Pages

Thursday, June 30, 2011

Dulu Fobia Hijau.. Sekarang Fobia Kuning?

Umum mengetahui yang sekarang ini fenomena 'demam kuning' sedang melanda Malaysia. Jika dulu, mereka fobia dengan warna hijau. Sehinggakan apa saja yang berwarna hijau, telah dinyahhijaukan. Sekarang ini mereka fobia dengan warna kuning pula. Sehingga keluar 'fatwa' bahawa warna kuning diharamkan terutama pada 9 julai 2011 nanti. Kah Kah Kah...

Sesiapa yang berpakaian kuning atau seumpamanya apatah lagi baju T BERSIH, akan ditangkap dan disumbat ke lokap selama 24jam. Kelmarin, keluar berita seorang pemuda telah dihalau oleh seorang AJK masjid dengan angkuhnya daripada menunaikan solat di masjid semata-mata kerana pemuda tersebut memakai baju kuning BERSIH [klik sini!] Alahai.. Sampai macam tu sekali?


Pakai baju BERSIH pun salah? Agaknya mereka ini suka pakai baju KOTOR. Lepas ni, semua murid-murid dikehendaki memakai baju KOTOR ke sekolah. Nak masuk masjid pun kena pakai baju KOTOR. Kalau tak, kena halau dan dihumban ke lokap. Nak buat macam mana kan. Kalau otak dah KOTOR, memang tak dapat terima benda-benda BERSIH ni. Orang PENGOTOR memang tak sukakan KEBERSIHAN. Heheh..

Fobia dengan warna kuning? Orang yang fobia dengan warna dan perkataan kuning, digelar XANTHOPHOBIA. Adakah anda tergolong antara spesies tersebut? Jika YA, sila buat memorandum agar Kerajaan memansuhkan apa sahaja yang berwarna kuning di Malaysia ni.

Selepas ini, lampu isyarat kuning akan ditukarkan kepada warna biru. Pili bomba juga tidak lagi berwarna kuning. Buku telefon, Yellow Pages akan ditukarnama menjadi Blue Pages mungkin. Nama penyakit demam kuning akan menjadi demam merah. Pokok-pokok pisang juga akan ditebang. Kasut Pua Chu Kang hanya akan dijual dengan warna hitam sahaja. Hasil penjualan ubat gigi juga dijangka meningkat mendadak kerana orang ramai bimbang ditangkap kerana gigi kuning. Nak buang air besar? Pastikan 'hasil'nya tidak berwarna kuning.

Kepada pengguna Digi, anda boleh mula berkira-kira untuk bertukar ke rangkaian lain seperti Celcom atau Maxis kerana dikhuatiri signal Digi hanya akan tinggal 1 bar atau zero. Sebab maskot Digi, Yellow Man kemungkinan besar akan di penjara dan dihukum gantung mandatori. Watak power rangers kuning, teletubbies kuning dan Spongebob juga akan diharamkan. Manakala watak Bumble Bee dalam cerita Tranformers yang baru menjengah pawagam juga akan di'censored'!

Begitulah betapa hebatnya fenomena kuning BERSIH yang sedang melanda Malaysia sekarang ini hingga menimbulkan rasa fobia teramat sangat bagi pihak yang berkenaan. Tetapi, kenapa semua itu dikatakan HARAM? Sedangkan aurat isteri dibiarkan terdedah, halal pula? Artis seksi-meksi, tidak pula dikutuk. Sedangkan selebriti yang berpewatakan muslimah pula dikecam teruk? Judi, arak, masih halal dijual?


SZ : BERSIHkah kurma itu? Tanjat Boboi.. Heheh.. :D

58 360 juta komen:

Miscellaneous Smiles said...

arhhhh...knpa kuningg..

cucu umie said...

tidak pastilah dengan politik di MAlaysia serng nie..saling buruk2 meburukkan... tapi xboleh blah dengan menghalau orng nak solt kt masjid tu..bukan keh kalo nak solat tak boleh pky bju yg ad lambng apa2..kne bersih... mungkin kolot sgt kot..huhu

xmcm banyak kan barang kt malaysia nie warna kuning..haha

iniialahaku said...

sebab tu aku masuk stadium tadi pkai baju hitam..takut pkai baju malaysia kuning..tgk player pon xpkai kuning..pkai biru...hahhaha

FiqRie Skeleton said...

abes kalo warnavdiraja camner plak? kuning tu~ hehe

namaakulynn said...

kalau semua benda kuning nak dihapuskannn,memangggg takleh terima.sempit betuuul laa otak.isk isk isk.

