Pages

Friday, July 8, 2011

Hukum dan Pandangan Ulama Tentang Demonstrasi / Perhimpunan Aman

Aku lawak btoi tengok status-status kat facebook yang dok maki-maki perhimpunan BERSIH 2.0 yang akan diadakan besok. Kononnya menyusahkan orang ramai nak masuk KL. Traffic jam la konon. Tapi kalau konsert malam merdeka dengan sambutan tahun baru tu, lautan api sanggup kau renangi. Parking kereta sebatu, jalan kaki 3km pun tak kisah. Tak ada pun kau nak merungut maki-maki.

Perhimpunan tu haram? Haram sebab polis degil taknak bagi permit. Ikut telunjuk siapa? Yang Di-Pertuan Agong dah perkenan BERSIH 2.0 tu, tapi media propaganda kerajaan terus melabelkan BERSIH 2.0 sebagai perhimpunan haram. Siapa yang derhaka Sultan sebenarnya? SUHAKAM pun dah cakap perhimpunan tu harus dilindungi. Yang buat provokasi nak huru-harakan perhimpunan aman tu siapa? Kalau bukan Perkasa, Patriot, Geng Silat Lincah dan yang seangkatan dengannya. Yang haramkan baju kuning tu apa kes plak?


Ok, cakap banyak pun tak guna. Baca artikel di bawah. Kalau malas baca, sampai bila-bila pun hangpa akan jadi seorang rakyat yang tidak mempunyai kesedaran tinggi tentang hak dan keadilan. Semua sibuk cakap politik kotor, politik kotor. Tapi kalau sorang pun taknak bersihkan kekotoran tu, tak guna jugak.

*******************************

Pandangan ulamak tentang perhimpunan aman atau demonstrasi.

1. Kebanyakan ulamak muktabar seperti Dr. Yusof Al-Qadhowi, Dr. Ali Jumaah, Syeikh Abdul Rahman Abdul Khaliq dalam kitabnya ( فصول من السياسة الشرعية ), Syeikh Salman Fahd Audah dan Dr. Sa'aduddin Mus'ad Hilali serta kebanyakan ulamak masa kini berpendapat HARUS mengadakan demostrasi aman lebih-lebih lagi ia dibenarkan oleh perlembagaan sebagai cara untuk rakyat menuntut keadilan dan menyuarakan hak serta pendirian mereka.

Malah gabungan suara rakyat yang ramai lebih didengari dari menyuarakannya bersendirian. Ini berdasarkan Firman Allah bermaksud : "Dan tolong-menolonglah dalam mengerjakan perkara kebaikan dan taqwa, jangan tolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan" (al-Maidah : 2).

Dalam kaedah fiqh juga ada menyatakan : "Asal sesuatu perkara itu harus selagi tidak ada dalil qat'ie dan sorih yang mengharamkannya.

2. Diriwayat dari ibnu Abbas bahawa Sayyidina Umar al-Khattab ketika menjawab soalan ibnu Abbas tentang kenapa dia digelar Al-Faruq oleh Rasulullah S.A.W . Ini kerana disebabkan keberaniannya bersama dengan Sayyidina Hamzah memimpin dua saff muslimin yang turut disertai oleh Nabi S.A.W berjalan beramai-ramai menuju ke Masjidil Haram untuk menzahirkan Islam dan kekuatan muslimin di Mekah. (تاريخ دمشق /حلية الأولياء)

3. Demonstrasi walaupun dilihat berasal dari Barat tetapi intipatinya tidak bercanggah dengan dasar Islam dan erti kemanusiaan. Malah himpunan umum menjadi salah satu syi'ar islam dalam menzahirkan' izzah, kekuatan dan kesatuan umat Islam seperti himpunan ketika solat berjemaah, hari raya dan ketika ibadat haji.

