Pages

Saturday, August 6, 2011

Aman Wan : Vlogger Yang Meletup Kerana Iklan Gangster di YouTube

Aman Wan.. Tiba-tiba sahaja namanya meletup. Gara-gara sebuah parodi pendek yang berjudul 'Iklan Gangster' yang sudah pun mencapai 122,000++ views di YouTube ketika ini, sejak di'uploaded' 2 Ogos 2011 yang lepas. Hebat bukan? Video pendek yang diinspirasi daripada filem box office RM11juta, KL Gangster arahan Syamsul Yusof. Menggunakan dialog-dialog popular dalam KL Gangster dengan diselitkan bersama iklan-iklan Vitagen, Nivea, Choki-Choki, Tam-Tam serta aksi-aksi kelakar dan mimik muka yang melucukan. Lawak gila weyh!

Dari kiri : Jai (Choki2), Shark (Vitagen), Malik (Tam2), Ajib (Nivea)
-Aman Wan sebagai Malik-

Siapa tahu biodata Aman Wan? Disebabkan aku rasa sangat kagum dengan bakat Aman Wan ni, aku pun cuba kaji selidik siapa sebenarnya mamat berbakat ni. Aku stalk dia punya facebook. Dia berasal dari Nilai, dilahirkan pada 1 Julai 1988. Merupakan seorang lelaki. Haha. Memang la..

Siapa sebenarnya Aman Wan?

1- Semestinya Aman Wan seorang Vlogger. Vlog pertama beliau dihasilkan 7 bulan yang lalu. Sudah 23 video yang Aman dah uploaded kat Channel beliau di YouTube. Yang terbaru, Iklan Gangster. Vlog-vlog Aman Wan juga sangat berkualiti setanding Mat Luthfi dan Anwar Hadi. Antara vlog Aman Wan yang menarik perhatian aku ialah Potong Stim, Nivea For Men (Parody), Pandang Serong, dan aku rasa semua video dia memang layan la weyh! Tak rugi tengok. Siyes!

2- Aman Wan seorang Pelukis Komik Amatur. Dia sangat minat melukis. Pantang jumpa pen dan kertas. Mula minat melukis sejak Darjah 3. Dan Aman bercita-cita ingin menghasilkan komik sendiri dan menerbitkannya di pasaran. Hasil karya dia memang terbaek.

Tart Nenas Mama - Karya AmanWan.. (sila klik imej)

3- Aman Wan juga seorang Blogger. Yupp.. Dia ada BLOG! Lepas ni mesti ramai yang serbu blog dia. Setakat ni aku tengok followers beliau baru sahaja mencecah 365 orang termasuk aku. Mula start blogging sejak November 2008. Perghh.. Orang lama jugak la dia ni dalam dunia blog. Lebih senior daripada aku. Aman memuatkan hasil karya lukisan dan komik beliau di blognya. Entry dia pun best.



Amacam? Cukuplah setakat ni aku review pasal Aman Wan.Rasanya ramai yang dah kenal kot dengan Aman Wan ni. Bagi yang belum kenal ataupun yang mahu berkenalan dengan beliau secara lebih dekat serta yang ingin melihat kesemua koleksi video dan hasil karya komik Aman, boleh klik link di bawah...




SZ : Kenapalah dia bukan orang Kedah macam Mat Luthfi, Anwar Hadi and Solihin Zubir... Heheh..

38 360 juta komen:

Iffah Afeefah said...

tak penah tgk pon

best eh

kene tgk ni

adanhayad said...

mmg sejati la ang ni encik SZ. siap kaji selidik.

amacam choki choki? best?

diana said...

cukup2 la 3 orang tu ja anak jati kedah yang gelame.eh!gelemer...hhahahah..

Terbang Bersamaku said...

cpomel komik dia..(^____^)

hana said...

x kan sume nak kedah je SZ...
hehe...
vlog die mmg best..
admire la ngn dia..
muahaha..

cucu umie said...

apcal ayat last tu ada solihin zubir ea??? wakakak serius ayie xpernah tgok vlog dia lg..nty malam ah..line internet slow skng..huhu

nadya said...

saya org kedah jgk...
^_^

cik heroin said...

ok. baru tau =.="


oh, kenapa dia x org kedah mcm cik heroin jgk =.=

Amna.Qadeeja said...

blogger jgk ke? wahh hebat !

