Pages

Wednesday, August 10, 2011

Pencerahan Terhadap Kekeliruan Identiti Arlene Tan dan Sitt Wuzara

*Sambungan daripada entry Gambar dan Identiti Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara Akhirnya Terbongkar

Isu Arlene Tan dan Sitt Wuzara semakin hangat diperdebatkan bilamana wujudnya percanggahan pendapat dan kekeliruan identiti sebenar Sitt Wuzara. Pelbagai teori cuba diketengahkan.

Segalanya bermula apabila team hackers GaySec membuat pendedahan yang mereka telah berjaya membongkar identiti sebenar pemilik blog yang menghina Islam tersebut. GaySec mendakwa yang Arlene Tan adalah pemiliknya. Sememangnya berita tersebut tersebar meluas dengan begitu pantas sekali. Mungkin kerana ramai yang sudah lama berharap untuk menatap wajah sebenarnya serta menanti saat kejatuhan pemilik blog laknatullah yang bongkak tersebut. Yang mencabar semua orang mendedahkan identitinya jika mampu.

Akan tetapi, kecelaruan mula tercetus apabila ada pihak yang mendakwa Arlene Tan itu kenalan rapat mereka dan menafikan Sitt Wuzara itu adalah Arlene Tan. Dakwa kenalan mereka, Arlene Tan juga biasanya menggunakan English dalam pertuturan dan juga penulisan. Sangat berbeza dengan bahasa yang digunakan dalam blog makcik tersebut. Keluar pula dakwaan bahawa Arlene Tan telah membuat laporan polis terhadap group GaySec kerana memfitnahnya serta mendedahkan maklumat peribadinya termasuk no phone kepada umum hingga tersebar luas di alam maya.

Jadi, siapa sebenarnya Hajjah Sitt Al-Wuzara? Siapa pula Arlene Tan? Dan adakah benar group GaySec yang dikatakan terdiri daripada 2 org pelajar SPM hanya stalkers, bukannya hackers?

Dalam gambar di bawah menunjukkan mamat bernama Azwan Ismail ada menyebut nama Sitt Wuzara bagi membalas komen kepada individu di atasnya, iaitu merujuk kepada Arlene Tan. Tapi ada dakwaan menyatakan Azwan Ismail memang membalas komen tersebut terhadap Sitt, bukan Arlene. Tetapi komen tersebut telah dipadam. Tetapi jika dilihat komen di antara Arlene Tan dan Azwan Ismail tu, tiada bukti yang menunjukkan ada komen telah di padam. Melainkan komen-komen di atas Arlene dan di bawah Azwan itu sendiri. Nampaknya masih ada kesamaran di situ untuk membuktikan Arlene adalah Sitt Wuzara. Sekarang, komen Azwan itu juga sudah hilang. [rujuk sini]

klik imej utk kelihatan lebih jelas

Tetapi, berdasarkan gambar di atas, ini menunjukkan bukti Arlene Tan gemar melepak di group MAFA, iaitu Malaysian Atheists, Freethinkers, Agnostics. Tulisan Arlene di wall group tersebut juga seperti menunjukkan Arlene Tan menyokong Atheist iaitu golongan yang tidak percayakan kewujudan Tuhan dan hanya bersandarkan kepada logik akal semata-mata. Dan penglibatannya dalam group tersebut adalah sejak setahun yang lalu? Maknanya dah lama. Lagipun, untuk mendakwa itu fake profile, kenapa selepas membuat laporan polis dia kembali mengadu hal di group MAFA tu? [rujuk sini]

klik imej utk kelihatan lebih jelas

Dalam satu kenyataan balas lain mengenai isu ini, Sitt Wuzara juga membuat pengakuan yang dia tidak pernah mengenali Arlene Tan di alam realiti. Cuma Sitt Wuzara mendakwa mereka mempunyai banyak perselisihan fahaman dahulu ketika perbincangan dalam group MAFA. Sitt Wuzara juga membela Arlene Tan bahawa dia tidak murtad . Sitt Wuzara juga menafi sekeras-kerasnya yang Arlene bukan dirinya . SILA RUJUK SINI!