4. Diriwayatkan dari ibnu Abbas, Hadis yang dikeluarkan oleh Syaikhan (Bukhari dan Muslim) bahawa Nabi S.A.W suka menyamai Ahli Kitab pada perkara yang tidak ada perintah tertentu berkenaannya. Malah Rasulullah S.A.W ketika membina parit dalam perang Khandak,membuat cop dan asal kaedah jual beli salam juga mengambil contoh dari orang bukan islam. Sistem Kharaj juga diambil oleh sahabat dari negara Parsi.

5. Demonstrasi bukan bermaksud menentang atau mengangkat senjata menghadapi pemerintah. Ia adalah sebagai salah satu cara untuk menasihati pemerintah dan menegahnya dari terus melakukan mungkar serta ketidakadilan terhadap rakyat.

Ini berdasarkan dua Hadis Rasulullah S.A.W : "Agama itu nasihat". Adapun Hadis yang kedua : "Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah menegahnya dengan tangan, sekiranya tidak mampu, tegurlah menggunakan lidah dan jika tidak mampu juga, maka dengan hati dan ia selemah-lemah iman".

6. Kaedah المصلحة المرسلة " dan " للوسائل حكم المقاصد " juga menjadi hujjah selagi tujuan iaitu maslahah yang mahu dicapai diakui oleh Islam serta mendatangkan manfaat kepada rakyat. Antara maslahah yang diperakui mendatangkan padanya manfaat seperti nasihat kepada pemerintah, meneguhkan pendirian umat Islam pada perkara hak dan memperkukuhkan suara rakyat menentang ketidakadilan pemerintah.

Maka cara ini dikira harus seperti hukum tujuannya juga. Dengan cara ini juga, ia dapat menolak kerosakan (مفسدة) dalam sesebuah masyarakat seperti rakyat akan selamanya dilihat lemah dan boleh ditindas sesuka hati oleh pemerintah dan rakyat akan terus diperintah oleh pemerintah yang zalim.

7. Di Malaysia contohnya,terdapat peruntukan undang-undang yang memberikan kebebasan bercakap,berhimpun dan berpesatuan kepada rakyat seperti yang termaktub di dalam Perlembagan Perseketuan Malaysia pada perenggan (a),(b) dan (c) di dalam fasa 1,perkara 10,bahagian 2. Peruntukan ini jelas membenarkan himpunan aman diadakan selagi tidak melanggar syarat yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan. [KLIK SINI]

8. Terdapat sesetengah ulamak yang berpendapat HARAM mengadakan demonstrasi dengan beberapa hujjah seperti perbuatan ini tidak pernah dilakukan oleh para sahabat dan ia dikira perkara bida'ah yang ditolak.

Cara ini juga diambil dari Barat dan melakukannya seolah-olah mnyerupai orang bukan islam sebagaimana sabda Nabi S.A.W yang bermaksud : "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia dari kalangan mereka". Ayat Al-Quran yang mewajibkan taat kepada pemerintah dan kaedah "" سد الزريعة juga menjadi hujjah pendapat ini.

9. Hujjah pendapat ini dijawab oleh ulamak seperti Dr. Sa'aduddin Mus'ad Hilali di dalam kitabnya( الجديد في الفقه السيا سي المعا صر ) bahawa demonstrasi tidak termasuk perkara bida'ah yang ditolak kerana pernah dilakukan dan dipimpin oleh Saidina Umar dan Saidina Hamzah ketika zaman Rasulullah S.A.W. Cara ini juga walaupun dilihat menyerupai perbuatan bukan Islam tidaklah menjadikan ia haram kerana Islam hanya mengharamkan menyerupai bukan Islam pada perkara yang bertentangan dengan sesuatu Nas daripada syara' seperti cara ibadah mereka.

Demonstrasi juga tidak menafikan suruhan mentaati pemerintah disebabkan ia dibenarkan oleh perlembagaan. Maka himpunan tersebut boleh dilakukan selagi mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

Diriwayat dari Imam Bukhari sesungguhnya Nabi S.A.W bersabda : " المسلمون عند شروطهم".Kewajipan mentaati pemerintah juga hanyalah kepada perkara taat dan bukan maksiat seperti sabda Nabi S.A.W yang bermaksud : "Tidak ada ketaatan pada makhluk pada perbuatan maksiat kepada pencipta".