1st time tengok ari 2 mmg besh jadi giler beliau pegang watak malik hehe

nt nak serbu blog beliau keh3 ;D

Jejaka Terhangat said...

kehkeh..aku baru go through video2 dia smlm. mmg bleh tahan la..setanding dgn vlogger2 lain yg popular..iklan gangter tu dah naikkan dia akhirnya. tahniah..=)

►AdamXis◄ said...

Assalam...haa menarik gak.hebat gak laa dia lukih komik sendiri...video pandang serong tuu besh...

Pojiepooh Abdullah said...

actually kita ada sangat ramai vlogger2 berbakat kann kann..
psstt muka dia cam Aarn Aziz perasan tak?

azwa amani said...

owwhh.baru tahu..,.

JIJI YU said...

lorh blogger jugak mamat ni..

hazwan said...

aku pun layan gak video2 dia smlm..terbaik2 haha

exora said...

ooo solihin ni org kedah rpnya igt dr johor...
vlog tu apa, sy 1st time dgr ni..huhu

tieykah said...

serius besh,gelak sorang2.
nape bukan orang Kelantan ek?

HEHEHE

cantekk said...

nak usha lah =D hihi
mekasih sz

yatie Awang said...

hahaha...akak baru tengok, best2...

nawwar_hanifah said...

start dari tgk iKLan gangster, pastu trus tgk vlog die yg lain~

best!!xtahan part vitagen XD

fadhdeela said...

cun gak lukisan kartun dia tu!! smart2 muda lg lak tu..syabas!

Nur Misnan said...

pernah terjah blog dia 2 tahun lepas
lepas tuh tak BW lagi...

dia memang kreatif...
masing2 ada kemahiran terseniri

Alin said...

baru tahu semalam tgk vlog dia smlm. wakaka lwn pun kelakar gila! :D

FaKArePa!n said...

sy belum tgok lg vdeo ni bro SZ.. hehe

belog|amiyo said...

laa..aman wan nama beliau rupanya. hehe. baru aku tahu. lama dah aku duk layan video budak ni. memang berbakat lah.

'hamster ini manyak baik. tengok telur, manyak besa'

hahaha

asnizaziz said...

abang tembam..huhu :D

cik ciput said...

dah tengok jugak IKLAN GANGSTER..serius best!haha..diorang memang kreatif, tapi paling kreatif of kos la aman wan kan, sbb dia director..haha

MyShok said...

salam,SZ kalau ada masa melawat la my blog..harap SZ dpt turunkan ilmu sdikit untuk sya yang bru dalam dunia blog..untuk lebih lanjut klic pada profile..kawan2 semua pun boleh melawat my blog yang tak seberapa nie.

iniialahaku said...

amacam abg tembam ada baik ka???

hahaha..xleh blah aku tgk dia pnya vdeo...


jadila ckit2 org kedah ambik..kita bgi org lain sama..haha..

cintatulip said...

ayat last xleh blah.. "kenapa dia bukan org kedah mcm solihin zubir"
hahahaha...
tu la naqiah time tngok video die ritu baru 900views.. giler lah..

f_aRa_aINa989 said...

haha! iklan vitagen tu kelakar...=D

p/s: nasib bukan org kedah! kalau x dh menambah bilangan org kedahan yg sy minat! heee

wath said...

iye. dia ni mmg superb. baru je tengok iklan gangster tu, aku pn terus search dia kat yuotube n tengok sume vid dia! mmg best! yg vid komik-m tu, mak dia pn ade sekali. hahaha. sporting mak dia. nk wat cam kevjumba n papa jumba lak. ngeeeee :D

hikari said...

wa, kne than nafsu nk tgk la..
gb dh byk kne telan for nothing..frust betol!
nasib pakai broadband mcm ni la.. :(
anyway ni baru je knal dia..thanks SZ!

cek chun said...

lama tak pekena tam-tam. pasni kena p cari balik la

Mohamadazhan.com said...

memang lawak betul budak ni..haha

Aku pun blogger kedah..haha

yad'z said...

hahha.. memang.. most of vlog die thumbs up..! sengal2 gak cam matlutfi n anwarhadi.. hahahha

SyazwanSarawak said...

choki choki sudah habis. haha

Cik Hujan said...

nampak menarik. kartun dia pun comel. serbu sat~