lebih santai dan mudah difahami. Selit dengan sedikit unsur humor dan ayat-ayat pedas. Dan aku masih jaga batas. Aku tak mencarut dan maki hamun. Sekadar guna ayat 'makan dalam'. Pandai-pandailah korang nak 'sentap' dan 'emo' bila baca. Aku sendiri pun tak suka kalau ada yang mencarut dan maki hamun artis-artis tu dengan kata-kata kesat. Dan sangat tak setuju sekeras-kerasnya.

3. Nak tunjuk pandai pulak kau ni. Macam kau bagus sangat.

Ehh.. Bila aku buat entry teguran macam tu, cakap aku tunjuk pandai pulak? Konon aku hero penyelamat umat Islam? Habis tu, sapa yang nak tunjuk pandai nak tegur puak-puak jahil ni? Kau? Aku tahu aku juga insan jahil yang tidak layak memberi teguran dan berdakwah. Tapi aku ada kesedaran untuk menentang orang yang menolak hukum Allah. Jangan kita menyebelahi golongan yang memberi halangan kepada undang-undang Islam dari tertegak. Jika sampai tahap tu, munafik duduk dalam neraka yang paling bawah. Mandatori! Bukan Ustaz Azhar kata. Al-Quran kata.

3. Kalau dah pandai sangat, pergilah dekati diorang dan nasihat elok-elok. Bukan dalam blog.

Ini lawak! Nak suruh aku call or sms diorang ajak bersemuka? Aku ada pulak no phone diorang. Nak pulak golongan bajet diva ni nak jumpa aku? Haha.. Hantar mesej kat facebook or tweet diorang? Nak pulak diorang reply? Jadi, jika ini medium terbaik untuk kita bagi nasihat dan ilmu, why not? Dan jika entry tu ramai yang share, kenapa kau nak sakit hati pulak? Tak mustahil kalau entry tu panas, akan sampai pada artis-artis tu. Dalam entry panas tu aku ada letak link tentang ilmu hudud. Nak cakap aku gila traffic? Kalau gila traffic, blog aku ni dah penuh dengan entry SEO la derr.. Sehari aku update lebih 100 entry la beb.


لا يستر عبد عبدا في الدنيا الإ ستره الله يوم القيامة

“Tidaklah menyembunyikan seorang hamba itu akan kesalahan hamba yang lain melainkan Allah akan menyembunyikan kesalahanya pada hari kiamat” (Hadis riwayat Muslim)

Walaupun begitu perkara tersebut dilaksanakan kepada mereka yang tidak melakukan maksiat secara terang-terangan yang digelar sebagai Al-Mujaahir. Maka bagi mereka yang tidak segan silu melakukan kemungkaran, mengisytiharkan dosa mereka dikhalayak umum, maka tidak ada cara lain untuk kita mencegahnya melainkan dengan cara kita mendedahkan perbuatannya itu, menceritakan kepada manusia yang lain sebagai balasan terhadap pelaku maksiat tersebut dan memberikan ancaman kepada oarng lain supaya tidak mencontohinya. Itulah yang telah ditetapkan dalam Islam dan disokong oleh dalil-dalil syara’ serta kata-kata ulama dan salafussoleh.


Terima kasih aku ucapkan pada yang sudi memberi kritikan dan melontarkan pandangan. Aku tuju entry ni secara umum kepada individu yang condemn cara aku tu dan kaki kipas ARTIS yang nak bagi 'syafaat' kat diorang ni. Harap dapat terima penjelasan aku ni. Aku harap, walau kita berbeza pendapat sekalipun, jangan jadikan ini sebab untuk kita bermusuhan dan bermasam muka. Tak payah nak 'emo' and 'butthurt' sangat. Biasalah kan. Setiap orang ada pendapat masing-masing. =)

Semoga kita semua dan artis-artis disebut diberi hidayah dan  sedar atas kesilapan mereka. Hidayah Allah. Siapa tahu? Malah jika mereka diberi hidayah, mungkin mereka lebih bagus daripada kita semua yang  maki hamun dan mencarut kat diorang tu.

