Pages

Thursday, October 6, 2011

Artis Jahil Komen Hudud (Ini Jawapan Buat Mereka)

Panas betul bila baca komen-komen artis berkenaan hudud dalam akhbar Sinar Harian hari ni. Tersangatlah menyerlahkan kejahilan mereka tentang hukum hudud. Bak kata Ustaz Azhar Idrus, "Percakapan yang tidak ada akidah. Tidak ada sandaran. Tak ada Tuhan cakap macam tu. Cakap bodoh. Kalau bodoh, lebih baik duduk diam daripada berkata-kata."


Ini aku nak bidas komen Enot dengan Heliza. Nak komen yang lain-lain tu, rasanya point tetap sama. So, aku pilih dua artis yang bertuah ini sahaja untuk menghiasi entry aku ni.


Komen ENOT
"Memang zaman dahulu orang Islam mengamalkan hudud kepada mereka yang membuat kesalahan, contohnya bagi mereka yang berzina, hukuman sula akan dikenakan. Tapi rasanya sekarang tidak lagi sesuai. Malah kita wajar memberi peluang kepada pesalah untuk berubah. Kalau hukum hudud dijalankan, pesalah terbabit terpaksa hidup dalam keadaan yang tidak sempurna seperti tiada tangan, kaki dan sebagainya. Bagaimanapun, semua ini tidak menjamin mereka akan insaf sepenuhnya."

Inilah komen yang paling jahil sekali. Benar-benar menyerlahkan kejahilan Enot tentang hudud. Weyh! Mana ada sula dalam hudud. Ni mesti banyak tengok cerita Melayu Klasik ni. Dah tu, kaki tangan kudung, takkan tak insaf lagi kot? Kalau setakat kena bayar denda dengan penjara, lagi lah tidak menjamin keinsafan. Lagipun, hukum hudud bukannya bertujuan untuk menghukum. Bukan senang nak jatuhkan hukuman hudud dekat pesalah. Enot oii.. Tolonglah klik entry saya yang ni ye untuk memahaminya dengan lebih jelas.  SILA KLIK Allah Suruh Laksana Tapi Tak Galakkan Hukuman Hudud!


Komen HELIZA
"Kalau nak laksanakan hukum hudud, banyak perkara yang perlu diberi pertimbangan dan penilaiannya. Kita kena lihat keberkesanannya hukum ini dalam kalangan masyarakat Islam di Malysia, mungkin di Arab Saudi ia sesuai dijalankan kerana mereka sudah biasa mengamalkannya sejak dulu lagi. Tapi jika kita baru hendak melaksanakannya di sini, pasti ramai tak dapat terima. Bagaimanapun, hukum hudud ditetapkan dalam agama Islam dan perbezaan zaman banyak meninggalkan impak terhadap hukuman ini".

Komen Heliza mungkin juga agak berlapik berbanding Enot. Tapi tetap ada unsur tidak menyokong hudud. Owhh.. Kamon lah Heliza yang cantik manis bermata bulat. Perbezaan zaman? Adakah zaman dulu manusia bertangan empat dan berkaki lapan? Adakah Heliza percaya dengan teori Darwin yang manusia berasal daripada beruk? Manusia di Arab Saudi tu Tuhan mana yang buat? Adakah Tuhan mereka tidak sama dengan Tuhan kita? Hukum Allah yang sudah termaktub dalam Al-Quran, wajib dilaksanakan dan sememangnya sesuai dilaksanakan sepanjang zaman. Kenapa nak pertikai keberkesanan hukum Allah? Nak tahu berkesan atau tak, laksanakan dulu. Baru tahu.

Wartawan pun satu. Apa punya sengal la yang pergi tanya pendapat artis tu buat apa. Tanyalah pendapat alim ulama yang memberi hujah berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Tanya artis, memang la. Bak kata Ustaz Azhar Idrus lagi, nak salahkan artis 100% pun tak boleh sebab diorang ni tak belajar agama. Kita sepatutnya kasihan pada golongan artis ni.

Apa pun, sorang artis ni jugak yang bagus. Menegur rakannya yang terlajak kata.


Artis-artis muda dan yang dah hingga hujung nyawa semua tu patut malu dengan pelajar Kristian yang komen pasal hudud ni. Bandingkanlah sendiri. Kata-kata dia lebih berakal dan berilmu. Malu weyh!


*SILA KLIK : Nota Mudah Memahami Hukum Hudud (Siri Pertama)

UPDATED! KLIK Blogger Berlagak Alim Tegur Artis

SZ : Anak-anak muda. Tak payah la ghairah sangat nak jadi Artis. Tak ke mana pun kalau gila glamour.

92 360 juta komen:

Terbang Bersamaku said...

sangat malu jika di bandingkan komen dari artis kita yg Islam dengan Alvaro Victor tu....

~ta sepatutnya kt yang Islam keluarkan statment mcm tue, sy stuju dgn wardina, jka kt kurang arif lebih baik diam dari berkata, dan belajarlah dgn org yg lebih arif..

Muhammad Syahmi said...

Bila orang BODOH dalam agama nak tunjuk PANDAI, kadang-kadang mengalahkan alim ulama...

aNdi.Hanin::حنين نظوره said...

heliza baru sahaja menurunkan statistik peminat beliau. uhuh.

sebenarnya elok sngat isu hudud ni dipanaskan, biar lagi ramai orang akan faham ..spt alvaro victor, itulah contoh orang yang bijak menggunakan akal :)

utk ayat last tu, elok kalau jadi artis macam Wardina. nampak semangat dakwah beliau dalam industri hiburan.

