Pages

Saturday, July 2, 2011

Cara Mencuci Kemaluan Dengan Betul

Salam A'laik..

Awat? Sengih-sengih apa? Sebut kemaluan ja, otak hangpa dah jadi biru. Haha.. Aku bukan nak melucah atau apa. Aku cuma nak tanya. Macam mana cara hangpa basuh kencing? Pakai tisu ja? Loqlaq btoi! Kalau darurat tu, lain cerita la. Hangpa tau tak? Nak cuci kemaluan pun ada caranya. Kalau guna air pun, bukan boleh main sembur dan cebok hentom kromo saja.

Bagaimana Mencuci Kemaluan Dengan Betul?

Lelaki :
Selepas membuang air kecil, disunatkan berdehem 2 atau 3 kali supaya air kencing betul-betul sudah habis keluar. Lepas itu, urutlah kemaluan dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sebersihnya.

Wanita :
Apabila membasuh kemaluan, pastikan dicuci bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.

Kenapa penting untuk kita bersihkan kemaluan kita dengan betul?

Ramai orang merasakan diri mereka cukup bagus dengan banyak amal ibadah, bersedekah dan lain lain, tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.

Saidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan mayat seorang lelaki tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan lelaki itu. Lalu disuruh orang membukakannya. Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala kemaluan mayat lelaki itu.

Saidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk membunuhnya. Tetapi ular itu tiba-tiba berkata-kata. Katanya ”Apakah salahku kerana aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan”. Setelah diselidiki amalan lelaki itu semasa hayatnya, jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya setelah selesai membuang air kecil.

Betul atau tidak cara kita selama ini? Kalau tak betul, jom sama-sama betulkan supaya diri kita bersih dan suci.

[sumber]

SZ : BERSIHlah anda sebelum anda diBERSIHkan...

53 360 juta komen:

QaRr JaliL said...

tanx 4 sharing n peringatan skali lagi..kadang2 terlupe ..:)

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

semua yg kita nak buat ada adab dan tatatertibnya...

xleh nk pandang ringan ye dak??

Solihin, harap dapat sama2 sebarkan pasal ni...

http://nurrcahaya.blogspot.com/2011/07/we-care-harap-semua-blogger-dapat.html

De Mois said...

Ye betul..ramai orang endah tak endah pasal ini. yang penting suci..kencing pun jangan berdiri pulak

Menarik di SuaraSendiri
Sejauh mana BERSIH bertindak bersih

Undi disini
Adakah wajar perhimpunan diteruskan

aslann said...

waaa...ingatkan ade video tutorial tadi....hahahaha.. XD

aPIP said...

menJOLOK dgn jari... hahaha... kang jd len plak tuu...

ieka said...

taw gk pasal kena berdehem 2..xtaw lak untuk laki jew..pp laen..hee

AzwanRamli said...

"taharah sebelum beribadat.Nice.

Alin said...

hehehe agk segan juga nk baca tp info yg sgt berguna. tQ :D

Si Penconteng said...

tq 4 sharing..info yg sgt berguna :D

ecah mashuri said...

huuu..pernah dgr yg ni.tp betul la kena bersihkan dulu.nani aml ibdt xdterima.

izzah azhar said...

sgt suke entry berinformasi rentak terkini ni.hehe.keep it up solihin zubir :)

QN said...

bahkan azab kubur juga tak terlepas..nice info.


'aslann said...
waaa...ingatkan ade video tutorial tadi....hahahaha.. XD'

yang atas ni tak boleh blahhh sungguh.ahahahaha.sape pulak yang jadi model.kuikuikui

Black_roses92 said...

huhu..betul2. kadang2 kita tak sedar, cara intinjak tu betul ke tdak.

Wanie said...

insyallah sentiasa amalkan tips ni..:)

fatt said...

wlpun direct tp itulah yg sepatutnya :)

Bella Bell said...

info yang berguna.. tQ :)

Lagenda Teragung said...

perkongsian yg menarik..hehehe

iniialahaku said...

kalau jenis pekena kat perdu pokok cmna plak tu???haha

mintak tumpang nek, cu tumpang mmbuang...haha

shahjiehan said...

ehem.... ehemm.. ehemm...!!!



hehehe...thnks share ilmu beserta pgajarannya skali bro!

belog amiyo said...

yup. islam adalah agama yang sempurna. hatta cara mencuci kemaluan pun diajar dan dititikberatkan dalam islam. islam itu indah. :)

LiFe KaMi said...

perkongsian yang menarik dan patut diamalkan semua..

azwa amani said...

ustazan mase kat sekolah dulu dah ajar dah.. hehehe.. terima kasih solihin,

penting tu, nak belajar takyah malu ek..