Salah silap harap dimaafi.. Salam A'laik... =)

67 360 juta komen:

Umi Rasyidah Rahmat said...

knp la dorang tu suka sgt back up artis???? =="

Hansyitake~ said...

biasala tu SZ. xsume orang puas hati dengn entri tu. nak2 orang yang memang sayang gle2 kat artis pujaan mereka tuh...

haish... artis wat tak betul skit mulalah nak back up... plizz laa...

Cik Bulat said...

hensemlah kau! hahaha!! >_< btw, sedih jugak heliza kena.

*kipas artis tak aku?*

atiqsalleh said...

seriusly.. menyampah bila ada org kutuk macam tue.. sape lagi yg tegor org yng salah.. takde pulak yang nk tegur org yg komen kat fanpage diowg. lagi siap cakap bodoh semua bagai...

tue la org melayu yang mengaku islam

Pendekar Berkuda said...

kau banyak peminat ya...kau tunggu aku jawab nanti...

entry bukan main nak tegakkan diri kau..bukan nak mengaku kau salah pun sebab menjahanamkan orang...

kau membidas?? banyaklah kau punya bidas... kau memalukan orang adalah... sesiapa yang ada hati pun akan rasa malu beb...

d.e.e.n.a.YAYA said...

relax r bro..dah memang statement dowg menunjukkan kebodohan dowg..nk buat cmne kn..cover ler sket ayat tue pon...

tak payah la nak back up sngt artis tue..tak kemana pun..

Spanar Buruk said...

spanar tak cmtu kan sz?..spanar ok tak?..huhuhu...

nurdani said...

bila tegur bab agama macam ni la.mesti nak bangkang padahal apa yang dikatakan tu betul dan ada dalam Al Quran. ilmu tu seluas lautan. berkongsi ilmu agama tu kan bagus.

pelik dengan mereka yang rajin back up artis kesayangan tu.

Spanar Buruk said...

abaikan je diorang tu SZ..org tak suka kita,mcm2 dia ckp tntg kita ni..kita ckp bnda yg btul tpi da org tak suka,abaikan je..

SZ buat entry mmg best,spanar suka baca..SZ ckp mmg dari pe yg SZ tau..lantak diorang tu la..

Jyundoo said...

salam bro
aku sokong dgn apa yg di tulis dalam post ni. Walhal kita jahil sekali pun, jgn sampai org sekeliling jadi jahil sebab kita.
kerana mulut rosak akidah, bukan boleh di buat main.
teruskan dgn post bermanfaat :)

Anonymous said...

Haha..fans x leh blah..nak jadi kipas angin tak pon aircond artis pon..x yah laa smpai nak emo giler kann...apa kata..peminat artis melayu tanah air giler2 nie...pegi jumpa dia..dekati dia..dan berdakwah dekat dia..byk kot benefit korang dpt drpd korang duk emo kutuk blogger yg komen pasal artis nie..okay..faedah yg korang dpt:-
1- korang dpt jumpa artis pujaan gilaan korang tuuu!!!
2-dpt pahala kot berdakwah..
3-korang x rasa bangga giler2 ke kalau artis tu berubah sbb korang??

naqib faiz said...

nicely said bro.. aku sokong cara ko.. diorang yang kutuk ko tu mungkin ingat asrtis ko yang nak bagi syafaat kat dia masa akhirat nanti. sebab tu dia bekap sangat.

naqib faiz said...

nicely saif bro. aku sokong gaya ko. diorang yang sokong artis tu mungkin ingat artis tu yang nak bagi syafaat kat dia kot masa di akhirat nnti.

kaizen said...

even aku minat Heliza tp biler bab agama aku mmg NO KOMPROMI laa... aku pernah bangkitkan isu yg same pasal fida yg cakap bersalam dgn lelaki bukan muhrim sbb xnk malukan lelaki tersebut sila rujuk
SINI hukum tetap hukum... siapa kita untuk mempersoalkan perintah Allah??