Yatie Awang said...

itulah, akak ada terbaca juga keratan akhbar tu, macam mana wartawan tu boleh pergi tanya artis dan artis pulak, dengan selamber je jawab, tak fikir akibatnya

SyafiQ aHaDin said...

how can I like this post more than once?!!!!!
Thanks for sharing!

lutfi said...

nak share pdapat sorg blogger nih
http://cerahjeff.blogspot.com/2011/10/aqhudud-dan-munafiq.html

kaizen said...

hlg respek aku kat Heliza...

Adi Suda said...

bhahaha...trbaek..aku tak tau apa nak jd ngan mesia nie..ermm..pling trkejut ngan hujah sorg anak muda beragama kristian..haishhh..malu plak rasa nya ak sbgai org Islam..hurmmm..apa2 pown..wardina mmg bgus..dia pndai mnjwb..pndai mnegur..like it..paling tak sangka..Heliza yg brtutup litup pown sama..dunia dunia..aku kecewa dgn heliza

Wacava Dot Net said...

comel gila kan response dari Enot?

Alhamdulillah, kak wardina lah satu-satunya permata yang dicari dalam kalangan Artis..

Erin Azizan said...

dah terbalik..org bukan islam nmpknya lagi hebat mendalami islam berbanding org islam sendiri.

Sunah Sakura said...

tanda2 hampirnya kiamat adalah apabila hukum Tuhan diputuskan oleh orang yang kurang ahli tentangnya... INGAT TU!

Anonymous said...

pasal komen heliza tu...sure ke maksud dia macam tu? mungkin cara kita tafsir ayat dia berbeza kut. sebab apa yang saya nampak, dia cakap bertapis tu.

Hudud hukum Allah. tak ada siapa boleh nafikan. mungkin maksud dia dengan perbezaan zaman, zaman sekarang ni ramai yang jahil tentang isu ni. ramai yang tak tahu. bukan dia kata tak releven untuk zaman ini.

atau saya yang terlalu pandang +ve? maaf kalau salah. kalau salah, sila tegur ye. saya belajar jugak ni.

-jannah-

azwa amani said...

sokong entry ni 100%.. sedih tgk heliza komen macam tuuu

cintatulip said...

sy y tahu sket2 pasal hudud pon tak brani komen papa.. sob3

siti said...

light travels faster than sound. tht's why people tend to look intelligent until they open their mouth. jelas, komen diorang tak berlandaskan ilmu sebenar tentang hukum hudud, dan semata-mata nak jaga hati peminat. yelah, kalau ckp setuju, nanti kata extremist plak, takde orang nak undi masa ABPBH. tak gitu? :p

kebanyakan artis -kompom bodoh

saya cello191 said...

kalau xde ilmu,tanya~
jgn bg pendapat ikut suka ja...^^

miss ryrinn _ angin said...

subhanallah ......

allahuakbar .

cik pha said...

aku suka y siwardina.hukum hudud ni hukum Allah.jangan sewenang2nya pandai nak komen ke ape,takut lain maknanya.hukum Allah bukan hukum manusia ciptakan..

Fazrol said...

Bila org tak tau apa apa komen.. Camtu laaa...
Ke ada edit dari wartaan tue... Maklumlah, kalau artis yg ckp betul pun. Depa boleh manipulate kan...

dark said...

trololololololo...

ouh heliza yg ku puja...upe2nye ang pn buta agama ker??..

ish2..........out of the list la pasnie nie...

sedihnye...

Tasha said...

ape pun,baiklah kita bersangka baik...

juicy X said...

dan yg sebenarnya wartawan tu lbh b*d*h. apa reason dia pi tnya org2 yg dah sah2 x tau pape. adehhhh~
patot wartawan tnya dulu rukun islam & rukun iman,kalo lulus baru tnya soklan ni.coihhhhh

qasehraihan said...

SZ, saya copy komen student bkn islam tu tau....oga dia dberikan hihauah untuk memeluk islam..

IZYAN KAHER said...

no knowledge, no talk la sepatutnya.
they just exposing their weaknesses about hukum agama to others.
worst come to worst once the answers make peoples jadi lagi confius -.-")

#allah prepared hudud bukan untuk suka2. there's a reasons lies behind. apa yang dyorang takpaham nih~ errr,kakak2 artis yang disayangi seantero tanah air, are you trying to oppose the law of God? hmmmm :(

aniki said...

agama takkan berubah ikut zaman tapi zaman yang kena berubah ikut agama..kalau agama kena ikut zaman jawapan dia jadila macam ape yang dalam entry tu..salute wardina..

