Pages

Thursday, September 22, 2011

Hantu Bonceng Hina Islam : Pandangan Ustaz Azhar Idrus


Isu Zizan Raja Lawak mengucapkan 'Asyhaduanna Muhamadarr..Syaitan' di dalam satu babak filem Hantu Bonceng yang menghina Islam sememangnya kecoh. Jadi, dengan menggunakan 'private number', Zizan telah menelefon Ustaz Azhar Idrus untuk merujuk permasalahan ini.

"Saya ni baru kena marah dengan orang kerana filem Hantu Bonceng. Saya kata 'Asyhaduanna Muhammadarr' lepas tu nampak syaitan datang.. saya kata SYAITAN" kata Zizan.

Jawapan Ustaz Azhar Idrus

Dia boleh jadi dua hujah. Boleh jadi ada niat untuk mempersendakan Islam dan boleh jadi tidak berniat untuk mempersendakan Islam. Dalam kes ini dia mengucap ketika di dalam ketakutan, dalam cerita kelakar maka dia buat dialog mengucap "Asyhadu an la ilaha ill-Allah, wa asyhadu ana Muhammadarr.....Syaitan! Syaitan!."

Jadi boleh dikatakan bahawa penulis skrip ini untuk menghina nabi, dan boleh juga dikatakan penulis skrip berniat untuk menggambarkan seseorang yang di dalam ketakutan tidak sempat menghabiskan lafaz syahadahnya kerana ternampak syaitan. Ia boleh jadi ada niat untuk mempersenda.

Tetapi kesilapan ini tidak terletak kepada pelakon. Pelakon jahil dan tidak tahu apa-apa. Pelakon bukannya (perlu) belajar pondok untuk berlakon filem. Tetapi Penerbit, Penulis skrip dan Pengarah sepatutnya kena rujuk dahulu perkara ini kepada Pejabat Agama atau Jabatan Kuasa Fatwa. Skrip ini boleh jadi untuk mempersendakan Islam dan boleh juga bukan berniat untuk mempersendakan Islam.

"Walaupun ia bukan untuk mempersendakan Islam, ia tetap juga HARAM sebab mendatangkan FITNAH". Fitnah ini yang perlu di jaga dan kita perlu berhati-hati. Zizan sendiri telah mengakui bahawa beliau tidak pernah terniat untuk mempersendakan Islam.

"Jadi kita ambil secara baik, dia (Zizan) tidak berniat mempersenda Islam, tetapi kerana kejahilan punya pasal ia memberi fitnah."  -harakahdaily


Tahniah kepada Zizan kerana berani tampil memohon maaf secara terbuka atas kesilapannya itu. Sikap yang perlu dicontohi artis lain. Bila ada masalah, rujuk pada ulamak. Bukannya ego menegakkan benang yang basah.

Aku baru saja tengok Filem Hantu Bonceng kat YouTube semalam. Banyak lagi babak janggal dalam filem tu. Antaranya :

1. Dialog Jue Aziz cakap 'BABI'.
2. Abang imam surau, tapi adik dibiar tak tutup aurat, rambut kaler maler.
3. Pakai seksi, sebelum pergi clubbing, tapi pesan kat kawan jangan lupa solat.
4. Pakai seksi, tapi cakap "Saya kuat pegangan agama".

Bagi aku, keseluruhan yang terlibat dalam pembikinan Filem Hantu Bonceng patut tampil mohon maaf secara terbuka. Bukan Zizan seorang.

28 360 juta komen:

FariehanIbrahim [LBC] said...

alhamdulillah, bgus lar tu Zizan beranikan diri tuk mtk maaf..
moga lpas nie sume pihak amek beratpsl hal nie..

syieda_joy said...

isu ni memang panas sekarang...pihak yang terlibat patot momohon maaf. bukan hanya Zizan sahaja.

pada pandangan syieda la. no.2 tu mmg sedia wujud dalam masyarakat kita sendiri (ayah ustaz anak seksi). syieda tidak pasti samada panulis nak dedahkan hal masyarakat sebenar/sekarang ataupun sebaliknya.

sorry if pandangan syieda ade yang tidak setuju=.=

Yatie Awang said...

akak belum tengok lagi, tapi betul tu, kita tak boleh salahkan zizan je, dia cuma ikut skripkan? Alhamdulillah kalau zizan dah sedar

Nafisa81 said...

belum tgk lagi..

Anum said...

cerita yang paling anum x suka
betul2 byk penghinaan

hana said...

ye betol..
tak leh tuding jari kat zizan je..
yg lain tu pun same..
saye tgk cite ni mendatangkan marah pn..
tak tergelak walaupun sikit masa kt wayang tu..
hampeh...

Dekcik said...

dekcik pown baru tgk cite nie,smlm..mmang ade simbol menghina islam lah..

alexa yussida said...

aku stuju ngan statement ko yg bwah tuh...aku mnyesal tgk cite tuh,buang masa n rasa sangat awkward dgn jalan cite,dialog2 dorg...kaw2 rasa macam diorang buat main2 hal agama..came on la filem msia !

