Pages

Wednesday, July 13, 2011

Anak Ikan Yang Degil

Sedang anak ikan berehat-rehat, tiba-tiba beliau ternampak sesuatu benda jatuh ke dalam air. Rupa-rupanya benda tersebut ialah sebentuk mata kail yang berumpankan seekor cacing. Tiba-tiba saja anak ikan tersebut terasa lapar dan ingin mendapatkan umpan cacing tersebut.

Tetapi perbuatan tersebut telah ditegah oleh seekor ikan yang lebih tua. Ikan tua tersebut lalu berkata, "Janganlah engkau menghampiri dan memakan umpan tersebut. Kelak engkau akan terjebak dan akan ditangkap oleh manusia. Manusia tersebut akan menyiang engkau hidup-hidup. Sisik engkau akan dibuang dengan ganas. Kemudian badan engkau akan dikelar-kelar dan dipotong-potong. Setelah dimasukkan ke dalam serbuk kunyit, engkau akan digoreng di dalam minyak panas yang menggelegak".


Anak ikan itu hanya tersenyum mendengar tegahan ikan tua tersebut. Selepas ikan tua itu berlalu, tanpa berlengah anak ikan terus menyambar umpan tersebut. Apabila menelan sahaja umpan tersebut, anak ikan terasa ada mata kail tersangkut di dalam mulutnya. Anak ikan cuba untuk mencabut mata kail tersebut. Dalam masa ia sedang terkial-kial itu, anak ikan merasakan badannya melayang disentak naik dari dalam air. Menggelupurlah anak ikan tersebut di atas darat.

Semasa masih nyawa-nyawa ikan, ia mula merasakan dirinya disiang-siang dan dikelar hidup-hidup. Masa itulah ia merasa menyesal kerana tidak mendengar nasihat daripada ikan tua tersebut. Sisik anak ikan tersebut dibuang, kemudian dimasukkan serbuk kunyit hinggalah akhirnya ia dimasukkan ke dalam kuali untuk digoreng.

sumber : facebook

Kesimpulan : Kita manusia selalu dinasihatkan oleh para alim ulama supaya berbuat kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Kita diberitahu mengenai seksaan Allah yang akan menimpa hambanya yang ingkar. Tetapi adakah kita mengambil iktibar atau teladan? Adakah kita hanya mulai sedar apabila tubuh kita kaku di dalam kubur? Hanya selepas itu baru kita mahu mengakui akan kebenaran ajaran yang disampaikan oleh para alim ulama?

SZ : Nasihatlah aku andai aku ada buat silap.. Aku juga manusia biasa..

31 360 juta komen:

Akulah Pak Lan said...

orang muda lagi ditegah lagi nak dibuat

Miscellaneous Smiles said...

bagi nasihat kat ak jap..heheee

najihah sahami said...

bila dah terkena baru nak menyesal. masa tu nasik pun dah jadi bubur kan..

cucu umie said...

nice story bro..betol tu..kita nie kadang angp remeh shje apa yg orng tua katekan..sbnarnye bnyk bnda yg kita boleh ambil iktibar..

istana biru said...

pada mulanya saya terfikir tentang anak2 yg degil melanggar perintah ibu bapa...tapi bila baca kesimpulan sz... maka baru saya tersentak... betapanya kita sering melanggar perintah Allah dan rasulNya... hurmmmm... terima kasih kerana berkongsi cerita dan nasihat ini...:)
semoga kita semua sentiasa menjadi hamba yang sentiasa mencari keredhaan Tuhannya...

azwa amani said...

nasihatkan juga amani yer abg solihin.. hehehehe :P

belog|amiyo said...

perumpamaan terbaik bro.
kadang2 manusia memang angkuh. bodoh sombong tak mahu ditegur.

zarra nazura said...

yup..betol2...dah tslp langkah baru nank tngadah..hmmm

LiFe KaMi said...

story yang mudah difahami..
berbuat baiklah kita di dunia lagi, mula dari sekarang walaupun kita masih muda, jgn sampai nyawa dicabut, kita tidak mendapat apa2..