Anti Orang Nomad Tak Hengat Dunia said...

hello ustaz SZ...terbaiklah entry nih... memang aku setuju gila dengan entry kau nih...

ape lah semua artis-artis nih kan? bebal nak mampus... betul tak? memang takda langsung kesedaran kan kan kan??

ramai betul yang like entry ni...wuhohohoho...terbaiklah...

satu... kalau kau perasan..aku tak bagi salam...

dua...kalau kau perasan...semua artis tu memang jahil bab hudud...dan kau pulak terlihat sangat pandai...

tiga...kenapa orang yang pandai tak boleh ajar dan nasihat orang yang bodoh?

empat...kenapa perlu nak memperbodohkan orang??

lima...entri nih tak lebih daripada entri nak menghinakan orang...

enam...para alim ulama, cendekiawan, ilmuan Islam lebih sibuk nak pergi ceramah politik dari buat satu benda yang paling utama... menyampaikan dan membimbing ummat Muhammad ini daripada terus jadi bodoh..bebal..tolol...dan sebagainya...

tujuh...kalau dah pandai sangat...dekati golongan ini... bukannya menghinakan mereka..memperbodohkan mereka macam apa yang kau buat ni...sebaliknya... nasihati mereka..itu lebih afdhal bagi kau.. kalau kau tahu maksud aku la...

wah...entri...terbaiklah...

like sampai gila~!!!

Emo-emo juga..tapi ada batasnya... kalau kau delete komen aku nampak sangat kau blogger tak sanggup terima kritikan...

Agama itu bukan untuk kau menghina saudara kau yang lain... ingat tu derr...

selama ni aku cuma baca je entry kau... tapi kali ini aku tak setuju dengan kau...

sekian...

Solihin Zubir said...

@Anti Orang Nomad Tak Hengat Dunia : terima kasih PENDEKAR BERKUDA di atas kritikan dan pandangan tuan terhadap entry ini... =)

KuRo said...

Different perspectives: Aku rasa ini cuma menunjukkan pandangan peribadi mereka dan juga simbolik kepada "fikrah" yang ada pada orang biasa. So, para daie tahu laah dari mana nk mula . Tak perlu lah nk menghina atau mencerca org lain. Yg dok menghina dan mencerca org tu, berapa ramai yg betul2 paham pasal HUDUD QISAS dan TAKZIR dan syarat utk implement hukum HUDUD? Berapa ramai yg ambil “Bachelor of Islamic Reveal Knowledge” or at least baca buku Fiqh 4 mazhab tentang HUDUD dan QISAS kat luar tu?
Anyway, mmg pelaksanaan hudud itu wajib; tp kalau kita tergesa-gesa nk implement hukum hudud ni pasti ramai yang akan bantah, walau dikalangan muslim sendiri.
Seelok-eloknya, biarlah pihak yg betul2 nk implement berkuasa dulu, then buat roadshow, iklan, pemahaman dan sewaktu dgnnya. Lepas tu baru implement. Di samping persekitaran yg kondusif dan taraf hidup pun perlu diperbaiki. Kalau tak, walaupun dah ade hudud, tapi tak de sorg pon yg layak kene hudud. In the end, semua hukuman takzir (ketentuan hakim) je.
Dan point lain yg perlu diingat, Scandinavian countries tak perlu hudud pon, crime rate (kes bunuh rompakan dan kecurian) sama cam Saudi. Majoriti penduduk Canada tak kunci pintu rumah pon sbb pencuri sgt kurang. YG PENTING ADALAH PENDIDIKAN AKHLAK DAN NILAI2 MURNI KE DALAM MASYARAKAT YG PERLU SELARI DALAM PELAKSANAAN HUDUD QISAS dan TAKZIR.
HUDUD dan QISAS itu wajib dilaksanakan, begitu JUGA PENDIDIKAN/PEMAHAMAN AGAMA dan terutama AQIDAH, AKHLAQ yg LEBIH WAJIB keutamaannya. Kalau tiang tak kukuh, kejap je roboh. Islam itu bukan turun dlm satu hari je tp bertahun2, phase pertama pemantapan tauhid dan phase kedua baru pelaksanaan hukum (yg tidak terhad kepada HUDUD dan QISAS shj

shahjiehan said...

biasa la tu artis, kene jaga periuk nasi.. hahaha... sokong hudud, habis la kene gam ngan kerajaaan... kui3.... natijahnya, jgn jadi artis.... ! hahaha

Anonymous said...

saya banyak baca respon2 khalayak mengenai isu pendapat heliza helmi mengenai hudud...

saya juga turut membaca komen heliza tersebut... selepas berulang kali membaca, saya masih tak jumpa ayat yang menyebut heliza menentang pelaksanaan hudud di malaysia...

heliza hanya menyebut mengenai pertimbangan dan penilaian sebelum hudud dilaksanakan, keberkesanan jika dilaksanakan, perbandingan latar masyarakat Arab Saudi dan masyarakat Malaysia, penerimaan masyarakat dan akhir sekali perbezaan zaman.

hujah:
1- pertimbangan dan pelaksanaan hudud perlu dikaji kerana ia memerlukan persediaan dalam aspek yg menyeluruh... contohnya, pelaksana hudud mestilah dari kalangan-kalangan qadi/ pemimpin yg betul2 adil... jika dilihat kepada pola kepimpinan skrg, politik merupakan teras kepada terbentuknya mentaliti masyarakat dan perpecahan yang amat ketara dari kalangan rakyat jelata dan pemimpin... dan adakah parti2 politik di negara ini tak kiralah sama ada berideologi islam, nasionalis atau sebagainya benar ikhlas berjuang atas landasan agama? dan kita sebagai rakyat/ pengikut benar2 arif dan tahu tentang apa yg kita angguk apabila parti yg kita sokong mengeluarkan sesuatu pandangan?... atau kita sekadar mengikut secara membabi buta apa yg disampaikan? atau mungkin juga kita sentiasa berstuju tentang apa yg disampaikan oleh seorang tokoh/pendakwah/penceramah tanpa sebarang unsur periksa? atau adakah kita menyekat minda kita atau akal kita daripada berfikir sesuatu yg rasional?

