Pages

Tuesday, July 12, 2011

Video Sedih Bukti Kekejaman Polis

Menitis air mata tengok video ni.. Sedih! Meremang bulu roma tengok video ni.. Geram! Sangat kejam dan kurang ajar! Ini adalah video wajib tengok dan sebar! Mendengar background musicnya saja dah rasa semangat lain macam. Aku salute sapa yang buat video ni.

Dalam video ni, polis melepaskan air kencing water canon, dan bom asap dengan bertubi-tubi ke arah rakyat yang berhimpun secara aman. Gelagat polis dah macam gangster. Berlaku adegan kejar mengejar, tangkap, ikat dan pukul beramai-ramai. Apabila ada yang ingin merakam aksi ganas mereka memukul mangsa, kata-kata kesat dikeluarkan. Ugutan dilemparkan. Kamera dihalang. Kenapa? Takut kantoi?


Part paling menyentuh hati aku adalah ketika seorang pak cik berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan dengan keadaan tangan diikat ke belakang. Puncanya, sesak nafas akibat gas dan ditendang polis. Saat orang ramai kelam kabut menghulurkan bantuan kepada pakcik tersebut, polis hanya melihat. Bila disuruh membuka ikatan tangan pakcik tu, polis memberi alasan tiada alat pemotong. Disuruh call medik, polis cakap "masalahnya tak tau sakit apa?". Tambah meruntun jiwa, melihat anak perempuan pak cik tu menangis teresak-esak melihat bapanya dalam keadaan kritikal. Nama pak cik tu, Suhardi. Alhamdulillah, Pak Cik Suhardi dilaporkan sudah kembali sihat sekarang.

Pak Cik Suhardi ketika nyawa-nyawa ikan.. Alhamdulillah skrg sudah kembali sihat..

Namun begitu, ada juga seorang yang dilaporkan meninggal dunia iaitu Allahyarham Baharuddin Ahmad disebabkan kekasaran polis dan kegagalan mereka untuk memberikan bantuan perubatan yang sepatutnya dan pada masanya. "Empat tulang dadanya didapati patah manakala tiga batang giginya juga patah," kata Azhar Kassim, anak saudara Allahyarham Baharudin ketika ditemui Harakahdaily di rumah Allahyarham. "Dia tiada ada asma, jantung atau kencing manis... yang ada darah tinggi sahaja sedikit... pendek kata dia sihat," kata Azhar. AL-FATIHAH~~

Apa pula kata PM dan Ketua Polis Negara? Semestinya mereka akan back-up polis dengan menafikan semua dakwaan-dakwaan kekejaman tersebut. Nah! Sekarang ada bukti bergambar dan video. Lagi mau nafi ka?

Upsss... Mesti akan ada yang 'butt hurts' cakap macam ni :

1- "Nanti kalau kak hang kena rogol, pi la report bomba ka, tok mudim ka. Jangan report polis!".

2- "Sukahati hang ja nak kutuk polis. Try jadi polis tengok! Bukan senang woi!".

Chill~~ Kamon la beb! Jangan la jadi bendul sangat. Jangan sempitkan fikiran tu. Salahkah kalau kita benci kekejaman polis? Diulangi, KEKEJAMAN polis! Kekejaman sahaja. Yang baik tu, takkan nak benci? Adeyhh.. Yang baik kita sokong la. Yang jahat takkan nak sokong? Kawan aku pun ada jugak polis. Sanak saudara aku pun ada polis. (Err.. ada ka? Macam takdak ja.. Heheh..)

Aku sebenarnya kesian tengok polis-polis di bawah rejim kerajaan biru ni. Pemerintah yang zalim telah memperalatkan polis dan menjadikan mereka sebagai Polis RAJA di Malaysia. Kerana 'polis kejam' setitik, habis 'institusi polis' sebelanga. Sekalung jutaan tahniah kepada polis-polis yang masih melaksanakan tanggungjawab dan amanah dengan betul.

62 360 juta komen:

Qaseh Damia said...

