Pages

Sunday, September 25, 2011

Apa Jadi Jika 10 Blogger Ini Meninggal Dunia?

Salam A'laik.. Alhamdulillah kita semua masih diberi peluang untuk bernafas. Siapa kat sini yang yakin dia akan hidup sampai tua? Siapa kat sini berani jamin yang dia masih boleh bernafas lepas baca entry aku ni? Tidak ada siapa pun tahu bila Malaikat Maut akan mengambil nyawa seseorang itu. Jadi, adakah kita semua sentiasa bersiap sedia menghadapi kematian?

Apa akan jadi pada 10 jenis Blogger ini jika mereka meninggal dunia?

1. Blogger Lucah
Suka menggunakan ayat-ayat lucah di dalam blog. Selain sering memaparkan gambar yang tidak senonoh.

2. Blogger Tidak Menutup Aurat
Sidebar dan header blog dipenuhi gambarnya yang tidak menutup aurat. Begitu juga di setiap entry, pasti ada gambarnya dengan aksi konon comel.

3. Blogger Dunia Hiburan
Memaparkan gosip-gosip, aksi ghairah dan gambar-gambar seksi artis.

4. Blogger Kaki Mencarut
Penulisannya penuh dengan kebencian, carutan, dan maki hamun.

5. Blogger Penyebar Fitnah
Mencipta atau menyebarkan berita yang tidak benar dengan tujuan untuk memfitnah dan menjatuhkan seseorang.

6. Blogger Pembuka Aib
Membuka aib orang lain dengan mendedahkan identitinya sehingga membuatkan orang itu terpaksa menanggung malu yang besar. Daripada tiada siapa yang tahu, hingga satu dunia dapat tahu.

7. Blogger Couple
Blognya penuh dengan gambar kekasih hati yang bukan mahram berpegangan tangan, laga-laga pipi, dan peluk-peluk konon sweet couple.

8. Blogger Sosial
Ada gambar-gambarnya bersosial dengan pasangan bukan mahram tanpa menjaga adab dan batas pergaulan. Selain gambar dalam kelab malam, menari berpelukan dan minum arak.

9. Blogger Hina Islam
Menghina Allah dan Rasul. Memperlekeh agama Islam. Mempermainkan hukum Allah. Membuat statement yang memesongkan akidah dan boleh jatuh murtad.

10. Blogger Tak Kena Gaya
Blogger yang nak menegur, tapi tak kena gaya. Contoh, nak tegur pasal aurat tapi letak gambar perempuan buka aurat. Walaupun niat sebagai contoh, ia secara tak langsung mempromosi dosa untuk tatapan orang lain.

p/s : Ada lagi yang nak tambah? Idea aku setakat sepuluh saja.




Jika 10 jenis blogger di atas meninggal dunia, siapa yang nak uruskan blog mereka? Siapa yang tahu password blog mereka? Siapa yang nak delete blog yang penuh dengan kandungan dosa itu? Walaupun mereka sudah tiada, tetapi selagi mana blog-blog mereka dikunjungi, selagi mana isi-isi blog mereka menjadi tatapan pembaca, selama itulah mereka akan menanggung dosa. Nauzubillah...

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Apabila seorang manusia itu mati, maka putuslah segala amalannya kecuali TIGA perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain dan anak soleh yang berdoa untuknya.”
(Hadith Sahih – Riwayat Imam Ahmad)

Jadikan blog anda sebuah blog yang dapat memberikan manfaat kepada orang lain. Bukannya blog yang memberi dosa kepada diri sendiri dan pembaca. Dapat tengok traffic blog naik mencanak memang seronok. Tapi, sedarkah kita yang dosa kita pun sedang naik mencanak pada waktu itu.

p/s : Ciri-ciri blogger di atas juga boleh diaplikasikan kepada pengguna Facebook.

SZ : Aku sendiri pun takut kalau-kalau ada penulisan aku di blog ini tergolong dalam salah satu ciri-ciri 10 blogger di atas. Kalau ada, tolong tegur. Aku juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan dosa. Sama-sama kita muhasabah diri.

77 360 juta komen:

kaizen said...

same2lah kite tegur menegur yer....

Iffah Afeefah said...

Aik da komen td xdpt grrrr

takmo tgolong 10ni

pikah yang baik said...

huhuu..menakutkan ja..mohon kita semua dijauhkan dari tergolong dalam 10 blogger nie..

Amoi MiyaSya said...

adehh. tu yang takut. huhu. hopefully bukan mane2 golongan la.

zikeryhassan said...

terima kasih bro, sebab sering mengingatkan pasal benda2 ni semua :)

Syafiq Salim said...

terbaik !!
u got the point ttg apa yg u cuba nak jelaskan...

sergeant keroro said...

semoga dijauhkan, huhu T__T

yad'z said...

donno what 2 say.. bcoz. kita sendiri kadang2 tak sedar kita tergolong dalam golongan yang mana.. just readers yang boleh tentukan blog kita tentang apa.. just hope. terhindar dari berbloging dengan cara tu.. =)

eva said...

terbaik!.. tak baik ada entri mcm ni.. nauzubillah..

fRaMe+LenSeS said...

