Pages

Monday, September 26, 2011

Allah Suruh Laksana Tapi Tak Galakkan Hukuman Hudud


"Hukum Hudud" dan "Hukuman Hudud" sebenarnya mempunyai maksud yang berbeza. Sehinggakan ramai yang keliru. Tambah malang sekali, bila ada umat Islam yang sanggup menyalahgunakan hadis di bawah untuk menolak hukum hudud.

"Tolaklah hudud daripada orang-orang Islam selagi boleh. Kalau masih ada jalan keluar, lepaskan mereka. Ini kerana, kesilapan pemerintah dalam memberi kemaafan lebih baik daripada kesilapannya dalam mengenakan hukuman." - Hadis riwayat al-Tarmizi.

Perkataan "Hudud" dalam hadis berkenaan merujuk kepada "hukuman", bukan "Sistem Hudud" itu sendiri. Hadis berkenaan membawa maksud, tolaklah sebarang hukuman Hudud (merujuk kepada sebat, potong tangan atau mana-mana hukuman khusus di dalam Hudud) selagi boleh (jika ada sebarang kekeliruan dalam fakta dan saksi kes) kerana dosa menjatuhkan hukuman yang salah adalah lebih besar dari dosa melepaskan manusia yang benar-benar bersalah.

Walaupun Allah SWT telah menetapkan hukum hudud, namun Dia sebenarnya mempunyai maksud yang hukum itu bukan untuk menghukum. Tetapi sekadar untuk menakut-nakutkan sahaja. Ini menunjukkan yang Allah menyuruh kita melaksanakan "Sistem Hudud", tapi tidak menggalakkan "Hukuman Hudud".

Kalau kita tengok syarat-syarat untuk melaksanakan sesuatu hukum hudud itu, ianya terlalu ketat hingga hampir mustahil untuk dilaksanakan hukuman tersebut ke atas pesalah. Malah, jika saksi tidak dapat memberi bukti kukuh dan memenuhi syarat-syarat kesaksian, bukan saja tuduhannya itu ditolak oleh mahkamah, malah dia dianggap pemfitnah dan pembuka aib orang. Maka akan dikenakan hukuman hudud ke atasnya pula dengan hukuman rotan 80 kali. Jadi, siapa yang berani nak jadi saksi?

Begitu juga dengan hukum cerai. Adakah Allah tetapkan hukum cerai untuk menggalakkan kita bercerai-berai? Sudah tentu tidak.

Dari Umar, ia berkata bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Sesuatu yang halal tapi dibenci Allah adalah perceraian” [H.R. Abu Daud dan Hakim]

Jadi, buat apa nak laksanakan hukum hudud kalau tak boleh jalankan hukumannya? Bagaimana nak hukum pesalah?

Allah mahu pesalah terdidik dan bertaubat dari kesalahannya. Contoh. Apabila seseorang yang melakukan zina itu ditangkap, kemudian dibicarakan, tetapi si penzina terlepas dari hukuman hudud oleh kerana syarat-syarat untuk mensabitkan dia sebagai penzina oleh mahkamah tidak cukup kerana terlalu berat.

Maka pesalah sepatutnya merasakan yang Allah telah melepaskannya dari azab yang mengerikan itu dan sengaja memberi peluang untuk dia hidup lagi atau terlepas dari hidup terseksa. Hatinya tentu akan rasa berterima kasih yang tidak terhingga kepada Allah Yang Maha Penyayang itu. Pesalah akan mengalami kesan psikologi yang mendalam. Dia sangat insaf dengan perlindungan dan kasih sayang ALLAH. Hingga dia merasa patut dihukum sebab memang dia bersalah pun. Lantas dia pun bertaubat dengan sebenar-benar taubat.

