Pages

Tuesday, July 19, 2011

Drama Juvana TV3 Wajib Tonton (Komen Aku)

Drama Juvana TV3 sudah pun melabuhkan tirainya. Ada sesiapa yang belum pernah tengok drama ni? Atau first time dengar nama drama Juvana ni? KahKahKah.. Rugi beb! Drama wajib tengok ni! Bukan macam drama tipikal melayu yang lain macam Nora Elena segala tu. Ini satu-satunya drama melayu bersiri yang aku tengok dari episod pertama sampai last sepanjang aku hidup ni. Siyes! Sebab aku bukan jenis mengadap TV sangat. Ini pun aku tengok kat Tonton. Memang terbaek wacakaplu.


Kenapa Aku Suka Dengan Drama Juvana?

Ofcoz la sebab drama ni penuh dengan aksi ganas dan babak yang mendebarkan membuatkan penonton tertanya-tanya dan tak senang duduk. Walaupun ganas, cerita ni memang ada nilai murni dan pengajarannya yang tersendiri. Ada babak yang sangat mengharukan. Hingga mampu membuatkan air mata aku hampir menitis. Terutamanya bila diorang rewind balik kisah silam macam mana diorang boleh dihumban ke sekolah tu. Sedih weyh! Dan aku rasa terharu bila tengok diorang dah mula berbaik-baik walaupun sebelum ni asyik gaduh.

Watak feveret aku

Botak - Antara watak kegemaran ramai. Aku suka lakonan dia ni. Memang ganas dan hati kering. Siapa lawan, dia pukul. Tumbukan padu beb. Tak kenal musuh atau kawan. Bajet taiko besar la ni. Tapi, ada jugak kisah silam dia yang buat aku sedih. Mangsa dera bapak dia rupanya. Dan part paling lawak. Ganas-ganas pun, suka kucing beb! Part kucing dia mati tu, siap buat kubur tanda dengan batu lagi. Heheh.. Sweet ja..

Apek - Kalau Apek ni takdak, aku rasa memang Daim takkan boleh survive la kat sekolah Wira Bakti tu. Memang sahabat sejati walaupun kadang-kadang dia suka perkecilkan Daim. Lawak pun lawak.

Kedah - Satu-satunya budak sekolah rendah. Tak padan dengan budak kecik, tapi langsi gila! Mulut boleh tahan punya laser. Kena balun sampai lembik pun still tak serik lagi cari pasal dengan Botak. Dia ni jugaklah yang menjadi inspirasi kat Daim untuk bangkit menjatuhkan rejim Botak.

Daim - Errr.. Aku kurang gemar sangat Daim. Sebab dia ni lembik sangat la. Aku berharap dia buat kejutan pukul Botak ke. Hahaha.. Tapi, hero tetap hero. Kena tikam tak mati bro! Tapi, bagus dia ni. Boleh pengaruh dan bagi motivasi kat kawan-kawan. Dia jadi makin berani untuk ubah nasib dia. Last sekali jadi cikgu kat situ.

Komeng, aku suka sebab semua pelajar takut dengan dia. Hehe.. Ayam, paling tak boleh blah, last skali jadi bapa yang berjaya, ada lapan anak. Haha.. Dan semua watak pun memang best la secara overall.


Dan, semestinya ada kejutan.

Watak yang paling aku benci semestinya Tony. Dari awal aku meluat dia. Seorang guard yang kurang ajar. Mula-mula, aku tak suka Cikgu Ariffin. Aku tengok dia ni bajet bagus. Dah tu asyik nak perkecilkan kebolehan orang lain, terutamanya Cikgu Zakiah. Tapi, bila episod akhir, baru tahu yang dia ni baik sebenarnya. Mungkin kerana tekanan sebab bercerai dengan isteri dia.

Yang sebenar-benar binatang rupanya Warden Encik Raja, Cikgu Azmee dengan Si Guard, Tony. Botak pun tak pasal-pasal terjebak. KahKahKah.. Harapkan pagar, pagar makan padi. Tapi memang puas hati tengok Tony kena pukul dengan budak-budak tu. Berlagak sangat. Apa-apa pun, cerita melayu mesti happy ending. Heheh..

Pengajaran?

Tengok la sendiri. Aku rasa malas la pulak nak ulas panjang-panjang. Mula-mula tadi semangat bukan main nak update. Lagipun aku bukannya pakar nak ulas-ulas drama ni. Heheh.. Tapi, cerita ni memang terbaek! Tak rugi tengok! Satu-satunya drama bersiri melayu yang aku addicted. Memang fenomena. Tapi, cerita macam tergantung. Adakah ada sambungannya?

(klik link di atas)

SZ : Aku suka Zahiril jadi budak jahat. Macam dalam filem Gaduh.

35 360 juta komen:

cucu umie said...

memang bnyk pon pengjrn yg boleh diambil tpy ayie tgok yg last tak silap botak jadi peninju asia kot..kahkah kelakar2 yg last tu.. yg pntg pershbtn antara mereka memang best yang last sekali.. bab debat tu pon best juga..ggagag

nurdani said...

juvana memang the best drama ever.harap ada la lagi cerita macam ni.tak nak fasal cinta je..bosan

Qaseh Damia said...

cite ni besh...tp x logik part last x bawak daim pi sepital padahal kena tikam~ then makcik bedah ley tataw ape jadi kat situ...ahaha...

adrinaqamarina said...

nak tunggu org upload je, nanti besok lepas exam baru nak tgk~


tapi seres, suka cerita ni~ tak ada la asyik3 pasal percintaan je.


eh3, suka zahirik jadi budak jahat juga, macam cerita kami!

lepas ni, mesti meletop pelakon3 juvana ni~

Iffah Afeefah said...

