Pages

Tuesday, August 16, 2011

Revolusi Blog SZ : Identiti Baru Bakal Tercipta!

Salam A'laik..

Setelah berfikir panjang, aku dengan ini membuat keputusan untuk menutup blog ini. Eh.. Haha.. Takla.. Sebenarnya aku dah buat keputusan untuk melakukan satu revolusi terhadap blog SolihinZubir.com ni bagi mencipta satu identiti dan gaya baru dalam menghasilkan entry yang lebih mantap. Beberapa perubahan akan dibuat.

Antaranya....

1. Tiada lagi entry politik
Politik merupakan isu yang paling sensitif jika hendak dikupas. Perbezaan ideologi politik juga  boleh mengundang amarah, perang mulut, cacian serta maki hamun. Sekaligus mengakibatkan segelintir antara kita bermasam muka. Dan, jika tidak kena gaya ada kemungkinan kita boleh dipenjara walaupun kita di pihak yang benar. Lain la kalau aku tidak mendedahkan identiti seperti bloggers politik yang lain.

2. Tiada lagi entry SEO
SEO yang aku maksudkan di sini adalah, mengenai isu yang sama saja dari segi isi dan tajuk dengan blogger-blogger lain. Contoh, entry bertajuk 'Keputusan Perlawanan Piala Malaysia'. Kalau aku nak buat pun, aku tidak hanya memaparkan jumlah jaringan dan penjaring sahaja. Tetapi aku akan ulas dengan menarik kenapa Kedah boleh belasah Selangor 11-0.. Contohhh....

3. Semua entry adalah hak cipta aku sendiri.
Dalam blog aku, ada entry 100% idea aku. Ada yang aku curi idea dan persembahkan dengan cara aku tersendiri. Ada juga yang aku copy-paste berserta credit untuk dikongsi bersama pembaca. Tapi kali ni, tiada lagi entry perkongsian yang di'copy-paste' sepenuhnya. Ini bermakna, aku akan mengolahnya dengan style aku tersendiri agar lebih menarik dan mudah difahami jika aku rasakan artikel asal tersebut agak berat dan panjang lebar.

4. Tiada lagi Manchester United.
OMG! Aku dan tukar kelab ke? Haha.. Taklah.. Tengok keadaan la. Tapi kalau dah setiap kali MU menang aku nak update, korang pun menyampah. Tambah-tambah fans rival. Heheh..

p/s : Walaubagaimanapun, bergantung juga kepada keadaan dan kehendak aku. Mengikut kesesuaian la..

JANGAN RISAU!

Bagi yang masih berminat untuk membaca ulasan aku tentang isu-isu politik, artikel-artikel perkongsian, isu semasa, isu panas, entry SEO, sukan, Manchester United dan info-info menarik seluruh dunia, korang boleh cari kat blog aku yang satu lagi. Yaa.. Aku buat blog lagi satu.. Kat situ, semua aku sumbat. Yang panas, yang sejuk.

Apa tujuan revolusi? Kenapa buat blog lagi satu?

1. Aku suka berkongsi info-info yang menarik. Untuk tatapan rakan-rakan dan rujukan aku sendiri. Pada masa yang sama, aku taknak semakkan blog utama aku ni dengan entry-entry yang bukan hak milik asal aku.

2. Aku nak orang kenal SolihinZubir.com dengan gaya penulisan aku sendiri. Kalau entry dakwah, dakwah santai. Bukan sekadar perkongsian copy paste semata-mata.

3. Blog aku ada memaparkan kisah peribadi dan pengalaman hidup. Blog aku juga pernah mencetuskan isu politik yang sensasi dan kontroversi. So, aku rasa janggal bila ianya bercampur aduk.

4. Sekarang ini aku sedang menempuh fasa-fasa baru dalam kehidupan aku. Aku harus memberi komitmen yang lebih serius terhadap kerjaya aku. Jadi, aku terpaksa mengehadkan masa aku menghadap blog dan tidak dapat update setegar dahulu. Blog SolihinZubir.com akan terabai jika aku sibuk.

5. Dengan wujudnya blog kedua, blog tu memang khas untuk perkongsian saja (disamping menjana pendapatan). Maknanya, walau sesibuk mana pun, aku masih mampu update di blog yang kedua dengan perkongsian menarik tanpa perlu mengambil masa untuk berfikir panjang.

6. Entry-entry lama yang dirasakan tidak sesuai berada di blog ini, juga akan di'transfer ke blog baru. Bagi meredakan ketegangan di blog ini. Yelaaa.. Haters aku ramai jugak ni.. Heheh..

Nantikan entry-entry yang lebih original daripada aku lepas ni. Ada sebarang cadangan or bantahan?

p/s : Pelancaran blog baru akan diumumkan bila tiba masa yang sesuai. Masih dalam pembikinan..

SZ : Kurangkan kontroversi... Tingkatkan prestasi...

40 360 juta komen:

namaakulynn said...

ingatkan nak tutup blog. 'solihinzubir.com' dah hebat dah ni.klau tutup,rugi la.hehe :)

el-janna said...

wahhhhhhh baguih la... lebih kepada blog personal ke??

adan said...

suka cara penulisan ko bila berdakwah..

adrinaqamarina said...

ada potong potong reben tak nanti? hehhe.


yeayyeay! *jogetjoget*


ape pon revolusi yang bakal berlaku, kitorang masih setia di sini. wah gitu~ hehe

FaKArePa!n said...

yang no 4 tu paling best.. hehe.. tiada lagi MU.. yesss.. haha

Solihin Zubir said...