Lihatlah betapa bijaksana Allah mendidik hamba-hamba-Nya secara halus dengan melepaskan pesalah dari hukuman.  Tapi, hal ini mungkin hanya berlaku pada pesalah yang masih mempunyai iman di hatinya. Tetapi dalam masyarakat hari ini, ramai yang hati sudah hitam, susah untuk insaf dengan didikan halus oleh ALLAH itu. Bahkan jika terlepas dari hukuman, mungkin dia merasakan peluang untuk mengulangi kesalahan masih terbuka. Orang-orang ini adalah orang yang sangat rugi dan tidak tahu bersyukur dengan kasih sayang Allah padanya. Dia pasti akan mendapat azab yang lebih dahsyat di akhirat kelak.

Hukuman Hudud Zalim dan Kejam?

Jangan kita rasa hukuman hudud ini kejam. Sebab hukuman itu sama timbangannya dengan kekejaman yang dilakukan oleh pesalah terhadap orang lain. Pesalah yang menerima hukuman, pasti akan menginsafi dan merasakan, “Beginilah hebatnya kekejaman yang aku lakukan. Dan hukuman di akhirat lebih dahsyat lagi. Biarlah aku dihukum di dunia ini.” Begitu juga dengan hukum-hukum yang lain dalam Islam. Allah sudah sukat dan tetapkan dengan jelas dan terperinci. Ia tidak boleh ditukar ganti, dirombak, dipinda dan dipersoalkan.

Kesimpulannya

Hukum hudud yang dikatakan menakutkan itu sebenarnya penuh kasih sayang, pendidikan, kebaikan dan keuntungan bagi masyarakat umum dan juga pada individu pesalah. Di akhirat nanti baru kita akan faham maksud-maksud tersirat Allah, hikmah dan falsafah yang mendalam tentang ajaran-ajaran dan perlaksanaan hukum-hukum ALLAH. Tapi, tanpa praktik dan pengalaman, kita akan sentiasa berselisih faham disebabkan pendapat yang berbeza-beza, yang biasanya lahir dari nafsu, syaitan dan kejahilan yang kita pertahankan.

Wallahu'alam...

Hasil rujukan : Hikmah Perlaksanaan Hukum Hudud Dalam Masyarakat

Lihat juga : 1- Pengertian Hukum Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir
                  2- Tujuan Hukum Hudud
                  3- Hukuman Hudud Boleh Ubati Aids
                     


Jika ada yang mempertikaikan tujuan Hukum Hudud dan menganggapnya tidak relevan, cuba tanya dia balik. "Apa tujuan Allah cipta kau? Adakah relevan mencipta orang yang mempertikai hukum-Nya?". Alahai.. Siapalah kita ni?

SZ : Orang yang takut hudud adalah orang yang suka buat dosa.

46 360 juta komen:

Dawa said...

setuju! hukuman perlu dilaksanakan. dijatuhkan hukuman itu blum tentu lg. Allah nk uji manusia khususnya pemimpin samada mereka btol2 nk ikut perintah Allah ke x. jd di sinilah terletaknya tanggungjawab srg khalifah utk tunaikan perintah Allah

Sunah Sakura said...

yup, kalo renungkan, sebenarnya ia bertujuan nak takut2kan penjenayah supaya tak buat benda tu..tapi janganlah nanti diorang rasa hanya untuk acah2 aje pulak kan...

fRaMe+LenSeS said...

Nadh setuju dgn SZ. ALLAH tak buat sesuatu melainkan untuk umat dia makin patuh kepadanya. DIA yang cipta kita, MESTI LA DIA TAU MANA BAIK MANA BURUK, CAMNA NAK HALANG KITA JADI JAHAT. kan?

cintatulip said...

terbaik la sz....

azwa amani said...

amani baru tengok video ustaz azhar ttg hukum hudud ni.. insyaAllah,kena berazam untuk Malaysia laksanakan..

haritu amani ada terbaca satu kisah, org luar negara terutamanya rakyat2 arab suka malaysia sebab dikatakan negara Islam, tapi bila sampai malaysia, dia rasa sedih sebab kata negara Islam, tetapi takde pun sistem perundangan islam, and dia cakap. bukan negara islam, tetapi negara rakyat islam...

P/s : kat tempat amani ada buat pesta buku..buku ustaz azhar bayak..nak minta tolong amani belikan and pos pun boleh..kalau nak laa.,.