=) setuju... nanes sy tgk part pakcik tu...

NURUL NADIAH MAMAT said...

polis yang ada kat situ memang tak de hati perut..xbtanggungjawab.....!!

undur Najib....!!

kaizen said...

entry pasal ni pon akan menyusul kemudian...

angah said...

itu la kerajaan yang zalim...

cintatulip said...

ada org ckp kat naqiah.. kt wall..


"aman?? kompom ka aman?? bagus la polis amik tindakan.. byk menyusahkan org lain..."

" nama pon HARAM harus la amik tindakan"

dia patut buka mata tngok video ni..

peep said...

serius video ni terbaik.. saya pon ada share di blog xdi.. buke a mate cket, blogger2 ni byk yg da terkene ngan media2 n blogger2 otai konon.. satu haram xleh caye..grr sabo je lah.

Fina Fento said...

serius menangis teresak - esak tengok part pakcik tu tengah struggle..lega lepas dapat tahu yang dia ok..

Far8 budak baik said...

serius aku tersentuh tahu...
huh..ya Allah...

Hishyamuddin said...

Alhamdulillah p.cik tu dah selmat.dan al-fatihah kpd yg meninggal tu.. geram pon rasa tgok vid ni.kejam..

bersama kak Es said...

besar biji sawi pun ALLAH hitung. Inikan pula sampai macam tu ... Allahu rabbi apa nak jawab bila Allah tanya nanti ~

belog|amiyo said...

yang ni pakcik Suhardi ke? pulak dah. =__=

"Kepada mereka yang dizalimi hari ini, jangan lupa menuntut balasannya di hadapan Allah SWT nanti." -TGNA

h3r0 said...

Antara video yang terbaik...

dahsyat betul, akupun takfaham apa yang nak jadi kat Malaysia nie..

Taufan Bin Ribut said...

aku suke ayat polis tu "jadi melayu pom melayu bodoh"hahahahaha..wel done bersih!!!

Nzyrahun said...

sudah terang lagi bersuluh,siapa yang butthurt tu,still layan tv3,utusan,berita harian aku doakan orang macam ni,Allah buka hati dia hehe

Apa apa pun,cayalah hero heroin malaysia (!)

shahjiehan said...

nice entry bro.... hang boleh jadi ahli parlimen!!! aku undi hang!!! hehehe...

Najmah A. M said...

kan?! ya Allah, sedihnya DIA sahaja yang tahu. ketepikan soal parti politik. ketepikan soal perhimpunan haram halal. ini soal nyawa! kalau pun berbeza agama, berbeza pandangan, takkan langsung tak ada rasa belas kasihan? itu sifat manusia.

lebih sedih bila ada yang selamba je mempersendakan kematian semata2 sebab fahaman berbeza. macam nyawa orang lain tak bernilai. nyawa dia saja yang bernilai.

siapa yang tak sedih? saya pun menangis. kalaulah terjadi pada kita, boleh kita jawab macam tu? niat hanya Allah yang tahu. betul dan salah pun hanya DIA yang tahu. lebih baik kita doakan.

kalau betul selamat, alhamdulillah. pilu tengok dia keras masa diangkat. teringat arwah nenek.

Anonymous said...

kenapa perlu nk mnyalahkan polis..?
bukankah pihak berkuasa dah berkali-kali memesan jangan sesekali menghadiri perhimpunan haram..?
kenapa perlu nk berhimpun scara haram..?x pkir periuk nasi orang ke nk berniaga lah ape lahh..
luu pkir laa.....kalo polis x de yg mngawal smpai ble perhimpunan haram nie nk berhenti..?
polis kena bertindak secara kasar stelah amaran berulang kali diberi......lu pkir laa bro.....benda dh bley hidup cara senang tp puak2 yg join bersih nie ttap nk bhimpun secara haram kononnya nk serahkan memorindum ape kejadah laa....padahal boleh je serah melalui saluran yg betul........~

juicy X said...