10. Adapun hujjah "menutup ruang" yang boleh mendatangkan kerosakan seperti kerosakan harta awam, perbalahan dan kerugian peniaga-peniaga dijawab oleh Dr. Yusof al-Qardhawi bahawa kaedah ini tidak harus digunakan sehingga menjadi wasilah untuk melarang usaha mencapai maslahah yang lebih utama dan diakui oleh Islam.

Ini kerana kerosakan yang dijangka berlaku boleh diatasi dengan kawalan pihak keselamatan dan janji dari penganjur untuk tidak melakukan kerosakan dan perbalahan sepanjang himpunan aman. Malah beberapa siri himpunan yang telah lalu membuktikan peniaga-peniaga tidak mengalami kerugian bahkan mendapat keuntungan berlipat kali ganda dari hari-hari biasa.

Wallahu 'alam...

[sumber asal]


KLIK SINI untuk baca pengalaman joegrimjoe berdemo di UK.

SZ : Kalau tak suka politik pun, bacalah sebagai seorang Islam yang ingin menambah ilmu.

36 360 juta komen:

Encik MamaT said...

depa ada ulama depa jugak nak bahas.. tanak kalah jugak bro.. hehe.. depa tak sedar siapa yang menghuru-harakan negara dengan melakukan semua propaganda.... memang zalim....

Night Walker said...

kkdg kter ckp kt org yg mmg x nk terima pun x gne... smua ada mata, tp sstgh je mampu melihat dgn mata hati...ha3
yang benar yang salah

Hishyamuddin said...

apa nk jadi skrng ni, yg elok dipandang xelok, yg xelok tu nk dibanggakan..huhuhuhu

diana said...

akak
nak kongsi kat facebook la.
bagi kaki maki baca..
heheh

cintatulip said...

masih ada meletakkan diri di bwah tempurung.. xnk kuar2.. naqiah penah kena sound.. sbb minat sgt bangkang2 ni.. tp naqiah ad internet.. n naqiah jugak ad pengalaman.. thats y i bangkang... gggrrr

Nzyrahun said...

aku memang dah lama tunggu kau ulas benda ni ehehehe
Biasalah malaysia,kalau konsert bukan main lajuu je,

ni padahal bersih ni manfaat untuk kita jugak ada kebaikan dia
kita tunggu besok apa jadi

Kakzakie said...

Bimbang rahsia terbongkar sanggup mengatakan apa saja. Hatta akan tiba suatu masa berbaju kuning haram. Kalau dulu takut benar dgn hijau hingga hampir saja petrons punya loga nak ditukar:)

Banyak fatwa dibuat berlandaskan dari bimbang kerusi empoknya di robek-robek. Cara mudah membuat fatwa bukan berlandaskan Al-Quran dan hadith.

Mohamadazhan.com said...

terbaik bro, mohon izin share...mohamadazhan.com

Jejaka Terhangat said...

ada yg kata, org berhimpun ni tak bersyukur dgn keadaan negara kita yg dah sedia aman..

pastu The Crow kata, "kalau aman, tp pemerintahan berteraskan yahudi buat apa"..

haha..thumbs up.

org yg kata Bersih ni buat kecoh, menyusahkan negara mmg sah la minda dah kena racun dgn kerajaan skrg. media sangat berat sebelah pon tak perasan. haish..

belog amiyo said...

bro. ni salah satu sebab gua suka blog ko. ko brani kerana benar. apa-apa pon agama kena letak depan. gua sokong entry neh.
lagipun gua pernah berada di Mesir semasa peristiwa bersejarah berlaku. perhimpunann yang lagi besar. wallahua'lam.

Nur Hawa Mohd Zin said...

berani kerana benar..takot kerana selah...media yang membawa berita mengatakan demostrasi ini akan membawa kepada kemusnahan dan darurat...apa guna ada anggota keselamatan? bagi mereka buat dan kawal...kalu konsert sana sini blh pulak nak kawal2...