2-

2. perbezaan masyarakat arab dan malaysia- sepertimana yg saya sebut tadi, perbezaan latar masyarakat juga merupakan salah satu satu teras pembinaan hukum... dalam kaedah fiqh ia disebut 'uruf dan adat'... penerimaan masyarakat dalam melaksanakan sesuatu perkara merupakan asas utama sama ada benda yg ingin dilaksanakan itu benar2 akan berhasil atau tidak...

3- "kita baru hendak melaksanakan hudud":- salah satu prinsip pelaksanaan hukum syariah 'tadarruj fil tashrik'... pelaksanaan secara berperingkat... seperti mana Allah mensyariatkan pengharaman arak, judi dan sebagainya... walaupun hudud bukanlah undang2 baru, tetapi pelaksanaannya di malaysia adalah baharu...

4- perbezaan zaman- pernah baca tentang 'qaul qadim' dan 'qaul jadid' yg difatwakan oleh imam syafie? byk fatwa-fatwa yg dikeluarkan oleh imam syafie semasa berada di baghdad (qaul qadim) digantikan dengan fatwa-fatwa baru yg dikeluarkan oleh beliau semasa berada di mesir (qaul jadid)... sedangkan perubahan hukum itu berada dalam satu zaman tetapi hanya dibezakan oleh jarak yg tidaklah terlalu jauh... dan sila gunakan minda untuk berfkir tentang perbezaan zaman yg berkurun-kurun tahun dari zaman imam syafie dan zaman rasulullah, adakah semua hukum perlu dikekalkan??? jika jawapan anda YA, bermaksud pemilik mazhab yg anda pegang sekarang merupakan orang yg sgt2 berdosa besar!

hana said...

erm...
nmpknye ramai lg golongn yg kena dalami ilmu agama termasuk lah saye sndiri..
nk bg pandangan kene la de ilmu...
=D

Budak Nakal said...

artis kt malaysia ni bukan bodoh...tp bila diorang wat statement yg xleh pakai ni, secara automatik menampakkan kebodohan diri sendiri..termasuk Heliza..ape2 pun, tahniah buat Wardina..

adanhayad said...

LOL!

"Bagaimanapun, hukum hudud ditetapkan dalam agama Islam dan perbezaan zaman banyak meninggalkan impak terhadap hukuman ini"

hukum ALLAH tu dah ketinggalan zaman.

TOLOL!

benda kalau dah lama pon penah gak jadi baru dulu kan?

TOLOL KUASA DUA!

yg wartawan tanya "ahli agama" ni pasal apa ntah? =..=

.::wardatulsyauqah::. said...

@Anti Orang Nomad Tak Hengat Dunia

Sebenarnya,salah satu usaha kita nak betulkan masyarakat adalah dengan 'kata-kata' mcm ni.Bila ada kecaman macam ni,mereka lebh cepat tersedar..bukan mudah nak dekatkan dr dgn mrk dan berdakwah satu2..kita xmngaibkan,tp mmperbetulkan,.sampai bila2 pun jika xbuat mcm ni,bukan para artis je xtau,tp kita org awam ni pun xtau..


Ana yakin,even ramai yg tahu ttg hukum hudud ni,tp sbnrnya,ramai lg yg xtahu..dan bila muncul isu ni,jelas,rupanya ramai yg sokong hudud,cuma xberani komen apa2,sbb xtahu apa sbnrnya hudud.Yang mrk tahu,hudud ni dari Allah,sbb tu mrk yakin..Alhamdulillah..Itulah yg mampu kita yang jahil ni buat,xhalang hukum Allah dilaksanakn,even kita xtahu..

.::wardatulsyauqah::. said...
This comment has been removed by the author.
.::wardatulsyauqah::. said...

Dgr vid ni untuk tahu sedikit sbyk ttg hudud.bermanfaat insyaAllah:

http://www.youtube.com/watch?v=EsZF8_HZbfo&feature=player_embedded

Spanar Buruk said...

ok,klau tak pndai,tlg jgn komen..klau anda komen,mngkin komen anda bkn di ambil berat oleh orang malah mngkin akan dikritik hebat dan mngkin akan dikecam lgi oleh org lain..

artis skrg ada yg ilmu tinggi melangit tapi bila komen isu agama hancus zero..tak de pape pun..

spanar bwak entry lawak pgi2 ni,jom rileks baca2 jap smbil hilangkan stress:

http://spanarburuk.blogspot.com/2011/10/spontaneous-thrusday-cikgu-dan-anak.html

ahsfantasy24 said...

Rasa nk lempang laju2 jek dor nei,
kasi sdar skit, byak sgt tdow..

nazirulhazwan~ said...

kemon la pendekar, guwa tak nampak pon SZ hentam siap maki hamun artis.

kalau dah pandai sangat...dekati golongan ini... bukannya menghinakan mereka..memperbodohkan mereka macam apa yang kau buat ni <-- ko bgtau sikit camne nak dekati golongan yang anggap diri diva? ko tweet dorg dorg reply ker?ko contact kat fb dorg reply? ko sms tgk kalau die reply. then, dey all yang kene dengan inisatif sendiri pergi ke kuliah agama.

cik ciput said...

apa yg aku tahu,bukan senang2 nak jatuhkan hukuman mengikut hukum hudud..