masa tgk video ni,dok pikiaq ni rakaman kat mana?bangla?india?ganaih smacam ja.tgk uniform polis tu btl2,baru kompom tu polis mesia.

mak kami slalu pesan,jgn 'kawan' dgn polis,polis jahat.adehhhhhhh

Anonymous said...

aku rasa apa yg polis buat ikut arahan org atas

Dawa said...

setuju. kekejaman polis harus dibenci. bukan itu tujuan utama dan peranan polis. jgn sekadar jd pecacai menteri rakus je

Akulah Pak Lan said...

bai..cuba kau tgk video ni plak..


http://www.youtube.com/watch?v=Dd9slh1Y4Ug&feature=player_embedded

adanhayad said...

kalo bace utusan, BH, kosmo, metroll, suma nak ampu kerajaan.

kalo baca harakahdaily plak, nak kondem kerajaan.

kalo baca blog and tgok vblog, byk yang provocative dan emosi from the both sides.

satu je report yg aku rase masih rasional : Someone Did Won On 9th July - http://adanhayad.blogspot.com/2011/07/ulasan-bersih-20.html

Kakzakie said...

Kalau mengikuti blog tranugkite akan terserlah banyak cerita-cerita yg terpendam tidak publish pada pihak awam....

Wamakaru wamakarollah....
Mereka ingat mereka bijak merancang, Insya-Allah perancangan Allah kita tadak tahu lagi....

Mohamadazhan.com said...

polis yang kejam memang bangsat!

pakcik suhardi? aku ingat yang meninggal tu sebab ada video dia tgh nazak....

My Little Diary said...

taktau apa nak jadik....

Jejaka Terhangat said...

NOTE: Tiada Saluran Yang Betul Dalam Negara Kita Sekiranya Politk Berat Sebelah << tolong faham yg ni yek anonymous..

Alhamdulillah, kita beruntung dengan kemajuan internet, kebenaran yg sedaya upaya mereka sorokkan boleh jugak didedahkan. kalau dulu, takde internet, boleh la diorang nak sembunyikan kebenaran. lepas ni nak sekat suara rakyat kat internet pulak ke?

azwa amani said...

sedihnyerrrr... nak nagis... Ya Allah, turunkanlah azab pada mereka yang menganiaya saudara-saudaraku tanpa belas kasihan..

Anne Nurain said...

sy stuju..
sy nangis tgk pacik tu..
anak die ek yg bpurdah tu?
ksian laa..
polis yg ada kat situ bt derk ja..
mgkn ada setengah polis yang terpaksa n ada jgk yg mmg kejam..

pa pa pn, wallahualam..
Allah lebih mengetahui segalanya..

The Crow said...

@Anonymous

Apa perhimpunan itu adalah haram? Hukum agama apa? Agama Barisan National? Atau Agama POLIS?

Anda sila fahamkan maksud mengawal. Dan fahamkan maksud menyerang. Tiada lansung laporan mengatakan rakyat mulakan serangan. Tapi byk bukti video menunjukkan polis menyerang awam. Adakah video tidak blh di jadikan bukti? ask your self.

Memorandum blh di serah secara aman. Tetapi, berapakah peratus kejayaan memorandum yang di usul diberi perhatian tegas? TIADA! Untuk kemerdekaan kali ke 54 tahun, masih ada orang mati yg pergi mengudi. Didn't u read the goverment paper?

Our goverment such as Malayan Union. They push our Raja and policement to their side n give us (civil) for nothing. WE JUST FOLLOW their "rule" but not our right. They kill us slowly, deeply with "AMAN". haha. I think kids like you should study our history first.

BN are son of Malayan Union.

P/S Kids. Please think twice before u talk.

By The Crow.

Anonymous said...

tak nampak polis ganas..prosedur biasa..bila demonstrator naik angin...kat mesir, libya, thailand..lagi teruk....

sendiri mmau ingat, kalau dah buat demonstrat...takkan polis nak sengieh.,.....sendiri mau faham...

Mr.Kerro said...

yang tak nmpk smuat ni buta agaknya, buta hati.