TheChekJah said...

apa yg penting?? berdakwah... baisak la bro.. name manusia, kalo kambing tak de la mereka tu nak mengcondem... hehe.. teruskan usaha anda... Jah sokong...

diana said...

tapi bagi akak kamu la hero..:p

diana said...

tapi bagi akak kamu la hero..:p

Wani Syara said...

biasa la..dlm berdakwah mmg mcm2 dugaan..sabar jalah..Allah sentiasa bersama2 sgn org yg benar..insya Allah..semoga Allah memberi hidayah kepada mereka..:D

rara pinkmafia said...

tu lah kan.agak terkejut dgn komen2 artis2 tu.seday tol.sokokng SZ.takkan nk sms dorg.mampos tak nk punye.

Zee.Zee™ said...

fans artis pulak yang emo..
back up artis bukannya dapat duit pun..
pahala pun tak dapat kan... =.=

Diana @ bilakukatacinta said...

back up baik punya...kipas susah mati ni..bila dah suke, sampaikan orang tu buat menda salah pon nak disorokkkan... cube lah bg nasihat. lagi korang back up menda yg salah- lagilah org jahil tu jadi terlebih jahil...tak paham peminat skang. bila artis yg dia suka - semua jek kena elok - kena puji .orang tegur, mereka lak yg melenting, lebih sudu dari kuah

cheeky_meal said...

hehe..kt cni pun ada..biasala klau dh nama kaki kipas lipas..watever it is,namo gaduh2 ok...

azwa amani said...

huissh, dasyat betul, amani rasakan, org2 kita ni dah macam ber'tuhan'kan artis, bila agama diperlekehkan, syariat dibawa main2, hukum Allah tak diendahkan, takde sape yg nak peduli,

bila ada segolongn yg cuba menentang, mcm ni lah jadinya, sesungguhnya, bukn kita yg mengaibkan dan menzalimi diri mereka, tapi dgn bagi statement mcm tu, secara sendirinya dia dah malukan diri yg jahil dan menzalimi diri dia sendiri..

Allah kalau nak hinakan manusia yg diagung-agungkan, sekejap jerr, tak yah lah nak agungkan sangat artis tu..mcm tu juga kalau Allah nak meninggikan martabat, tak payah dengan bantuan manusia pun jadi tauu.

agama di tindas taknak backup, tapi bila artis tu artis ni punya gosip, dia punya fanatik tu kemain lagi..sedihh...rasa nak pergi dari dunia ni...Allah turunkan bala baru nak insaf,..geram betull

Bella Bell said...

emmm.. aku baru baca komen tu kat entry kau yg sebelum ni.. pehhh.. pedas sungguh ea komen dia.. tapi SZ boleh kenal ea siapa yg komen tu :)


aku pun tak mahir bab2 ni.. tapi bila baca apa yg enot cakap, aku rasa.. hmmmm.. dari bertanya pada artis, bertanya la pada yang lebih pakar :)

maaf andai tersilap bicara.. aku pun budak yang baru belajar.. ^^

..Bai.. said...

ye sy sokong:)xslh antara kite sling tegur menegur...kalo bkn kite yg tgur spe lg kn?semua yg backup artis 2..kalau syg skali pon dgn mrk2 2 septutnye kene lah tgur ke arah prkara yg baik jgk:)bkn nye stakat backup semata-mata..amar makruf nahi mungkar^,^

nazirulhazwan~ said...

testis

:: Khai Artzfar :: said...

salam..1st tabik spring sebab berani kemukakan idea dan pendapat.sebab kalau tak share cerita ini memang aku tak tau sampai bila. sepatutnya kalau bab hukum ni kena pandai pilih orang untuk bertanya,siapalah artis tu kalau depa sendiri pun dok wat salah sana sini, sepatutnya hukum tu sebagai satu pengjaran buat yang lain, kalau hukum tu dijalankan orang pun kadang2 nak wat jahat pikiaq dua kali.tahniah bro teruskan usaha dalam penyebaran ilmu berguna...