Setuju SZ. Takut bl fikir kan? Adkh kita punya blog bermanfaat?

Cik Miera said...

betul2.. berbeza dengan blog yg sentiasa mmberi ilmu pd org. ilmuyg dikongsi tu ibarat sedekah untuk dia bila dia mati kan..

che sakinah said...

benda baik orang baca, kita continuously dapat pahala.
benda buruk2 orang baca, kita continuosly dapat dosa..
nauzubillah!

hmm, banyak yg perlu kita perbetulkan, marilah sama2 kita fikirkan. =,

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

akak sgt takut jika akak tergolong dlm mana2 10 tu.lbh2 lg yg ke 10 tu..moga sentiasa beringat dlm sesuatu entri yg hendak akak taip.tq SZ

JMR said...

susah gk nak menjawab persoalan nih..hehehe..tp aku stuju ngn hujah2 ko..

shahjiehan said...

hahahha... aku harap aku x termasuk dalam list di atas~

Sunah Sakura said...

moga dijauhkan dari benda2 kat atas tu... :(

Muslimah Optimis said...

suka entry ni.. hurmm... semoga dijauhkan daripada kita semua..

LadyBird said...

terima kasih atas nasihat itu..
insya-Allah akan menjadi blogger yang tidak tersenarai dalam senarai itu..
andai terdapat keburukan di dalam blog saya.. mohon tuk tanpa segan silu menegur..

terima kasih..

ascil.punye.lah said...

moga moga kita semua tak tergolong dalam kalangan blogger camni.
eh,takutnya kalau blog aku ada salah satu yg macam tu.kalau ada,kawan kawan tegur eh.

hana said...

erm..
betol gak tu.
sp nk deactived blog tu nnti kan...
de ke entry blog saye yg leh dtgkan dosa ye..
takut betol..

kotak hitam said...

takut juga nie...
takut terlepas pandang...
minta dijauhkan dengan semua nie...

rara pinkmafia said...

takut pulak membacanya...rara dh delete sume gossip yg melampau.

Nour Eyza said...

dalam tak sedar kita termasuk dalam golongan blogger2 yang awak maksudkan..huuuuuuu

miss ct said...

Assalamualaikum....
terbaik...betul tu..semoga tidak digolongkan dlm 10 kumpulan blogger tersebut...

meaw said...

harap jauh dari 10 blogger gitu,huhu

Cik Kuntum said...

sobab tu la cik kuntum tak buat blog tempek gambar sendiri yang perasan jeliter...pastu blog cik kuntum mmg tak letak gambar ppuan yg membuka aurat



http://kuntumkenyalang.com

Cik Tina said...

facebook pon. kalau ade yg tak tutop aurat. sape nak delete gamba tu? kecuali kalau ade tau password die. -,- tutup lah aurat mu~ :)

Terbang Bersamaku said...

entry yg mnearik..
btw, terima kasih atas tegurannya..

nurdani said...

buat surat wasiat siap2. bagi kat ahli keluarga sebagai simpanan kalau si blogger mati dan .....sementara hidup ni,delete la semua jenis penyampaian entri tu.hee

puteri ain said...

great entry :)

Jejaka Terhangat said...

bagi sesiapa yang tak tau tergolong dalam yg mane satu..(atau saje buat2 tak tau)..jom sama2 kita selak balik entri2 kita yg lepas2..

selagi blom terputus nafas, masih blom terlambat utk muhasabah diri dan berubah..

nub said...

ini terangkan segala-galanya... =)

Panglima Muda said...

terlalu lambat untuk menunggu mereka meninggalkan dunia, apa kata kumpulkan ramai ramai dalam kapal dan tenggelamkan

♥CiK DuYuNG [Ca]♥ said...

gerun gak kalao2 ada entry yg xelok dibaca ni.. =__="

NUR AMINA said...

Terima kasih. Mohon dijauhkan Allah. Akan cuba memperbaiki diri dan peribadi.

Pendekar Berkuda said...

cilake...aku ada dalam tuh... aku no 4....jujur je...

Bella Bell said...

takut gak tergolong dlm golongan tu.. huhuu.. tapi dh wasiatkn password blog saya kat member2 terdekat.. :)

blog-tips-kurus said...

saye tau siapa sapek itu (P---- Sendat). tak perlulah promosi beliau & bikininya itu.. (",)

'Blos SZ best!'... hhhmmm.. iye!

azwa amani said...

uisshhh seram pulak amani... harapnya tak tergolong dalam blog2 tersebut..

visitme@FaTiN cOrNeR said...

kadang kadang tulis ikut perasaan ja..mintak mintak la dijauhi terkutuk ke, termengumpat ke kat blog..

