Pages

Tuesday, September 20, 2011

4 Sebab Perokok Mesra dan Mudah Dapat Kawan

Tahukah Anda? Perokok merupakan antara golongan yang baik hati, mesra dan mudah mendapat kawan. Bagaimana? Apa bukti dan sebabnya?


1. Zon Larangan Merokok
Biasanya boleh dilihat di Kem PLKN ataupun asrama kolej. Nak pulak masa orientasi. Walaupun belum kenal sepenuhnya, kaki rokok harus bersatu hati untuk hilangkan sangap. Diorang akan cari satu port khas untuk curi-curi hisap rokok. Salah sorang akan ushar line supaya tak kantoi. Bila kehabisan stok rokok, diorang akan cari jalan untuk seludup rokok bawa masuk ke kawasan larangan. Kalau ada spot check, masing-masing akan back-up. So, secara tak langsung akan merapatkan ukhuwah sesama mereka dengan sekelip mata.

2. Lighter dan Ashtray
Orang hisap rokok, dia pun nak isap rokok. Tapi lighter takdak. Dengan muka tak malu, terpaksa la pinjam brader meja sebelah. "Bang! Pinjam lighter". Mustahil brader tu cakap tak boleh. Mungkin juga sudah termaktub dalam undang-undang Persatuan Perokok Sedunia bahawa mereka tidak boleh kedekut lighter. Nak buang habuk rokok, ashtray ada satu ja. Terpaksa jugak berkongsi ashtray. Sambil-sambil tu, boleh la sembang merapu bila dah duduk semeja. Secara tak langsung dapat beramah mesra.

3. Kongsi Rokok
"Weyh.. Mintak rokok sebatang". Ayat yang biasa didengari bila member yang pokai tengah sangap rokok. Dengan baik hatinya, member yang tengah kaya sebab baru lepas cucuk duit kat mesin ATM tadi hulur sebatang kat dia. Kalau sama-sama pokai? Sanggup share duit beli rokok batang, lepas tu hisap bergilir-gilir. Tak kisahlah share partner kau tu tak gosok gigi setahun pun. Janji hilang sangap. Kan mesra dan romantik tu. Eurghhhh...

4. Pertubuhan
Rokok dan lighter juga boleh digunakan sebagai isyarat untuk mencari kawan dalam sesebuah pertubuhan. Pertubuhan apa? Yang tahu tu, tahu la kan. Kang kena pancung pulak aku.

Hahahaha.. Btoi dak? Ok, itu ja kot bukti yang aku dapat kemukakan berdasarkan pemerhatian aku. Aku bukan smoker, tapi kawan-kawan aku ramai yang hisap rokok. Jujurnya, aku pernah jugak 'merasa' hisap rokok dulu. Itupun 2, 3 batang sekadar nak lagak macho dan bajet gangster la konon. Tak sampai ketagih pun.

Sebenarnya, kawan yang mesra dan baik hati tidak akan mempengaruhi rakannya untuk menghisap rokok serta tidak menghisapnya di depan mereka. Sesungguhnya, hisap rokok itu busuk, membazir dan merosakkan  tubuh badan.

Tahukah anda, perokok tegar WAJIB pergi menunaikan Haji. Kenapa? Sifirnya mudah saja.. Jom kita belajar matematik sekejap.

Harga Rokok : RM10 (Sekotak) x Sehari
Jumlah Tahunan : RM10 x Setahun (365 hari) = RM 3650
Tempoh Merokok : RM 3650 x 5 tahun = RM 18250

Maka..  PEROKOK WAJIB MENUNAIKAN HAJI DAN UMRAH kerana lebihan harta mereka yang selama ini disia-siakan dan dibakar. Katakan TAK NAK! Berhenti sebelum MATI! Sekian..

p/s : 10 Kesan Merokok Kepada Perokok.. KLIK SINI!

SZ : Susah nak cari lelaki tak hisap rokok.. Untung sapa dapat aku.. Errr... Hahaha...

33 360 juta komen:

Spanar Buruk said...

spanar nk hisap rokok tak pun kwen dgn org merokok..nti cpt dapat kawan dari perokok kan kan kan..hahahaha..cmtu lak spanar ni..

qasehraihan said...

hahaha..stuju..
sib baik bf kte xmerokok..hehe

Spanar Buruk said...

nk kwen dgn SZ la mcm ni..tak merokok kan?..hehehe blh tak hahaha larikkkkkkk

rara pinkmafia said...

fuhhh dh boleh buat hantaran kawen dh.

azwa amani said...

untung laaaa sape dapat SZ.. huhuhu...

huhu, macam-macam entry ni, lucu tapi ada maksud tersirat.... kesian dekat org yg kena sedut asap rokok.. tension betul..

ika~~ said...

dr merokok baik hmpun duit nk kwen.btol x?

