Pages

Monday, August 22, 2011

Punca Utama Budaya Hantar Kad Raya Diancam Kepupusan

Punca Utama Budaya Hantar Kad Raya Diancam Kepupusan. Amboihh.. Dah macam Discovery Channel la pulak. Haha.. Teringat masa kecik-kecik dulu. Aku dan adik-adikku pasti akan berlumba siapa yang paling banyak dapat kad raya. Dan semestinya adik perempuan aku yang menang. Tapi kini, semakin hari budaya menghantar kad raya kian berada di ambang kepupusan. Kenapa? Apa punca utamanya?

Sekarang, dunia semakin canggih. Dengan perkembangan teknologi, maka wujudnya sistem pesanan ringkas SMS, internet serta laman-laman sosial sebagai medium orang ramai berinteraksi dengan mudah. Itulah punca utama kad raya sudah dianggap kurang relevan pada zaman ini. Orang lebih gemar menggunakan teknologi yang lebih mudah dan pantas.

Manusia juga semakin kedekut. Nak tak nak, memang kena kedekut disebabkan kos sara hidup yang tinggi sekarang. Kalau kad raya, memerlukan kos yang tinggi. Nak kena beli, lepas tu nak kena pos. Setem dah la makin mahal. Kalau guna SMS, jimat! Taip sikit pantun dua tiga kerat, send to many. Kalau guna facebook, upload gambar ucapan raya, tag ramai-ramai. Paling senang, update je status. Dah tu, tak payah susah-susah nak menulis. Taip je.. Tak la kantoi tulisan buruk. Heheh..

Kalau guna teknologi, hanya memerlukan tempoh yang singkat. Kalau guna kad raya, sekurang-kurangnya kena pos dua minggu sebelum raya. Kalau tak, alamatnya kad tu lepas raya baru sampai. Serdak kuih raya pun dah habis masa tu. Pos ekspress, tulis je dijamin sampai esok. Tapi hampeh. Lagipun nak ke hantar kad raya pakai pos laju? Guna SMS atau internet, nak wish pagi raya tu pun tak ada masalah. Cuma mungkin line busy jela kot. Ntah-ntah nanti, posmen pun pupus.

Kad raya memang boleh didapati dengan pelbagai corak dan reka bentuk. Yang ada lagu pun ada. Tapi, kalau kad raya digital, bukan setakat lagu. Siap animasi dan suara sekali. Nak rakam video ucapan selamat hari raya muka sendiri macam Lisa Surihani buat tu pun boleh kalau korang jenis muka tak malu. Haha..

Walaubagaimanapun, kad raya memang ada nilai sentimentalnya yang tersendiri. Aku sendiri masih menyimpan beberapa kad raya yang aku pernah dapat. Nostalgia tu beb. Tapi banyak jugak yang dah rosak dan koyak dek kerana kerakusan adik-adik aku yang pantang nampak kad gambar kartun masa diorang belum mumaiyiz dulu. Kalau tak, mahu seguni jugak aku kumpul. Sekarang? Haha.. Last aku dapat kad raya, dua tahun lepas. :-(

himpunan kad raya aku yang masih tersimpan rapi hingga kini..

*Diadaptasi daripada entry tahun lepas, Kad Raya Di Ambang Kepupusan.

SZ : Pecah kaca, pecah gelas.. Sudah baca harap balas.. Teringat pulak pantun wajib kalau tulis kad raya masa kecik-kecik dulu.. Heheh..

39 360 juta komen:

Anum said...

wah bestnya siap simpan lagi

Pojiepooh Abdullah said...

gigihnyaaa nyimpan kad2 raya sampai kini..
erm, yelah sekarang dah moden semua nak pantas yang penting jimat. huhu

A T I K A H L A T I F F said...

kad raya pun dah mahal sekarang. mana ada 10 rm5. semua bantai satu rm3. hmmm

Ayuni said...

dulu2 ske jugak hantar kad raya tp dh besar nie, sms je...

Farah Awang said...

meh alamat
aku anto kad raye
serius ni
hehe

ApiH said...

sekarang banding sapa dapat sms raya paling banyak.. hehee..

fa-in said...

dah 3 tahun tak dapat kad raya pun. sadis..
tp kelmarin sorang kwn ni nak bagi katanya. excited! :D

Zil-el-Saif @ The Encik Saif said...

setem juga dah melambung naik harga dia...