Kenapa Sitt Wuzara tu pulak yang menggelabah kelam-kabut back-up Arlene? Agak janggal di situ.

Jika Arlene Tan bukan Sitt Wuzara sekali pun, dia tetap bersalah kerana berfahaman Atheist. Mungkin juga ada salah faham yang mengaitkan Arlene Tan dengan Atheist. Namun, jika benar Arlene Tan masih Islam, diminta beliau tampil membuat penjelasan sebenar bagi meleraikan kekeliruan ini. Mungkin juga blog Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara bukan dikendalikan oleh seorang individu, tetapi secara berkumpulan?

Kesimpulannya, banyak teori yang boleh disabitkan dengan isu Arlene Tan dan Sitt Wuzara ni. Sebaiknya, kita ambil jalan tengah. Jangan percaya sesuatu berita itu jika belum pasti kesahihannya. Bimbang berlakunya fitnah. Elakkan daripada mengeluarkan kata-kata kesat. Jika tidak, apa bezanya anda dengan Sitt Wuzara?

Kepada Arlene Tan, jika anda tidak bersalah kami doakan agar dipermudahkan segala urusan jika anda bukan berfahaman Atheist. Kepada GaySec yang khabarnya bakal meneruskan Ops Ramadhan dan melakukan pendedahan siri ke-3, teruskan niat murni anda. Buktikan kewibawaan yang anda bukan hanya remaja nakal yang sekadar mempermainkan orang lain. Ini kes serius.

sila ke page GaySec utk melihat bukti printscreen yg lain.. KLIK SINI!

SZ : Ni last aku ulas isu ni. Melainkan sudah ada bukti kukuh untuk mendakwa individu terlibat. Bukan apa. Nak siasat, kena masuk blog laknatullah tu. Seram aku baca penulisan Makcik tu. Menggigil beb! Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada kita semua. Dijauhi daripada fitnah. Amin..

31 360 juta komen:

PEAH said...

tapi ada yg cakap, 'mak cik' tu x speaking.

ermmm :/

belog|amiyo said...

macam2 hal lah plak... baik aku g bukak pose dulu...

Anonymous said...

http://milosuam.blogspot.com/2011/08/laporan-polis-nor-arlene-tan-terhadap.html

QaRr JaliL said...

aku sokong ko..nak tanak nak taw info..ken gak baca blog tu..aku pun tak paham..penggunaan perkataan..binatang tu..she is really and hardcorely attacking moslem and islam..uhh..

macam2 jadi..takutnye..

FaKArePa!n said...

Kita tunggu dan lihat apa keputusan nya nanti.. makin banyak plak konklusi y mncul..

Amirrah Zawani said...

kita tunggu dan lihat je lah nanti..

MyIlham.com said...

salam

macam2 kekeliruan pula timbul ye.apapun,lgkah terbaik adalah jgn tembak melulu melainkan setelah ada bukti yg kukuh dan jelas. kita sama2 tunggu :)

adrinaqamarina said...

hari tu pernah buka juga baca blog dye, fuh memang berdebar.


mungkin kena cari lagi bukti~

m!sZ zAL!nA said...

cikna pernah masuk blog makcik 2 dan xsanggup nak teruskan membaca... semoga insan yg menghina islam ni akan dilaknat ALLAH xkira siapa pom dia

Nur Misnan said...

manusia susah utk mengaku kesalahan
yang dibuat... kita blh nampak
dari pengakuan dan penjelasan antara
kedua2nya...

lambt laun org akan tahu juga

visitme@FaTiN cOrNeR said...

teringin gak nak masuk page makcik tu..tp xda kekuatan..

hazwan said...

aku x baca blog dia..dh xnk bukak dh...geram sgt2

blog-tips-kurus said...

wanita mampu menggoncang dunia. tapi betul ke dia seorang individu wanita? mesti ada komplot ni..

Skype Crew said...