Budak Botak said...

He3, pakai baju kuning pon HARAm, xleh pakai betul pendapat nie. Apa yg diorang takut sgt sebenarnya?

Entry terbaru -> Tuvalu - Pulau-pulau Yang Bakal Lenyap Dalam Masa 50 tahun Lagi?... (",)

Siti Mashitah Saidin said...

politik yg teruk~~ eerk.. tak suka betei politik malaysia..

Syazwan said...

hahaa. nak komen lebih-lebih, silap-silap kena fire ngan anon lak.
ekeke

kita tengok je la 9 julai ni camne :)

Aretikz said...

nampaknya raja2 pun kena tgkap ho? ahakz..

Trasa nak contohi imam abu hanifah, imam maliki, imam syafie dan imam hanbali apabila berhadapan dengan pemerintah.. ^_^

Aretikz said...

Lo, rupanya dekat Sabah pula tu.. ish.. kalau aku jumpa dgn AJK.. siap kena azan di telinga.. ahakz..

FasiHaH SupiaN said...

itylah,, xdan nak pakai baju kuning kuar rumah dah..kang kene tangkap..haiz...

GreenAppleKu.com said...

Kesian kat en.DG, bila agama di letak di tempat no.2, inilah balasannya. Bila yang haram di buat2 halal, inilah jadinya. Memang patut di bersihkan takut-takut bila bala dari Allah turun, BERSIH seluruh Malaysia dilanda ombak besar.

azwa amani said...

aduyaiii..mcm 2 cerita politik Malaysia ni

Echin Nadiossa said...

hahaha pakai baju malaysia kang pun xpasal2 kena tangkap.tah hapa2 tah :P

yatie Awang said...

kakak tak berapa suka sangat nak cakap pasal politik ni, cuma kakak nak kata kesian kat digi...hehe

Pearl Kaz said...

nnt bdk2 skolah yg nk pergi latihan rumah sukan especially rumah kuning pun kena tangkap.. erk?!!

adan said...

warna diraja colour kuning.. klu berani g ar tangkap..

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

ermm..xpatut laa ajk masjid tu buat gtu.. org datang masjid nak solat..

MR. MIND said...

DIGI kena taja perhimpunan tu, hehehe

Kakzakie said...

Yg hijau terus gah walau dulunya hingga rumput pun nak di cat biru kalau boleh....

Kuning kalau bersih kenapa mesti dikotorkan. Mengapa pula institusi raja yg kuning pun mahu dipalitkan sama:(

diana said...

kelakar!
sekarang jugak akak
bakar semua baju kuning..takut la..
nanti masuk lokap..
hehehe..
yang paling kelakar kes kat mesjid tu la..
tua saja akai tak dak..

Fyqa said...

tula pasaiii.


halahaiiiii

"-.-

sarah-najwan said...

lol..akak xamik port la hal ni solihin..dgr2 je pasal bersih ni..huhu

intipati hal ni akak xtahu sgt..

akak mahu negara kita kekal aman sejahtera dan harmoni serta ekonomi mantap rakyat dpt hidup gembira...

nawwar_hanifah said...

hmmm...dah xterkata~
err..klau pkai bedak carrie junior yg botolnye wrne kuning pun kne tgkp ke?

=="

Hans said...

hahahahah
suka kartun2 dalam entry nih
buat ku ketawa di pagi hari(11 kira pagi lagi kan?)
yups....ku pun kadang2 rimas dah tgok berita dkt tv...
semua pasal kuasa kan
habis semua dipolitikkan
haih
tak tahu la apa jadi dkt malaysia nih
apa2pun tq bro sudi follow blog saya yg meraban tu
terharu :-)

Kisah Joyah Dan Bedah

miaa spungen said...

haaaaa semut. hhuhuh.. line dg mcm mengong kna.. ermm bab politik ni no komen la.. tk brni ckp byk

NURUL NADIAH MAMAT said...

yang maksiat itu bagi dorang lagi bersih......tak haram...manusia akhir zaman....

nur aisya humaira said...

haha...ape laa depa ni ye...ngokngek...

ecah mashuri said...

kalau ye pun politik tak same xkanlah sampai org nak smyg pun xboleh.adoiii...takut dgn baayang2 sendiri ke ape tu?

pha is said...

kerajaan dah mula fobia... buat dosa tak takut, warna kuning jugak yg nk takut... hahaha

Farhana Sukre said...

Biru dan Kuning tak boleh disatukan sebab kalau ikut teori seni;

biru + kuning = HIJAU...

