Pages

Tuesday, August 23, 2011

Moreh Yang Pelik.. Dapat Ubat Gigi Colgate..

Salam A'laik.. Aku rasa kebanyakan surau atau masjid, lepas solat tarawikh mesti ada moreh kan? Moreh yang tipikal sudah tentunya nasik atau bihun yang diorang bungkus dalam polistren tu. Setengah tempat dia hidang terus kat bawah khemah, hadap ramai-ramai. Ada jugak yang bagi roti canai, murtabak atau air kotak kecil.

Tapi, tahun ni surau dekat dengan rumah aku macam pelik sikit. Diorang bagi moreh yang lain daripada yang lain. Nak tau apa?

1. Air Berkarbonat/Air Kotak Besar
Mungkin ini taklah pelik sangat. Start tahun lepas lagi diorang buat moreh macam ni. Tiap-tiap malam. Bukannya botol atau kotak kecik. Tapi besor punya. Dia bagi sorang satu. Bayangkan family aku ada 9 orang. Kalau setiap malam dapat, 9 x 30 =  270 botol/kotak. Pergh! Raya ni dah tak payah beli kordial dah.

2. Gula
Biasanya minggu terakhir ni, diorang akan bagi gula sorang sekilo. Motif, mungkin nak meringankan beban siapa yang buat kuih raya. Lepas tu mungkin bagi butter and tepung pulak kot. Heheh..

3. Ubat Gigi
Harr.. Ini yang paling pelik dan luar biasa sekali. Baru semalam dapat. Pertama kali dalam sejarah aku dapat moreh ubat gigi. Ubat gigi jenama Colgate. Hahaha.. Tergelak pulak aku masa keluar pintu surau tu. Macam-macam style la diorang ni punya moreh. Terbaeeekkkk..



Itu jela antara moreh yang unik aku biasa dapat setakat ni. Ntahla.. Bagi aku, moreh ubat gigi memang pelik dan unik. Yang ke depan ni, tak tahu la apakebenda plak moreh diorang nak bagi. Kereta seorang sebijik mungkin. Haha...

Solat tarawikh sampai lebam biarlah ikhlas. Bukan kerana moreh.  Moreh hanyalah sebagai sumbangan ikhlas mengikut giliran di kalangan penduduk kampung. Tujuannya bagi menggalakkan amalan bersedekah di bulan yang mulia ni. Apa pun jenis moreh yang kita dapat, bersyukurlah kerana itu rezeki. Walau hanya sekotak COLGATE. =)

SZ : Kat tempat hangpa amacam? Ntah-ntah lagi pelik morehnya.. Hehe..

41 360 juta komen:

Queen F said...

okayy 1st time kot dengar moreh dapat colgate.. :D dia nak suh rajin bersugi tuu :D kat tempat saye tade moreh.. cuma ada bukak puasa je kat masjid hari2 ikot turn penduduk kg sape yang masak :)

asnizaziz said...

kat sini biasa2 je, selalu bawak balik pisang..hehe

Dawa said...

maybe sbb tok imam bau mulut jemaah mcm xgosok gigi sebulan kot, tu yg sponsor colgate kot. huhu

hana said...

colgate?
memang x pernah d buat orang..
haha...
pe pn terima je la..
mane tau kt umah dh xde ubat gigi.

Anonymous said...

alamak sheykh.. colgate boikot plak.. huhu :)

sergeant keroro said...

haha, yang ni sumpah pelik. tak pernah lagi kot :P

Siti Safiyyah said...

kalau colgate, yg tu memang unik. kehkeh. tapi setakat ni kat tempat ss, takde lagi moreh. tapi alhamdulillah, sambutan tetap meriah. ^_^

aina rahim said...

best best! bagus gak idea tu, bole ditiru hehe

yad'z said...

hahaha.. penah dapat kotak tisu, penah dapat magkuk.. penah dapat sabun cuci muke.. lebih kurang jek peliknyer kan..? hahaha...


kire ok lah tu dapat colgate.. ley sucikan gigi after makan2.. ehheeh

PEAH said...

tempat saya xde lah pula moreh.

ubat gigi utk permudahkan gosok gigi sebelum terawih. baru khusyuk selalu :)

Terbang Bersamaku said...