Hazwan Arif said...

thanx 4 de info solihin..

Kalampatah Blog

Fyqa said...

naissss.. gud sharing ;)

SyazwanSarawak said...

perkongsian menarik ^^

Siti Mashitah Saidin said...

tau berdehem2 tuh ja... hehehe

nurul said...

NICE ONE!!! PERKONGSIAN YG BAGUS ^_^.. SYUKRAN

nur aisya humaira said...

Islam mengajar kite dri sekecil2 perkara hinggalah sebesar2 perkara..hanya kte je yg tak amik endah tentg ajaran islam...:)


Islam itu Indah..:)

puteri ain said...

great info . xpernah lagi orang post pasal bnde ni ..

MasZuber said...

i completely agreed with u.

BERSIH adalah wajib bagi setiap orang. jika bersih, inshaAllah sihat.

EZAN IDMA said...

bro. info ni sgt berguna. sy ucpkan thanks sgt2 sbbb share

Ana Montana said...

thank's 4 sharing ;p

YOUsoF said...

Thanx Lihin.. ko dah tolong lengkapkan pengetahuan kitorang.

nasib abik aku tak sengih.. ;D

Rahmad said...

nice info..hee

Sunah Sakura said...

aha, semalam baca kat blog mana ntah...blog myzatul kot..pasal ni gak..

moga dijauhkan dari azab Allah akibat tak menyucikan kemaluan dengan sempurna.. ameen..

adan said...

senyum2 je baca entri ni.. ^_____^

Mohamadazhan.com said...

penggunaan air untuk bersuci juga perlu dari air mutlak...ada juga yang guna air dari kolah yang tidak cukup dua kolah utk suci najis...

sebaik guna air dari air paip...

nadzirahusna said...

ilmu yang sgt berguna..alhamdulillah.. :)

sarah-najwan said...

mmg kene basuh bersih2 tau..nati nk dibawa solatkan..

Ain Zulaikha said...

thanks share :)

exora said...

thanx kongsi ilmu..
1st time sy bc blog awk,sgt intresting...

SpaQue said...

laki punye sng..tp bab pompouan 2 agk leceh..so kne cuci kasi bersih ;)

intan.maisarah said...

terima kasih kerana berkongsi :)

tieykah said...

Tq for sharing:)

NuSaNa NoSa 91 said...

teringat time ustaz keen bg tazkirah sal ni dpn perhimpunan.. malu gak la mendengarnya.. tp benda betul, nk bljr, kena la dgr.. ketepikan malu tu.. ^_^

al-jambz said...

berdehem tu macam mana bro?

cik ciput said...

bahaya kalau tak basuh dengan betul..kita ttp dlm keadaan berhadas kalau tak basuh dgn betul..silap hb, solat pun tak sah..

aNdi.Hanin::حنين نظوره said...

memang leceh..tu pasal perempuan kalau masuk toilet mesti lama. betul tak kawan2...? :D


*pdhl adjust tudung yg lama LOL

liyana said...

thanks for share..=)

ciknabil-a said...

LOL! segan jew baca entry nie. xP

dreamygirl said...

thanq -)

Anonymous said...

satu cara yang lain bg lelaki ialah dengan cara menggunakan tisu - pastikan air kencing habis keluar dengan diserap beberapa kali pada tisu sehingga tiada lagi kesan pada tisu, untuk menghabiskan saki baki kencing. Kadang kala masih ada titisan kecil kencing yang keluar, jadi penggunaan tisu lebih efektif untuk 'detect'. selepas yakin tiada air kencing lagi maka bolehlah digunakan air seperti biasa.

hafiizd said...

ni saya terbaca kat satu website, amalan basuh vagina ni tak digalakkan... refer website ni... http://lifestyle.infospesial.net/read/423/cara-cuci-vagina.html