Pages

Thursday, July 21, 2011

Apa Salahnya Buat Dosa? Pelacur Pun Masuk Syurga!

Salam.. Dalam entry 13 Alasan Tipikal Wanita Yang Enggan Menutup Aurat tu, ada yang mempertikaikan jawapan 'tidak menutup aurat confirm masuk neraka'. Katanya, kita bukan Tuhan untuk menentukan hala tuju syurga atau neraka seseorang apabila dia mati. Dan ramai yang menggunakan hadis mengenai pelacur masuk syurga untuk menguatkan hujah mereka bahawa buat dosa tak semestinya masuk neraka.

anon yg mengguna nickname asrul..

Untuk memperjelaskan persoalan tersebut, mari baca artikel ini yang aku dah olah hasil perbincangan dengan orang-orang yang lebih arif di sebuah forum agama. Banyak pendapat serta hujah-hujah kuat yang dapat meleraikan kemusykilan ini.

Masih ingatkah anda kepada kisah seorang pelacur di zaman Rasulullah SAW? Sepertimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Baginda bersabda :
Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu. (Sahih al-Bukhari)

Selain daripada kisah pelacur tersebut, ada lagi kisah manusia yang berbuat dosa tetapi diberi keampunan oleh Allah. Antaranya kisah pembunuh 100 orang yang diampunkan Allah. Kisah 2 orang sahabat jatuh tangga lalu mati, seorang yang kuat ibadah masuk neraka dan seorang kaki maksiat masuk syurga.

Sebenarnya, kisah ahli maksiat diampunkan ALLAH hanya sebagai teladan untuk kita bagi menunjukkan rahmat ALLAH yang luas kepada makhluknya, supaya jangan berputus asa untuk memohon keampunan Allah walaupun sebesar mana dosa kita. Sebagai bukti Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani jika hamba-Nya yang terlanjur melakukan maksiat itu bertaubat dan menyesali keterlanjuran mereka. Bukannya untuk menjadikan kisah itu sebagai tiket untuk menghalalkan maksiat.

Berbalik kepada persoalan mendedah aurat belum confirm masuk neraka. Jika berpandukan kepada Hadis Nabi SAW, memang confirm dedah aurat masuk neraka. Bukan hanya sekadar masuk neraka malah menghidu bau syurga pun tidak mampu.
"Dari Abu Hurairah ra, dari Rasulullah saw beliau berkata: "Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum aku lihat saat ini ; pertama, satu kaum yang membawa cemeti seperti ekor sapi. Mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut. Kedua, wanita-wanita yang berpakaian tapi telanjang (tidak menutup aurat dengan sempurna). Mereka berlengang-lenggok dan menggoyang-goyangkan kepala mereka seperti ponok unta yang condong. Wanita-wanita tersebut tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya pun. Padahal bau syurga itu dapat tercium dari jarak sekian dan sekian"
(HR. Muslim).

Antara dalil lain yang boleh digunakan bagi menjawab persoalan wanita yang membuka aurat dengan sengaja walaupun tidak menentang kewajipan menutup aurat, kompom masuk neraka atas dalil:

"Rasulullah s.a.w bersabda: Semua umatku akan masuk syurga kecuali yang enggan. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah orang yang enggan? Baginda menjawab: Barangsiapa yang taat kepadaku, dia masuk syurga dan barangsiapa yang melanggar perintahku, dia telah enggan.
(Hadith Sahih Riwayat Imam Bukhari & Muslim)

Di dalam peristiwa israk mikraj pun Rasulullah SAW ada menyatakan bahawa baginda melihat perempuan yang digantung rambutnya dalam neraka hingga menggelegak otak kepalanya atas kesalahan tidak menutup rambutnya daripada bukan mahramnya.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. dan Abu Said r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda :

“Syurga dan neraka berdebat. Lalu syurga berkata, “aku dimasuki orang-orang lemah dan miskin.”
Neraka berkata: “Aku dimasuki orang-orang yang suka menindas dan sombong.”

Lalu Allah s.w.t. berfirman kepada neraka: “Sesungguhnya engkau adalah seksa-Ku, dan Aku menyeksa orang-orang yang Kuhendaki denganmu.”
Kemudian Allah s.w.t. berfirman pula kepada syurga: “Engkau adalah rahmat-Ku, dan Aku merahmati siapa sahaja yang Aku kehendaki. Setiap kamu akan diisi hingga penuh." (Riwayat Al-Bukhari, no. 2846)

Akan tetapi, jika kita sendiri mempersoalkan suruhan Allah dengan membidas bahawa buat baik belum confirm masuk syurga atau buat jahat belum confirm masuk neraka, tak rasa malukah nak mengharap rahmat Allah terhadap kita? Tak rasa malukah nak menumpang syurga Allah?