@namaakulynn : insyaAllah takkan tutup slagi dpt memberi manfaat kpd org lain..

Solihin Zubir said...

@el-janna : tak jugak.. lebih kpd penulisan sendiri.. bkn berkongsi semata2.. =)

Solihin Zubir said...

@adan: trima kasih.. aku cuma buat yg termampu.. masih cetek sbnrnya ilmu di dada..

Solihin Zubir said...

@adrinaqamarina : trima kasih pd yg masih sudi memberi sokongan walaupun kdg2 slalu terlepas pndg blog korg semua..

Solihin Zubir said...

@FaKArePa!n : gggrrrr... ini boleh mengundang amarah ni.. hahaha..

adanhayad said...

suka nombo dua! SEO boring tau!

no 4 - tapi MU jgn lupa terus ye broooo

kaizen said...

berubahlah kearah yg lebih baik dan aku sokong!!!

*link blog ke-2 hang tu jgn lupa bg nnt...

Syafiq Salim said...

pkai wp laa...
kan nk bt side income...
wp mesra seo sikit.. :)

Amna.Qadeeja said...

haha jgn wt hal cm dlu sdh tetiberkan nk tutup blog ;D

eceh kemain kan skang makin maju revolusi bagai keh3;D

tingkatkan prestasi krgkan konroversi mcm melodila kan? muahaha

cik heroin said...

sokong

Aretikz said...

Kira ni revolusi Bersih la? wakaka..

bagus2.. aku punya blog pula yg berhabuk.. revolusi Bersih yg lg telus ho? haha..

Ain Zulaikha said...

wahhh selamat berjaya solihin :)

sergeant keroro said...

tiada lagi man u, muahaha :P

cucu umie said...

alhamdulilah... terpulng ah pada bro..yg pntg still lg solihin zubir still ad lg..huhuh

call me cat said...

alaaa update entry mu pon boleh.. update jeh hihihiih

Muslimah Optimis said...

huyoo... huyoo.. tabik sprig sikit sama ustaz SZ.. toink3

CETUSAN SEIKHLAS RASA said...

Setalah lama tidak berkunjung ke sini.... bila datang semula, hampir tersesat jalan.... Banyak yang berubah... Apapun, tahniah kerana berani melakukan perubahan...

nur intan hazirah said...

uishhhh ~sambil kesat peluh~ igt nak tutup betul td....baru igt nak wat ayat merayu bagai hehehehe paper pun tahniah :)

asnizaziz said...

owhh, nak buat 15 blog pon takpa, kami tetap baca :D :D

FanaFiniFina said...

takpe2,aku still akan jadi follower ko,hua33

azwa amani said...

huhuhuhu..terbaik lah..ape2 amani akan sokong SZ sampai bila2...wow.. ayat xnak kalah

hazwan said...

bestnye ade haters haha..

menulis utk kepuasan diri, itu yg terbaik!

diana said...

bagus la...
akak lebih suka entry2 kamu yang macam mula2 kita kenal dulu..
wah!!!ayat kemain..heheehheh...
yang sekarang ni bukan tak best cuma
kita macam makin jauh la..

PEAH said...

adeh, dh macam melodi :)

pengemis Cinta~ said...

Assalamualaikum.

ades.ingatkan btul nak tutup blog ni tadi..jangan sia2kan bakat anda.hehe.pc support walupun sekadar silent reader selama ni..;)

Mohamadazhan.com said...

perubahan yang menarik bro! teruskan usaha tersebut!

yatie Awang said...

perubahan mengikut citarasa tuan blog tak apa,

pelancaran blog ada makan2 tak hehehe

cik pha said...

dibenci oleh sesama manusia takpe asal jangan dibenci oleh PEMILIK BUMI..aku palg suka entry kau y bb tiz tu hahaa

eiela said...

bagus SZ, perubahan yang bagus sebenarnya.

Syafiq Salim said...

pakai wordpress tak rugi pun... puas hti even kena kuar duit... hanya orang tak pernah pakai wordpress jer tak thu btapa bestnya wp...hehe...
ag satu ko cakap nk buat entri pasal semasa, bola sepak or sbginya... wp laa platform terbaik...

www.syafiqsalim.com/hosting-manakah-terbaik-di-malaysia/

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

bagus2 ada paningkatan....TAPI kakD punya blog tak tingkat teqa mana pun...heheheh...

QaRr JaliL said...

yeah revolusi SZ..cpt2 skit bagi announcement scond blog 2..:)

CIK TOM said...

bagus juga buat blog personal...tp kena banyak idea dan masa terluang...hehe...

Chempaka Sari said...

hmm baguslah tu. eh tapi ada blog lain la pulak untuk entry politik hehehe. Ni pas ke umno ek? (gurau jer)....


bagus banyakan entry dakwa yang tak skema dan menarik...

Woofer Storm said...

slm..mkin mntap la skg ni,hehee bgus tu blog tanpa cmpur aduk kan..hehe

*Mu tetap dihati,slm rmdhan dari achie^^