Pages

Tuesday, July 5, 2011

10 Sebab Ilmu Lebih Bermanfaat Daripada Harta

1. Ilmu itu pusaka ataupun warisan para Nabi. Sebaliknya harta itu pusaka Qarun.

2. Ilmu itu menjaga dan memelihara kita. Tetapi harta, kita pula yang terpaksa menjaga dan memeliharanya.

3. Orang yang berharta banyak musuhnya seperti pencuri dan penyamun, dan sentiasa pula bimbang akan hartanya itu. Sebaliknya orang yang berilmu ramai sahabat dan sentiasa selamat.

4. Harta jika selalu digunakan akan berkurangan. Sebaliknya ilmu jika selalu digunakan akan bertambah.

5. Orang berharta kerap dipanggil dengan gelaran bakhil atau cela. Tetapi orang berilmu sering dipanggil dengan nama yang baik dan mulia.

6. Harta perlu dijaga supaya tidak dicuri tetapi ilmu tidak perlu menjaganya daripada kecurian.

7. Harta akan dihisab kelak tetapi ilmu akan memberi syafaat di akhirat kelak.

8. Harta akan rosak sekiranya disimpan tetapi ilmu tidak akan rosak walau selama manapun disimpan.

9. Harta mengeraskan hati tetapi ilmu melembutkan hati.

10. Pemilik harta selalu merasakan dirinya hebat, malah ada yang merasakan dirinya Tuhan seperti Qarun. Tetapi pemilik ilmu selalu merasakan dirinya lemah dan hamba Allah.

Jadi, yang manakah lebih bermanfaat? Ilmu atau harta? Sindri mau ingat la kan..

[credit]

Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad. Jangan kedekut ilmu. Sampaikanlah walau satu ayat. Ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain juga merupakan antara tiga amalan yang berlanjutan pahalanya selagi diamalkan walaupun kita sudah meninggal dunia.

SZ : Aku harap blog aku dapat memberi manfaat kepada kalian semua.

30 360 juta komen:

diana said...

tanpa ilmu kita tak kan punya harta..

Hanim Mahali said...

Betol tu... ilmu lebih baik daripada harta.... ^_^

azwa amani said...

insyAllah, bagi amani, amani suka sangat blog ni sebab penulis dia ensem... perrhh.. hang jgn nak perasan lebih.. huhuhu


sebabnya blog ni sampaikan ilmu secara santai... taklah mcm ustaz sangat.. suka pendekatan yg macam ni,..amani pun harap blog amani dapat beri manfaat sampai amani dah takde.. teruskan menulis yerr, :)

izzah azhar said...

yes u r.ur blog always motivating me instead of inspiring.suke :)

Hashira Yusoff said...

insyaAllah..Semoga ianya bermanfaat dalam menaikkan semangat kita untuk memburu ilmu kerana oleh Allah s.w.t. ^ ^

-->I hate it when people have bad table manner

aslann said...

ilmu yg bermanfaat memberi syafaat, ilmu yang tak bermanfaat memberi mudarat. :D

Alin said...

sbbkan ilmu jugalah manusia menjadi org yg berguna :)

nazirulhazwan~ said...

i admire lu la abang sol:DD

Mss Ieza said...

ilmu yg bermanfaat jgk mbantu kita d akhirat :)

cucu umie said...

ayie okay jer dengan blog bro..lagipon mesra dan bnyk iktibar yg boleh ayie ambik dlm kehidupan nie..huhu

p/s: harta boleh dicari tetapi ilmu ... ilmu pntg untuk kehidupan seharian ...

~cik atin~ said...

ilmu itu suatu perkongsian...

hana said...

semua nye bermula dengan adanya ilmu..
tp ilmu yg tidak diamalkan ibarat pohon yg tidak berbuah...
jd gunakan lah ilmu ke jalan yg benar..
=D

Kalamhati said...

Ilmu suluh hidup..
syukran atas perkongsian ilmu ni..=)

yatie Awang said...

1. nak tambah untuk yg nom.4, Ilmu akan bertambah apabila digunakan manakala harta kekayaan akan makin berkurangan apabla dibelanjakan, kecuali harta yang dimanfaatkan pada jalan Allah.

2. Ilmu dan harta dimiliki oleh orang yang beriman dan orang yang tidak beriman, manakala ilmu yang membawa kepada kenal dan takut Allah s.w.t. hanya dimiliki oleh orang yang beriman.

Nur Hawa Mohd Zin said...

ilmu dtang dulu baru harta...kalu harta datang sebelum ilmu harta akan pergi juga...

Nur Misnan said...

tiada ilmu hidup kita gelap
meraba2 mencari2 arah....

terlebih ilmu pula boleh menyesatkan
dan merosakkan manusia...

pena said...

biar miskin harta,tapi kaya dengan ilmu..kejar ilmu dulu, baru cari harta..

yup, banyak ilmu yang dapat dari blog ni.. =)

Hans said...

ilmu lebih penting dari harta
tanpa ilmu mungkin kita tidak mampu mengumpul harta untuk kebaikan
:-)

Ukur Baju Di Badan Sendiri

adanaberkat said...

salam.ya memang benar ilmu itu lbh bmanfaat dari harta ..tapi amat rugilah seseorang itu yang ada @tahu satu2 ilmu tapi tak guna sia2 beb..

cik ciput said...

SZ, blog ni memang bagi manfaat..tahniah! =)

fadhdeela said...

Ilmu adalah segalanyer..kalo xde ilmu kita akan ditindass!

Meh sini: Kisah Percintaan Uda dan Dara yang Cukup Tragis!!

hikari said...

di zaman yg semakin maju ni ada mcm2 jenis ilmu...ramai yg dah salah gunakan ilmu yg ada semata ntk mngejar harta..kerana harta ilmu yg baik pun blh jadi punca kejahatan.apa-apa pun depends pada diri juga kekuatan iman kita..=)

byk manfaat sy perolehi dari blog encik solihin ni..insya Allah dikurniakan kebaikan setara dgn manfaat yg diberikan..(^_^)

delarocha said...

kalau kedekut ilmu macam mana pulak yea

eiela said...

ilmu penting untuk cari harta dunia dan akhirat.

Latest Entri :
Sakit Kepala

♥cmª shIemª♥ said...

tq for remind me..

tiada ilmu tiada lah harta..

belog amiyo said...

sebab tulah ada 3 peringkat orang yang menuntut ilmu.

peringkat pertama: orang yang hakikatnya baru sedikit menuntut ilmu. tapi merasakan diri sudah begitu berilmu dan menganggap orang lain semuanya salah dan tidak berilmu. mudah sombong dengan ilmunya.

peringkat kedua: orang ini semakin banyak menuntut ilmu. dan merasakan dirinya masih belum cukup ilmu dan merasakan lebih ramai orang lain yang lebih berilmu.

peringkat ketiga: bila sudah berada diperingkat ini, orang ini sebenarnya sudah begitu banyak menuntut ilmu. tetapi pada ketika ini dia merasakan dirinya begitu hina dan tidak berilmu. dan ini lah peringkat yang paling sukar untuk dicapai.

dan aku rasa kita semua masih diperingkat yang pertama. hehe. :)

miss ct said...

Assalamualaikum..
nice entry.. tq sudi kongsi ilmu =)

aLya maNip said...

ilmu..bila kita ikhlas cintainya, baru la kita dapat rasa berharganya ilmu compare tu harta tapi susah kan nak sampai ke tahap tu :-)

::miss vanylla:: said...

subhanallah..besarnya nilai sesuatu ilmu itu...
thank bro 4 de sharing...

dreamygirl said...

betul sangat..-)