MSBS said...

Manusia: bila da kena, baru nak nyesal...

yatie Awang said...

cerita nasihat yg cukup bermakna, kita selalu anggap, kalau ada yg memberi nasihat, kita rasa mcm mereka dengki dengan kita, padahal semua itu demi kebaikan kita juga

FasiHaH SupiaN said...

hmm..betul tu SZ..belajarlah dari kisah anak ikan ni...refleks kepada kehidupan hari ini..

sarah-najwan said...

akak setuju dgn analogi ikan itu..

itulah lumrah hidup..nk nyesal saat2 yg sudah terlewat..time tu lah BUAH KALAU dok dtg...

"KALAU la aku ikut ckp org tu..org ni.."

sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna..

Kakzakie said...

Hidup di dunia ini sebenarnya sekadar bagai mimpi saja yg mana bila kita mati barulah kita tahu itulah dia sebenarnya dunia yg tak kekal tapi yg kekal adalah di sana kelak...

Masih tak ingat juga entahlah...

MM said...

:)

cik ciput said...

janganlah jadi anak ikan yg degil..

Qaseh dalia adelia said...

kisah yg bagus... hurmm tahu xpe kan ..solihin pun tegur2 lah saya ye ..

diana said...

tu la..kan???
selagi tak kena
nasihat orang tua dipandang sepi ja..
bila dah ketoi batu dok atas kepala baru nak hegeh2 mintak tolong...

Aretikz said...

itulah apabila melihat nikmat dunia.. xdak mendengar perintah Allah dan Rasul-Nya.. Maka nerakalah jawabnya.. eh? betul kah apa aku ckp ni? hehe..

::miss vanylla:: said...

itu la realiti kehidupam sekarang. apabila dinasihati..mesti jwap nya..knapa nk nsihatkan aku..kubur lain2, mcm kau baik sangt nk nasihatkan aku...
entry yang baik bro..terima kasih.. =)

ciknabil-a said...

nice entry! :)

bersama kak Es said...

masa tu dah terlewat..
sangat2 rugi. nak berpatah balik pun..pasti akan berulang perkara yang samakann..

bersama kak Es said...

masa tu dah terlewat..
sangat2 rugi. nak berpatah balik pun..pasti akan berulang perkara yang samakann..

♥cmª shIemª♥ said...

nasihat yg berguna utk sesama kita...

luqman zakaria said...

huhu..degil betul! ah kene sekali baru la nak menyesal.time tuh semua dah terlambt!

arepnakbebel: BYE BYE TESCO! WELCOME NIKE!

Kalamhati said...

tegur menegur..ingat mengingatkan amalan mulia dan dituntut..tp mesti dgn hikmah..

itu tujuan kita bersahabat dan berukhwah kan..=)

Alin said...

cte psl ikan nie. ikan kan rumah nie pun xlama lagi nk dimkn. hehe^^. entri yg menarik. manusia sekali belum kena dekat diri sendiri mmg xsdr2 tp bila dah terkena baru rasa nak menyesal.

hidayahjamal said...

anak ikan, tlg dgr kata ikan tua, selamat dunia akhirat ;)

Mohamadazhan.com said...

yang tua penuh pengalaman...yang alim penuh ilmu...

jangan sampai silap yang tiada peluang kembali...

Afikah Aziz said...

Sifat manusia yg terlalu leka mengejar duniawi sehingga lupa akan kehidupan selepas mati,mungkin kerana tidak nampak syurga dan neraka,pahala dan dosa sebab itu lah manusia makin riak dan sombong mengejar dunia sehingga lupa akan akhirat yg kekal abadi. Nikmat yg diberi di dustai dan diguna ke jalan yg salah. Nauzubillah,semoga dijauhkan dari kufur nikmat dan kufur hakikat dan semoga kita semua dalam rahmat Allah.

dreamygirl said...

-)