Pages

Friday, August 12, 2011

Adegan Yang Biasa Kita Lihat Ketika Solat Tarawikh

Apakah adegan yang biasa kita lihat ketika Solat Tarawikh di masjid atau surau?

1. Rakaat 1 sampai 8, saf penuh berbaris-baris. Semua kelihatan bersemangat.

2. Selesai rakaat ke 8, makmum mula berpusu-pusu keluar masjid. Saf mula tinggal sebaris setengah.

3. Setelah itu, mula kedengaran bunyi bising di luar masjid. Bunyi mercun. Adegan kejar-mengejar di kalangan budak-budak. Orang tua, sibuk berasap.

4. Masa imam tengah angkat takbir, ada makmum yang masih duduk. Bila tok imam dah nak habis baca surah sebelum rukuk, baru kelam kabut nak angkat takbir. Konon nak hilangkan lenguh sekejap. Akal taknak berdiri lama. Tok Imam tak lenguh?

5. Selesai rakaat ke 20, makmum mula penuh kembali untuk solat witir. Biasanya kanak-kanak. Sebab lepas tu nak ambik moreh. Kalau masjid tu tak ada moreh, jangan harap ada yang patah balik nak solat witir.

sumber gambar : lakaran hidupku

Itulah adegan yang biasa aku tengok kat mana-mana masjid yang aku pernah pergi. Dan aku sendiri pernah terlibat menjayakan adegan tersebut. Heheh..

Tahukah anda?

1. Solat Tarawikh hanya ada pada bulan Ramadhan. Alangkah ruginya bagi sesiapa yang tidak mahu mengambil peluang ini.

2. Solat Witir adalah solat sunat yang paling dituntut untuk dikerjakan. Ini bermakna, tidak lengkap solat tarawikh itu tanpa disusuli solat witir. Witir itu lebih besar kelebihannya.

3. Kalau tak mampu buat tarawikh 20, buatlah 8 rakaat. Itu lebih baik daripada tak buat langsung. Tapi, janganlah berkira sangat nak beribadat kepada Allah. Jangan sibuk nak online depan PC sedangkan nak 'online' dengan Allah pun susah.

Sekadar nasihat untuk diri sendiri...





SZ : Dah setengah Ramadhan.. Cepatnya masa berlalu..

60 360 juta komen:

amranaiman said...

apapun.. jgn dok kejar terawih tapi solat wajib plak x buat :P.. nice entry :D

Faez Rusni said...

tula pasal...dulu mule2 rami gile..penuh..skunk tinggai bpe kerat je..hurmmm

hana said...

erm..
betol tu..
nanti bila nak dekat raya lagi la tinggal bape saf je la..

atiqsalleh said...

ada lagi.. meh baca entry atq lak.. hehe

http://atiqsalleh.com/2011/08/12/sikap-tamak-dalam-diri-seseorang/

FaKArePa!n said...

no.4 tu y paling kerap sy buat masa zaman bdak hgusan.. hehe

Ain Zulaikha said...

mmg biasa sangat macam tu, kira okeylah solat 8 rakaat dari pada tak buat langsung kan? tapi yang tak puas hati nya kesian lak kat yang buat sampai 20 rakaat jadi bising lak kat luar masjid.. budak2 zaman sekrang..

Chempaka said...

huhu.. ada gak yg awal ramadhan smpai kene bentang tikar kat kaki lima utk org solat.. tp dah hujung ramadhan, sejadah pun x abis bentang.. huhu...

sergeant keroro said...

sekarang pon tinggal satu saf jek. dari 3 masa awal-awal ramadhan dulu.

FariehanIbrahim [LBC] said...

mmg da biase sgt ngn keadaan2 nie..
kt surau kg, kt surau kolej..
mkin dkat nk hbis ramadhan mkin pendek plak saf..huhu

aiman said...

hehe.. benar situasi tu.. hehe.. moga kita bertambah kuat..

Edy Fee said...

siyes antik kartun tu.hehehe yeah i'm the 3000 follower

peachippo said...

yang kalau keluar dari msjid pastuu bau asap kuat2 tuu hangin tuu...tak sabar2 betol !

yatie Awang said...

tempat kakak tak tahulah pulak yang lelaki ni, sbb kaum wanita, biasanya habiskan 20 rakaat tu...Alhamdulillah...

~cik atin~ said...

yang part mercun 2 yang paling x leh tahan. kene plak ade yg kes melatah. kesian plak dibuatnye..

cik ciput said...

SZ, ada masa nanti cerita pasal wahabi..sy kt perlis ni, dh serik je nak solat terawih kt masjid..pelik2..huhu

PEAH said...

tapi situasi yg agak menyakitkan hati bila ramai org susah nak rapatkan saf. boleh main sembahyang byk2 kelompok. nak tegur, rsa kurang selesa sbb terdiri dr golongan yg tua. alasan yg selalu diberikan, SEMPIT dan PANAS. apa agaknya solution bg masalah ni. :)

adanaberkat said...

