Pages

Friday, October 21, 2011

7 Perkara Yang Tidak Boleh Diubah Dalam Hidup

Dalam hidup ini ada tujuh hal yang TIDAK BOLEH kita ubah iaitu :

1. Jenis Kelamin dan Jantina
Memang boleh buat pembedahan untuk mengubah alat sulit. Tetapi masih tidak mampu mengubah roh orang berkenaan. Lagipun hukumya haram. Terimalah diri seadanya samada lelaki atau wanita.

2. Ibu Bapa
Mesti hormat ibu bapa dengan apa cara sekalipun! Samada dia kaki botol, pelacur mahupun perompak, tetap  kena hormat mereka. Cuma kita wajib memberi nasihat dan teguran tanpa henti.

3. Tarikh Lahir
Sudah ditetapkan oleh Allah, sebelum dunia dijadikan kita tidak boleh memilih tarikh lahir kita. Ia memang sudah ditentukan sejak azali dan jangan sesekali kita menyesalinya.

4. Bentuk Fizikal
Jika rambut anda kerinting, hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong, kulit gelap, terima sajalah. Memang ramai yang ingin mengubah bentuk wajah mereka samada membuat pembedahan plastik mahupun mencukur kening, tetapi tetap nampak aneh dan tidak semulajadi.

5. Masa Lalu
Past is the past. Jangan menyesali masa yang sudah berlalu melainkan untuk dijadikan sebagai pengajaran. Jadikan masa lalu sebagai batu loncatan untuk masa depan.

6. Kedudukan Dalam Keluarga
Kedudukan kita sebagai anak sulung, bongsu atau tengah, tidak akan dapat diubah sekalipun anda merasa beban memikul tanggungjawab sebagai anak sulung. (Ok, aku terasa..)

7. Suku Bangsa
Jangan menyesal jadi orang Melayu, Jawa, Cina atau India. Walaupun Melayu sering di'cop' sebagai pemalas,   berusahalah untuk mengubah tanggapan tersebut. Perkara yang kita boleh ubah adalah cara kita berfikir. Jika berubah maka berubahlah hidup kita.

Rujukan : Harian Metro, Tazkirah Remaja.


SZ : Perangai boleh diubah... Jom ubah perangai... Heheh...

30 360 juta komen:

SyafiQ aHaDin said...

betul3! best:D
thanks sharing :D

atiqsalleh said...

rindu masa lalu..

azwa amani said...

ada lagi gambar selpas yg last tu...huhu..gambar org angkat keranda pula..huhuhu..

nice sharing...

mOoN said...

Ramai orang yang tak tau nak bersyukur dengan apa yang ALLAH berikan... yang kita tau hanyalah merungut dan merungut... apa yang ALLAH berikan adalah kurniaan paling hebat buat kita... Bersyukur la kerana di antara banyak benih,, kita yang terpilih untuk lahir di dunia ni...

cucu umie said...

terima kasih bro atas perkongsianya..pasal kedudukan adik beradik tu, terasa woh,,huhu btw, setiap yg berlaku pasti ad hikmahnye

Puteri Iqa Izyan said...

InsyaAllah~

tapi kadang2 ada yang selalu salahkan diri sendiri bila tak sempurna.

hey. come on la. jadi diri sendiri dah cantik dah.. hee ^_^

Yatie Awang said...

InsyaAllah, sentiasa nak mengubah perangai..

falia shazana said...

betol betol betol!!!! ^^

onie said...

jommmmm mandi...tak mandi lagi kan?haha

Anonymous said...

no 3 - tarikh lahir .
lau contoh, tuk ank kite ke, yg daa ckup sifat n da bole dibenarkan bersalin walaopon hari sbena die blum tibe ? mcm mn tu ? ape hukum dia ? - skang da bole suntik tuk beranak cpt walaupun ari sbena belum tiba ag. kirenya kite mcm bole plih tarikh lahir gak le.. ape hukum dia ye ? tQ~

diana said...

bersyukur apa yang diberikan Allah pada akak selama ni..
tarikh lahir yang cantik,muka yang cantik,kulit melayu yang cantik...

(komen ni cuma untuk cakap akak cantik je..heheheh)

Ini Kisah Tia said...

ada lagi .. bumi ini bulat .. dan akan tetap bulat .. huhuu

simaa syaz said...

btul tu..kita xleh nk ubh semua tuh tp perangai n sikap boleh diubah.. :)
err..klu prinsip hdup agk2 boleh x? heh heh heh :D

blog-tips-kurus said...

*adik beradik kandung pon.. :)

♥NuR SyAFiQah♥ said...

list kt atas semua betul :)

nadya said...

nama bleh diubah..
panggil saya usagi-chan pas ney..
:p
kidding.

Anum said...

hehe
setuju2

exora said...

nak ubah sikap suka sgt shoping...
dh ble sikit2
tapi nak ubah byk blum dpt lagi..huhu

YOUsoF said...

Hehe jom²! Ubah perangai.. Tapi dekat India ramai yang tukar jantina anak² kecil diaorang.. Sedih pulak aku baca..

NURUL NADIAH MAMAT said...

untuk jantina dan pembedahan plastik tue kalo diubah memang teruk padahnya.........

hai abg long...ekeke..

FaKArePa!n said...

heheh.. ade kat nk ubah tarikh lahir..ish3..

jom ikut bro SZ berubah perangai.. hehe

Hansyirah Takezur said...

kematian?

rasanya tak boleh ubah jugak kan? hurmm...

naqiah said...

naqiah othman like this...

hikari said...

nak ubah perangai tu la yg susah.
lebih2 lagi kalau benda dah jadi habit..hu2
xpe, kalau betul niat nak berubah jadi lebih baik, insya Allah Allah akan tlg kan.. =]

naqib faiz said...

aku tak malu jadi melayu. aku cuma malu kalau bangsa aku sendiri yang memalukan bangsa sendiri. perangai boleh diubah. well said SZ!

aniki said...

ayat last tu aku setuju..haha

nabByla said...

betul tue... jom2 sama2 kte ubah peragai.. hee...

Nafisa81 said...

jom ubah...!

pengemis Cinta~ said...

jom jom. ubah perangai.buang tabiat buruk.hehe

nurul said...

huhu..benda yang xboleh diubah orang nak ubah,yang boleh ubah xmau ubah pulak..perangailah yang paling susah nak ubah.thanq!!! -)