RinnAzrinah said...

hahahaa!!... kan?.. best je kalo ingat time kecik2 dulu... slalu lawan ngan member2 sape dapat paling byk... hehee... pantun wajib tuh... pecah kaca pecah gelas... habis baca harap balas.. pas tuh letak syiling 5sen kat dalam kad raye... hehee... nostalgia tuh....

hana said...

hehe..
beto tu..
saye pn xde nak bg kad raya kt orang sebab malas la plak nk pi pjabat pos..
hehe..
tahun ni dpt 1 je lad raya...

pikah yang baik said...

pecah kaca,
pecah gelas,
sudah baca,
harap balas (dalam erti kata sebenar WAJIB balas)

taun nie tak dak kad raya..sangat xbes.huh

zaty said...

siyes dah makin pupus.skrg ni smua pakai online takpun fon. :)

eiela said...

haha, pantun tuh mengamit memori, memang tulis bila pos kad raya dulu. sekarang tak payah dah kang orang pelik plak.

miss ct said...

Assalamualaikum...
mengamit balik memori lama...hehehe.. ct xdelah byk kad raya mcm sz..tp adalah sdkt, masih di simpan rapi..rasanya kad raya is the value thing other than sms and others..

asnizaziz said...

kad raya terkumpul setakat ni, baru 2..huhu

♥cmª shIemª♥ said...

cma suka terima kad raye & bagi kad raye,,tp utk kenalan terdekat ajelah..

masih simpan lg taw...
nostalgia teww...

WanFadhilah said...

skrng pun masih simpan lagi kad raya. betul2 ada nilai sentimentalnya sendiri. ada tu, siap letak duit duaposen sebagai duit raya. hahaha

cik ciput said...

dh 2 tahun saya x dapat kad rya lagi dah..huhu

Qaseh dalia adelia said...

dunia dah maju huhu

FanaFiniFina said...

Ala zaman dah maju,dunia dah berubah. hua3

Muslimah Optimis said...

nak kad raya

Hansyitake~ said...

meh alamat SZ
nak anto kad raya... :P

Amna.Qadeeja said...

pehh siap simpan lg kad raya,byk gila

bru je dpt kad raya td posmen antr wakaka ;D

azwa amani said...

nk hias rumh gne kad rYa pUN SUSH SEBB DAH TK DPT...ayh cakp beli sendri n hntr kt dri sendri.huhuhu

SyazwanSarawak said...

banyaknya~

exora said...

ada pantun baru skrg...
'pch kaca, pch sampan
sdh baca, hrp simpan'
murid2 sy suka tulis mcm tu..hehe

hikari said...

tergelak baca pantun yang wajib letak dlm kad rye tu..hahaha mmg sme je kat mane2 pun pantun tu kan..

mmg rindu pun zaman kad rye ni..bce sms dgn bce kad rye feeling nye lain..anyway, selamat hari raye in advance!=)

NURUL NADIAH MAMAT said...

rindu zaman dulu...huhu...

thn nie dpt satu je...sob3...

pengemisCinta said...

masih simpan kad raya dulu2?pc entah kemana dah bila p asrama. tapi betul, kada raya ada nilai sentimentalnya yang tersendiri.suka.;)

angah ahmad said...

aku dulu suka tarok bwh lapik meja yg lutsinar tuh,,buleyh menunjuk,,kehkehkeh

Adam Idris said...

Saya pun masih simpan kad raya yang dapat dalam tempoh 4 tahun kebelakang, memori tuuu, lagi2 yang dorang buat sendiri, huhu

cik heroin said...

sy pun mlas nk htar kad raya, fb pn mlas, twttr pn mlas, nk komeng aje, selamar hri rya. kd raya kita dlu2 mak kita dh jual dgn paper lama. hewhew

Siti Hajar Masri said...

dah zaman moden ni teringin plak nk dpt kad raya..blk2 dr supplier jer..

sergeant keroro said...

hehe, betul. memang nostalgia habis.

baru buat segmen sal kad raya :P

KELI OH KELI said...

alamak...terbaca entry sz...baru teringat kad raya x pos lagi...beli awal2 lagi....errrrr....tq geng!

visitme@FaTiN cOrNeR said...

taun nie dpt satu ja kad ry..sob3..

sekarang kad ry dh murah..n setem pn 50 sen ke semua tempt..pastu 3 hari dh sampai..

nmpaknya, sistem pos2 kad ry pn dh makin nk maju..

Nafisa81 said...

last year bagi kad raya pd semua x housemate dan rakan2 yg lain...tp x dapat satu balasan pun...so this year dah malas nak hantar dah

m!rFa said...

hee. mmg nostalgic gilerr r main kad2 raye ni. tahun ni ak pos gak kad2 raye ni, biarlah org nak kata ak old school ke ape ke, asalkan ak senang ati. hehe~

ak pun still simpan kad2 raye lame dr darjah 5 sampai laa form 5 aritu. zaman sekolah menengah mmg suke laa main bende2 ni. tahun ni ak dpt jugak 1 tp banding ngan tahun lepas, xde langsung.huhu~

keri ikhwan said...

Tahun ni dapat kad raya setelah berbelas tahun tak pegang kad raya -_-