Terbang Bersamaku said...

nice entry, mmg terbaik..
spatutnya undang2 hudud nie dah lama dilaksanakn kat negara kt..

sergeant keroro said...

nice explanation :)

Fazrol said...

Terbaik bro..
Boleh tahan detail juga...
dari yg aku belajar dulu pun sama...
Bukan untuk membebankan, Tp mmg untuk kebaikkan semua..

amranaiman said...

mereka masih dlm gologan org2 yg rugi.. maka kita berpesan2 kepada kebenaran dan kesabaran :)

Naluri Ini said...

Zaman sekarang ni susah orang nak ikut Al-Wuran, Hadis, Ijmak dan Qias para alim ulamak. Undang2 dunia didahulukan, pencapaian akhirat ditinggalkan.

hikari said...

sekiranya tersabit kesalahannya, hukumannya pulak perlu dijalankan di khalayak ramai..bukan untuk mengaibkan tp untuk mmberikan pengajaran kpd mereka2 yg melihat..

tapi ramai yg sangka ia suatu kekejaman..penah present pasal ni dlm kelas..sedih lah bila ramai yg berfikiran jumud..xnk fikir hikmah +ve nya..Allah mana nak pernah kejam pada hamba-hamba Nya..

*wondering, kalau hudud dilaksanakan pasti negara ni aman dan sentiasa berada dalam keberkatan Allah kan*

aniki said...

hehehe..orang yang cinta dunia je yang takut ngan Allah..kalau takut Allah,isu ni tak timbul punye..

FariehanIbrahim [LBC] said...

suka ayt yg last2 tuu..
Hukum hudud yang dikatakan menakutkan itu sebenarnya penuh kasih sayang, pendidikan, kebaikan dan keuntungan
Subhanallah :)

hana said...

Allah ciptakan sesuatu ada hikmah di sebaliknye...
kalau hukum hudud dijalankan pasti ramai yg takut nak wat dosa kan...

De Mois said...

Yup..respect kau. InsyaAllah akan ada perlaksanaan itu nanti

kotak hitam said...

terbaikkkkkk

blog-tips-kurus said...

n3 sistem hudud sangat bagus. nak majukan kepada 'mereka yg berkenaan'???? ;)

belog|amiyo said...

nak tolak hudud buat bumi sendirilah

kembatolo™ said...

org tanak hudud dilaksanakan sebab dorang sendiri pun takut.

Edy Fee said...

tak byk negara gune hukum hudud ni..klau nak gune kat egara kita kite rancang baik2 sebab non muslim pon rmai kat malaysia

♥cmª shIemª♥ said...

hukum hudud?
mmg wajar..
x kira la bangsa apapun..

sesegar said...

yaa,right.sistem hudud.

exora said...

x berani nk komen..sesuai ke tidak d zaman ini..memang hukum tidak mengenal zaman kan...tapi lihat juga pada pemimpin yang menjalankannya...

Adi Suda said...

tak senang nak berbicara dengan masyarakat golongan fikir duniawi kerana bagi mereka sistem ini akan membantut kan segala aktiviti berdosa mereka..mustahil utk d lakukn d Malaysia selagi tiada yang berani utk bertukar..btw..nice entry..salute..terbaek..

cantona79 said...

Hanya orang yang tak faham akan takut perlaksanaannya. Kalau tak faham belajar dengan lebih mendalam. Tahniah bro..isu panas masa kini.

Isteri Encek Bard said...

terima kasih atas perkongsian ilmu ini.... bila hukum hudud dilaksankan Insya Allah kita akan lebih takut untuk melakukan larangan NYA

YOUsoF said...

Hukuman sebegini memang betul² buat ramai yang berasa takut. Lebih² lagi kepada yang gemar berbuat dosa dan salah..



Hukuman ni sepatutnya dah dilaksanakan dari dulu lagi..

IZYAN KAHER said...