Melaksanakan perintah Allah ganjarannya pahala, syurga, rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Mengerjakan larangan Allah balasannya adalah dosa, neraka, kemurkaan dan azab Allah SWT. Kesimpulannya, ahli syurga tidak berdosa, manakala ahli neraka berdosa. Akan tetapi, setiap orang yang berdosa pasti akan ke syurga jua akhirnya nanti jika dia masih Islam dan tidak murtad. Itupun setelah menempuh azab siksa yang maha dahsyat di neraka kelak bagi menyuci dosanya, yang mana sehari di neraka bersamaan 1000 hari di dunia ini. Mampukah nak tanggung? Letak hujung jari dekat api lilin sekejap pun dah meraung.

Jika buat maksiat belum confirm masuk neraka, adakah buat maksiat tu anda yakin confirm masuk syurga? Jadi, gunakanlah kesempatan ini untuk bertaubat nasuha. Bukannya mempertikaikan ganjaran syurga atau neraka.  Setiap manusia biasa tidak pernah terlepas daripada melakukan dosa. Bertaubatlah setiap masa. Jangan nak tunggu tua baru nak bertaubat. Boleh jaminkah anda boleh bernafas lagi selepas membaca artikel ini? Sebaik-baik amalan adalah yang ikhlas semata-mata mengharapkan keredhaan Allah, bukannya semata-mata nak masuk syurga ataupun takutkan azab neraka.

Wallahu'alam..



SZ : Ada jugak yang mempertikaikan kenapa asyik salahkan wanita tak bertudung. Kenapa tak salahkan wanita yang bertudung tapi buat maksiat. Harr.. Tunggu next entry..

44 360 juta komen:

RuSyDi said...

ada ustaz tue ckp mcm ni jer..

kita x tahu amalan mana yg allah terima dgn sbb amalan tue kita masuk syurga..

kita juga x taw mungkin dgn sbb kita maksiat@engkar perintah allah dgn sbb tue kita masuk neraka...

so,kesimpulan nyer baik kita patuh suruhan dan tinggalkn larangan..

Wanita Bertudung Hijau said...

hehhehee

nice sharing

ustaz kata, Allah dah cakap setiap amal dan perbuatan kita samada baik atau buruk akan dihisab walau sebesar zarah, maka ikutlah segala perintah Allah dan tinggalkan apa yg dilarang oleh Allah

memang benar, sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang, sebesar-besar dosa akan Allah ampunkan kecuali syirik

cuma yg membimbangkan kita dan menjadi persoalan skrg, adakah kita ni sempat bertaubat sblm menghadapi sakaratul maut?

sy muhasabah diri sendiri

Encik JI said...

syurga,neraka,dosa,pahala adalah perkara ghaib yang hanya Allah mengetahuinya.

tidak mustahil hari ini bertudung, di waktu tiba saatnya ajal mendatang, tudung tetap dikendong bersama.

sama jugalah bagi yang tidak bertudung, tidak mustahil yang satu hari nanti matinya bersama purdah mahupun hijab.

jadi, walau kita punya iman yang kuat, mahupun agama yang kuat, jagalah ia sebaiknya, jangan kita jadi golongan yg menyesal kemudian hari kelak.

amal makruf nahi munkar itu wajib dilaksanakan oleh setiap individu muslim, cuma jgn sesekali mletakkn hukum atas sesuatu perkara kerana hidayah milik Allah. Bila-bila masa ia boleh datang dan pergi.

Alexandriana Alia said...

astaghfirullahalAzim.

bertaubatlah bagi mereka yang mempersoalkan halal haram hukum Allah.

yg halal itu jelas, yg haram itu jelas. malulah dengan Allah, malulah dengan RasulNya.

kalau asyik nak pertikai tentang jelas nya hukum halal haram Allah, bukan ke itu seperti menentang Allah juga?

jadi macam mana nak masuk syurga Allah?..

PEAH said...

lagi bersemangat untuk memohan keampunan ALLAH lps bca entry ni.. :))

Chempaka Sari said...

Ya Allah bagusnya entry ni...

"tak malukah nak mengharap ehsan Allah kalau dah terangan buat dosa"

Suka sgt ayat ni!!!

::miss vanylla:: said...

penerangan yang jelas...
thanks bro...

Chempaka Sari said...

Cam nilah saya pun pernah quot ayat "kalau bukak aurat confirm masuk neraka"

dah memang betul, diorng sentap sgt sbb isu syurga neraka sensitif padahal dah byk kali dah cakap dalam quran. Siapa yg pertikai ni? diorg lah yg pertikai.

Bila saya quot ayat saudara tu di blog saya, ada gak yg tak puas hati, Macam yg saudara katakan tulah, diorg cakap, siapalah kita nak tentukan syurga neraka. Saya terkesima tak tau nak jawab apa. Geram pun ada.