Dawa said...

entry ni saya bg 11/10. simple tp sgt berkesan. dan stuju 100% dgn setiap isi artikel ni. mmg dh lama terbuku di hati psl smo ni. tahniah kpd bro sbb sudi merungkaikannya

unieMARKS :) said...

hmm.

Mr K said...

Yup. Memang betul. Sbb tu la kat blog aku, mmg shh gila nak nampak girl free-hair. Kalau nak letak contoh2 artis pun, aku akan letak yang dia pakai tudung.

Tapi post yang lama2, rasanya ada je kot yang freehair. :S

amier azrul alias said...

kalau blog yg sebar fitnah dan gosip artis tuu patut bukak mata sikit.
jgn suka2 je tulis.

Siti Mashitah Saidin said...

terasa yg no 2 tuh...

--tapi betul la kalau mati, sapa lak yg nak uruskan blog? means, dosa2 tuh cosistent masuk kubur. haish...
nauzubillah.

dayu_myself said...

huh...
takut jugak kan kalau blog aku ada buat mcam tu...
kene la buang post2 yng mrepek pas ni....
trma ksih sbb ingtkan..
^__^

rozeeta rashid said...

terima kasih sebab ingatkan. sama2 kita jauhkan diri dari jadi 10 jenis blogger macam kat atas. =)

Kalamhati said...

mintak simpang..huhu

Haryz Khairuddin said...

sebab tu blog aku pon aku dah banyak tapis. tapi kalau ada yang terlepas tu tolong2 la dgn cara yg berhikmah. aku sedia terima teguran. sekian. saling menegur perkara baik adalah amalan mulia. peace..! ;D

aniki said...

tabik monoshock bro.....

MERAH said...

cukup lah 10 ni, setakat ni hampir semua dah pernah terjumpa ms bw.takutnya ble baca dosanya akn berterusan setelah mati sbb ada org baca.moga2 ramai org sedar ttg ni dan ubah sebelum terlambat.


PEREMPUAN, HIJAB & PUJIAN

cek chun said...

bagus menegur macam ni.
boleh gak muhasabah diri

Fina Fento said...

Nak menulis pun kena fikir banyak kali. Takut terbuat orang lain berkecil hati. Last2 terpaksa pendam sendiri..

Dosa dengan orang tak boleh buat main2.

Fina Fento said...

Nak menulis pun kena fikir banyak kali. Takut terbuat orang lain berkecil hati. Last2 terpaksa pendam sendiri..

Dosa dengan orang tak boleh buat main2.

exora said...

betul la dialog tu...blog SZ best..hehe

FaKArePa!n said...

bila difikirkan balik mmg takut gak..

Miss Star said...

kene check balik semua entry before this..hehe...gud entry...

reenapple said...

nice entry.. =)

Faaizz d. Zul said...

mantap menegur.
nice.

=)

AziE said...

Moga dihindari golongan yang 10 itu.

belog|amiyo said...

pandai2lah pilih saham akhirat

khairunnisa ♥ said...

nice :)

diana said...

semua blogger2 tu akak dah jumpa blog depa..
tapi depa bukan mengaku depa blogger yang sebegitu..

delarocha said...

blog pun bleh jadi saham akhirat... dosa atau pahala yang dibawa.. pikir pikir la

YOUsoF said...

Nauzubillah.. Perkongsian yang nampak simple tapi memberi kesan yang dalam bro..


Syukur aku sentiasa terfikir benda² macam ni walaupun masih juga ada silap..

RedVixen said...

fuh sampai 10 kategori.... xpenah terpikir plak aku... tengs sebab share benda ni ye! sama2 kita tegur menegur :)

FasiHaH SupiaN said...

Betul tu......

f_aRa_aINa989 said...

x suka blogger lucah..serius x suka..titik

IBU GEBU said...

saya juga minta jauhkan 10 perkara ini dari penulisan mahupun perkongsian saya dalam blog atau fb... terima kasih atas info & teguran ini

*baru terjumpa artikel ini

HusnAizad said...

Ish takut la kalu tergolong dalam 10 tu..kalu terada tlg tegur ye...hehehe

HusnAizad said...

ish...takut la kalu tergolong dari 10 tu...kalu terrrr ada tolong tegur ye...hehehe

ad dah said...

untuk ape la buat blog kalau sketakat nak mnambah dose...baik padam jerw...kalu nak mnmbah kawan ok la ...kan kan ...kan....

yad'z said...

urm takut jugak.. mintak dijauhkan..

Prince Noob said...

blog org yg tulis ni jatuh dalam kategori apa?

Wanita Bertudung Hitam said...

erk? blog sy ada pic beyonce seksi..adakah..???

Nafisa81 said...

kena check balik blog dan fb...ada tak kiandungan yg ada saham ke neraka ni

Jue AbdRahman said...

dulu ade gak letak gambau seketol dua kat fb ngan blog, tp skang dh tak letak, kt fb gune gambau abg rajnikanth je, pasni nk tukau gambau profile ni plak