Anonymous said...

hahahaha betul mat.... hang pandai berkata kata.. tp kata kata hang bukan tin kosong... hahaha bagus.. at least hang dah lepas salah satu tugas sebagai umat islam... tegur kemungkaran di mata kita.... teruskan...ARTIS MEMANG TERUK .. kawan aku memang artis 2 ,3orang.. sebelum jadi artis perhhh..... masjid cam rumah dia.. dah jadi artis , solat jumaat cam solat hari raya... setahun skali..bagi aku artis memang teruk....

h A n Y S said...

firstly, nombor turutan point ang tu apsal tonggang langgang?hehe..

secondly, artis..biasalah, mcm kes ang dgn tiz dlu..pminat depa lg ramai dr ang kan, memang sah2 lah ang yg akan terang2 kena balun.. lg pon, ang skang ni boleh kata, femes blogger lah kan,so apa je yg ang post, ramai lah yg baca, suka, stuju, x stuju, bangkang @ ngumpat..

thirdly, aku rasa point komen last tu lawak bebeno ler, sbb? sebabnya mcm yg ang bg tu la..haha.. boleh pulak sruh tegor bedepan?! LOL

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

idola mereka ..mmg la mereka marah kot?takkira artis tu betul atau salah

pikah yang baik said...

sokong entri nie.saya rasa tak kira mana-mana artis sekalipun..kalo kesedaran ada dalam diri sendiri..mereka tak akan melenting ataw kecik hati dengan teguran macam nie..mereka akan lebih berhati-hati dalam masa akan datang dan muhasabah diri kembali..kepada peminat heliza khususnya..SZ bukan menghentam Heliza dan saya rasa Heliza sendiri pun tak se emosional peminat-peminatnya..

Pendekar Berkuda said...

siapa kita nak berbicara pasal hudud? layak ke tidak? nak memandai2 menghukum orang?

kau cedok ayat al-qur'an atas tu kau fahami tak maksud sebenarnya? situasi apa ia digunakan? jangan bertaqlid buta bro...

aku tak perlukan maaf kau kat aku... kau yang perlu mintak maaf dekat orang-orang yang kau malukan tu... sekalipun diorang tu artis..diorang jugak manusia biasa... kalau tak ada artis...tak adanya kau boleh buat entry membidas2 macam nih... konon2 berilmu tu agak-agakla...

aku bukan tak tau kau jugak pernah butthurt aku.. tapi ada aku ambik pusing? Nan hadoo..

cuba kau tanya kipas-kipas kau kat sini...berapa banyak yang tahu apa itu hudud sampai nak menyokong kau tak hengat dunia...

kat sini pon bukan sikit aku nampak kaki kipas bontot kau...

bagi diorang...
"wah...bestlah memalukan orang nih...yeaaahaaaa~!!! "

syabas~!! gugur lagi pahala aku... terbaiklah kau~!!

ustaz celup arrr.... aku jadi setan tak bermakna aku suka orang lain jadi setan... kalau taknak kena maki dengan aku...jangan bising2 pasal agama kalau ilmu tak tinggi mana...duduk diam macam aku dah lah...

nak menyampaikan buat cara menyampaikan...jangan memalukan orang..."pandai"...

Pendekar Berkuda said...

@kaizen : sebelum bercakap...rujuk dulu hadis banyak2... banyak petunjuk dari hadis semua... jangan gila nak menghukum je...

Qaseh dalia adelia said...

untuk menasihati tak perlu jadi alim .. tapi kita punya hati yang melihat bukan mata yang melihat ...

yang tak dapat menilai tu yang hanya gunakan mata semata2 ..

sabar je lah SZ .. mcm kez tiz dulu2 lah tu ..

N@SIQUE said...

bravo la bro nie...aku pun pernah kena condem gak ngan si kipas susah mati artis nie..no problemo la..bukan masalah besar pun...


Selamat Tinggal Dunia ©: Kenapa Wanita Agama Kamu Menutup Aurat?

zikeryhassan said...

kadang-kadang aku tak faham dengan sikap sesetengah orang. bila kita menegur dia katanya kita cuba memalukan. dan bila kita tak menegur dikata pula kita tak sensetif terhadap isu-isu macam ni.