FaKArePa!n said...

filem ni terlalu liberal dan sekular dah ni..

belog|amiyo said...

banyak yg tak kena dengan cerita ni. sama jugak dengan drama tahajjud cinta.

azwa amani said...

amani tengok dah... kelakar, tapi banyak lagi benda yg harus pembikin filem ambil berat...

haney said...

"Tetapi kesilapan ini tidak terletak kepada pelakon. Pelakon jahil dan tidak tahu apa-apa. Pelakon bukannya (perlu) belajar pondok untuk berlakon filem. Tetapi Penerbit, Penulis skrip dan Pengarah sepatutnya kena rujuk dahulu perkara ini kepada Pejabat Agama atau Jabatan Kuasa Fatwa."

yup btul 2. sbb pelakon cume melakonkan je.

♥NuR SyAFiQah♥ said...

kecoh da pasal ni sampai aku balik keje je mak aku suruh bukak balik babak yang zizan cakap tu..up to date gak mak aku tu..hehe

cik pha said...

dunia dah akhir zaman semua nk dibuat semua nak dicuba

Amoi MiyaSya said...

setuju dengan statement ustaz, kejahilan menjadikan sesuatu itu fitnah. btw , bangga sebab zizan minta maaf secara terbuka :)

diana said...

bila jadi gini baru nampak orang2 filem ni hal2 agama langsung tak sensetif..
tu pun ramai yang dok jadikan depa idola.
pelik...

Kakzakie said...

Kenyataannya sekarang ketidak pekaan terhadap Islam maka ini semua terjadi...

Amirah Zawani said...

patut lebih sensitip dlm hal2 agama ni.. tak tgk pun lagi cerita ni

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

betul tu...sgt suka bila zizan berani memohon maaf ttg kes tu.. harap zizan lebih peka bila ikut skrip..

nak komen pasal dialog..

1. hmm..mcm kita gak.. kalo terlebih tak tahan nak marah.. akan kuar perkataan babi tu gak.. haha

2. sama ngan kehidupan sebenar.. ada jerk.. mak bapak alim laa sgt.. imam surau.. tapi anak2?? xpernah solat, pakai seksi.. kaler rambut..

3. sama mcm no2 tu gak..

tak tutup aurat.. tapi sedar kewajipan solat.. huhu

4. sama mcm no3 gak..


*mereka2 yg terlibat dari A sampai Z. dlm filem tu...mmg wajar minta maaf sbb semua bersalah sbb lepas pandang isu yg sgt sensitif tue...

AliaNajwa said...

100% agree with u..byk sgt babak yg mcm persendakn islam..kalau boleh kaji betol2 dulu klau nk buat cerita..

Niena Pengembara Ilahi said...

dia berani tpi Idham tu..mgkin hati dia masih kelam sbb tu susah nk mengakui kesilapan

h A n Y S said...

sy pon terfikir jugak tentang babak2 janggal tu terutama no.2,3,4 tu..

sikap zizan patot dipuji tang rujuk pada pakar agama,
pada saya lah, zizan tak 100% salah, pihak produksi, pengarah, etc, kena bertanggungjawab jgk.. tp peliknya, ramai yg salahkan zizan 100%..

p/s: tak obses dengan zizan pon..hanya minat biasa je.. :D

FarhanahAdzlan said...

yup..bila tengok citer tu ponn dah nmpak silapnya..
agak annoying bile abang punyalah alim tapi adik punyalah seksi tapi mengatakan kuat pegangan agama~
aku rasa stiap orang kena pi kelas agama kodd..haha=)

visitme@FaTiN cOrNeR said...

alhamdulillah zizan nie positif..bkn cpt melenting..

filem hantu bonceng nie ok la..tp beberapa part tu mencacatkn filem..terfikir jgk yg no 2 n 3 tu..rasa pelik disitu..

harap harap la lps nie xda lg movie yg melampau-lampau. tapis dulu skrip b4 nk buat filem..dan belajar dari kesilapan..

hikari said...

cerita melayu sekarang memang dah mcm2 pun..tinggal kita je yg pilih sme ada nk tgk or x..haih~ negara semakin maju tapi kemajuan tidak berlandaskan Islam apa gunanya kan..

Yan Saflina said...

mmg x patut zizan je mintak maaf...rasanya hal ni patut di kaji semula..sbb takut nanti menimbulkan fitnah.

Anonymous said...

hmm.. betul. cita ni byk mempersendakan tuntutan dan larangan Islam. terang2 pulak tu.

:(

Anonymous said...

@haney

haha..kelakar.pelakon tu x da akal ka nk bezakn bnda tu salah ka x..jgn kerana minat zizan smpai dia x salah plak..demi duit pelakon tu sanggup wat pa ja ka,tmasuk ckp sesuatu yg terang2 dia sndirik leh fikir bnda tu x betul n x kena.come on la..please la.jgn taksub sgt.sbnarnya bagi ak..pengarah salah..penulis skrip salah..tpi yg mnyampaikn adlh pelakon,maka dia lebih salah.cuma kita ja nk mmpertahankn apa yg terang2 salah,sbb kerana terlalu minat artis tu.pa nk jadik ni kawan2 ku..