Pages

Friday, September 23, 2011

Lebih Baik Mengumpat Ibu Sendiri

Mengumpat ialah menceritakan tentang aib atau keburukan seseorang yang apabila orang tersebut mendengarnya maka ia akan marah dan benci. Aku rasa ramai yang pernah mengumpat samada dengan niat atau 'termengumpat' tanpa disedari. Baik lelaki ataupun perempuan, kalau tengah lepak sembang kosong dengan kawan-kawan, mesti akan terselit cerita pasal orang lain. Tak puas hati kat orang tu, tak puas hati kat orang ni. Mendengarnya sahaja pun sudah dikira bersubahat.

Apa kata lepas ni, kita semua mengumpat ibu kita sendiri. Itu lebih baik daripada kita mengumpat orang yang kita benci atau orang yang kita tak suka. Yelaa.. Daripada segala amal dan pahala kita yang sedikit ni diberi percuma kepada orang yang kita tak suka, lebih baik kita sedekah kat ibu kita yang telah banyak berjasa tu.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahali, di akhirat seseorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia. Maka, dia bertanya kepada Allah, "Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui.."

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang yang berzina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (HR Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

[rujukan Hadis]

Jadi, sudah jelas hukum mengumpat adalah haram. Jangan lurus bendul pulak nak umpat ibu sendiri lepas ni. Itu cuma perumpamaan. Jangan pulak nak berzina lepas ni. Itu cuma gambaran betapa dosa mengumpat sangat besar. Maka, jauhila acara umpat-mengumpat.

Walaubagaimanapun, ada 6 Jenis Mengumpat Yang Dibolehkan.. SILA KLIK SINI!

'mengumpat' macam ni dibenarkan ye.. hahaha...
SZ : Sapa pernah mengumpat aku? Cepat mintak maaf! Heheh...

37 360 juta komen:

Rtp Farra Arisha said...

mengumpat/bergosip..those are bad attitude..tidak perlu dicontohi..:)
amalkan perkara yg baik2 saja.

wow..hebatnya..anda diumpati oleh artis ;) hehe.

Anum said...

saya minta maaf
hehehhe
ye la jgn ngumpat, kalau x puas hati cakap je depan2

Myera Nyera said...

hahak. perasan! ^^,

Diana @ bilakukatacinta said...

erkkk..mengumpat ibu sendiri nak sedekah pahala?...kalau mcm tu..xde keje lainlah kite..duk ngumpat org yg kita syg jelah setiap saat supaya dpt bg dia pahala...

eyrah said...

Wahh. Cute dia

eyrah said...

Waahh. Cute dia

rara pinkmafia said...

kadang2 bukan nk mengumpat.tp luahan rasa geram.kalu cm tu cane eh?


boleh x SZ cr kan rara hukum memakai contact lense ketika solat?

FaKArePa!n said...

baik, pemurah, tegap, romantik, kuat dan gagah perkasa.. heheh...

boleh caye ke tu.. bro.. keh3..

nadya said...

er..er..rasanya xpnh... :p

Solihin Zubir said...

@rara pinkmafia : sbb tu kita disuruh bersabar n cool.. =)

psal contact lens tu, insyaAllah...

Solihin Zubir said...

@Diana @ bilakukatacinta : dah pesan kan kt atas tu.. jgn lurus bendul bila baca tajuk tu.. tak baca habis eh? hehe.. =)

mengumpat lebih besar dosanya drp berzina, tak bermaksud lebih baik berzina drp mengumpat.. dosa tetap dosa.. takleh buat..

Siti Mashitah Saidin said...

seius ja baca.. sampai last, fasha panda? hahahahhaha!

Muslimah Optimis said...

hahaha... suka gilak tengok kacang yang nama fasha panda n juiana evo tu ngumpan SZ.. keh3..

jauhilah sesuatu yang Allah tak suka kelak kita akan bahagia

blog-tips-kurus said...

(patutkah saya mengaku?? hoho!)

bagus tazkirah En.SZ ni.. mari belajar anyam ketupat daun kelapa. :-)

azwa amani said...

kadang2 tu tak sengaja mengayam ketupat.. tetapi cubalah kita elakkan yerr

hana said...

wah..
comel nye kacang tu...
takat ni x pernah lagi mengata SZ...
=D

zaty said...

moral of the entry : kurangkan cakap banyakkan kerja ! huhu

Jejaka Terhangat said...

ahaks..bahaya tak baca habis pastu terus komen..nnti jadi mcm komentar sblm ni..=p

visitme@FaTiN cOrNeR said...

kadang kadang tak sedar terumpat orang..ish2..jahil..

eira said...

terkejut bace tajuk..
ade ke nk ngumpat mak sndiri plak..
ssah payah dya nak lahirkan insan yang bernama anak..

tieykah said...

lagi bagus kalau kita senyap kan?

:D

aniki said...

salute bro..sori bro kalau aku ngumpat ang..hoho

hikari said...

mengumpat lah paling susa nk elak..tahu n sedar dosa tapi kadang2 terbuat jugak..saya masih lagi hamba yang lemah untuk menahan diri dari bersabar..T_T

thanks SZ di ats peringatan

exora said...

betul laa..ssh nk elak dari ngumpat
tp kn gak cuba kan...untung org pendiam...jrg umpat org, betul ker???

yad'z said...

hahaha... tegapp ker???? hahaha

selalu jek termengumpat tanpa sedar. =P

LiFe KaMi said...

masalahnya zaman sekarang ni mengumpat dalam facebook tu..
tak boleh dikawal..
kena hindari perbuatan yang tak berfaedah ni..

diana said...

erm...
ada jugak yang baca tak habis..
ekekekek...

tegap,romantik,/gagah perkasa..
arggghhhhhh!!!!
pengsan!

Amoi MiyaSya said...

hahah. tak boleh blah . just one thing , memaafkan orang yang mengumpat kita tu kan lebih baik ;)

Sunah Sakura said...

sape nak mengumpat saya, saya bagi ni..cepat2...

belog|amiyo said...

haha. mengumpat yang dibenarkan yang tak tahan tu.

Iffah Afeefah said...

Smpat lg perasan tu


ni bkn mngmpat eh

KELI OH KELI said...

x yah la mengumpat...sebab lebih baik perbaiki diri sendiri...jom sama2 kita majukan diri...janganlah ada budaya menjatuhkan satu sama lain...x ada untungnya pun...

gua dah kata...entry lu terbaik!

Download or Online Movie said...

tolonglah mengumpat saya (tetibe, sebab nak pahala drpd org lain) huhu

btw nice entry :)

bighagenjo said...

minta maaf!!!
huhu

entry berguna ni. mengumpat ni kadang dah sebati dalam diri. konon nak meluahkan perasaan, ke tak puasan hati, tak sengaja dah mengumpat, bila dah stat... makin sedap jadinya..

ehem

Terbang Bersamaku said...

mmg tak bagus mengumpat nie, berdosa..

~kalu tak puas hati ke ape baiklah ckp depan2, tegur dan bagi nasihat..
skurang2nye orh yg kt tak puas hati tue boleh berubah jdi lebih baik..kalu kt ckp blakang /ngumpat dia takkan berubah pun..kt dpt dosa adalah, sia2 jer..~

she_Dah said...

solihin cute..hahah..x bleh blah betoi..pape pn,mntak maaf lau ada salah..:-)

f_aRa_aINa989 said...

sy pnah mengumpat ckp awak hensem... mintak maaf ea.. haha.. :P