Pages

Sunday, July 17, 2011

Tips Buat Suami Isteri Yang Suka Bergaduh

Sepasang suami isteri yang sudah menikah selama 7 tahun dan memiliki 3 orang anak, terlibat dalam sebuah pertengkaran hebat. Begitu hebatnya pertengkaran mereka, sehingga akhirnya mereka memutuskan untuk bercerai, mengakhiri kehidupan rumah tangga mereka secepat mungkin.

Mereka menemui seorang peguam, untuk melangsungkan perundingan pembahagian harta sepencarian di antara mereka. Perundingan berlangsung lancar dan akhirnya sebahagian besar masalah dapat diselesaikan, baik tanah, rumah, dan semua aset harta mereka dapat dibahagi dan mencapai kepuasan kedua belah pihak.

Hanya satu hal tidak ditemukan jalan keluarnya, iaitu mengenai pembahagian anak [jangan lupa anak mereka tiga orang]. Baik si suami mahupun si isteri, sama-sama ingin mengasuh 2 anak, tidak ada yang mahu mengalah, dan anak tidak mungkin dibelah dua.

Akhirnya mereka menemui seorang tokoh agama, meminta nasihat bagaimana jalan keluar yang harus ditempuh. Sang Imam akhirnya memberikan jalan keluar yang bijak, iaitu mereka diminta menunda perceraiannya selama satu tahun, mereka harus menambah satu orang anak selama satu tahun. Apabila Allah mengizinkan penceraian mereka, Allah akan memberikan tambahan satu anak. Jadi, mereka akan mempunyai 4 orang anak, sehingga mudah untuk dibahagi di antara mereka berdua.

Kerana si suami dan si isteri sangat serius untuk bercerai, mereka mengambil keputusan berusaha keras untuk menambah anak, dan akhirnya mereka berhasil.

Setahun kemudian, ketika Sang Imam berjalan-jalan, beliau bertemu dengan pasangan suami isteri ini, sedang bergandingan tangan dengan mesra, sehingga Sang Imam bertanya :

"Apakah kalian tidak berhasil menambah anak sehingga kalian batal bercerai?".

Sang Suami lalu menjawab :

"Allah maha pengasih. Dia memberikan kami tambahan anak, tapi sekaligus juga memberikan isyarat agar kami saling memaafkan dan saling mengasihi. Jadi kami memutuskan untuk tidak bercerai".

"Bagaimana Allah memberikan isyaratNya?", tanya Sang Imam.

"Allah memberikan kami tambahan anak, bukan satu anak, tapi dua anak. Anak kembar!!".

sumber asal : facebook

Moral of the story :

1. Menunda tindakan negatif sering bermanfaat, apalagi ketika seseorang sedang dikuasai emosi. Ada baiknya jika kita sedang marah kita menunda sesuatu yang ingin kita lakukan. Jangan bila kaki tangan dah naik, baru hendak menyesal.

2. Mampu mengendalikan marah adalah kunci kebaikan, sehingga Nabi SAW menekankan 'laa taghdhab' [jangan marah] kepada sahabatnya.

3. Kisah diatas menunjukkan kasih sayang Allah, tetapi ada yang lebih baik daripada kisah di atas iaitu pasangan suami isteri yang selalu berhasil mereda pertengkaran mereka. Mungkin keluar rumah meninggalkan isteri/suami yang marah untuk sebentar kemudian kembali membawa buah tangan atau hadiah yang akan membuatnya tersenyum, meminta maaf dan berfikir betapa baiknya suaminya/isterinya.

4. Pertengkaran itu lumrah rumah tangga. Dengan pertengkaranlah membuat keharmonian semakin terasa nikmat. Orang bijaksana akan menikmati pertengkaran dan masa-masa setelahnya dengan tetap mengendalikan suasana agar tidak sampai keluar dari sunnah Nabi saw. Kerana pertengkaran itu seperti api. Ketika kecil menjadi kawan. Apabila besar menjadi lawan.