Anonymous said...

ha ha.,.,,yang puji polis tak publishpun dalam ni....adapun sikit-skit..kawanku tanya..kenapa tak publish..banyak depa hantar sokong polis..

Anonymous said...

inilah kerja kau orang...bingkai besi tak boleh buat bukti....

The Crow said...

Tidak. Polis tidak kejam. Jika BERSIH di jadikan polis dan polis adalah BERSIH. Mereka akan melakukan hal yg sama. Tiada beza. Tetapi..

BN sebijik mcm British. Mereka memberi 'kuasa' pada awam (polis). Kemudian mereka push orang awam untuk menentang awam. Ini adalah 'shield technique' plg kukuh dan pintar.

BN sangat berpengalaman dalam menyekat kemaraan rakyat. Mereka guna "AMAN" sebagai saikologi minda. Supaya rakyat fikir imej negara sekaligus jadi paranoid untuk menentang dan menimbulkan huru hara. Play safe huh? Koh3..

Sebetulnya, Rakyat yg perlu guna "AMAN" kepada kerajaan supaya kerajaan paranoid mahu permainkan rakyat. "Mahu Aman? Kerajaan Jangan Korup!" Can we see the different here? haha..

P/S Mana2 kerajaan pun, polis tetap begitu perangainya. Kerana polis tiada akal. Akal polis adalah kerajaan.

(^____^)

Zee.Zee™ said...

hmmm.. sedih ar Malaysia da jadi macam nih..
akan datang tak tahu ar macam mana..
keamanan semakin menghilang.. =.=

Adi Suda said...

ayuh anak muda..kita bangun..kita bangkit..kita ada hak keatas negara kita..TAKBIR!!!!

mama comel said...

malaysia da tak aman dah..nak cakap lebih2 pasal polis ni kanga de je yg ckp mcm tu la ni la..dah terang2 nmpak polis tu sikit pun tak b g amaran sebelum sembur gas tu..cm hape tah..ini yg dibanggakan sgt..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

bagi yg buta hati..mereka mmg tak nmpk SZ...biarlah hny Allah yg bls perbuatan mereka.Klu akak tak tgk video ni pun akak blh bayangkan kekkacauan dan kekejaman yg mereka lakukan..mmg mereka akan buat kecoh utk cr alasan tangkap mereka smua tu

Shahrul Izwan said...

polis memang bertindak keterlaluan.
tp katakanlah dah memang ajal, kalau arwah x attend BERSIH pun tetap akan meninggal kan? sebab dah mmg ajal dia.. sebab sebagai org Islam kita percaya ajal maut di tangan Allah. Dan kita semua tau Allah xpernah melengah2 atau menangguhkan detik kematian seseorang walaupun sesaat..so dah memang ajal dia ketika perhimpunan BERSIH so kesalahan byk tertumpu kepada polis la.. tp yg cabut nyawa dia polis ke Allah? dan kalau dia x attend BERSIH dia tetap akan meninggal juga..bukan begitu?
btw, syukurlah pak cik yg nyawa2 ikan ni selamat sebab hayat dia masih ada.
apa2pun bab2 ajal maut ni jgnlah nak salahkan manusia sebab ada je org kena tikam tapi xmeninggal kan? sape yg tikam? manusia kan? tp siapa yg cabut nyawa? Allah dan malaikat Izrail kan? So berfikir perlu lebih rasional bila masuk bab2 ajal maut. :)
sekian. berkaitan isu BERSIH saya xnak komen sebab mana2 pihak pun saya xsokong. salam. :D

hidayahjamal said...

POLIS PENIPU..NAJIB PON XGUNA..SEDIH UTK TGK KEBENARAN TP INI LAH SEBENARNYA, MANA NAK CARI KEADILAN SEBENAR ..ALLAH MAHA BESAR, SETIAP PERBUATAN YG XPATUT BERLAKU TU HARAP AKAN KENA BALIK DEKAT SUME ORG YG XADA DASAR BELAS KASIHAN (sori caps lock, sebb marah ar)

hikari said...

dah tgk mlm tadi..mmg sedih part pakcik tu..rebah dengan tangan terikat lg kat belakang..ada jugak nmpk 1polis yg try buat panggilan tp yg lain hampeh..siap blh duk lpak kat tepi pagar..haih..

baru beli berita harian td tp ble bce trus trtdo..ha3 mcm bce bedtime story plak..