Hansyirah Takezur said...

panjang sangat komen orang nomad tuh. realistik le sangat.... =.=''

all on all, sy sokong ngan entri SZ nie... walaupun kita ada freedom of speech, tapi kenalah berpada2.... artis sekarang terlalu diagungkan.... diorang ingat diorang boleh cakap pape ikut logik akal...

kita kalo nak bercakap pon biarlah berhikmah... jangan guna logik je... Islam masih ada Al-Quran & as-Sunnah untuk drujuk. kalo sume nak kena logik, hancur la dunia nie. wat itu ini tak boleh...

lately, banyak talk pasal hukuman hudud. kat tempat saya study pon recently ada legal talk pasal nie. mmg kalo boleh nak sangat dilaksanakan hudud nie.

tapi disebabkan negara kita nie banyak prosedur yang kena wat, sampai sekarang masih tertangguh...

harap2 hukuman hudud dapat dilaksanakan di malaysia... hurm...

sy respek kamu berani komen tindakan para artis nie. semak gak ramai sangat artis kat msia nie. semakin menjolok mata lak tu... ilek je nak cakap pasal benda2 camni... haishhh....

CikTomyam said...

likeeeeee dis entry..^^

chiko said...

SALAM,

RASANYA..KOMEN HELIZA TIDAK BERMAKSUD DIA MENOLAK HUDUD. CARA PENYAMPAIANNYA AGAK BERTAPIS KRN DIA TAK KATA HUDUD TAK RELEVANT. KOMEN ENOT MENUNJUKKAN TAHAP ILMU YG DIA ADA. KESIAN KPD PARA ARTIS..SEMOGA MEREKA DIBERI PETUNJUK..

Panglima Muda said...

salam, mungkin mereka masih mamai kerana baru bangun dari tidur. Orang seperti itu lebih baik tak usah ditanya. sepertinya kata arwah guru saya " cuba kau tanya kerbau di sawah tu, apakah syarat dan hukum mandi junub" Pastinya kerbau itu tidak akan menjawab dan orang bertanya juga digolong kepada golongan yang jahil. Bertanyalah kepada tempat yang sesuai

azli said...

korang kena terima hakikat yag dia kata ini betul.. sbb itu minda kita dari kecik kita dipengaruhi hukum barat...so korag stop lah wat mcm nie.. korg kena terima hakikat.. pelaksaan hukum hudud.. bukan kena degar kata cik heliza ini... dia nie tiada apa-apa pn..
yg penting pemimpin kita.. para ulamak..
sy sedih sbb para pemimpin kita seolah menolak hukum allah.. kenapa?

nurfauzi said...

Terime kasih yeop.
kawan copy sikit ye masuk blog.

Ujang9897 said...

gua suka olahan entri lu ni

f_aRa_aINa989 said...

kalau dh kata tny artis tu mmg silaplah kalau nak expect jawapan2 yg gempak2..

hukum hudud ni dah ditetapkan oleh Allah..dalam Al-quran pun ada tertulis....Sesungguhnya Allah tahu apa yg terbaik tuk hambanya..

Lagipun kena hukum hudud baru dpt insaf, kalau x sampai bila x insaf.

Dengan lagi 1, kalau org penjahat tu x kena kat dunia, confirm kena kat akhirat. Jadi, kalau Allah suruh laksana hukum hudud tu mst ada hikmahnya....

pena rozie said...

Wartawan ni salah org la nak tanyer soalan mcm tu...

NuNa said...

urm, kalau hukum hudud dilaksanakan, msti x ada dah la kes buang bayi merata2...

Mialia said...

terlompat bila tgk jawapan budak tu.. hehe

sorry to say, artis slalu nak kasi jawapan mcm dia yg paling pandai

Spanar Buruk said...

lalu lalang jap..ada entry nak share ni..sz tau bila waktu pling mustajab nk brdoa?..nak tau sila klik link kat bawah ni :

http://spanarburuk.blogspot.com/2011/10/waktu-paling-mustajab-untuk-berdoa.html

FasiHaH SupiaN said...

hmmm, ade juga yg menghentam, kesalahan rasanya ttp kesalahan, xkan nak biar terus dibiarkan berleluasa, kenalah selesaikan dgn perbetul balik...cuma caranya bagaimana...kalau medium seperti ini yg kita perlukan, so why not?? sdgkan klu kita nak bg pengajaran kat org, kita bg teladan, kita bukan nak memburukkan seseorang atau menghina seseorang, tapi sebagai 1 panduan, agar org lain xbuat mcm itu..cuma mungkin drpd sudut perlaksanaan kna analisis balik...

haa xtaulah faham ke x, sebab komen ni ada merujuk komen2 di sini juga, masing2 punya pendapat..dan nobosy is perfect kan....

jgn selalu rasa diri betul sgt..kdg2 diri kita lebih tak tahu..

fRaMe+LenSeS said...

sebab tu depa bukan yang sepatutnya JADI IKUTAN.

chait. geram plak baca.

exora said...

isu hangat..bab2 agama kalau kita kurang ilmu, lebih baik diam dr bersuara...lebih baik mendengar dr berbunyi...
ini dah la x tahu sumpah seranah org pulak...

apa2 hal pun teruskan berblog SZ dengan isu2 yang terkini...saya dapat banyak maklumat dari cni..thanx

Qaseh dalia adelia said...

terbaik SZ ..
hurm entahlah semoga artis2 kat malaysia lebih berhati2 dalam membicarakan hukum Allah ..

terkesima baca status budak non muslim tu huhu

Cik Tina said...

seriously,hukuman perlu dilaksanakan kerana ia perintah Allah SWT . tak sangka ada org bukan Islam yang belajar tentang agama Islam dan tahu tentang hukum ini. Harap dia dibukakan hati untuk memeluk Islam. :) Allahuakbar !

