Pages

Friday, September 30, 2011

Beza Syaitan Penggoda Orang Kafir dan Orang Mukmin

1. Kenapa syaitan penggoda orang kafir itu gemuk, segar, rapi, dan memakai baju cantik?

Sebab orang kafir tidak pernah menyebut nama Allah. Pada waktu makan dia tidak menyebut nama Allah sehingga syaitan boleh makan bersamanya sampai puas. Ketika minum dia juga tidak menyebut nama Allah sehingga syaitan boleh ikut minum. Ketika memakai minyak rambut dia tidak menyebut nama Allah sehingga syaitan turut diminyakkan. Dan ketika memakai pakaian dia tidak menyebut nama Allah sehingga syaitan ikut memakai pakaiannya.

2. Kenapa syaitan penggoda orang mukmin kurus, kering, kusut, dan tidak berpakaian?

Orang mukmin selalu berzikir dan membaca bismillah menyebut nama Allah. Ketika hendak makan dan minum dia membaca Bismillah menyebut nama Allah, maka syaitan akan lapar dan haus. Ketika memakai minyak rambut dia menyebut nama Allah, maka syaitan itu kusut. Dan ketika memakai baju dia juga menyebut nama Allah menyebabkan syaitan itu tidak berpakaian."


Begitulah, betapa agungnya faedah membaca Bismillah. Baginda Rasulullah SAW mengajarkan agar umatnya memulakan segala perbuatan baiknya dengan membaca Bismillah, menyebut nama Allah SWT. Agar perbuatannya itu benar-benar mendapat keberkatan, tidak diganggu syaitan dan mendapat keredhaan Allah SWT.

[rujukan]

SZ : Gemukkan diri anda dengan amalan untuk membantu syaitan berdiet.. =)

29 360 juta komen:

azwa amani said...

berikan makanan kepada roh.. god entry, simple tapi bermakna

adanhayad said...

okeh lepas ni jangan miss bismillah lagi...insya allah

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

yupp..btol tu..bro... :)

hana said...

peringatan yg baik..
kadang2 perkara simple kita lakukan pn lupa nak sebut nama Allah...
=D

cintatulip said...

wowowow... terbaik la.. tq sz.. akan jadikan sgala nasihat2 sbagai petunjuk membuat amal :D

exora said...

insyaAllah...amalkan selalu bismillah n berselawat

FanaFiniFina said...

Bertuah btol umat islam ni,cuma kita je yang tak sedar kebesaran islam ni.

Hazwan Arif said...

syaitan yg ikut aku ni taff kot

yo87 said...

Banyak betul info menarik dan berguna dekat sini. Thanks. Nasihangit dah linkkan blog ni. Kalau tak percaya, boleh check dekat sini.

http://nasihangit.blogspot.com/

Nanti share lagi yer info yg menarik. Hehehe :D

diana said...

masa akak kecik2 dulu kan..
opah selalu kata..
nak makan baca bismillah..
tak bismillah badan jadi gemuk sebab makan sekali dengan setan..

Eh!ada kena mengena ke dengan entry ni??
heheheheh

cik sakdi said...

okeh, tq sbb share.pasni semua nak start bismillah,bukan masa makan je. ;)

Hansyirah Takezur said...

emm... betul...
kita slalu leka n kadang2 pkara kita sepatutnya amal, slalu kita tinggalkn...

suka kata2 SZ kat bwh tu... :D

f_aRa_aINa989 said...

jgn bg syaitan gemuk!

rozeeta rashid said...

mulakan semuanya dengan bismillah. kena ingat nih. kadang-kadang terlupa jugak. kang seronok setan tu. =)

Edy Fee said...

ooo konklusinya,.semua bende baik kita buat kne mule dengan kalimah la

Bella Bell said...

dimulakan dgn bismillah.. disudahi dgn alhamdulillah :)

hidayahjamal said...

tq bg ingatan

blog-tips-kurus said...

antara cara orang menyantau:
dia akan 'hantar' waktu kita nak suap makanan, tanpa baca Basmallah..

delarocha said...

obes nampaknya syaitan penggoda kafir itu...

puteri ain said...

bismillah :)

IZYAN KAHER said...

syaitan besar n syaitan gemuks

#insyaallah akan terus istiqamah dalam membantu syaitan berdiet^^,

asnizaziz said...

lps ni jgn bg syaitan makan dah, biar dia mati kering :D

FaKArePa!n said...

sebelum bwk moto..mesti nk kna bca bismillah..mmg slalu amal...

YOUsoF said...

Dalam folder draft aku ada cerita ni Lihin.. Terima kasih kau dah kongsi terlebih dulu..

Nightroad said...

ayat bawah tu x leh bla, gemukkan diri anda untuk membantu syaitan berdiet. ha3..

papepun bro, nice entri der..

pengemis Cinta~ said...

betapa hebatnya kesan zikir mengingATI Allah..

Amoi MiyaSya said...

adehh ! kadang2 lupa jugak nak bacaa :(

LadyBird said...

xpernah pun terfikir cam ni.. tp betuljugak kan.. antara syaitan org kafir ngn syaitan org Mukmin..


p/s : nak tanya.. syaitan pun goda jugak ke org kafir?

HambaMusafir said...

@LadyBird

mesti le..dah nama kaum adam