Farhana Sukre said...

Memang menyedihkan. Kerajaan seperti takut kepada bayang-bayang sendiri. Bayang-bayang kezaliman yang semakin kelihatan.

Benar kata Ba'dus Shalaf,

"Jangan kau aniaya orang lemah, kelak kau akan jadi orang kuat yang TERBURUK."

Kalamhati said...

speechless..hmm innahu ni'mal maula wa ni'mal wakil..

wamakaru wamakarallah..wallahu khairal maakirin..

Jack Taker said...

Geram tul aku tgk polis..dh macam org xde akal..kalo nk ikut kerajaan zalim pon..polis jgn la bertindak zalim mcm org xde agama..xtau yg mana hak yang mana batil..kalo dh bersalah, bertanggungjawab lah sket..polis xde sivik ke?

liyana said...

hmm..yg halaldikatekan haram'
haram diktekan halal plak..
poliskn diphk kerajaan..
so wht we cn do?hmm

Qyra Yuuri :) said...

ibu saya pun ckp.
kalau boleh, doa banyak2 agar tak bersuamikan polis.

sbb ibu ckp dalam 10 org polis, 2 je boleh percaya.

masa tengok video ni , terasa mcm nk mencarut pulak pada polis yg tak bertanggungjawab.

hmm~

wath said...

mmg geram tengok. time nk belasah, nk pukul, nk jerit, kemain lagi gaya. taip bile tibe org sakit, sume tolak tepi. gari ade, kunci takde. orang ramai gak yg cube settlekan. mase ni tengok muke polis masing2 blur je. mane pegi semangat time kejar2 sepak2 org tu.

to be honest aku pun tak byk pengetahuan sangat. dua2 pihak pun ade big question mark. tapi bab yang ni nampak sangat kat berita PM n polis tutup salah polis. Cakap takde physical contact, polis berjaya, padahal hampehhhh.

geram sangat tengok video ni, n rase cam bodohnye pemimpin aku menegakkan benang basah padahal bukti tersebar cam air sungai. sume org tau dia menipu. tak paham tul

.ShazaSulaiman. said...

wallahualam . .

http://empayar-pemuda.blogspot.com/2011/07/panas-fakta-post-mortem-bersih-yang.html?spref=fb

~nsar~ said...

anon:
ini tak haram.. agung dah benar... siapa polis siapa pm nak bangkang... siapa? siapa? siapa?.. pastu salahkan orang ramai.. oh tidak...

Anonymous said...

Wahai SOLIHIN ZUBIR engkau merupakan seorang PENGKINAT bangsa dan agama..dia nih serupa pelakon cerita Sarjan Hassan iaitu BUANG.SOLIHIN ZUBIR nih bukan menjadikan diri sendiri sebagai pejuang untuk mengamankan dunia malahan kucar kacir keadaan! SOLIHIN ZUBIR nih merupakan petualang kepada ISLAM dan Bangsa MELAYU. SOLIHIN ZUBIR ini sanggup menyokong BERSIH yang di anjurkan oleh AMBIGA yang menjual dan Menyokong MURTAD dalam ISLAM.SOLIHIN ZUBIR di ibaratkan Kafir Laknat yang menyokong ISLAM di tindas..Kenapalah SOLIHIN ZUBIR ini di lahirkan di dunia ini??!!menabur fitnah.. mengucaplah DUA KALIMAH SYAHADAH supaya kembali kepada ISLAM..sesungguhnya org yang menyokong MURTAD sama juga tarafnya dengan golongan MURTAD yang tidak akan Masuk SYURA hingga kiamat!!! INSAFLAH..