Untuk jawapan saudara ni saya suka sangat. Klau diorg tak dapat terima lagi... tak tau lah nak cakap apa...

wath said...

tu la bile org akal pendek. nampak sesuatu tu cume untuk menghalalkan ape yg dia nk. tak pk betul2 ape maksud sebalik cerita tu

diana said...

kenyataan dia seperti menyangkal hukum Allah pun ye..kan??
padahal budak kecik pun tau
tak tutup aurat itu berdosa..
orang berdosa tak kan masyuk syurga tanpa keampunan Allah...

NuSaNa NoSa 91 said...

hailaaa~ knp la nk buat "baik" pon kena tuding2 jari kt org dulu.. ngeee~ =.=

PeRmAtA bIrU said...

thanks solihin atas peringatan dan pesanan nih... atas huraian yg selalu dipertikaikan ini... semoga kita semua sama-sama ikhlas beribadah hanya kerana Allah...amin...

GreenAppleKu.com said...

Begitulah jadinya bila sesetengah yang terlebih cerdik ni berhujah.

sarah-najwan said...

yg pentingnya..buatlah segala suruhan Allah dan jauhilah laranganNya..

hiduplah berlandaskan al quran dan as sunnah

nawwar_hanifah said...

kita msuk syurga dgn rahmat Allah..tp bila kita dah ingkar suruhan Allah, adakah Allah merahmati kita?sudh tntu kena minta ampun dn bertaubat..mudah2an Allah ampunkn dn rahmati kita...

Aman Ibrahim said...

Nice entry~ Aman suka baca, sedikit sebanyak memeberi peringatan kepada Aman juga.. thanks!

yad'z said...

smoga dibukakn pintu hati mereka yang gelap dan buta... and pada kita.. teruskan lah belajar and jadi hamba yang diredhai.. sebab kita sendiri kadang2 khilaf and tak sedar dengan perbuatan kita.. nobody perfect.. just prepared to be da best in life.. =)

cucu umie said...

bagi ayie kita sebgai hamba Allah melakukan segala perkara yg disuruh dan menjauhi segala perkra yg dilrng..

Nur Misnan said...

hmmm... bg aku mcm ni jer
aku buat apa yang wajib
tinggalkan apa yang dilarang..
amalkan perkara yang sunnah
sentiasa dekat pd-Nya
dan cinta pada suami dan mak abah
serta keluarga....

lain2 bonus dari-Nya agar minta
doa utk masuk SYURGA TERTINGGI...

Kalamhati said...

"Fa tuubu taubatan nasuuha"

istighfar byk2..jgn kita pertikai hukum Allah yg dah termaktub..

btul solihin..jgn harap syurga Allah jika kita tidak sedikit pun berusaha ke arah itu..

peristiwa yg Allah tunjuk tu hanya sebagai pengajaran kpd kita..

kalau ada pun pelacur yg sudi bg minum anjing pd zaman ni..blum tentu lg jaminan utknya adaalh syurga..

LiFe KaMi said...

Islam itu adalah agama yang indah..
janganlah disalah gunakan dan diputar belitkan utk kita mengejar nafsu dunia..
semoga mereka diberi pertunjuk ke jalan yang benar...amin..

hana said...

nice sharing..
jgn lah lagi nak pertikai kan kewajipan yg Allah suruh..
rahmat yg Allah berikan tak kira pada sesiapa pn..
tp boleh ke kita jamin yg kita salah sorang yg bakal mendapat rahmat kalau masih buat maksiat dan dosa???.

cik ciput said...

Aku harap, dengan entri ni maka jelaslah kepada org2 yg selalu mempertikaikan hukum Allah..ingat semua, janji Allah itu pasti..

azwa amani said...

betul tu...ikita jagn pertikai kerja Tuhan... tapi kerja kita tak buat, menegur, memberi nasihat dan saling meningatkn saudara itu kerja kita.. :) nice entry..

p/s : lamanya tak pi sini.. rindu plak... :P

exora said...

Agama Islam juga menuntut umatnya supaya berakhlak mulia dengan sesiapa sahaja, tanpa membezakan dari apa saja...keturunan,agama,budaya dan sebagainya.
Buatlah perkara yang dituntut dan tinggalkan laranganNya...

