Pages

Thursday, September 22, 2011

Iklan TM : Ramli Pemain Manchester United [Maksud Tersirat]

Tahun 1998
Ramli : Ayah! Ayah! Ramli score dua gol hari ni..
Ayah : Hey! Anak jiran sebelah tu score 9A tau!
Ramli : Ayah, Ramli janji yang Ramli akan buat ayah bangga suatu hari nanti..

Tahun 2011
"Ramli!!! Ramli scored his first goal for Manchester United! Ramli from Malaysia..."

*Petikan dialog Iklan TM

Hebat! Nama Ramli sebaris dengan Rooney, Berbatov dan Nani tuuu...

Maksud Tersirat Iklan TM

1- Jangan perkecilkan kebolehan anak anda dan membandingkannya dengan anak orang lain.
2- Setiap orang dikurniakan kelebihan tersendiri dalam bidang yang berbeza.
3- Jangan paksa diri untuk jadi orang lain. Just be your self!
4- Tiada yang mustahil untuk dicapai jika kita mempunyai tekad dan keazaman yang kuat.
5- Buktikan kepada ibubapa kita yang kita mampu berjaya buat mereka bangga hingga menitis air mata.
6- Manchester United adalah sebuah kelab yang hebat dan kuat sehingga menjadi impian setiap orang untuk bermain di sana. Ehhh.. Haha.. Glory-glory Man United!


p/s : Iklan ni memang terbaek lah.. Terima kasih kepada Nub Kaki Pukoi yang memperkenalkan video ini kepada aku. Dan juga kepada Cloud 9 kerana idea ini tercetus setelah membaca entry blog beliau.

SZ : Kenapa la TM tak guna nama SOLIHIN? Untungla sapa nama RAMLI.. Heheh..

32 360 juta komen:

iniialahaku said...

yg no 6 aku bantah..sekeras2nya aku bantah..hahaha

Sunah Sakura said...

solihin nanti..untuk pemain malaysia yang betul2 punya...ganti SS..

nub said...

ramli!!!!!


harhar. aku mula2 tengok iklan ni kat tv dalam bilik, terus carik kat internet tapi x jumpa. 2-3 jam pastu besepah kat facebook orang share. hahak. laju betoi dunia ni....

Pearl Kaz said...

erghh!! peminat MU rupenye.. hahahaha.. :P

Muslimah Optimis said...

hehehe... iklan ni memang bagus.. setiap orang ada potensi tersendiri kan..

|| A r a W a n i || said...

Bongok betul.
Apsal aku sebak tengok heklan nih.
Jiwa kacau sungguh.

nini said...

terharunya tengok iklan ni....

SoutulMujahid said...

samalah kita minat MU. sepatutnya diorang ambik aku berlakon. hahahahahahahahahahahahaha

♥cmª shIemª♥ said...

iklan superb..
apepun glory2 man u...:)

azwa amani said...

amani tak minat bola.. tapi iklan ni besttttt.. terbaik.

nama solihin tak glamour kot.. huhu.. gurau jer tauu.. soryy..

Nazim Nasri said...

iklan ni bebtul buat kat Man Utd ke?
i mean yang dia main bola tu? huhu #noob

hana said...

mmg hebat ramli..
caiyaaaa la..
hehe

Nur said...

first time tgk iklan nih gelak je..haha..tapi mmgg lain dari yang lain ah. Cita-cita tinggi tuh. NIce la

delarocha said...

walaupun saya peminat chelsea.. tetapi iklan ini tetap digemari. harap2 suatu hari nnt malaysia akan ada wakil di sana.

iwan_dextrous said...

ahahaa..law bro nk tau..semua dlm video tu budak2 mymanutd.com

Ecah Ecot said...

yg no.6 tu nk LIKE pakai caps lock..hahaha

Amoi MiyaSya said...

la , iklan ke ? ingat kan sape la pemain malaysia yang dapat join MU. gegge

Solihin Zubir said...

@Nazim Nasri : rsanya msa celebrate gol tu ja dia berlakon dgn nani, anderson, smalling ngan evans.. sbb tu kamera x fokus msa dia tgh score.. haha..

Najmah A. M said...

tengok iklan ni...macam ada 1 perasaan dalam hati. tak rasa? rasa teruja, terharu. walaupun iklan bola, tapi applicable dalam daily life kan? walau apa pun orang kata, kalau kita betul2 berusaha, dengan izin DIA, kita mesti mampu capai. walaupun nampak mustahil pada mulanya.

key points: usaha, usaha, usaha, serahkan keputusan pada DIA. :)

Muhammad Syahmi said...

Encik Solihin, try la pegi audition, mesti dpt men utk Man U...

Norsha said...

ya, iklan ni begitu menyentuh hati....

Hazwan Arif said...

Glory2 man united haha

exora said...

ermm...TM pun pilih MU jgk, nape la x pilih TRW yer...hahaha, SS mesti marah kan..

sergeant keroro said...

bantah no 6 tuuuuuu, booo :P

nulhazwany abdul malik said...

ala youtube kena block. xsempat lagi nak tenok iklan nih.. hoho..

ramli ramli. hehe

hikari said...

masa tu cari gak iklan ni kat you tube tp xjumpe pun..

go go chelsea! v(^_^)

Terbang Bersamaku said...

iklan nie mmg best, bagus kalau di keluarkn masa hari bapa..

~MAn U memang terbaik..Glory Glory Man Unted...!!! (^___^)

Izamir Ridzwan said...

sokong semua part dalam maksud tersirat tuh, terutamanya MU team HEBAD... Haahaahaa

Dean Sabah said...

Ramli suda main di MU pakai jersey no.19... tapi tu jersey wellbeck. Jadi Wellbeck skrg ni main di mana? Selangor ka Kelantan?

Anonymous said...

MU just over publicized in Malaysia

Anonymous said...

iklan mr. potato xda ke?

anjung maya said...

idea iklan yang bagus bg ibubapa