Suka zahiril jugakk..ooh daim

kene tgk ni..siyes tak smpt nak ngadap

keje melambak

tomato said...

memang wajib tonton !! terbaikk !! ^^

gilakan botak .. hihih

Amna.Qadeeja said...

haha sempat tengok episod 1st n last hebat x? hebat x?

suka watak cg ariffin sebab dpt rasa dyer mmg baek even episod last bru tunjuk watak sebenar haha ;D

psst..psst.. cg zakiah n botak ehem2 kat luar lokasi heeee

unieMARKS :) said...

pernah tgok dua tiga kali jaa. hehee

zahiril o zahiril :)

LiFe KaMi said...

dah tengok dah ..
memang best pun..
last skali bole plak daim jadi cikgu..hehe
tapi mmg ramai yg minat botak..

Akulah Pak Lan said...

aku tgk episod last saja..tuh pun half...haha

cik pha said...

BOTAKKK! hehe dia tu tahfiz kalu tak silap aku.2 juzuk dalam badan.alhmdulillah

FasiHaH SupiaN said...

hahaha suka zahiril gak.....

alhai...gaya macam memang wajib tonton je nie...ramai org kata best...

PEAH said...

rsanya memang most lelaki layan cerita ni, but i prefer to watch the last episode only sbb sebelum ni igtkan cerita ni mcm cerita org terencat..hahaha


moralnya, fitrah manusia dilahirkan dalam kebaikan dan terpulang kepada individu utk mencorakkan diri masing2. selagi hati tidak mati, selagi itu cahaya allah dpt dirasai.

Cik Miera said...

suka botak.. cool je..

mUm_tAz said...

rugi tak tgk semlm, awal sgt tertido, HEheh.. seb bek la leh tgk kat Tonton...

toblerone said...

bdebar2 tgk episod last smlm.. ap pon cikgu zakiah terbaek! dlm tgh susa2 sempat lg dy psycho si botak n cgu azmee tuh.. haha

LemonSusu Skyjuice said...

assalamualaikum..suke botak sbb die style...hahaha..meluat gak ngan tony,,cam hape je ntah...yg ckgu romantik tu memula ingat kan baik rupenya....hampeh...ckgu arifin gak yg baik ...moral o the story, dun judge a book by its cover..jeng..jeng...:)

far_east said...

memang drama wajib tonton nie tapi sayangnya mai kat episod akhir tak sempat tengok sampai endingnyer... :(

diana said...

ooo.tengok jugak eik...??:)

yatie Awang said...

hahaha...kakak pun suka botak...

Cikya said...

lar, sedap ker..
nyesal pergi tengok drama korea kat kbsw..
nanti rajin balik streaming kat kolej.. ^^"

Nafisa81 said...

ni citer melayu kedua yg suami akak tgk selepas nur kasih....

wannurfazrini said...

wahh tetiba teringat cerita gaduh, seakan2 juvana jugak tp cikte gaduh kena banned kan ? dua2 crita ni ada mesej yg berguna. aku suka komeng, nama dia ain. kiut gila HAHAHA

sarah-najwan said...

akak xtgk..gaduh2 xgemar tgk..takut weh..huhu

Qaseh dalia adelia said...

yup suka gak

Nur said...

ada ke part sampai nak mngalirkan air mata???giler feeling..hik3

pena said...

anak berjaya anak lapan.. haha..

paling suka watak kedah..

cuma yang tak berapa logik, watak daim, kena tikam, tapi macam xkena tikam..

~cik atin~ said...

betol2. citer ni mmg best. tapi sayang tol terlepas tengok episod last ri 2. adoyai. naseb bek ade toton an. (*,*)

ciknabil-a said...

bestla citer nie,.. suke2.. hee..

pttla ramai yg suke botak. botak tue ada rupa lau dia berambut. hehe...

cik ifah said...

serius tak macam cite melayu yang laen. :)
tapi, kadang kadang takot tengok.
banyak aksi buli buli. mybe boleh jadi pengajaran tuk orng yang kuat membuli kat sekolaah tu :)

Faie Superb said...

saya rasa saaya dah tengok citer Gaduh sbb sebelum ni saye pernah nampak Zahiril Adzim ...

azwa amani said...

samelh..amani pun bukan ikut sangat drama2 tv ni, tapi juvana ni lain laaaa... inspirasi betul cikgu zakiah..itu baru bteul cikgu, bukan mcm warden tu... haih..rosak imej guru... suka sngat kedah ngan daim.. huhuhuhu... ending yg agak menarik..cikgu yg jahat

Muslimah Optimis said...

tengok jugak..best.. even masa episod pertama n kedua tu kan banyak pukul1 n ragging, masa tu agak takut sikit nak tengok.. huhu.. apa pon cerita ni ada pengajaran yang baiklah.. pergaulan antara lelaki dan perempuan pon xbanyak sangat ditunjukkan.. jz part last je tetiba tudung cikgu zaqiah tu terus dilucutkan... haiyakkk..buh la kain ke apa ke atas kepala tu even xdipinkan.. :)

f_aRa_aINa989 said...

JUVANA? oH, SAYA SUKA GILER. TITIK!..


heeee.....

Miss Meen said...

Sokong sangat turutan watak tue..
Miss Meen pun sependapat dgn SZ..
Heh ...JOHAN ARIFF a.k.a Botak watak mmg jadi..mimik muka superb.. ^_^