Pages

Wednesday, October 5, 2011

Betapa Kerdilnya Manusia Berbanding Planet dan Bintang

Adakalanya kita merasa terlalu bangga dan besar diri dengan kejayaan dan kehebatan kita di dunia ini. Hingga kita terlalu leka dan tidak sedar yang kita ini sebenarnya terlalu kerdil di dalam alam ciptaan Allah SWT ini. Mari kita renung seketika hakikat yang manusia ini tersangatlah kerdil jika hendak dibandingkan dengan ciptaan Allah SWT yang lain.

Cuba lihat rajah perbandingan saiz planet bumi di bawah :

Saiz bumi yang dibandingkan dengan beberapa planet lain.

Di antara lima planet ini iaitu Mars (Marikh), Venus (Zuhrah), Mercury (Utarid) dan Pluto, Earth (Bumi) adalah planet yang paling besar. Kemudian lihat perbandingan saiz Bumi dengan planet-planet yang lain dalam galaksi.

Perbandingan saiz planet-planet dalam galaksi

Amacam? Alangkah kecilnya bumi kita ni jika hendak dibandingkan dengan planet Jupiter (Musytari) dan planet Saturn (Zuhal). Lihat rajah ini pula..

Saiz Bumi dibandingkan dengan matahari

Eh.. Mana bumi? Harap-harap anda masih nampak di mana Bumi. Tetapi, matahari bukanlah bintang yang paling besar.

Perbandingan saiz matahari dengan Arcturus

Lihat betapa besarnya bintang Arcturus berbanding matahari! Bumi tidak dapat dilihat dalam skala perbandingan ini. Apatah lagi kita? Tapi Arcturus juga bukan bintang paling besar…

Saiz Acrturus dibandingkan dengan Antares

Pergh! Giler gedabak besar bintang Betelgeuse dan Antares ni. MasyaAllah! Ini baru bintang yang dapat dilihat oleh manusia melalui pengetahuan teknologi sekarang ini yang terbatas. Sudah tentu terdapat banyak lagi bintang atau makhluk lain yang mungkin lebih besar daripada ini.

“Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi lebih besar daripada penciptaan manusia, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” – Surah Al-Ghafir Ayat 57

Itu baru ciptaan Allah SWT. Kalau kita sudah mendapat gambaran betapa besarnya ciptaanNya di dalam rajah-rajah di atas, mengapa kita tidak boleh merasai kebesaran Yang Maha Penciptanya pula? Kenapa kita terlalu degil dan suka berdalih mencipta sejuta alasan bagi menghalalkan maksiat? Masih lagi hendak bongkak, besar diri dan loyar buruk dengan Allah SWT? Sedarlah! Kita hanya makhluk yang sangat sangat sangat kerdil!

17 360 juta komen:

Hishyamuddin said...

sesungguhnya Allah maha besar..

Spanar Buruk said...

alhai bro keciknye kita..sape kita ni sbnrnya..cuma insan yg byk melakukan kesilapan..

kita in kerdil di mata Ilahi tak boleh melawan takdir yg telah trtulis..kna sntiasa brsyukur..

qasehraihan said...

subhanallah..
pengetahuan ni..huhu

Alin said...

planet krypto dlm cerita superman tu ada tak? hehe. *gurau ;P

Nightroad said...

manusia ni kerdil, tp dlm diri manusia ada unsur bangga diri yang skirnya tak dikawal akan memusnahkan diri mrk sndr...

diana said...

bagi matahari bumi cuma sebesar kuman je..bayangkan matahari langgar bumi apa jadi ye??alahai...

aik..rajin pulak kamu update hari ni ye??
hehehh..

FaKArePa!n said...

Kebesaran Allah SWT lagi lah tiada tolok banding nya..

dark said...

ALLAH...terasa kerdilnya diri kita...
gerun kite terhadap kuasa ALLAH,yang maha besar,pencipta segala alam....

cintatulip said...

:'( kecilnya kita...

exora said...

Allah maha besar...takjub dgn ciptaannya.

azwa amani said...

subhanaAllah..sebesar2 ciptaan Allah, menunjukkan bahawa kuasaNya Maha Besar banding dengn ciptaanNya..

Anonymous said...

SZ, thanks for this post. :')

apa perasaan anda bila melihat gambar galaksi? mesti pernah try google gambar kan? gambar2 daripada satelit.

ramai yang kagum, suka. yelah...cantik kan? selain daripada semua tu, ada tak perasaan lain? takut? terasa gerun. melihat betapa besarnya ciptaan DIA, yang sebenarnya berganda2 lagi yang kita tak tahu. takutnya. kita yang tak padan dengan kecik ni, berani betul buat dosa. bongkak. sombong dengan DIA. berani mendabik dada dengan kelebihan yang seciput.

gerun. takut yang teramat. terasa kecik yang teramat. kan? Allahu Akhbar. banyak yang kita kena belajar tentang DIA. tentang tujuan kita atas muka bumi. :')

-jay-

Klik Aje ! said...

Fuyoh, menarik...

hikari said...

subhanallah.
baru tau kewujudan bintang2 tersebut.
may Allah bless u SZ!

aniki said...

aku baru tau benda ni..giler punyer dasyat..insaf aku..

FasiHaH SupiaN said...

sangat kerdil...

joe said...

masyaAllah...jd berapakah saiz alam semesta ini jika dibandingkan dengan betelgeuse dan antares???hanya Allah sahaja yg tahu...