Pages

Friday, September 9, 2011

Budak 10 Tahun Topup RM100.. Normal Tak?


Kat kiosk family aku, ada jual topap. Satu petang, ada sorang budak lelaki tembam Darjah Empat jalan terkedek-kedek nak beli topap. Budak tu jiran aku. Waktu tu kebetulan aku tolong jaga kiosk sebab dua orang staff cuti serentak.

Budak 10 Tahun : Abang Long hensem! Topap ada dak?
Aku : Ada.. Nak topap berapa adik tembam?
Budak 10 Tahun : Nak topap Selkom RM100..
Aku : Berapa nombot?
Budak 10 Tahun : 1300-88-2525
Aku : Nombot tipon ayah ka ni?
Budak 10 Tahun : Taklah... Pizza.. Nombot saya la..
Aku : Biaq betik nak topap RM100? Nak buat apa topap banyak-banyak ni? SMS awek ka?
Budak 10 Tahun : Taklah.. Main internet guna phone.
Aku : Ayahanda tak marah ka? Amek mana duit ni?
Budak 10 Tahun : Tak marah.. Lu Abg Long ka, lu Ayahanda ka, ini duit Bonda saya yang bagi.
Aku : Errr.. Ok, fine.. (Terkedu)

Hangpa semua kalau topup, selalunya maksimum berapa? Rekod paling tinggi yang pernah dicatatkan plak RM berapa? Aku biasanya topup RM10 seminggu. Rekod topap yang pernah dicatatkan aku hanyalah RM30 sepanjang aku pakai henset ni. Itupun rasanya cuma 2 kali kalau tak silap. Kalau silap, sekali ja. Kalau zaman student dulu, sekali topap RM3. Tahan 3 hari.

Aku kalau topap, kredit tu boleh tahan sampai aku tak sedar kredit tu dh expired. Baki expired tu sekurang-kurangnya RM5. Punyala jimat gila. Yela.. Takdak awek ni memang jimat. Zaman ada awek and skandal dulu, asyik SMS and bergayut ja 24 jam. Tu la aku cakap.. Ada awek ni membazir. Heheh.. So, lebih baik membazir kat pasangan yang dah halal bagi anda.

Jadi bagi aku, agak kurang normal seorang budak berumur 10 tahun topap RM100 sekaligus. Hebat budak-budak zaman sekarang. Kecik-kecik dah pakai henset mahal. Untungla ada mak ayah sporting. Siap bagi duit topap RM100 lagi. Nasihat aku kepada semua golongan mak ayah, jangan terlalu manjakan anak tu. Penggunaan henset yang meluas dikalangan kanak-kanak juga antara punca berlakunya maksiat di antara budak bawah umur.

Errr... Nak sentuh sikit pasal isu cukai topap 6% yang tengah hangat sekarang ni.


Cukai Sebulan RM 59 juta.. Cukai Setahun RM 716 juta.. Gilo untung!
(sila klik imej untuk tumbesaran)


Tadi aku tengok berita TV3, Encik PM cakap tindakan syarikat telekomunikasi mengenakan cukai 6% bagi setiap pembelian topup dan sim pack bermula 15 September ini adalah tidak wajar dan perlu dikaji semula. Encik PM juga cakap kerajaan tidak pernah meluluskannya. Lorhh.. Sandiwara apa pulak ni? Abis tu, syarikat telco dapat kelulusan daripada siapa untuk kenakan cukai tu? Tiba-tiba saja Encik PM tampil nak jadi hero bilamana ramai rakyat membuat bantahan terhadap isu cukai tersebut.

Setahu aku, sebelum ni memang kerajaan dah kenakan cukai terhadap syarikat telco tu. Cuma cukai tersebut ditanggung oleh syarikat telco tu sendiri. Tapi sekarang syarikat telco nak suruh pengguna pulak tanggung cukai tersebut untuk disalurkan kepada kerajaan. Syarikat pun dah tak mampu nak tanggung beban cukai agaknya kan. Inikan pula kita sebagai rakyat yang 'kaya giler'!


p/s : Jom.. Suarakan bantahan anda di SINI!

SZ : Lepas ni mesti aku rasa serba-salah nak bagi cas lebih kat customer aku yang mai topap.. Langkawi Pulau Bebas cukai kan? Jom pakat pindah dok Langkawi jom.. Haha..

36 360 juta komen:

eddy syrol said...

aik...mana satu ni?grrr...

aku topup selalu below 50 per month..jimat gak r...

yatie Awang said...

kakak pun macam tu, paling tinggi rm 10 jeeee.....tu pun guna tak pernah habis, sampai duit kat dalam dah beratus dah, padan sambung line je, isu ke 2 no komen hehehe

RedVixen said...

orang langkawi pon kena beli kad topap yang sama daaa.... hahahaha

NURUL NADIAH MAMAT said...

giler r...giler kaya parents dia....ehehe...

QaRr JaliL said...

aku rasa suggestion ko nak ajak pindah n beli topup kat langkawi tu mmg 'TERBAIK' hahaha

budak kacamata said...

ak xpernh topup rm100..bkn xmampu..tp berjimat..cehh..statement xnk kalahhhhh...hahhaha

Miscellaneous Smiles said...

dah ahh nk blik kg kat langawi lahh

chemay said...

eh?
termasuk 5%cukai kan?
kenapa dia cakap sebelum nie tak termasuk cukai?
macam ape je cakap belit2
-.-

avam ming said...

normal kot...

jom baca ni jap, jangan lepaskan peluang ni... tawaran hebat untuk anda...

Fariq said...

sebut pasal budak2 skola n henset ni risau bila pk kan.. tmbh plak topup pon dok kena cukai, bukan ape,, kalau diorang takde duit kang takut panjang je tgn tu.. bukan pk negatif tapi pk kan kesan terhadap budak2 skola je.. budak skrg ni extreme skit dari pemerhatian aku sendiri,, haha,, takut aku pk kan pasal ni...