Amoi MiyaSya said...

thanx for d info ! wani tak tau pun BERSIH tu apa narnye . huhuh . susah jugak kalau kita terlalu mendengar pada satu media . my lecture penah cakap , untuk menilai sesuatu biarlah dengar dari dua2 pihak . kadang2 media yang lebih2 nak kucar kacirkan rakyat , tak faham dengan politik sekarang . huhu

btw , ade terbaca artikel , kata BERSIH ni propaganda Amerika , betul ke ??

kongsi lagi ehh cerita pasal bersih ni .

NuSaNa NoSa 91 said...

benda yg baik, selalu ditentang.. ^_^

Hans said...

betul tu
politik sebahagian dari Islam
so kena amik tahu juga walaupun memang politik sekarang mana2 tempat dekat dunia pun tak ada yang bersih
:-)

Racun Serangga Terbaru - Hansect

azwa amani said...

thumbs up.. media kat malaysia ni tak boleh percaya..

tokaiRLz Fzl said...

sebab kuasa sggp menidakkan yg hak...Wallahualam..

post terbaru:
Froyo dan Gingrbread dalam X8

ADOBE FLASH PLAYER FOR ANDROID ARMv6 ( ARM 11)

wath said...

aku pun tak paham org yg nk halang bersih. Serius tak paham. Tak leh nk pk ke? Makan bulat2 ape kerajaan suap. Elok la. Amal kan la selalu. Takut tak de konsert tahun baru la tuuuuuu

Aretikz said...

Tujuan BERSIH ni aku sokong sesangat.. tp aku sependapat dgn Dr apa tu lupa sudah.. dia pun sokong juga bro.. namun apa yg aku lihat, tidak kira dari kedua belah pihak.. masing2 provok antra satu sma lain.. aku cuma riso kalau sikap saling mengapi-api timbul.. xkisah sepa mula dulu, tp kalau dah nmanya pnas.. bisa woo.. doakan yg terbaik jak la.. ^_^

Nur Afirah Ibrahim said...

BERSIH diharam..
jadi,,,,,,,,,
kotor DIHALAL??

haha...

cucu umie said...

nice sharing bro... biar bukak sikit minda masyrakat nie.. kalo tidak akan pasti berada dlm keglapan..hoho

a.samad jaafar said...

gua turun esok.. ! muktamad.

setiap kali saudara menulis isu politik.. gua mesti datang baca hihihi.. gua tengok lu bagus mengulas isu politik.. gua suka..mungkin boleh buat satu blog yg mengupas ttg isu2 semasa.. dgn itu, lu dapat terus berjuang.. tahniah solihin zubir ..

PEAH said...

konsert rock smpai pagi boleh pulakkan? kelab2 malam yg dh kompem bawa maksiat tak pulak diharamkan.

haryz said...

salam. kalau kita check al-Qur'an balik, memang ada benda2 macam ni yang disebut sebijik2 dalam tu. bukak la mata hati kita utk tengok benda2 ni. jangan pekakkan telinga korang dari dengar benda2 yang hak. n jangan main ikut sesuka hati je setiap kata2 orang. especially para pemimpin. lagi satu, compare keadaan Malaysia sekarang ni dengan al-Qur'an. korang akan nampak yang mana hak yang mana batil. (tapi aku tak cakap mana2 pihak betul..itu terpulang kat korang sendiri menilainya.)

kalau nak kata perhimpunan aman (BERSIH) ni kita tiru dari barat. sebenarnya barat yang banyak tiru cara Islam. cuma ada sesetengahnya tu ditukarnya supaya orang tak perasan. korang kaji la balik. memang ada persamaan sikit2 dengan Islam. cuba dorang saje sembunyikan.

The Crow said...

Bersih wajar di adakan. Cuma risau. Ade Kera dalam Kera jaan yang jadi dalang tuk mulakan huru hara. Semoga apa yang di sampaikan rakyat esok di lundungi dari unsur jahat.