ROJAK said...

ni petua untuk perokok tegar, setiap kali lepas makan, makanlah nenas yang separa masak. InsyaAllah lama2 nanti terus berhenti merokok

Kakzakie said...

Keluarga kakak majoriti tak merokok hatta bapak kakak sekalipun. Tapi bila tiba anak-anak saudara yg baru mendakap kerjaya semuanya hisap rokok!! (yg lelakilah) Kenapa ye?...

Anum said...

ermmmmmm
boleh dipercayai

Najmah A. M said...

hahaha. betul2. WAJIB pergi haji. beli rokok berkemampuan, pergi haji tak berkemampuan la pulak. chit.

Adam Idris said...

yang buat kawan tu betul gak
saya bukan perokok tapi biase tengokla
perokok ni karang dia ajak merokok entah sesape nak buat geng kan pastu dah sembang sakan, hahahaha

hana said...

benci bau rokok..
dah la sesak nafas bau asap nye..
hampeh betol kalau orang yg hisap rokok kt public tu...
=D

atiqsalleh said...

terbaek!!!!

sekarang pakej umrah pun kurang dari 10k.. mmg patut pun pi umrah.. hehe.. haji dalam 15k pun dah dapat pergi dengan agensi.. haha

diana said...

dan lagi promote diri sendiri tu..
hahahh

hidayahjamal said...

eh promote diri ye..xmerokok la bagus ;)

zmn sekolah dulu sy hampir nak belajar merokok, sbb pengaruh kawan tu mmg besar impak dia..jg kesihatan selalu, hidup pjg

Nafisa81 said...

setuju!!!

Diana @ bilakukatacinta said...

betol-betol-betol-kerana saya jugak adalah salah satu respondennya (errkkk....suami saya)

FaKArePa!n said...

ade ke undang2 perokok sedunia bro ?? hehe..

X pernah nampak iklan pon.. hehe

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

mmg tak suka perokok dan takmo dpt suami perokok.tuazam akak dulu.akakakan batuk dan sesak nafas bila duk sebelah naga berapi ni.

cpt2 gi haji wahai perokok.syukur suami dan ayahku bkn perokok

adanhayad said...

untunglaa

sesegar said...

euwww..geli pon ade jugak baca.

Yatie Awang said...

oooo...gitu yeee....tak suka orang merokok

KELI OH KELI said...

betoi la sz...semua yg ceq kata tu betoi....insaf2....entry sz selalu buat keli pikiaq....baguih2....jgn berhenti buat entry2 yg sempoi macam ni...blog sz terbaek!!!

hikari said...

nak pegi umrah/haji!!!SZ tak hisap rokok kan..blh la tlg simpankan duit..dah cukup nanti bank in ke akaun sy..hehehe *sungguh tetibe n takde kaitan*

exora said...

btul tu...susah nk dpt suami yg bkn perokok

aniki said...

pergh..sebiji2 aku kena tembak..hahaha

Tasha said...

mmg mantap habes kan !

blog-tips-kurus said...

'berhenti sebelum mati..'

bukan depa tu sedang bunuh diri sendiri & orang di sekitarnya ke??

adrinaqamarina said...

tapi part haji dan umrah tu baru terpikir, ada jugak betulnya kan :P


hehehe.


syukur sangat sbab dalam family pun,abah tak hisap rokok.


memang susah pun nak cari lelaki tak hisap rokok. T___T


lagi sakit hati kalau budak medic sendiri hisap rokok. ada juga dua tiga ketul kawan, padahal dah ada knowledge kot pasal hal3 ni. memang kalau nampak, depan3 kena sound. kesah ape.

NURUL NADIAH MAMAT said...

giler kaya perokok nie......

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

haha..untung laa sape dapat ko ye SZ...

syieda_joy said...

hihihi..untunglah badan sape kawen ngan kamo =.=

mmg perokok ni cepat sangat dapat kawan yang sesama mereka. hihihi

♥NuR SyAFiQah♥ said...

kalau la member aku yang smoke tu ade blog..nak aje aku paksa dia baca entry ko ni..hahaha

biar die terasa sikit..hehe