HASNORWANI ... said...

rekod terbaik yg pernah sy pegang adalh topup rm100 tu pun pas keje bru dpt topup serts ni...tp tahan 3 bln setengah weh..hebat tak hebatla...apa ke habat bdk tu topup 100...dashyat mak n ank2 skrg...ulur duit topup...wahahaha..kesian ank itu..rosak perjalanan hdpnya

adrinaqamarina said...

paling banyak rm50~ lebih dari tu memang tak la. tu pon sebab nak balik egypt haritu~



budak3 kecik main internet. mak ayah sila amek berat lebih sikit ye, bukan lebih sikit tapi lebih banyak~

Dawa said...

saya rasa ni smo propaganda kerajaan je. maybe diorang soh telcos ni cadangkan kenaikan tp hakikatnya xkan ada kenaikan pon. pastu biar rakyat marah kt telcos dan kemudian kerajaan take over dan cakap NO, xleh naik. so kerajaan akan nampak sbg hero dlm membela rakyat.

tu just my 2kupang...

p/s: pilihanraya dah dekat dh...

~~zAnAfAhMi~~ said...

anak akak selalu minta izin bawak hp dia kesekolah tp tak pernah kami izinkan sb di sekolah ada public phone. boleh beri kemewahan pd anak tp jgn melampaui hingga anak jd manja yg amat.....maka ujudlah ayat, makpak saya tak kesah pun, lu apa ada hal nak tegur?

Terbang Bersamaku said...

Untung lah bebudak skrg dpt pkai hp mahai2... Dlu zaman sy,mule2 gune hp nokia biase jer..huhu..stakat nie tak penah topup smpai rm100..sy tak stuju harga topup naik,nyusahkn jer...:-(

FaKArePa!n said...

agak2 r nak jadi hero pon cik PM.. apa dia igt rakyat ni bodo bebenor ke..ish3

Qaseh dalia adelia said...

kedit den hencik kyle je share .. haha tu pun 2 hinggit , 5 hinggit , 10 hinggit ..
adoi wat pe topup byk2 erk budak2 zaman skang kalah org kje !

Muhammad Syahmi said...

dahsyat la budak top up RM100

selalu top up pun RM30 sebulan, tu pun bila da hujung bulan, tgk ada lagi baki RM20...

azwa amani said...

amani memang awal bulan akak topap terus rm 30.. lepas tu tak topap dah... sebab jarang juga men sms ngn kol2 ni....

jom lah dok langkawi.. bebas cukai..

pizet said...

cam kes astro hari tu kot, tapi kalau pakai line dah lama dah kena byr cukai ni

Kakzakie said...

Sekarang ni negara ita dah serba tak kena. Yg penjajah dikata bukan penjajah yg pejuang dikata komunis, yg tax dikata bukan dia yg luluskan ah.... esok undi dah kita tetiba bubar sebab SPRM kata tak jadi sebab nak tukar tarikh. Hah tunggulah lagi yg pelik-pelik akan timbul satu-satu....

ღ p!nk veLvet ღ said...

pergh! bebudak skang makin advance ... org pon topup plg byk penah RM30 je ... tp skang dah pakai bill :)

diana said...

akak topup sebulan 10 hengget je...
tu pun kadang2 je...betul..
tak tipu..
sebab akak pakai telepon abang lan kalau nak call ke apa..
heheheh

teratai said...

anak2 kak lepas pmr baru boleh ada hp sendiri! zaman sekarang ni mmg byk cabarannya nak didik n kawal aktiviti anak2!Alhamdulillah anak2 kak x mengamuk minta hp sendiri..:)

teratai said...

anak2 kak lepas pmr baru boleh ada hp sendiri! zaman sekarang ni mmg byk cabarannya nak didik n kawal aktiviti anak2!Alhamdulillah anak2 kak x mengamuk minta hp sendiri..:)

CikBulat said...

warghh ! aku tak pernah topup cenggitu. keji betol budak tu. T___T paling byk kredit aku pernah ada rm30++ tapi bukan sekali gus, sebab tak terguna >_<

hana said...

saye selalu topup 10ringgit tuk 2bulan..
hahah..
selalu nye miskol je mesti orang kol balik..
hahaha...

LiFe KaMi said...

dulu masa becinta mmg tak hingat byk topup..
skang da kawin ada le 20 ke 30 hinggit sebulan..
da kawin lg jimat rupanya..:)

Eryati said...

aku takmampu la plak sampai 100

kaizen said...

atok dia yg luluskn kot...

aniki said...

dok langkawi tu aku sokong..haha..kot2 topup rm10 jadi rm9 ja..haha

cintatulip said...

gila... mak bapak dia kaya kot sz.. 100 kot.. mak ai.. bek beli laptop.. bayaq wifi.. main 24jam 30 hari.. huh

fRaMe+LenSeS said...

gila kaya nowhh.. agagagag.. tapi kan, betoi cakap SZ, nadh pn pk macam tu. kalau KERAjang tak approve, camna leh ada cukai tu.. nampak sgt kan? kan? lalalalalallala~~

♪♪ Auni ♪♪ said...

rm100??perghh gler r bdk ni..aku topup pn plg byk r rm50 sbuln tu pn ats urusan keje..ish3 bdk2 zmn skrg...

nabByla said...

bella pn x pernah topup rm 100. huuu...

Finaz Jaafar said...

mmg tak normal weyh bdk ni topup bebanyak..kemain lagiikkkk ! aku topup pun dalam rm30-rm50 je sebulan..selalunya memang payah la nak abes topup aku nih..haiyaaa~