5. Untuk mengelakkan berlakunya penceraian, buatlah anak sekerap yang mungkin. Kah Kah Kah.. Ok, yang ni aku tambah. Err.. Tapi tak mustahil kan..? :D

SZ : Sory.. Tak dapat nak online secara tegar sejak akhir2 ni. Sangat sibuk. Sibuk mencari jodoh. Eh.. Eh.. Tersyasyul pulak.. :D

29 360 juta komen:

Dawa said...

anak mmg pengikat kasih sayang. tak dinafikan :)

azwa amani said...

betul ke tengah sibuk cari jodoh...huhuhu..suke dnegar...semoga dapat jodoh yg baik... kawin jgn lpe jemputt,,,,


betul tu...kalau kite tangguhkan benda yg negatif, selalu ALlah bagi petunjuk dan jaln yg lebih baik :)

~eZmALiZa~ said...

terbaik!

kalau marah mmg harus di tunda..selalunya dengan cara apa??kita harus tidur sebentar... it really works! bgn tdo kurang sikit kemarahan tu :)

Aretikz said...

Oleh itu, sebagai suami yang menjadi pembimbing, hendaklah membimbing dengan ilmu.. maka carilah ilmu sebanyak mungkin wahai lelaki.. ahakz.

Miscellaneous Smiles said...

tersenyum aku membaca yang last tuu~

hana said...

jgn biar emosi kuasai kita ketika buat keputusan....
erm..
semoga cpt temu jodoh ye..
heheh

exora said...

hehehe....btul jgk tu..

Alexandriana Alia said...

begitu besar rahmat Allah kepada hamba2Nya.

Afifah said...

suka n3 ni..hehehe.. ^_~

miszatie said...

YA ALLAH indahnya..ape yg saya nampak disebalik cte ini adalah kebesaran ALLAH..anak sebagai penyambung kasih..ishh bergegar tiang arasy if suami istri bercerai..

cik ifah said...

masjid yang dibina memang penuh dengan keindahan. cuma kadang kadang mata kita tertutup dan terleka seketika untuk melihat keindahannya. :)Biasalah. manusia. Insan yang lemah kaan.

kaizen said...

pengajarannya di sini :

tmbh anak b4 bercerai!!! hehehehe

*agak gatal pengajaran tu...

latest entry Isu HANGAT Blogger Minggu NI!!!

Hans said...

alhamdulillah kalau mereka kembali bahagia
apa2pun moga menjadi suami dan isteri yang bertanggungjawab
wah
cari jodoh rupanya
patut skrg busy abang hensem kita nih
hehehehe

cik pha said...

Allah tu Maha pengasih bukan satu y dibagi malah 2

kembatolo™ said...

kalau jumpa jodoh lebih, simpankan untuk aku boleh? hahaha

Mss Ieza said...

haha..terbaikkk !!! thumbs up XD

Muhammad Burn said...

Tharu baca... maaf memaafi memang jalan terbaik.

Panglima Muda said...

selamatkan rumah tangga yang kucar kcir adalah lebih baik dari berhimpun dan buat kerja tak senonoh

diana said...

anak penghubung kasih sayang..
kalau bergaduh dengan pasangan cer tatap muka anak..
mesti hati kembali sejuk...

yatie Awang said...

suka dengan cerita tu,

pahal tambah yg no5 tu, ooo...tak de kerja lain ek hihi

Qaseh dalia adelia said...

alhamdulillah ..sebab tu kita jgn terburu2 buat keputusan , redha dan sabar ...

cari lah jodoh nmpak dah gatai bebeno tu haha

a.samad jaafar said...

cerite betul ke ni SZ ??.. org yang kawin mcm aku ni.. faham sgt ngape usaha menambah anak itu berjaya mengikat dorang balik.. usaha dgn gigih kan ? hahaha..

cucu umie said...

betol lh bro..dalam rumah tangga perlu ad tolak angsur and kne fikir dlm2 seblom bt kptsn..

psssstttttt, semoga dpt jumpa jodoh yg sesuai dengan bro..incya-Allah yg solehah..incya-ALlah sedap mata bro memandng

hikari said...

wah xsbar nk tggu SZ jmp jodoh..rse mcm nk tggu abg yg dh lme membujang nak kawen je..xsbar jugak nk tggu ank sdare..he2 all d best abg solihin! =)

Mohamadazhan.com said...

haha. yang last tu tak boleh blah..haha

shahjiehan said...

benda halal tetapi paling tidak si sukai oleh Allah...

ehehhe

Cikya said...

entah lah, kadang ada yang bercerai sebab sihir kan..
cari jodoh elok2 na..
selalu yang
tershasyul tu lar isi hati yang sebenar..
ececeh.. :D

ciknabil-a said...

kalo tips untuk kaple yang slalu gado ada tak abg solihin? kikii..

ceyh ngah sibuk mncari jodoh kew? patutla dah lama x sggh blog kite. huuu...

f_aRa_aINa989 said...

saya baru nak cakap tips yang awak tambah tu...haha!