Siti Mashitah Saidin said...

kenapa org suka pertikaikan benda nih? sudah jelas lagi nyata.

pakai tudung wajib. buat dapat pahala. kata-lah pahala itu dikira 1. so, kalau pakai tudung dpat pahala 1.

kalau buat baik, dapat satu lagi pahala. jadi = 2 pahala.

kalau org tuh bertudung tapi buat jahat. so dia dapat 1 ja pahala.

am i right, bro?

hikari said...

kalau hari ni tutup litup xmustahil satu hari nanti akan terbuka..sebab iman kita ni kan ada turun naiknya..takut andai itu terjadi..

sebaik-baik taubat adalah taubat nasuha..walaupun nak ke tahap nasuha tu terasa berat lagi tapi jgn putus asa ntk terus bertaubat.Allah suka hamba-hambaNya yang kerap bertaubat di atas dosa-dosanya.

nice sharing. b4 ni mmg penah terfikir pun pasal isu pelacur ni..penjelasan yg cukup.thanks! =)

f_aRa_aINa989 said...

Haiyooo...the point is x semestinya x tutup aurat masuk neraka....tp x tutup auratkan dosa.. Kalau dosa banyakkan masuk neraka...Itu yang kita cuba nak elak...

Tapi yg penting sekali ialah rahmat Allah...sbb Allah s.w.t yg menentukan nnt..

Tp kalau benda yg Allah larang janganlah buat...

Haih...mcm susah je si asrul tu nak paham...

Hashira Yusoff said...

buat amar makruf nahi mungkar..senang cite. :')

-->Asal gatal aje kau beri ubat kelamin..

FasiHaH SupiaN said...

org selalu hendak mempertikaikan hukum Allah, sellau nak menghukum dan selalu marah bila menerima musibah, selalu rasa diri bagus sangat..tapi lupa tanya apa dia dah buat dengan Allah, dah cukup ke bekalan...hmm, terima kasih SZ

yatie Awang said...

kakak suka n3 ni, thanks..

semuanya ditentukan Tuhan..

eiela said...

tuh sebabnya ikuti suruhan Allah, jauhi laranganNya.

belog|amiyo said...

masuk syurga dengan rahmat Allah. bukan dengan banyak nya ibadat.

belog|amiyo said...

ibadat adalah sebab musabab yang wajin sebagai hamba.

Anonymous said...

From Mrciku

dah add banner awk
boleh jumpa banner saya kat http://mrciku.co.cc/tq.php

Mss Ieza said...

btl2..tp bkn menjatuhkan hukum pada orang lain pon dosa ke ??

cnth ::

jika person A ckp kt person B, ko nie cmfm msk neraka

nie bkn dikira mnejatuhkan hukum ke ???

azwa amani said...

senyap jer dua tiga hari ni ?? sibuk yerr??

bersama kak Es said...

kenapa ek orang suka sangat PERTIKAI HUKUM ALLAH..
walhal.. nak tutup aurat tu bukanlah susah sangat. Tudung tu tak lah sampai 5 kilo. Baju yang nak pakai ikut syarak pun... tak lah sampai berbungkus susah nak bergerak...
kalau fahamlah semua itu utk keselamatan....kan mudah :)

delarocha said...

yg tak elok tu mintak dijauhkan terus.. ramai yg memilih hari tua untuk bertaubat, klu tak sempat tua, mcammane?

zida said...

Yeah. Olahan yang terbaik. Tahniah bro!

Saya yang sekolah agama pun tak reti lagi nak mnegolah camni. Keep it up :D

Moga kita yang sudah mendapat hidayah untuk menutup aurat akan kekal menutup aurat, dan sedia untuk memberi teguran pada yang lain :D

Thanks for this entry

~nsar~ said...

benar.. bukan kita yang judge.. dia tu tak tutup aurat dia ke neraka.. hanya Allah yang layak.. tapi berdasarkan hukum dan dari apa yang diletakkan dalam al-quran.. ya tempat mereka memang di neraka..

khairunnisa ♥ said...

tutup aurat, wajib :)

Jejaka Terhangat said...

aku pon pernah nak buat entri pasal ni dulu, sebab ada orang melenting bila aku komen kat youtube, artis ni rezeki dia termasuk dlm istidraj. dia kata pelacur pun boleh masuk syurga, siapa aku nak kata artis macam tu.

adoii, ramai btol jadikan hadis tu sbg lesen utk halalkan yg haram..pastu aku buat search, ada pendapat yg kata pelacur tu bkn dimasukkan dlm syurga sepenuhnya, berdasarkan hadis, pelacur tu diampunkan dosanya. dosa mana yg diampunkan tidak dinyatakan, wallahualam..

sejahat2 mana pon seseorang tu, tp bila dia buat baik, pasti akan dapat ganjaran baik jgk drpd Allah. tu la sebenar2nya yg nak disampaikan oleh hadis tu. tp malangnya ramai yg jahil. gunakan hadis ni utk terus lakukan khilaf. ish2..

Jejaka Terhangat said...

p/s: eh lupa nak habaq, pinjam cara like fanpage kat post yek Mr. Solihin. hehe..