~Wah kalau dpt air banyk2, untunglah, save budget raya nnt...hehehe...=)
~moreh dpt ubat gigi, tanda pesanan supaya smua org jgn lupa bersugi...huhuhu..

Amirrah Zawani said...

huish.. mmg pelik la.. tak penah dgr lagi org bagi ubat gigi.. colgate lak tu.. mahal kot

Dr. Ben said...

sini moreh dengan pak arab

ainondreamergirl♥ said...

nnti komfem org kampung gg bersinar je time raya neh. hehehe. jgn marah :)

cucu umie said...

hauhau...kt tmpat ayie moreh biase2.. mmg makan2 jeah.. xpernah dpt colgate lg..hehe

hikari said...

kalau semua family SZ pegi terawih, kira dapat 9 kotak colgate la kan..wah, memang boleh jimat ni. =)

Nije said...

ohhh, best gile weh bule dapat air gas botol besar.. ak nak gakkkk~~

nawwar_hanifah said...

mesti yg sponsor 2 dentist~ =D

angah ahmad said...

pelik2,, kat tmpat aku still mknn je,, paling bez ikan bakar,,terbaeekk~ ehe

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

Sangat unik...

nanti dapat berus gigi plak ehehe

syazu said...

uyoo..untung beb..colgate leh jadikan gigi puteh berseri..tayah beli2 lagi..jimatt

miss ct said...

Assalamualaikum...
wow..selalunya moreh bukan kuih2 ke..erk..salah ke?

p/s:surau kampung mana ni smpi dpt colgate?? =P

LiFe KaMi said...

wah kira hebat la tu,
biasanya kuih2 atau mee ke bihun ke..
kalau sebulan lengkap le barang umah ko..hehe

aniki said...

hahaha..memang tabik monoshock ngan orang kampung ang..

Amna.Qadeeja said...

pehh serius mmg laen dr yg laen.

masjid mane nih nak pergi jgk terawikh heheh ;D

kaizen said...

nk ingatkn gosok gigi pas sahur.. jgn la x gosok langusng.... hehehe

Jejaka Terhangat said...

haha..mungkin org moreh tu nak selitkan mesej supaya rajin2 berus gigi walaupun bulan puasa. =p

azwa amani said...

Alhamdulliah.....huhuhu..sweet lah ajk masjid bagi moreh tu..hehehe

ika~~ said...

pelik..tp ok la tuh..sep duit bli ubt gigi XD

mackenziedoo said...

mungkin org yg sedekah tu tension dgn orang mulut bau kot...haha..

Fahmi Mahat said...

erk. ubat gigi tu mesti saiz kecik mcm yang ktia dapat time sekolah rendah dulu , ye tak?

mmg hajat nak suruh orang yang solat kat surat tu gosok gigi biar wangi la agaknya kut?

nak tegur sorang2 malu, haa , amik kau, sekali semua org dia bagi time moreh.

hahaha :D

yang suka gile entri ni,
FahmiMahat

diana said...

bagus jugak ni..
tak la membazir..sedekah tak semestinya benda makan je..kan??
tahun depan mungkin kamu nak buat moreh baju raya sorang sepasang ...mungkin!

yatie Awang said...

tak ada bezanya dengan tempat solihin, tapi yang ubat gigi tu memang tak pernah dapat,

Qaseh dalia adelia said...

tap pernah agy dpt ubat gigi haha ..

Tapakaki said...

haha...lawak2 dpt colgate

nak suruh amalkan sunnah Nabi la tu...gosok gigi tiap kali sebelum solat....

NURUL NADIAH MAMAT said...

memang pelik morehnya...ekeke..

pengemis Cinta~ said...

best.kira cukup pakejla tuh, lepas makan minum terus p gsok gigi then tidur..hehe.kena bagi berus gigi satu lagi;)

adrinaqamarina said...

maybe diorang nak tunjukkan yang moreh bukan setakat makanan~ hehhe.



ni surau kat mana ni?

Mss Ieza said...

unik XD

Syafiq Rosli said...

hehe..pelik ke benor..ke ade kempen kot..:)

Siti Mashitah Saidin said...

wow. duit raya ada tak?