Mss Ieza said...

sedihnya tgk video nie..
klu kita msih mmpunyai fikiran jauh,,fikirlah..
lyakkah mreka nie d gelar penyelamat ?
mna amnah yg sptt nya d pgang olh mreka smua ??
sedih tgk org mlayu jd cmni :(
hrap2 org yg bgelar islam xjd cmni..

nur aisya humaira said...

Org Biru ni, bukan takat bendera je biru..hati pun biru, tak leh da nk cakp ape..die duk nampak yang tuuuu je...

cube korg compare, point org biru dgn org hijau...dieorg duk main point aman,aman, aman...!!sampai ke mati laa aman korang dapat...mau nye tk aman, kalau setiap ape org nak kerajaan bgi...

yg kt palestine jadi huru hara sbb dieorg nk pertahankn negara dieorg..kt malaysia ade ke???batu putih, da bgi kt singapore...ini skit bru...

nak byk lgi, mintk SZ jelaskn kt anynomus ni...tgk pakai lutut ape die ni...:)

Chenal said...

X kesian pun...benda nie aku dh penah lihat dan lalui. Sama seperti agenda REFORMASI. Berhimpun BERSIH? Apa faedah yang mereka dapat? Datang ke perhimpunan..kena tanggung risiko yang bakal terima. Dan isu2 ini memang dh dijangka berlanjutan. Korang BN ka? PAS ka? DAP ka? KEADILAN ka? BEBAS KA? teruskan sandiwara politik korang...KONONNYA NAK MALAYSIA AMAN! X ADA MAKNANYA..

aku yang suka berfikir said...

@Anonymous 1. Ambiga tiada kaitan dengan IFC. Aku dah godek blog2 umno. Dia memang menerima memo daripada IFC. Tetapi dia tiada kaitan dengan IFC. Menerima memo + membuat memo = adakah perkara ini sama? Baik lah ko cakap paklah tue pro IFC. Pasal paklah pun dapat memo. Cuma dia tolak je usul tersebut. Namun tidak bererti ambiga tidak sokong perjuangan IFC walaupun dia bukan pembuat memo. Bab sokongan dia condong kepada mana aku takley ulas. Samada dia sokong IFC ataupun tidak aku taktau.

2. Forum yang membincangkan kes murtad lina joy turut dihadiri ABIM. Ambiga secara lantang menyokong kes murtad patut dibicarakan di bawah mahkamah sivil kerana ianya ada kaitan dengan peruntukan undang2. Jika undang2 kata boleh, maka apa hak pas + umno menafikan hak lina joy. Yang ini aku petik dari blog bebas. Aku cenderung mempercayai kata2 penulis bebas. Jadi kata2 bloggers umno bahawa ambiga ada kaitan dengan lina joy mungkin ada kebenaran nya disitu.

Cuma kebenaran tue belum menyeluruh. Selain dari ambiga, umno + seluruh kerajaan malaysia kecuali PAS + NGOs islam sahaja yang tiada kaitan dengan isu neh. Sebab hanya PAS + NGOs sahaja yang lantang menentang isu murtad. Umno = sokong = melalui perlembagaan negara = dibuat oleh umno sendiri = ketika zaman british. Jadi ini bererti umno = ambiga = sama sahaja.

Lain2 perkara yang dikaitkan dengan ambiga ialah anti melayu dan anti islam. Yang neh aku tak sure. Sebab blog umno tulis tanpa bukti. Dia cuma canangkan bahawa majlis peguam buat forum "memeluk islam" dan forum tersebut bertujuan untuk mempersoalkan agama islam. Entah betul entah tidak. Pas tue kaitkan dengan ambiga. Macam mana ambiga boleh terkait dalam isu neh aku taktahu. Sebab tiada line yang jelas yang aku boleh tuduh ambiga itu dan ini. Kalau korang ada info leh share sini.

