Pages

Thursday, July 14, 2011

Peringkat Solat dan Lima Jenis Manusia

Jenis Pertama
Hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat. Mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.

Jenis Kedua
Orang yang melakukan solat secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain. Jadi, golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. Jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. Kalau sibuk dan ada program kenduri, kerja, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat.

Orang ini jatuh fasik. Tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. Ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika saja. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.

Jenis Ketiga
Golongan yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Al-Fatihah, doa iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solat itu.

Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat. Golongan ini dikategorikan sebagai solat ‘awamul Muslimin’ dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan), dia akan berjaya dalam solat.

Jenis Keempat
Golongan ini baik sedikit daripada golongan sebelumnya, tetapi main tarik tali dalam solatnya. Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya.

Apabila teringat Allah secara tiba-tiba, dia akan insaf dan sedar semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. Begitulah sehingga selesai solatnya. Peringkat ini, orang terbabit akan mula memasuki zon ‘memelihara solat’, tetapi masih belum seronok dengan solat.

Jenis Kelima
Golongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi solatnya.

Walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah dalam solat. Golongan ini disebut orang soleh.

[sumber]

Jika kita berada di peringkat satu, dua dan tiga, kita sebenarnya belum selamat dan mungkin solat tidak mampu mendapat jaminan Allah. So, sama-samalah kita muhasabah diri dan memperbaiki solat agar diterima Allah. InsyaAllah..

23 360 juta komen:

hana said...

erm..
betol2..
nak dapat yg kelima tu mmg susah..
so kene muhasabah diri dan perbaiki solat..
=D

Afikah Aziz said...

nice entry..peringatan yg baik utk umat manusia,terima kasih..sama2 lah muhasabah diri kita dan sentiasa tingkatkan amal ibadah kita kepada Pencipta :)

yanadimple said...

sama samalah kita perbaiki solat kte sbb solat kn tiang iman kita. semuanya bermula dgn solat. jgn pernah kta berpuas hati dgn stiap ibadh kta n slalu fkir smuanya masih belum mncukupi, barulah kta akn usaha lbih baik lg dlm ibadah kta :)

FasiHaH SupiaN said...

terima kasih SZ. betul, hari ni ramai yg meninggalkan solat kerana urusan dunia....

p/s: nanti nak repost bleh???hehehehehe

azwa amani said...

Allahurabbi... hati sendiri dan Allah jer tahu dimana pangkat solatku... Ya Allah, terimlah amalanku dan mereka sehari-hari ya Allah... aminnn

Spanar Buruk said...

entry terbaik dari abg..nk share dgn kawan blogger lain..jmpau singgah ke blog picisan spanar ok..nice 2 meet u abg solihin..

hikari said...

pernah baca, kat fb kot. saya pernah terbaca yang nikmat kekhusyukan kita dalam solat ni sebenarnya sudah ditarik sebab tu kita susah nak dapatkan khusyuk dalam solat.hanya yang betul2 bermain sahaja yang akan mendapatkannya. Wallahu'alam.
teringat cerita seorang hamba yang soleh dihukum potong kaki akibat mencuri kemudian dia minta hukuman dijalankan ketika dia sedang solat. bila dia sedang solat barulah hukuman dilakukan dan dia tak sedar pun rupanya kaki dia dah dipotong sehinggalah dia selesai solat. masya Allah betapa khusyuk nya lah solat dia kan.(tak ingat kaki ke tangan. tapi rasanya kaki. sori). kita? nyamuk gigit pun dah rasa gatal..

Nur Misnan said...

sangat bagus untuk peringatan kita dan
perbaiki lagi kelemahan diri didlm
solat kita...

gd sharing brother... =)

exora said...

ermmm...sm2 lah kiter cb perbaiki solat, mg berada dlm golongan ke 5...

sarah-najwan said...

sama2lah kita beringat..
semoga kita tergolong dlm kalangan org yg ke-5..

ciknabil-a said...

nice entry...

hmm bilala blh jadi org yg ke lima tue. huhu..

Mohamadazhan.com said...

menarik, kena usaha mantapkan tarbiah untuk tingkat yang kelima tu.insyaAllah

aku nak renovate blog..ada cadangan baik dak? hehe

Aretikz said...

Hanya Allah yang mengetahui tahap mana solatku..

Sebagai peringatan kekhilafan yang sering dilakukan kepada-Nya..

diana said...

yang 5 lima tu kalau dapat buat memang terbaik la..
yang no satu tu kena tengok balik pada mak ayah la rasanya...
cara depa mendidik tu yang nak menentukan anak tu bersolat yang mcm mana

belog|amiyo said...

subhanallah. masih banyak yang aku sdang leka dan x sedar. huhu. btw tengs SZ.

delarocha said...

memang sukar untuk kusyuk

iniialahaku said...

sambil bca sambil bermuhasabah...nmpak sangat aku xlari dari 1 2 3...bnyak yang kna usaha lagi...

NURUL NADIAH MAMAT said...

terasa kerdilnya diri.....
is trying to be the best one.....

tq for this sharing...

PEAH said...

indahnya hidup kalau mnejadi jenis yg kelima

~nsar~ said...

yang no tiga tu... Allah.. susahnya.. bila dah solat.. da ja benda nak pikiaq...

Puteri Iqa Izyan said...

teringin nak khusyuk dalam solat~

cucu umie said...

Allah shje yg boleh menentukan dimana tahap solat ayie..mudah2an dpt melkukan solat itu dengan baik and semata2 kerana Allah

miszatie said...

indahnye....~~~~