Salam.biasa aku buat 8 rakaat aje..buat sikit tapi istiqomah..

Mohamadazhan.com said...

perkongsian menarik! =)

adrinaqamarina said...

betul. bulan lain manada sulat terawih ni. bulan ni je. 30 hari jeee. tu pon kalau boleh lengkap 30 hari tu~


teringat memori kat maktab dulu, even sampai 20 pon, saf still banyak lagi. time tu memang terasa seronoknya solat terawih~

FasiHaH SupiaN said...

dulu aku pun camtu..hahaha

kaizen said...

family aku suke g masjid yg amek budak tahfiz jadi imam tok terawih sbb biler dgr bacaan yg dia bawak tu sedap hilang rase lenguh2 tu...

*kalo imam nak ekspress baik aku buat sendiri sbb kn ke solat terawih tu maknenyer berehat2...

Queen F said...

minggu pertama penuhh tak muat saf.. minggu kedua separuhhh.. minggu dekat nak raya berapa kerattt je yang tinggal >.< haa yang no 3 tu hanginn tuu.. nak balek tu balekk laa tak payahhh laa nak baling2 mercun dalam masjid tu, nak bunyi motor kuat2 segala.. -.-' no 4 tu pemandangan biasa.. -.-' haishh no 5 tu kat sini tak adaa moreh, memang sunyii betul la masjid lepas 8 tu..

adan said...

lepas 8rakaat hilang main kejar2.. *zaman ribena

LiFe KaMi said...

sama la kejadian yang dialami dgn kami..hehe
betul tu jgn lah berkira dgn ibadah yang kita lakukan.
semoga Allah SWT menerima amalan kita semua..amin

blog-tips-kurus said...

ruginya tak kejar 15 terakhir tu.. witir=lebih > besar kelebihannya?

GreenAppleKu.com said...

Nakal juga tuan blog pada zaman kanak2 dulu ya. Selamat menunaikan solat terawih tuan blog.

Kalamhati said...

adegan2 yg betul sgt berlaku..huhu

insyaAllah kita cuba beribadah sebanyak mungkin..separuh lagi ramadhan..huhu kejap je kan

exora said...

betul tu..saya pun slalu lht ini la budaya org kita..klu xnk hbskan smpai 20r xper tp jgn la bising kat ctu...hormat org lain nk solat..
solihin, tlg bc n3 sy hr ni n bg pndpat yer..thanks..

KUKUMALU said...

Fenomena terawih..ngeh3~

Cik Ciku said...

aku pun termasuk dlm senarai meninggalkan saf dpn slps terawih 8 rakaat untuk ke saf blakng bg menunaikan witir secara solo,huhu

NURUL NADIAH MAMAT said...

paling suka bila org perempuan nak duduk ats sejadah masing2...xnak kongsi....jadi saf xrapat......apa la....huhuu......

angah ahmad said...

haha,,botul2,
yang nom.3 tu setuju sangat!
ney ade cite jugak,,meh meh

http://garisanlurus.blogspot.com/2011/08/kias-tempias-ramadhan-1.html

teratai said...

sama je dgn masjid di tempat kita!

Cik Ladies said...

Haha. Da jadi kebiasaan dah tu kat Malaysia ni. Masjid je banyak, tapi tak 'bgun2' gak.. Ummah makin kurang! Kan kan?

hikari said...

ya, bulan ramadan ni tetiba je masa bergerak mcm naik bullet tren..slalu rse mcm naek ktm je.. selamat berterawih..=)

Siti Mashitah Saidin said...

insyallah :)

yad'z said...

huhuhu..... nasihat tuk diri seniri jugak ni.. kekadang buat 8.. nguuuu... ~~~~

aNdi.Hanin::حنين نظوره said...

lagi satu adegan pelik (dekat saf ppuan saja kot)

"makcik, meh la rapat saf dengan saya" *rapat saf ke tengah*

"xpe2..makcik nak solat sini"

tamau rapatkan saf sebab nak cop bwh kipas =_= kebanyakan org tua xpaham erti rapatkan saf, nak2 yang memang solat jemaah bila terawih je.huu

chakpong!

aNdi.Hanin::حنين نظوره said...

lagi satu adegan pelik (dekat saf ppuan saja kot)

"makcik, meh la rapat saf dengan saya" *rapat saf ke tengah*

"xpe2..makcik nak solat sini"

tamau rapatkan saf sebab nak cop bwh kipas =_= kebanyakan org tua xpaham erti rapatkan saf, nak2 yang memang solat jemaah bila terawih je.huu

chakpong!

Diana @ bilakukatacinta said...

sy buat 8 rakaat jek...tak mampu nak kuhsyuk sampai 20 rakaat...tekadang kosentrrasi hilang bila dah penat bdn..