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

haha.. aku tahu entry ni tuju kat siapa..

Haryz Khairuddin said...

salam alaik SZ.
1. kata2 ni aku pinjam dari al imam hassan al basri yg aku amek dari blog hami ashraff.
"sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu. bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
paham x maksud kata2 beliau? rasenye takyah nak ulas pajg2 kan?

2. kita sbg umat Islam mmg dilarang keras utk buka aib org lain. itu jelas. sbb Allah dah perintahkan dlm surah al-Hujurat : 11. tapi, kalau manusia tu sendiri takde rasa malu nak bukak aib sendiri, kita nak cakap apa kan? jangan la fanatik kita pada sst golongan/individu mempengaruhi penilaian kita. kan?

3. kalau kita ada kuasa mentadbir satu dunia @ harta sepenuh bumi pon, kita takkan boleh nak buat semua orang suka kita. tapi kita mampu buat Allah redha dgn kita. jadi pilih la yg mana terbaik. pilihan di tangan anda.

*komen aku tak berpihak kat sape2. aku 'negara berkecuali'. ;p
so hopefully takde yg butthurt lak. kalau ada aku sekeh. hahahaha.. ;D

cheeky_meal said...

nape post ak xkuar pun..cettt..pariyappa..

FaKArePa!n said...

berani kerana benar Bro.. saya sentiasa di belakang bro.. cewaahh.. hehe

Sunah Sakura said...

saya ok je dengan cara SZ..

exora said...

sabo ler banyak2 yer...

Ujang9897 said...

apa sengal la kau ni PB..nk gak ego..,


PB kau rasa kau hebat tp kau cakap tak guna fakta..

aku minat gak ija..tp kenyataan ija tu dia dah jwp la..wartawan paksa dia jwp..

-gua tau PB baca

FariehanIbrahim [LBC] said...

sume benda yg kita lakukan..tak byk, sikit mesti ada yg tak puas hati. =.='
sabo jelaa :)

Wanita Bertudung Hitam said...

guwa masih sokong lu brader SZ ..hehe.. psl bahasa indah tu, kira ok la SZ tak tuleh cam brader Aidid..hish tah pape je la point2 kaki puja artis ni..

che sakinah said...

well said bro.
At the 1st place, Buat pe la diorang gi interview artis pasal hukum hudud, memang mengundang fitnah la kan. hahaha.
Pandangan ulamak tak nak pula dengar.
hairan!

belog|amiyo said...

besarnya beza orang muslim dengan mukmin

Yatie Awang said...

betul tu, semoga kita dan mereka di beri hidayah oleh Allah s.w.t

Halimatun Sa'adiah said...

sy tukang kipas blogger SOLIHIN ZUBIR!!
bagos teguran anda tu sbb da rmai yg slh anggap ngn hukum hudud ni, pdhal dorunk x paham pon hukum hudud ni..
komen ikot sedap jea hukum Allah neh..

GreenAppleKu.com said...

Ler, ni apasal blogger sesama blogger nak bertekak nih. Dah le korang.

Dr Love said...

Sabar sahabat. You are on truth track.. jihad dalam agama mmg banyak liku2.. tegakkan apa yg benar. yg mungkar perang habis2an...

Allah Ta'ala lihat usaha hati kita

Antara Sebab Dan Alasan Berita Harian Kurang Mendapat Sambutan

Hazwan Arif said...

diorg nk ko belai2 artis tu kot ekeke

aniki said...

terbaik..pedulikan mereka yang banyak mulut tu..tak guna bertekak ngan kayu kalau dah tau kayu tu bisu..tabik monoshock sama lu..

Yan Saflina said...