FaKArePa!n said...

Bilamana mereka yang tidak berilmu berbicara..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

jika cetek tentang agama baik ckp tak tau je.ni hukum Allah.Ramai anak muda jadikan artis idola mereka...

Liza @ Adzriel AB said...

setuju hudud di laksanakan. mesti ramai yg ngeri nak buat jahat. dah tentu yg arif akan melaksanakannya. Al-Quran utk sepanjang zaman.

wath said...

setuju ngan wardina. bijak berkata2 n tau berfikir. tak tunjuk pandai dengan memandai2 bagi pendapat

Amoi MiyaSya said...

tak tau nak komen ape , isu ni panas . bagi wani . dari tak tau pape , bek diam je . jgn pandai2 bg komen

Jejaka Terhangat said...

haha..wartawan ni saje nak pekena artis ke? pergi tanya diorang pasal apa..dah tau artis ni antara yg jahil agama..tp bagus gak hal ni diketengahkan. supaya orang ramai lebih alert, bahawa jadi artis ni hanya menandakan seseorang tu buta agama..so, kepada sesiapa yg berniat nk jadi artis tu. baik lupekan jela niat murni korang tu..

:.syUe.: said...

rase malu tgok artis.bukan artis laa secara tepat nye kaum melayu beragama islam lagi tuh jawab komen hudud macmtuh..
sentap tgok plajar kristian tuh jawab lagi laa...maluu laa..

Blog Sensasi said...

Moga Allah memberi petunjuk kepada orng2 yg tidak mengetahui...moga umat Islam mendapat hidayah

ifwat syamim said...

wardina lah yg paling bagus. tak sangka org yg bukan seagama ngan kita lagi alim tentang perlaksanaan hukum hudud ni drpd para artis ~

Siti Mashitah Saidin said...

ada tengok org post nih. paling tak caya si komen heliza tuh.

ingatkan mnyokong hudud.
takotkan hudud bru org takot nak buat dosa. jadi tak da la gejala sosial makin melambak macam kat msia nih.

lg satu, perlu ke pikir tentang agama lain. first, malaysia negara islam. tapi tak buat ikut cara islam.
second, hudud hnya untuk org islam ja. kenapa yg bukan islam nak bising2 dan mempertikaikan hal pulak.

haish

p/s : kesian tgok wardina dulu. mcm2 kena tomahan. apapon, sy pyokong wardina

wawa said...

tumpang menyibuk..==))

sebenarnya kejahilan org terletak pada tahap ilmu yg kita miliki ( x kiraalah ilmu dunia ke agama)....

apapon.adalah lebih afdal jika berhujah bila ilmu penuh didada.=))

Anonymous said...

@Terbang Bersamaku

Mana SIS nie ..tolonglah akak Enot nie..

irah said...

dah habis bagus la tu jwbnye yer?..

nadya said...

paling suka entry ney!!

nuriz said...

semalm ada terbaca gak psl enot ni
komen psl hudud..emm wartwan pun pi tanya artis ni watpe la..mcm la depa ni arif sgt, pi la tanya ustaz2 tu

agaknya enot ni dia tgk filem lakonan zaman2 aziz jaafar tu dulu ada kisah kena sula ni kot
kisah penekat2 purba tu..

LadyBird said...

salam :)

Terima kasih sebab sudi menjawab persoalan lady di blog lady..

lady salah fahamlah selama ini.. terima kasih atas pencerahan itu.. semoga Allah sentiasa memberi kemudahan tuk ustaz membantu kami mendapatkan ilmu Allah.. ameeennn...

Psychic Zero said...

Salam,

Saya ni boleh dikatakan kawan Heliza tapi takdelah rapat sangat. Saya kenal Heliza macama mana. Harap semua orang bersabar dan jangan terus cepat menghukum... Kita tidak tahu mungkin terdapat kesilapan di pihak Heliza, wartawan, Sinar Harian atau lain2. Saya harap kita semua tunggu penjelasan rasmi dari Heliza.

DMH said...

aku memang jahil agama...tapi kurang2 aku tau HUDUD tu hukum ALLAH...bagi aku,2-2 salah wartawan 2 salah ARTIS TU salah...ada lagi sorang pown salah...KERAJAAAN...sebab tak bagi kefahaman tentang hudud...sebab tu orang jahil tentang isu HUDUD nie...so tindakan kerajaan kena bagi kefahaman...macam mana dengan ACHEH leh laksanakan hukum hudud...yang penting kena bagi rakyat faham dan tak takut apabila dilaksanakan hudud kelak...
orang bukan ISLAM x perlu takut dengan hukum hudud nie..sebab hudud nie bukan untuk mereka...HUDUD hanya untuk orang ISLAM...diorang ade hukum SIVIL so gunakanlah....
PEMAHAMAN BODOH AKU:orang yang jahat je takut dengan HUKUM HUDUD nie...so LU FIKIR LAH SENDIRI

Solihin Zubir said...

