Pages

Thursday, July 28, 2011

Atuk Dah Bersara.. Siapa Nak Umum Tarikh Puasa dan Raya Tahun ni?

Semua sedia maklum, bulan Syaaban bakal berakhir untuk memberi laluan kepada Ramadhan pula. Seperti biasa, anak bulan yang baru lahir akan di'skodeng' bagi mengesahkan tarikh sebenar jatuhnya 1 Ramadhan. Begitu juga bagi menentukan tarikh Hari Raya. Dan setiap kali itu juga, kita semua akan terpacak depan TV bagi menyaksikan 'rancangan kegemaran ramai' iaitu Pengumuman Puasa dan Raya yang diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

Sejak kecil, kita sering mengadap muka 'atuk kita' ni, Y.M. Engku Tan Sri Dato Sri Ibrahim bin Engku Ngah. Beliau telah mula melaksanakan tanggungjawab tersebut sejak Januari 1989, yakni 2 tahun selepas aku dilahirkan. Sememangnya aku membesar dengan muka 'atuk' ni setiap kali menjelang Ramadhan dan Hari Raya.


Akan tetapi, 'atuk kita' telah pun bersara pada Januari 2011 yang lepas. Ini bermakna, puasa dan raya tahun ni, kita tidak akan dapat melihat lagi kelibat beliau di kaca TV. Dan kita semua bakal melihat 'atuk baru' pula. Siapa 'atuk baru' kita tu?

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang dilantik menggantikan 'atuk kita' tu adalah Y.Bhg. Datuk Syed Danial bin Syed Ahmad. Nak tengok gambar beliau? Disebabkan beliau masih baru dan belum popular, usaha aku meng'google' gambar beliau tersangatlah sukar. Dan akhirnya aku jumpa juga gambar terbaru beliau seperti kat bawah ni. Eksklusif hanya di solihinzubir.com. Cewah.. Heheh..



kiri: penyandang.. kanan: mantan..

sumber rujukan :
1- majlisraja-raja.gov.my
2- Dewan Bahasa dan Pustaka

SZ : Selamat menempuhi bulan Ramadhan Al-Mubarak dengan jayanya.. InsyaAllah..

44 360 juta komen:

Nabila Huda said...

alaa..rindu dekat atuk comel

adrinaqamarina said...

sebabkan dah nak masuk tiga tahun tak tengok pengumuman puasa ni, dah lupa yang dah tukar orang baru~


ahlan wa sahlan ya Ramadhan :)

Hansyirah Takezur said...

bagusnya ingat nama2 atuk tu...
baru tau nama beliau cenggitu.. hehe

puteri ain said...

laaa dah bersara ke ? xdpt la tgok muka fav ni kat tv . bila time nk umum puasa dgn raya . frustrated . :( haha

cucu umie said...

kehkeh..ayie lahir selepas 2tahun atok itu menjadi simpan mohor2 besar...

Rtp Farra Arisha said...

i'm missing to hear the sweet voice of him and the annoucement about fasting and eid-ul-fitr too. huhu.
but i bet Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yg baru ini quite kind. :)
tak kiralah siapa2 yg announce pun asalkan kita dapat tunaikan rukun islam yg ketiga itu. salam ramadhan :)

Qaseh dalia adelia said...

tak best lah ..dah serasi dengan atok

CassiaSiamea said...

nanti leh jumpa muka atuk ni...

pena said...

sama la.. membesar dengan wajah 'atuk' ni jugak..

lagi berapa hari je nak puasa..Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan.. =)

Amna.Qadeeja said...

mesti rindu kat 'atuk' lama nt huu

hye 'atuk' baru,selamat berkenalan heheh

salam ramadhan inchik solihin. :)

Beeha B. said...

waa..da atuk baru ke,,,...sob..sob..

afiq aiman said...

tak sabar nak tgk penampilan pertama penyimpan mohor raja2 melayu yang baru!

aslann said...

alaaa..aku nak atuk tu jugak..nak atuk tu jugakkkk!! *hentak2 kaki* kalau atuk lain yg umum mesti rhythm tu dah xsama.... XD

nuR. said...

nak atuk lama nak atuk lama :(

yatie Awang said...

boleh dengar suara merdu orang baru pula..

