Pages

Thursday, September 15, 2011

Air Mani Suci Tapi Kenapa Kena Mandi Wajib?

Dalam ruangan komen entry bertajuk Beza Air Mani, Air Mazi dan Air Wadi , ada seorang Anonymous telah meninggalkan satu soalan tentang kemusykilannya terhadap air mani dan air mazi.

Soalan :  Kalau keluar air mani, kita kena mandi wajib. Kalau keluar air mazi pula, kita tak perlu mandi wajib. Ini bermaksud air mani lebih berat daripada air mazi kan? Tapi kenapa air mani dikatakan suci dan kalau terkena pakaian, solat masih sah. Manakala air mazi pula dikatakan najis dan jika terkena pakaian, solat tidak sah. Boleh jelaskan?

Jawapan :

1. Ini kerana ia sudah menjadi perintah Allah. Kita wajib mengikut perintah syariat walaupun kita tidak mengetahui apa sebabnya. Kita disuruh berwuduk sebelum solat bukan kerana muka, kaki dan tangan kita najis. Kita juga tak tahu kenapa solat Asar 4 rakaat, Maghrib pula 3 rakaat. Mukmin sejati akan mengerjakan perintah Allah, samada dia tahu sebabnya atau tidak. Sementara orang yang tidak beriman hanya mengerjakan perintah Allah jika dia mengetahui sebabnya. Jika dia tidak tahu maka dia tak buat.

2. Bukan semua benda kotor dan jijik itu najis. Dalam Islam, najis atau tidak bukanlah ditentukan dari kejijikann atau kekotorannya, tetapi melalui dalil Al-Quran atau Hadis. Kalau ia bersih, tetapi Quran dan Hadis kata ianya najis, maka najis lah ia. Contoh, anak anjing comel yang bersih tetap dikategorikan sebagai najis berat. Kalau hingus dalam hidung itu najis, pasti akan membatalkan solat. Susah la kalau sesiapa yang ada resdung tu.

3. Air mani itu suci. Jika air mani itu najis, maka manusia adalah najis. Kerana itulah, walaupun mazi dan mani keluar dari jalan yang sama, hukumnya berbeza. Kerana bukan jalan ia keluar(kemaluan) yang menentukan, tetapi dalil Al-Quran dan Hadis.

Wallahu'alam...

ini adalah  encik sperma.. kacak kan? heheh..

UPDATED !
Maaf sebab tersilap tajuk tadi.. Tajuk 'Air Mani Suci Tapi Kenapa Kena Pakaian Tak Sah Solat?' telah ditukar kepada yang sepatutnya iaitu 'Air Mani Suci Tapi Kenapa Kena Mandi Wajib?'. Ayat berbelit. Sebab tu tak perasan tersilap tajuk. Terima kasih kepada saudari Eira dan Puteri Biru yang menegur kesilapan tak diduga tersebut. Hehe.. Inilah akibat update masa tengah rushing. Adeyhh.. Maaf..

Rujukan :

20 360 juta komen:

cik AngguR said...

tQ sbb bagi penjelasan ~

hana said...

erm..
tertanya2 jugak..
nice entry..
terjawab jugak la pertanyaan...
=D

Cik Miera said...

hmm betull segala ape hukum yg tertulis tu, semua ada hikmahnye..

olinuskap said...

tambahan..bukan semua yg haram itu najis...

contoh, rantai emas(utk laki), kad judi, arak, sutera(utk laki)..

Edy Fee said...

owh yeah betul jugak.hurmm kdg2 konpius gak

Alin said...

baru tahu. huhu. bagus info. bab yg resdung tu, kelakar pula. hehe. terasa ada resdung . hehe. xD

diana said...

terima kasih..
lengkap dan mudah paham..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

entri yg baik bg mereka yg musykil..

Kumbang Jingga said...

betul betul betul

KELI OH KELI said...

penjelasan yg baik...tq!

TheChekJah said...

menarik ni... boleh la jah cite kat member2..

cik ciput said...

oo mcm tu ke...em tpi mcm mna air mani boleh terkena pakaian?huhuhu..SZ, jgn jwb kalau rsa soklan ni bodoh..

azwa amani said...

owhh.. terima kasih dnegan info ni..

yad'z said...

owh.. baru tahu n faham...

Nightroad said...

^^

aniki said...

cayala kawan..hoho

ARIF said...

Air mani itu suci. Jika air mani itu najis, maka manusia adalah najis. Kerana itulah, walaupun mazi dan mani keluar dari jalan yang sama, hukumnya berbeza. Kerana bukan jalan ia keluar(kemaluan) yang menentukan, tetapi dalil Al-Quran dan Hadis.

Leh tahu tak ape dalil dalam Quran ngn hadis tuh?

supyanukm, FB said...

AIR MUTLAK bersih, suci dan mensucikan. Air mani tidak suci dan tidak mensucikan. Tapi air mani itu bersih, walaupun berbau dan berlendir. Syaidina Ali kata kalau hukum agama ini boleh pakai logik akal, memangTTAK tercapai akal berfikir apabila hukum wudu orang musafir boleh sapu kauf (bhg atas)) dan tidak basuh tapak kauf (yang memijak). Kata Ustaz Melayu, tak tercapai akal befikir sebab apa perlu ambil wudu' apabila melepaskan angin di bahagian dubur. Mengapa tidak dibasuh dubur sahaja?. Itulah namanya IMAN, beriman pada hukum yang ditetapkan oleh Allah. Air mani itu bersih tapi tidak suci dan tidak mensucikan. Oleh itu, dalam kitab ada menyebut kain nabi sendiri ada bekas air mani tetapi boleh dibawa dalam solat.

Solihin Zubir said...

@ARIF : saudara boleh tgok link rujukan kt atas tu.. byk dalil2 kt situ..

adrinaqamarina said...

kte pun kalau ada orang tanya benda-benda macam ni, jawapan yang selalu kasi ialah yang pertama tu.



tu kan suruhan ALLAH~