Pages

Thursday, August 4, 2011

5 Jenis Racun dan Penawarnya

Dalam hidup kita ini ada 5 jenis racun yang boleh merosakkan kehidupan manusia di dunia dan juga hari akhirat. 5 jenis racun ini perlu diubati dengan 5 jenis penawar juga. Sama-samalah kita mengubati 5 racun yang ada dalam diri kita yang bernama manusia.

Pertama

Dunia ini adalah racun.
Kenapa dunia ini adalah racun? Ini kerana dunia ini mampu membawa banyak kerosakan kepada umat manusia. Manusia telah lalai dengan kenikmatan yang ada di dunia ini. Manusia telah menjadi hamba dunia dan lupa kepada Allah dan hari akhirat. Itulah yang sebenarnya berlaku kepada manusia sejak dahulu lagi.

Zuhud itu penawarnya.
Zuhud bermaksud kita menguasai kehidupan dunia tapi dunia tidak mengusai kehidupan kita. Kita tidak salah untuk hidup memiliki kekayaan dan kejayaan dunia kerana umat Islam juga perlu memajukan diri, bangsa dan agama tanpa melupakan hari akhirat.

Kedua


Harta itu racun.
Harta kekayaan telah menyebabkan ramai manusia hanyut dengannya. Memiliki harta yang banyak telah menyebabkan seorang manusia lupa untuk beribadat kepada Allah. Harta juga menyebabkan seorang manusia itu sombong dengan orang lain. Bukan semua orang begitu tapi hanya berlaku kepada segelintir mereka yang tidak bersyukur.

Zakat itu adalah penawarnya.
Perintah mengeluarkan zakat adalah termasuk dalam rukun Islam yang lima.

Firman Allah maksudnya:
“Ambilah sebahagian daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat), dengan itu kamu membersihkan mereka (daripada dosa) dan menyucikan mereka (daripada akhlak buruk)”
(Surah At-Taubah: Ayat 103)

Ketiga


Perkataan yang sia-sia itu racun.
Apabila seseorang itu banyak bercakap, jika tidak dikawal percakapannya itu maka akan banyaklah keluar perkataan yang sia-sia dari mulutnya. Dengan itu banyaklah dosa yang keluar dari mulutnya itu. Sebab itu diam adalah lebih baik dari banyak berkata-kata yang sia-sia.

Zikir itu penawarnya.
Jika lidah sentiasa dibasahi dengan zikir, ia dapat membersihkan hati manusia supaya sentiasa mengingati Allah. Zikir juga dapat memberi ketenangan kepada orang yang banyak menyebutnya. Orang yang banyak berzikir juga akan mendapat ganjaran pahala dari Allah.

Keempat


Seluruh umur itu racun.
Umur seorang manusia hanya sekejap saja tidak lama mana pun. Jika semasa umur seseorang itu hidup di dunia ini banyak dihabiskan dengan perkara yang sia-sia maka akan rugilah dia. Janganlah umur dihabiskan dengan melakukan kemaksiatan kepada Allah.

Taat itu adalah ubatnya.
Umur manusia yang ada hendaklah dihabiskan dengan banyak melakukan amal ibadat kepada Allah. Sebagai seorang hamba yang beriman kita perlu taat kepada perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.

Kelima


Seluruh tahun itu racun.
Sepanjang tahun banyak perkara yang telah kita lakukan dalam kehidupan seharian. Sama ada baik dan buruk hanya diri kita sendiri yang mengetahuinya.

Ramadhan itu penawarnya.
Bulan Ramadhan adalah bulan rahmat dan keampunan. Pada bulan ini segala dosa-dosa akan diampunkan oleh Allah kepada hamba-hambanya yang bertakwa. Ambillah keberkatan yang ada pada bulan ini untuk membersihkan diri kita dari segala dosa-dosa yang telah dilakukan.

33 360 juta komen:

hana said...

setiap racun de ubatnye..
kita yg membuat pilihan sama ada ingin berubat atau pun x..
=D

cucu umie said...

nice sharing bro.. yang ayie tersentuh apabila membaca apbila bab perkataan sia2..kdng2 mulut ini tidak terlepas ttpi zikir menjadi penwarnya..