Saiful Bakhtiar said...

klaulah masa solat fardhu masjid bole penuh cm solat terawih alangkah bahagianya.

asnizaziz said...

okeyy, ni memang benar2 kejadiann :DD

namaakulynn said...

situasi yg mmg berlaku kt tiap2 masjid.haihhh...

Akmal Khalidah said...

terawih terawih terawih :D

jangan malas :)

tomatokering :) said...

memang pong .. semua masjid sama je .. huu

Qaseh dalia adelia said...

yg mercun tu memang sakit otak di buatnya .. arghhh

puteri ain said...

sgt2 betul . hehe

IMANSHAH said...

setuju dengan saudara...yang main mercun pun ghamai

IMANSHAH said...

setuju dengan saudara...yang main mercun pun ghamai

azwa amani said...

betul2..masa mula2 tu, amani pelik, kenapa lah dorg ni kuar jemaah awal sangat, upenyer sebab tak nak solat witir, padahal tggl lagi 3 rakaat jerrr pun..takpela, semoga diberikan hidayah oleh Allah

pena said...

realiti semua tu..

bunyi mercun.. nasib tak sempat melatah.. orang sibuk terawih, diorang sibuk dengan mercun..

cek chun said...

sedang mencuba membawa diri ke masjid

bighagenjo said...

:) nice entry, mmg btoi pon sume tuh. hehe

Amna.Qadeeja said...

hehe nasib baek bt jgk 8 rakaat kan dr xbt lansg. rse rugi sgt kalo tinggal terawih huuu

2la xde kesedaran lnsg depa tuh bt2 bsing time org terawih xhormat lnsg

liyana said...

mmg btul..hehe..klu msjid cmtul..
selalu surau wat 8...

call me cat said...

buat krn ikhlas.. jgn hnye p trawih smate2 nk tyg muka btul tk?

Hansyirah Takezur said...

betul3... especially kalo imam baca lambat... lagi lah ramai lesap... nak buat 8 pon ada yang berat hati... tapi tu lah realiti... kita tak sedar benda tu besar pahalanya... huhu

belog|amiyo said...

solat jemaah lagi penting untuk ke masjid.

Chempaka Sari said...

Solehin meh sini chempaka sarinak mengadu. Bukan nak berlagak alim, cuma nak cakap satu family saya tetiap malam buat terawikh 8 raakat kat masjib besar bentong, pahang. Cuma kalau macam jumaat dan sabtu buat 20 sebab cuti keesokkannya.

Kelmarin adalah satu jamuah berbuka puasa, vip semua datang. Tengku mahkota datang, MB datang dan menteri kesihatan tu sebab dia adun bentong.

Kitorang datang dalam pukul 7 sebab bukak puasa kul 7.30. Itupun kitorang lambat sikit sebab ada hal. Nak jugak solat skali dengan orang diraja hehe.

bila sampai je parking penuh sampai berlapis2. Wah mesti sesak masjid jap lagi. Harap tak terbatal air sembahyang yang dah amik di rumah tadi.

Semasa pergi kat jamuan tu, fuhh ramai gila orang. Ramai yang tak pernah nampak pun hehe. Kerusi memang tak ada. Makanan habis, semasa azan pun kami sekeluarag masih beratur, Tak de sapa pun yang nak hulur kurma ke apa ke. Yang duduk kat meja buat2 tak nampak pun kami. Dari satu meja buffet ke satu meja buffet kami cari air, nasi kot kot kalau ada. Meja buttef yang ke 4 baru ada tu pun ramai jugak orang.

Patu kami makan di tepi jalan duduk atas devider. Then only famiy yang duduk situ. Then bila diroang yang makan awal ni dah habis ramai2 menuju ke parking. Eh nak ambik telekong kot. Namoak diorang berlenggang je tadi. Mungkin tinggal telekong dalam kereta. Bilal tengah baca iqamat masa tu. Kami ralat jugak tak dapat solat magribb jemaah sebab baru nak makan.

Pas makan kami masuk masjid. Tok iman tengak doa. Kami memang tak sempat. Terkejut sangat sebab apa?

jEMAah sikit gila tak macam yang saya bayangkan tadi. ceh dah bayangkan dah saf perempuan mesti penuh malam tu. Tetapi saf tetap macam biasa macam malam malam sebelumnya! Dah orang yang sama je... sampailah ke witir malam tu, orang tak bertambah pun tetap macam biasa xde rupe macam ada jamuah berbuka puasa yang gempak tu tadi.

Mengenangkan kami kene kongsi segelas air sirap, Sebagi jemaah tetap kat masjid tu, Satu je saya nak cakap, saya KESAL sangat.

cik pha said...

tahun lepas pernah kami sekuarga berteraweh dalam gelap,sbb black out,perhh best weyh.walau dah black out,tapi ttap ramai