@Anti Orang Nomad Tak Hengat Dunia

Assalamualaikum Tuan Pendekar Berkuda ...

terbaiklah entry nih... memang aku setuju gila dengan entry kau nih...

http://www.pendekarberkuda.org/2011/10/bila-artis-berbicara-tentang-hudud.html

ape lah semua blogger-blogger nih kan? bebal nak mampus... betul tak? memang takda langsung kesedaran kan kan kan??

ramai betul yang like entry ni...wuhohohoho...terbaiklah...

satu... kalau kau perasan..aku bagi salam...

dua...kalau kau perasan...semua blogger tu memang perosak jiwa dan hati umat Islam... dan kau pulak terlihat sangat pandai...

tiga... kan aku ada selit kat entry tu penerangan psal hudud.. tengah ajar la tu kan..

empat... bila aku hina dan bodohkan artis-artis tu? aku cuma mempersoalkan kejahilan mereka. Dan aku cuma pinjam kata2 Ustaz Azhar Idrus, kalau jahil jgn cakap nnt terserlah kebodohan..

lima...entri nih tak lebih daripada entri nak emo sebab kau kan 'pencinta' heliza helmi. Kat dalam blog kau pun sikit-sikit heliza helmi. Jadi aku tak hairan sgt kalau kau nak back-up dia dan nak meng'emo.

enam...para artis lebih sibuk nak pergi konsert, event daripada mendalami ilmu agama... menyyesatkan dan membimbing ummat Muhammad ini supaya terus jadi bodoh..bebal..tolol...lagha...dan sebagainya...

tujuh... kalau dah hero sangat...dekati golongan ini... jumpa mereka, SMS mereka, call mereka utk bg nasihat.. bukannya meng'emo' macam apa yang kau buat ni... itu lebih afdhal bagi kau.. kalau kau tahu maksud aku la...

wah...entri...terbaiklah...

like sampai gila~!!!

Emo-emo juga..tapi ada batasnya... kalau kau delete komen aku nampak sangat kau blogger tak sanggup terima kritikan...

Agama itu bukan untuk kau memaki saudara kau yang lain... ingat tu derr...

selama ni aku cuma baca je entry kau... tapi kali ini aku tak setuju dengan kau...

sekian...

Kah... Kah... Kah.... Sory, gua copy ayat kau balik..

Aku harap kau jangan lempang aku tau... Aku tahu lah kau tu hati kering, kuat gagah perkasa, kepala pernah mkn parang macam kau dok canang dalam entry2 kau sebelum ni.. kau hebat.. so, aku takut sangat2 dengan kau.. kau tengok lutut aku.. ada goyang kan? serammmmm nihhhhh....

aku rasa, kalau yg komen hudud tu bukan heliza, tapi seorang yg sgt kau benci, (kau pun tahu siapa aku maksudkan) mesti kau pun akan up entry m,cm aku kan? malah mungkin lebih teruk.. tak payah la nak bias sgt dlm hal ni derrr...

aku sedar aku pun jahil jugak.. dan aku bukan org yg layak utk berdakwah.. tp aku ada kesedaran yg aku tak boleh tengok orang persenda dan tolak hukum Allah..

artis2 ni dah buat statement dlm paper bro.. dlm paper.. ramai orang baca.. jadi aku rasa wajib aku bidas diorang supaya orang lain yg jahil tidak terpengaruh dgn kata2 mereka yg jahil tu utk turut tolak hukum Allah.. dan biar anak2 muda yg lain tahu, jadi artis hanyalah sampah. ramai sangat artis kat malaysia ni der.. semak weyh..

Apa pun, aku harap walau kita berbeza pendapat, jgn jadikan itu sebab untuk kita bermusuh.. Takyah la nak bengang2 sangat ok..

Senyum Abam Pendekar.. Tak macho la emo2.. Heheh... =)

p/s : panjang la plak? rasa mcm nak up entry psal ni plak.. tp xnak lah.. kang nnt hang ckp aku aibkan hang plak.. =)

erniemusliana said...

banyak lagi soalan lain boleh ditanya.

LadyBird said...

apabila pendapat diminta drp org yg bukan ahlinya.. maka beginilah jadinya..

Pendekar Berkuda said...

@Solihin Zubir

banyak la kau punya tak emo... aku dah kata aku paling pantang kalau orang memalukan orang yang jahil dalam agama...

Rasulullah pun tak pernah buat macam yang kau buat nih... Malah dia mintak lagi syafaat dari ALLAH untuk mereka...

Kau perli aku nampak? memang kau nih jenis blogger yang suka nak trafik dengan memalukan orang ya? kalau kau tahu kau jahil...jangan nak memandai-mandai nak menghukum bro...

Kau persoalkan aku kenapa aku tak sms diorang...tak call diorang...tak cuba dekat dengan diorang pulak? Hape punya mindset yang kau ada tuh?? Kalau dah kau jahil...kau nak memandai2 pi nasihat orang ka?