Orang yang takut hudud adalah orang yang suka buat dosa - so true!

thnx fr the sharing.

diana said...

setuju..
orang sekarang bila dia terlepas dari hukuman dia rasa dia tak salah dan boleh ulang buat kesalahan yang sama..
tak de keinsafan..
sebab itu hudud perlu ada dalam sistem pengadilan negara2 islam..
malaysia masih negara islam ke??
jhehehe..macam tak je.

Amoi MiyaSya said...

abg SZ , thanks bagi info ni , tpi wani masih samar2 lagi la -__-. yang wani tau , hukum hudud ni , kalau dilaksanakan , kita akan terlepas dari hukuman dekat akhirat, boleh terangkan sikit takk ? tak faham sangat la .

Anonymous said...

hukum abu hurairah

JMR said...

'diorg' ni takut ngn bayang2 sendiri..;-p

FaKArePa!n said...

suka entri ni bro..

Wanita Bertudung Hitam said...

entry yg sgt menarik...membuka minda dan menambahkan pemahaman..terbaek bro!

cik ciput said...

setuju SZ!takde satu peraturan Allah yang dibuat tanpa tujuan..semuanya bertujuan baik, utk mendorong, membawa manusia dekat dengan Dia..ikut segala perintah, tinggal semua larangan...

LittleGurl said...

setuju! Allah s.w.t telah menciptakan segalanya yg terbaik utk kita,makhluk Allah s.w.t yg lemah & sentiasa melakukan kesilapan. Kita sama2 iqtiqamah diri.

shameel Iskandar said...

salam.
Setuju sekali dgn hukum hudud. hanya penzian yg takut kena sebat dan pencuri yg takut kena potong tangan. Mungkin mereka yg menentang hudud ini bercita2 ingin menjadi penzina dan pencuri

f_aRa_aINa989 said...

saya sokong hukum hudud!

iboo said...

Sy setuju sgt.kenapa kita sebagai hamba nak pertikaikan hukum Allah...seronok bce artikel ni... :)

Nur Aisyah said...

I like you..I like yur article about hudud...hukum Allah tetap Hukum Allah..tk bole di ragui dalam hati

Anonymous said...

@Edy Fee

Edy Fee...hudud untuk Muslim sajelah...awak ni pon kene bljr byk lagi pasal hudud ni...Masya ALLAH...

Anonymous said...

huduh utk orang islam aje.. tapi kalau yang bukan islam nak gunakan hukum ini dialu-alukan. semua manusia milik ALLAH..

Anonymous said...

hudud utk orang Islam. Non muslim pun leh guna pakai undang2 ini. semua milik ALLAH...

Anonymous said...

@Anonymous hudud utk muslim aje. tapi kalau non muslim nak gunapakai undang2 ini dialu-alukan. Semua Milik ALLAH..

naqib faiz said...

aku ada pernah baca kat mana tak ingat. ada la sorang tu cakap, macam mana nak laksanakan hudud sedangkan hukum itu seperti tidak adil. contohnya, kes rogol. macam mana nak menuduh orang itu merogol jika tiada saksi yang adil? mangsa rogol akan tidak dapat keadilannya.
lebih kurang macam tu la kata-katanya. macam mana tu eh?

Solihin Zubir said...

@naqib faiz

Wanita yang dirogol tidak boleh menuduh sebarang lelaki sebagai perogolnya, kecuali setelah mempunyai 4 saksi lelaki muslim aqil, baligh dan adil. Kiranya tiada, bolehlah wanita membawa bukti-bukti lain yang ada ke muka pengadilan, tanpa membuat tuduhan. Kiranya ia menuduh juga tanpa 4 saksi, ia dihukum qazaf lalu disebat dengan 80 sebatan tanpa cedera.

Walaupun si perogol lelaki tidak dikenakan hukuman hudud akibat tidak mempunyai 4 orang saksi, tetapi ia tetap dikenakan hukuman ta’zir menurut kadar keseriusan jenayahnya. Kiranya sabit kesalahan melalui perbicaraan dengan bukti-bukti.

rujuk ni..

http://szlihin.blogspot.com/2011/09/pengertian-hukum-hudud-qisas-diyat-dan.html