Bab dia sebagai pengerusi bersih 2.0 ialah cuma atas kertas je. Dia pun takde apa2 jasa. Dia juga takan dapat highlight yang banyak pada hari itu nanti. Dia bukan wira pada hari itu. Yang wira pada hari itu ialah kita. Ambiga cuma kambing hitam yang bakal dikorbankan apabila bersih dikenakan tindakan undang2. Dia lawyer. Dia boleh lawan balik. Biar dia buat kerja dia kat atas sana. Pasal undang2 kita jangan campur. Dia bukan lead kita pun.

Tapi yang neh bloggers umno sebenarnya faham. Cuma sahaja api2kan situasi. Yang lead hari tue nanti ialah kita iaitu rakyat. Kita lantik diri kita sebagai pemimpin. Dan pejuang. Jadi tak sepatutnya timbul isu aku sokong ambiga + ifc + murtad. Pasal aku bukan pergi sana untuk sokong ambiga. Sapa tah dia neh aku pun tak kenal. Takan bangang2 nak mampos g sokong dia plak. Aku g sana pasal sokong pas. Itu niat aku. Sendiri faham niat sendiri sudey.

Cuma nya kita kena belajar memahami lah. Bagi aku, ambiga faham undang2. Dan ikut ilmu dia, tak salah dia sokong murtad. Bagi sesetengah orang islam yang tak faham undang2 akan benci ambiga. Bagi orang islam + faham undang2 tahu bahawa apa yang ambiga buat ialah kerana ambiga tak faham islam sungguhpun dia faham undang2. So dari sini aku menyimpulkan bahawa sungguhpun ambiga pandai undang2 tapi dia tak pernah baca Alquran. Jadi aku kena hormat kekurangan ilmu dia. Yang aku tak faham kenapa bloggers umno taknak faham yang ambiga tak baca Alquran sama macam yang mereka + najib baca? Kalau mereka faham sudah tentu mereka tahu sebabnya kenapa ambiga sokong murtad.

Lagi satu perjuangan bersih tiada kaitan dengan penyokongan kepada murtad ataupun ifc. Bersih ialah anti korupsi. Luahan rakyat malaysia. Walaupun aku dan ambiga ada perbezaan pandangan dalam isu agama namun dalam isu korupsi nampaknya kami sependapat. So apa salahnya dalam isu korupsi kita berganding bahu jatuhkan yang zalim dan dalam isu islam kita lawan habis habisan pula? Menyokong bersih bukan bererti menyokong ambiga. Kena faham tue bloggers umno. Cuba belajar untuk faham. Sekian

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2011/06/betul-ke-ambiga-ada-kaitan-dengan-ifc.html#ixzz1RuXlMlcm

teeeeeehehehe said...

copy p[aste dari tulang besi :
kepada org buta matahati sokong umno totok....

Antara tuduhan UMNO terhadap Ambiga, Pengerusi BERSIH, adalah beliau menyokong murtad.

Soalnya sekarang apa beza UMNO dengan AMbiga dalam isu Murtad?

Kalau kita rujuk Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Pesekutuan) 1997 (Akta 559), |murtad tidak menjadi kesalahan di Wilayah Persekutuan.

Sedangkan Undang-Undang Syariah di Wilayah Persekutuan dicipta, diluluskan serta dikuatkuasa oleh UMNO dan BArisan Nasional.

Jadi, apa bezanya Ambiga dgn UMNO?

Bezanya adalah Ambiga bukan Islam. Hukumnya tidak haram bagi AMBIGA untuk menolak hukum murtad kerana beliau bukan Islam. Juga, beliau mungkin jahil berkenaan hukum Islam kerana beliau bukan Islam.

Dan maklumat yang dapat, Ambiga sebenarnya memperjuangkan kebajikan mereka yang masuk Islam kerana perkahwinan. Bukannya, Ambiga menyokong murtad kerana menyokong murtad. Lebih kerana menjaga kebajikan saudara2 baru yang tidak ditarbiyyah dgn baik oleh orang Islam sendiri.

Apa alasan UMNO tidak mengharamkan Murtad di Wilayah Persekutuan? Adakah UMNO juga jahil dalam hal agama

blog hangit said...