Assalamualaikum beb,

entri ko yg sblm nie yg bertajuk "Gambar dan Identiti MakCik Hajjah Sitt Al-Wuzara Akhirnya Terbongkar!" tu bagi aku tu fitnah beb sbb kita blm betul2 pasti yg arlene tan tu orangnya..

bila ko post entri tu 2hari lps & bila org baca meb ade sesetengah org akan igt arlene tan tu orgnya & jika dia bkn orgnya bermakna tu dah dipanggil fitnah beb walaupun skang dah ade UPDATED yg ko ltk kt bhgn ats entri tu..

ak pun marah ngn makcik yg xbtl tu tapi jgnlah smpi kita terjerumus dgn fitnah beb.

ak hrp lps ni ko lbh berhati2 beb..

teruskan menulis beb. ;)

p/s:tegurlah aku jika aku silap

diana said...

tu namanya lepas makan tak reti simpaN..
pelik jugak bila dia mati2 dok backup kata dia bukan arlene tan..
nampak sangt dia dah cuak dah tu..
heheheh

Cik Ladies said...

Fuh, ada rupe nye grup Malay Atheist tu.. Sedih nya.. :( Tapi, Arlene Tan dgn Sitt Wuzara ni maybe orang sama kot? tibe2 je nak back up? or... entah.. Pihak yang berkenaan kena ambil tindakan ni. Kan?

Pearl Kaz said...

kalau boleh, saya tak nak dah masuk blog makcik tu... takut sgt. ckup lah sekali tu je baca blog dgn twitter dia. bahasa yg digunakan sgt tak patut... takut lagi dibaca, lg tersemat dlm kepala saya... kalo boleh, buat rakan2 lain, jgn lah bg komen2 yg guna bahasa kesat. kdg2, ada certain org lg kita ckp kasar, lg diorg suka. attention seeker maybe? spatutnya, org yg dpt tau blog ni at the first place buat report trus, lepas tu sama2 doakan dia berubah. T_T ape pun, smoga smua ni berakhir dgn baik..

cik pha said...

takpe setinggi makcik hajjah melompat keriangan akhirnya akan terbongkar gak.Allah tu maha besar,lebih hebat dari ape y dia tengah rancangan.kita same berdoa agar siapa pun dia akan terbongkar gak satu hari.insyaAllah.

qasehraihan said...

uitttt ttinggal ketapi a solihin..lama xonline..huhu

Safarin said...

Aku pcy Gaysec t'diri drpd 2 org tp kalu depa tu calon SPM thn ni tu tipu sgt la.. mgkn btl dakwaan depa tu sbb depa bgtu berani mengaitkan arlene dgn sitt wuzara dgn bukti2 yg mantop. Tapi apa yg aku nmpk niat depa lbh kpd nk tnjukkan kepakaran & kepandaian. Bg sitt wuzara pula, bukan ke gaysec kata sitt wuzara tu Arlene? Bkn Arlene tu sitt wuzara..~ & katakanla kalu korg curi barang, korg msti xnak org tau kan? Tp tb2 ada org lain yg kena dakwa curi barang tu, anda suka x? padahal yg buat tu ialah korg. Xde sbb knp korg msti menafikan org yg kn tuduh tu mencuri sbb sbnya korg yg buat. Knp sitt wuzara bgitu marah bila org lain yg kna tuduh…?

Safarin said...

Aku pcy Gaysec t'diri drpd 2 org tp kalu depa tu calon SPM thn ni tu tipu sgt la.. mgkn btl dakwaan depa tu sbb depa bgtu berani mengaitkan arlene dgn sitt wuzara dgn bukti2 yg mantop. Tapi apa yg aku nmpk niat depa lbh kpd nk tnjukkan kepakaran & kepandaian. Bg sitt wuzara pula, bukan ke gaysec kata sitt wuzara tu Arlene? Bkn Arlene tu sitt wuzara..~ & katakanla kalu korg curi barang, korg msti xnak org tau kan? Tp tb2 ada org lain yg kena dakwa curi barang tu, anda suka x? padahal yg buat tu ialah korg. Xde sbb knp korg msti menafikan org yg kn tuduh tu mencuri sbb sbnya korg yg buat. Knp sitt wuzara bgitu marah bila org lain yg kna tuduh…?

hana said...

saya x tau la yg mane betol...
semoga Allah menunjukkan kebenaran nye..
bace blog makcik tu mmg kene kuat iman..
kalau rasa bakal terpesong baik x payah bace..
sebab dia mempertikaikan Al-Quran dan macam2 lagi...