Nur Misnan said...

banyak sgt dah racun dlm diri
manusia...

kaizen said...

pokoknya kite kembali ke ajaran Islam itu...

*mase untuk tingkat iman time bulan pose nih....

latest entry ST : Nisbah Lelaki-Perempuan & Urban : Camera Paling CANGGIH

Terbang Bersamaku said...

entry yg sgt menarik...thanks sbb share info nie kat blog...

azwa amani said...

good sharing... semoga ramadhan ini menjadi penawar dalam hidup kita semua..aminn

FaKArePa!n said...

hidup kita ni penuh dekelilingi racun yang mampu membinasakan kita kalau kita jauh dari penawar nya..btol tak bro SZ ??

Ecah Ecot said...

setiap racun ade penawar..yep..bergantung pd diri sndiri nk guna ke x penawar tu..

Siti Arfah said...

Perkongsian yg bermnfaat. Alhmdulillh. :). Slm ramadhan kareem. Moga rmadhan kali ni penuh makna. Hrgai dan manfaatkan rmadhan. Moga Allah redho .

Kakzakie said...

Nampak gaya kita sedang mendapat penawar racun seluruh tahun utk sebulan ini... Alhamdulillah

yad'z said...

racun dan penawar ^^.... racun itu mudah didapati.. penawar sukar.. kita kene usaha banyak2.. tanya sama hati .. ^^

yatie Awang said...

betulkan? kalau kita kata kerhidupan kita, kita yang mencorak dan tentukan, kita juga perlu pilih, jalan baik atau sebaliknya...

aiman said...

terima kasih en. solihin..

Qaseh dalia adelia said...

=)

Hans said...

kehidupan akan bertukar menjadi racun jika kita tidak pandai menghargainya
nice entry bro solihin

p/s : hahaha..tergelak baca komen bro dkt entry ic blogger blog den tu..ekekeke

Iffah Afeefah said...

beracun sungguhhh!

ermm tpi racun paling utama ialah diri sendiri y tak nak berubah ke arah kebaikan=P

ps: Dah tajuk, tema blog mmg gitu...tu kua syg2 cinte tu

eiela said...

terima kasih sebab berkongsi.

Alin said...

manusia nie selalu lupa, jadi lebih elok kalau ada yg sentiasa mengingatkan kita melakukan amalan yang mulia, amalan yg disukai Allah.

diana said...

ramadahn ini penawar buat kita..

Amna.Qadeeja said...

hampir separuh dah racun dlm bdn ni huhu

terima berkongsi :)

dreamygirl said...

;-)

Sunah Sakura said...

subhanallah... besar sungguh nikmat Ramadhan...

delarocha said...

terima kasih atas tazkirah ini. sangat bermanfaat

cik ciput said...

jom kita sama2 mengubat diri kita yg penuh dgn racun dunia dgn amalan2 di bulan yang mulia ini..

belog|amiyo said...

11 buan beracun. sebulan bulan Ramadhan jd penawar.

atau...

tarbiyah sebulan di bulan Ramadhan melatih kita untuk hadapi 11 bulan yang akan datang.

Allahuakbar...

shahjiehan said...

racun bagi perokok masih lagi tiada penawarnya....

Aretikz said...

sikit lg aku nyanyi lagu madu dan racun.. hehe..

racun itu ada penawarnya, tp bila dah merebak.. yang mati itu hati..

pena said...

sedang berada di dalam bulan untuk menawarkan semua racun.. Ramadhan..

terima kasih atas perkongsian.. =)

Mohamadazhan.com said...

elak termakan racun takut tak sempat bertaubat...ramadhan datang membawa rahmat tetapi masih ramai yang tak nak penawar, terasa loya mungkin tekak menelan penawar...

blog-tips-kurus said...

baru ku tahu.. harap2 sentiasa sihat sepanjang Ramadan ini. cepatnya dah hari ke-5..

insan monologue said...

mohon copy ye...

f_aRa_aINa989 said...

plg suka yg last sekali....

Anonymous said...

mohon copy yer..