Sabar ehh SZ...:D

cik pha said...

sabar =) takpe niat kau nk sampaikan tu dah disampaikan...y aku pelik..bila dah terang bersuluh salah..wat pa nk backup artis tu lagi..

sarah-najwan said...

salam solihin..sihat ka?lama akak xdtg sini..

dalam menyatakan yg benar mmg byk liku2nya..ada shj yg tidak kena pada mata sesetgh org lain..

yang penting kamu jgn putus asa..ini cara kamu..

semoga kita semua diberkati oleh Allah taala dan dteguhkan iman dan taqwa..

Psychic Zero said...

Salam saudara Solihin Zubir,

Heliza telah pun memberi penjelasan di sini http://www.sinarharian.com.my/SH/com/content/story9615221.asp

Dan juga mengenai kenyataan Heliza sebelum ni pun, takde satu perkataan "tak setuju dengan hudud" pun... Cuma mungkin wartawan telah salah tafsir dan mungkin Heliza membuat pandangan beliau berdasarkan pandangan Dr. Asri mengenai perlunya wujudkan satu suasana yang kondusif di Malaysia sebelum kita laksanakan hudud... boleh rujuk di http://drmaza.com/home/?p=1624, http://drmaza.com/home/?p=1617, http://www.bharian.com.my/articles/Hududbelumsesuaidilaksanakan_DrAsri/Article/, http://www.malaysiakini.com/news/176366, http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dr-asri-kuat-kuasa-hukum-hudud-perlukan-tafsiran-baru/

Kita semua hamba Allah, tak lepas dari kesilapan, Enot ke, Tiz Zaqiyah ke, Heliza ke, saya ke, saudara ke... Tegurlah secara baik dan kalau boleh sebelum menegur tu kaji dan selidik dulu sbb boleh mengundang fitnah. Segala yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan diri saya sendiri... Sekian

LadyBird said...

jangan risau..berani kerana benar..

yg menjawab salah.. yang menyoal lagi salah..

kerana mereka menyoal kepada yang bukan ahlinya..

sepatutnya mereka menyoal kepada golongan yang memahami isu tersebut.. bukan kepada yang jahil tentang perkara itu dan mempunyai kepentingan.

soal agama perlu tanya kepada ahli agama..

soal perniagaan perlu tanya kepada ahli perniagaan..

dan soal hiburan perlu bertanya kepada mereka yang berkaitan dnegan dunia hiburan..

dan itulah sebaik-baiknya..

yang menyoal lebih "bodoh" daripada yang menjawabnya. Siapakah yang menyoalnya itu yer~..

RedVixen said...

dunia akhir zaman weh....
orang yang munafik dan jahil diagung-agungkan...
ulamak dan ilmuan ditentang habis-habisan....
kiamat dah dekat T^T

miss ct said...

Assalamualaikum....
alim?? mungkin di mata manusia...tapi disisi ALLAH???

pena rozie said...

Tukang kipas... Tolong la yg salah tetap salah ok....

Neezhom Photomalaya said...

Teruskan berdakwah dan menegur mana2 kemungkaran yang jelas depan mata bro. Usah pedulilah mulut2 orang yang tak mahu jalankan Amar makruf nahi mungkar. Sedangkan nabi dan sahabat pun kena kritik, adat la tu. Yahudi2 dulu dilaknat ALlah antaranya kerana tidak melakukan NAHI MUNGKAR. :)

Diary oF Mine said...

xyah nak jadi alim dalam tegur menegur ni.. kalau da salah, kena la tegur kan?? nice blog.. :)

An Najwa said...

Aku suka cara kau.

Jujur dalam menghiskan satu entry.

Keep it up bro! :)

Wannie Ariffin said...

manusia sekarang memang buta.. apa yg dikata kan oleh artis semua betul tapi bila ustaz yg kata semua dikatakan salah...

HafizRahman.com said...

malas nak layan komen tah pa2..haha

Anonymous said...

"cilipadi8lupepper"
salam SZ...
kami act bukan follower blog nih..
tp bila kami masuk cni, cam best plak...
huhuhu..alhamdulillah...entry2 kat cni mmg buat kami fikir panjang..
thanks ya bro...keep it up..
teruskan usaha murni, bio la oghang nak kata apa pun...
yg penting Allah tau apa niat kita..