Hehe..

efa said...

pening la bab politik ni mcm2 plak cian digi tu tak pasal2 kena ahaha

Aman Ibrahim said...

aman tak tau nak komen kalau bab politik but i take note for everything that happen nowdays, Moga Malaysia kekal Aman dan damai~

Sunah Sakura said...

kelakar pulak tengok gambar2 tu...ahahaha~ ade tak blogger wat gathering untuk BERSIH? buat liputan keee...menarik gak..hehehehe

kaizen said...

abes sumer kuning x boley....

*yellow pages tkr jadi pink pages baru ummmp-no...

Hansyirah Takezur said...

politik punya pasal, ak semayang pon ditangkap... ya Allah.. kejam betul dunia sekarang.. hmm..

kiesya said...

anak : mak, kenapa baju saya kotor??
mak : jangan pakai baju bersih, nanti polis tangkap!!~~
anak : LOL~~

senang2 lawatlah ye..

duniakiesya.blogspot.com

The Crow said...

hak3.. semua kuning dorang tibai masuk lokap. Mau rakyat tibai penjara kasi pecah macam kat mesir tu. koh3..

Memorandum bersih tu tipikal dan wajar. Ape susah sgt lah kera jaan sekarang ni nak faham. Adeh.. pelik. SPR pun mesti dikait same. Bebas konon. Ceit!

(^_____^)

delarocha said...

hahaha, lawak laaaa

ramai yang dah sensitif ngan kaler kuning ni

Puteri Iqa Izyan said...

fenomena kuning. hehe

Mohamadazhan.com said...

esok pergi kelas pakai baju bersih...haha

Kalamhati said...

Alammaaaakk!abis la pasni Digi akak takde kaberej dah..haha

hidayahjamal said...

memang xsuka kaler kuning sejak dulu..ntah, bersih sgt

azwa amani said...

solihin..thnks atas nasihat tentang belog amani...amani try nak ubah supaya nampak simple...toche2 :)

p/s : errrmmm...tak kisah entry wordless..janji update.. :P

IMANSHAH said...

saya pakai baju kuning tadi..tapi baju malaysia..mujo tak kena tangkap

fadhdeela said...

mengelabah la diaorg nie!!! nak solat pun kena pilih ko parti mana erkk melampau sungguh!!

Izan Ishak said...

kesian org yg pakai baju kuning tak leh masuk masjid tu. tak pasal2 dia kena~

puteri ain said...

kesian orang gemok digi tu . keh keh . hehe

yanadimple said...

sy rasa tak ptut la na bwt perarakan atau bwt kecoh sume. ape yg mreka cuba perjuangkn??? hnya akn mnyushkn kerajaan lg n mmbntutkn pmbngunan sbb krjaan tpaksa fkir mcmmne na solve kn amarah rakyt ni. bwt la scra damai. polis bnrkn mreka bwt pgumpulan kt stadium tp dorg tolak n na gmpak2 kt lua jgk. suma ni mnyushkn phk len yg tanak msuk cmpur. politik smmngnya smkin kabur keadiln n kbersihnnya. tp rkyat tak ptut mnunjukkn tak puas ati ngn pemberontakan. cra diplomatik ptut dfikirkn. jgn brukkn nma mlysia dmata wrga asing

CassiaSiamea said...

fatwa baru - bersih itu haram

pakat-pakat la pakai baju malaysia nanti
kalau yg ada jalur rimau tu lg bagus..
nampak garang sikit..

aku bukan apa..
dh meluat dgn apa yg digembar-gembur media..
lebih-lebih sgt..

NuSaNa NoSa 91 said...

ahahaha~ comel2 je gmbr2 tu.. ni entry mmg mkn dlm.. ^_^

Siti Safiyyah said...

agak2 kalo blog warna kuning, kene tahan tak?? kehkeh.. :p apeeeee pon tak boleh!

~nsar~ said...

nampak sangat kan depa ni takut..

liyana said...

HAHA..seme nk tukar biru plak..mne bleh..hehe
btw klakar entry ni

qasehraihan said...

Sz..saya fobia dengn nama pendekar berkuda jerr..haha

entry panas hati lagi..
http://qasehraihan.blogspot.com/2011/07/entry-sangat-sakit-hati-kau-memang.html

shahjiehan said...

huhhu.... bahaya...


spptutnya p tgkap orang yg berotak kuning~

ciknabil-a said...

tapi guna digi bestla skunk. slalu akan dapat free call.

PEAH said...

tokey DIGI mungkin muflis sbb kerajaan benci kuning...hoho MALAYSIA2