Alin said...

huaaaaaa~ dari kecik sampai besar dgr suara atok umumkan puasa dgn raya, atok dah bersara ramailah yang rindu. huhuhu. Kalau gantikan dengan atok saya boleh tak? hehe. *gurau-gurau :)

saya bukan tomato said...

wahhh renduuu lah atok lama nnti ..

camat berpuasa SZ ;)

diana said...

tak nostalgia la dah pengumuman raya dan puasa kali ni ye??
kalau dulu rasa macam kecik2 je lagi walaupun dah beranak sorang..
hahahah

ecah mashuri said...

laaa..ala.xbest la.membesar dengan atok ni kot.xpenah2 dengar org lain isytihar puasa or raya.heeeeeee..

Mohamadazhan.com said...

atuk akan dirindui oleh cucu-cucunya.hehe

namaakulynn said...

sedihhhnyaaa.takleh dgr lenggok suara dia lagii dah.isk isk isk..

p/s:kita sama umo ghopenye..

Sunah Sakura said...

perghhh, siap google lagikk! bagus2.. tapi tetap rindu kat atuk yang dulu.. huhuhu

belog|amiyo said...

weh aku nak atuk ni lagi la. dah biasa dengar dari atuk ni. haha.

btw selamat berpuasa SZ...

azwa amani said...

ye ye ye dapat atuk baru..huhuhuhu..

Nur Misnan said...

last tengok beliau 2 tahun lepas kalau x silap..

jika ganti dgn orang lain mgkn
pengumuman raya dah tak surprise lagi
pasal orang baru... hu3
x kisahlah... janji rayaaaaa....

cik ciput said...

whoa..aku rasa semua orang membesar dengan mendengar pengumuman daripada atuk ni kot tiap2 tahun..dari yang sekolah sampai dah masuk U, dari yang single sampai dah berkawen, dari yang beranak 1 sampai beranak 6..haha

Jejaka Terhangat said...

puasa dan raya tahun ni pasti akan terasa kelainannya tanpa atuk yg dulu..kehkeh..

IMANSHAH said...

zaman dolu2 tertunggu depan tv..sekarang dah tahu bile pose

Kalamhati said...

Alamak mula2 ni mesti rasa pelik..sbb dah biasa ngan atuk cool tu..huhu

exora said...

x sangka plk..lama btul dh kan atuk tu yg wat announcemen...

yad'z said...

huhuhu.. windu atok!!! ngaaa~~ suara atok ni yang buat kite eksited nak puasa.. hahaha

cintatulip said...

selamat menyambut ramadhan almubarak sz.. :)

♥cmª shIemª♥ said...

dah tukar atuk baru ke?
huhu..
biar berlainan wajah..tp yg penting ucapan yg kita dok tunggu2 tu ttp sama...=D

eiela said...

dia dah tua, kena berehat. mesti rasa lain dengar pengumuman puasa and raya nanti. dah biasa dengar suara atuk tuh. tapi tak kisahlah, tetap duduk depan tv jugak.

Kakzakie said...

Kakak boleh tak tahu kalau SZ tak buat N3 ini. Tapi pengumuman tu tak tunggu pun sebab sekarang macam dah tahu dah...

Aretikz said...

Sejujurnya.. kalau part ni.. aku jarang tgk smenjak dua menjak.. sal terawih kan.. xsmpt den nak tgk.. huhu..

cakedorayaki said...

tak pe..bagi peluang untuk orang lain pulak..=)

~Noor'ain~ said...

mohon share bleh? tenkiu...

Night Walker said...

agak nostalgia enty ini..=,-

Hans said...

tak sabar nak tgok atuk baru
dari 2 bulan lepas aku nanti2kan
hehehehe

http://hanspunyablog.blogspot.com/2011/07/kontest-menang-duit-raya.html

Miss Kira said...

ala..ala..ala..ala..ala..

=(

mohon share ya^^

cik pha said...

alahai atuk dah bersara..

emy hamizah said...

sangat merindui our 'atuk' la pasni. dr kecik lagi tgk.huhu

-MoJi- said...

atuk yg baru nih x KACHAK dlm KACHAK luar la...hehe