(^___^) Entri ni TerbaiK!

tomato said...

tomato tak masuk hal politik ni .. tapi pandai2 lah masing2 pon ada akal nak fikir ;)

Siti Mashitah Saidin said...

walaupon tak tau apa sgt tentang politik, tapi sy sokong bersih 2.0. sebab depan nak mintak 8 tuntutan tuh ja kan? dan depa dah cakap awal2, demontrasi tuh secara aman. yang tak bg aman nya.... ? (sila jawab)

ada jugak baca kat facebook, depa ckp pengerusi bersih tuh org india, dan dia pernah buat tuntutan supaya hak keistimewaan org islam di malaysia nih di tarik balik.

sejauh mana kebenarannya, wallaulam

abu idris said...

arrayah.info - Demonstrasi Khilafah 2.0 berjaya bukan Bersih 2.0

Akulah Pak Lan said...

Bila sendiri dah baca pandangan kedua-dua pihak..minda kita sendiri dapat menilai ketelusan selagi minda kita tidak mengagungkan 1 pihak yang lain...seek for the truth..

puteri ain said...

nice one . thanks for sharing . at least dapat membuka mata individu .

EZAN IDMA said...

janji kita hidup aman dah la bersyukur

An Najwa said...

fening pale bila baca status membe2 kt fb, masing2 dok kutuk bersih, then bila tanya "ko tau x apa tuntutan bersih? ko tau x sebab apa diaorg jalankan perhimpunan?" masing2 jawab TAK TAU!!

ape ke sengal diaorang ni, cakap pandai tapi tak amek tau langsung pasal isu ni.
masing2 terpedaya dengan tipudaya media.

geleng kepala bila tgk tv, provokasi melampau oleh media terhadap perhimpunan ni.

cik sakdi said...

heh, banyak benda yang orang nampak buruknye je then bangkang, malas nak ckp banyak kan. semua terpulang pada masing2. tp kan, kalaulah SPR x telus, kenape last general election gov menang simple majority n banyak negeri jatuh ke tangan pembangkang? kenape baru sekarang nak menimbulkan isu SPR eh.. ok setakat itu sahaja ulasan saye. peace!
*nak jugak rasa kalau pembangkang jadi kerajaan. ape jadi ek?

juicy X said...

very nice entry bro.ckp byk x guna sbb yg dok menyalak tu semua jenis sngja xmo lihat kebenaran.juz keep it up bro!
like!

Hansyirah Takezur said...

kerajaan terlalu takut dengan demonstrasi ni sampai mengklasifikasikan sebagai haram.. hmm

MASTERMINDKUAZ said...

Assalmualaikum.
entry yang menarik tapi pada pandangan saya sebagai saudara seagama,perhimpunan BERSIH 2.0 yang diadakan tidak seperti apa yang diperkatakan oleh Dr. Yusof Qardawi kerana penganjur perhimpunan itu sendiri bukan seorang Islam TETAPI seorang peguam kafir yang paling kuat menyokong tindakan murtad Lina Joy,pendokong atau penggerak IFC (InterFaith Comission),menawarkan khidmat guaman percuma bagi Islam yang hendak murtad sekiranya dibawa ke mahkamah persekutuan

Jagat Alexander said...

@MASTERMINDKUAZ

Assalamualaikum...
Ambiga tak faham islam..kita kena bagi dia peluang untuk kenali islam..Usulan IFC mmg seharunya di tentang kerana mempermainkan undang2 syariah..tetapi hal BERESIH 2.0 ni bukan hal AMBIGA seorang tapi mewakili suara jutaan rakyat malaysia.Secara akidah, mereka memamng berbeza dengan kita, tapi dalam hal negara dan rakyat kita boleh bkerjasama dengan mereka seperti yang nabi jalankan dalam piagam madinah..di mana orang2 yang bukan islam juga di tuntut menjaga kedaulatan negara.