Satu lagi... kalau ya pun aku pencinta heliza...apa masalah?? Aku cinta dia sebab sikap dia...aku cinta dia sebab perlakuan dia.. aku cinta dia sebab dakwah yang dia cuba bawa... so..aku tak pernah nak persoalkan yang lain... sebab kebaikan dia lebih banyak dari keburukan dia...

kau jangan nak samakan aku dengan kau... jangan sampai semua perkataan yang tak patut keluar aku keluarkan pulak bro... jangan nak berlagak baik depan aku...

Pernah aku persoalkan pasal kau? hebat ke tak ke? pernah? so, jangan nak memandai2 nak persoalkan aku pulak... kau yang menghina dan memalukan orang yang baik sebab satu komen dia yang menyebabkan ramai orang maki hamun dia dalam wall n fanpage dia...

kau nak tanggung ke semua rasa malu dia tuh?? berlagak kan main la kau ya~!! siap copy paste komen aku lagi...hebatlaaahhh~!!!

maki hamun perempuan depan depan ramai apa punya mindset da kau nih?? Perempuan tu sensitif der... jangan jadi bijaks sangat nak samakan sikap perempuan dengan lelaki...

aku tengah panas...jangan kau siram dengan api bro... please...itu aja aku mintak... kalau kau tak sanggup nak terima apa yang aku buat nanti la...

cik ciput said...

SZ, pendekar berkuda, jangan gaduh2..selesai cara baik ye sahabat blogger berdua.. =)

dark said...

yeah!..komen ke 80!..

trololololololol la kau nie PB...

emo xmenentu...tak suke,toksah bace weyh...hahahaha...

org nk bukak minda..bkn sempitkn cam ang...ekekeke

Wanita Bertudung Hitam said...

wahhh wardina jugak terbaek dan mengomen menggunakan otak... dan lagi baik rasanya gua jadik kipas alvaro victor...dari jadik kipas artis malaysia~ n to u brader SZ, lu memang macho la..i like!

wanie mn said...

pelik la wartwan ni.. tny soklan tak kena pada orang.

Yan Saflina said...

betul apa yang wardina cakap tuh...mmm

FaIzZ cRaShSgUy said...

aku nampak komen heliza tidak perlu terlalu di salah ertikan sbb mungkin maksud "Bagaimanapun, hukum hudud ditetapkan dalam agama Islam dan perbezaan zaman banyak meninggalkan impak terhadap hukuman ini"

begini.. hudud sememangnya telah di tetapkan sebaiknya sampai akhir zaman namun perbezaan zaman dahulu n sekarang dlm dlm aspek telah meninggalkan banyak kesan (faham impak di situ)kepada perlaksanaannya... di situ aku nampak heliza menyatakan kekesalan kerana hanya di sebabkan perbezaan zaman hukum Allah ini menerima kesan yg tidak sepatutnya sehingga pemimpin n masyarakat tidak mempunyai fahaman yg baik utk melaksanakannya...

apa pendapat kamu ttg komen aku nie

kakchik@ella said...

sgt stuju dgn Wardina. Suka komen Alvaro Victor, sgguh berinformasi dan ada ilmu di dada.

GnieSyazni said...

huu malu kn...agama lain boleh bg komen bernas mcm tu tentang hukum hudud ni...

hmm artis..no komen la..heliza..heliza..alahai

miss ct said...

Assalamualaikum...
kata-kata kita ibarat pedang yang tajam...belum berckp, biar fikir dulu..kalau tiada hujah, leih baik diam kan diri...Wallahuallam

Ujang9897 said...

salam bro.., heliza dah jwp pasal isu ini..=)

haritu gua dah tanya dia,dia harap dapat bersihkan nama dia..=)

http://azfar9897.blogspot.com/2011/10/jawapan-sebenar-heliza-mengenai-isu.html

puanbee said...

bagus betul wardina saffiyah tu :)

Anonymous said...

kpd manusia yg blagak pndai,bijak,arif & bg pendapat bodoh pd hudud.aku bg soalan senang je.hang pk la sape yg jd kn hang.yg bg hang bernafas,bg hidup atas muka bumi ni.bl DIA yg jd kn korang,mst kita kna ikut DIA,ape yg DIA suruh buat.pakai tudung pn x pndai,ni kan nk bg komen/pendapat sal hukum hudud.lau org tny hang camne haiwan yg di namakan 'AYAM'..mst hang habaq mulut ayam cmni,mulut ayam cmni,ade kepak,kaki dua,ade balong,rupe ayam cmni. sama gk dgn 'ISLAM'..ISLAM ade cra hidupnya,hukum hakamnya,asal usul nye.xkn la dlm soal solat je nk ikut ISLAM,yg lain x..lau ckp hudud tu x sesuai ke ape ke,aku rs baik hang buat bumi sdiri.seksok hang mampus,xyah tanam cra ISLAM la..xyah bc talkin.bungkus2,bakar pastu buang ke laut.org ISLAM sdiri pn kutok hukum ISLAM,cmne org bkn ISLAM nk ikut hukum ISLAM..bodoh pny statement.pdg mahsyar seksok hang jwb cmtu dpn ALLAH..x pnh lg aku jmp org ISLAM yg bodoh lg bangang cm hang nih.insaf lah.mohon pd ALLAH,buka kan lah hati hang yg dh di salut benih2 syaitan laknatullah.

Anonymous said...

kami sokong WARDINA...
kalau xdak ilmu, xpayah la nak komen bagai macam pandai sangat...