Anonymous said...

gua tambah info bro... BETUL KE ARLENE BUKAN ALWUZARA??? BACA BUKTI DI SINI (KLIK!)

leman decaprio said...

gua tambah info bro... BETUL KE ARLENE BUKAN ALWUZARA??? BACA SINI (KLIK!)

Anonymous said...

mmg sunnguh bahaya kata2nya..terlalu melampau menghina Islam,Allah swt dn Nabi Muhammad SAW....manusia mcm nie mmg tak boleh dibiarkan...

yad'z said...

waduh2... makin conflik...ye identitinya.... hurm.. tak kiralah siapa pun hamba Allah itu... pembalasan Allah itu pasti.. sejauh mana cuba untuk ditutup, atau diselindung.. akan terdedah juga pengakhirannya nanti..

exora said...

mcm2 skrg ni..x tahu mn satu nk percaya...apa2 hal pun jgn mudah membuat kesimpulan sblum terbukti kebenaran...nti kita pun sama mcm depa gak..

pena said...

yup, pelik jugak dengan part dia nafikan dia bukan arlene tan..
Walau siapa pun identiti sebenar sitt wuzara ni, harap dia akan dapat balasan yang sepatutnya..

bighagenjo said...

serius, aku pon gigil2 je baca blog dia. mcm org yg dah mati hati. tapi nampak dia mcm org yg bijak pandai. cuma mati hatinya.

Jue AbdRahman said...

emm.. klu betul sy harap dia akan terima hidyah Allah.. psl blog makcik tu sy tak penah bukak lagik, tak nak la.. buat ape kita bc sesuatu yg memburukkan agama.Islam. malas nak layan blog merepek tuh..

Anonymous said...

Saya baru sahaja membaca tentang kisah si Murtad ini, dan setelah membaca dari pelbagai sumber, secara keseluruhan ada satu pemerhatian je yang ingin dikongsi mungkin orang lain terlepas pandang:
Dalam laporan polis Arlene Tan, dan juga post dia dalam group MAFA seperti tertera di atas, Arlene merujuk si Murtad sebagai 'Sitt Wuzura'. Jika seseorang itu peka dengan kisah ini, dia mungkin perasan bahawa nama sebenar si Murtad ialah 'Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara' atau boleh dipendekkan kepada 'Sitt Wuzara', BUKAN 'Sitt Wuzura'. Yang penting di sini ialah kesilapan ejaan oleh Arlene. Kesilapan ini jika diperhatikan adalah dalam kenyataannya menafikan dirinya adalah si Murtad tersebut. Persoalannya, adakah Arlene tersilap eja, ataupun kesilapan ini disengajakan untuk secara tak langsung membebaskan diri dari pengakuan sebenar secara bertulis - dia nyata bukan Sitt Wuzura kerana nama tersebut tidak wujud pun, betul kan? Ini diperkukuh lagi bila membaca balasan post oleh orang ramai yang juga menulis nama si Murtad - tiada seorang pun yang tersilap mengeja nama si Murtad ini! Pelik kan. Selain itu, secara logiknya, untuk membuat laporan polis dan jika ingin membuat penafian secara formal, tidakkah seseorang itu akan lebih perinci dalam merujuk atau menyatakan nama seseorang? Pernyataan Arlene yang seperti sambil lewa merujuk si Murtad sebagai 'Sitt Wuzura' seperti endah tidak endah akan implikasi sebuah dokumen formal seperti laporan polis.
Daripada apa yang saya nyatakan, anda boleh membuat kesimpulan sendiri tentang Arlene. Jika diseiringkan dengan post FB yang memaparkan Arlene dan Azwan Ismail di atas, bagi saya perlu diselidik lebih lanjut adakah Arlene = Sitt Wuzara ataupun tidak! Sekian, Pemerhati Prihatin.