CHENAL :

takde hati perut wooo ini chenal.. ko kene faham ape perjuangan BERSIH..bukan berkaitan dengan POLITIKKK le..tula orang tak buat kajian suke cakap bende bukan2......

watdehel, MARINA MAHATHIR pon turun padang sokong bersih..sebab bukan kaitan dengan politik

...tengok gambau marina kat sini

http://sepang-kederang.blogspot.com/2011/07/marina-mahathir-turut-serta-dalam.html

bout Marina in paper :

"Marina Mahathir merupakan anak kepada bekas PM kita, salah seorang penyokong Bersih 2.o, dan dia kelihatan bersama – sama menyertai perhimpunan Bersih 2.0

Beliau bercakap bagi pihak Sisters In Islam salah sebuah NGO daripada 62 Ngo yang membentuk gabungan Bersih. Beliau berkata tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa sama seperti yang digunakan oleh diktator dunia ketiga.
Hanya mereka yang takut akan mengambil jalnn keluar dengan perkara perkara itu, dan berkelakuan seperti dunia ketiga atau kurang, katanya beliau di sidang akhbar .

Tindakan menangkap secara besar besaran adalah satu daripada tindakan paling keras dalam sejarah politik.

Marina berkata lagi, tindakan keras tu tak mencerminkan usaha kerajaan dalam menjadikan Malaysia negara maju. "

ciknabil-a said...

zalimnya buat org sampai cm tue. huhu..

Anonymous said...

dah tua tu dduk rumah je la , bukan nk perang badar ke apa ke

Hanim Mahali said...

tak suka kekejaman polis jugak! geramnyaaaa melihat polis yang tak da perasaan camtu...

Anonymous said...

saudara solihin, terima kasih di atas penyiaran komen sy di entri saudara brtjuk ulsan situasi sebenar perhimpunan bersih 2.0. apa yg sy nk kata kan di sini, semoga etika anda utk brblogging tidak melampaui btas. sekali lg saudara solihin, belajar lah utk bersyukur. sekurang2 nya saudara tidak seperti rakyat di negara luar yg menderita kesan drpd 'revolusi'. sy rse tk perlu sy nk uls pnjg2 krana sy tau saudara mmg berpihk di parti yg mana.

p/s : adakah saudara turut sama terlibat dlm perhimpunan bersih baru2 ini?

p.s.s : adakah saudara salah seorang dari mereka yang telah berjaya menaikkan nama Malaysia di media2 dunia?

p.s.s.s : adakah saudara adalah di antara mereka yg menutup mata, telinga dan kebenaran dmi hanya mmperjuangkan tampuk pemerintahan yang kononnya BERSIH?

Semoga ALLAH merahmati saudara

-siarkan komen sy ini sekali lg utk tatapan pembaca yang sealiran dgn pemikiran saudara. thanks!

Anonymous said...

@Anonymous

oi bodoh..kau x tau apa2 psal bnda2 mcm ni..kau snyap la.spa kata haram?..sistem demokrasi malaysia sbnarnya boleh wat tau demonstrasi mcm ni.kacau periuk belanga mangkuk jamban kau?kemon la..sehari ja kan,x smpai sehari pun ak rsa..kau kena pikir bnda mcm ni akn beri kesan jangka pnjg tuk anak2 cucu kita gak.ak malas nk ckp bnyk..kau ni mesti hari2 tgok tv 3 n baca utusan ja kan..tu la sempit ja pemikiran...n satu lgi,another bodoh..kalu boleh serah memerondum secara saluran betul,dh lama la diorg wat..sbb x da saluran betul la tpaksa wat mcm ni..media massa suma kerajaan yg control.mcm mna nk guna saluran betul.

Den Cdo said...

mudahya tertipu dgn lakonan wak nie yea..sampai nangis..itu kira ok gak..yg dok kutuk polis, kerajaan...bila melihat lakona si wak nie ..agak-agakya apa lak kesudahanya ya...