Pages

Tuesday, June 14, 2011

Rahsia Lima Jari

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik tangan dan jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda.


1. Genggam tangan kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan..."Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

2. Luruskan jari ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

3. Lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil. Seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya".

4. Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil.

5. Naik kepada 'middle finger', jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seseorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Justeru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

6. Beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan teladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

7. Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas.

[sumber]

SZ : Komitmen terhadap blog agak terbantut sekarang. Maaf kepada yang mengharap kunjungan balas dari aku. Harap diberikan ruang dan masa untuk membalasnya. InsyaAllah..

18 360 juta komen:

cucu umie said...

betol cakp bro tu..banyak kelebihan yang memang dpt dilihat dripada lima jari ini..tapi yang pntg adlh rukun islam yang lima itu..wajib dipegg..kalau lupe ingt lima jari nie..

HAJAR hasan said...

nice. hikmah setiap jari yg kite ade. :)

diana said...

terima kasih berkongsi..
bagus entry ni..:)

NARDtheNERD said...

great...
penuh makna..
:)

delarocha said...

kalau satu jari takde, nak suap nasi pun susah

shahjiehan said...

angau apa??? hahahah


jom baca dan komen Tony Blair baca Quran setiap hari

Bella Bell said...

baru ku tahu.. tQ sudi share :)

.fariza. said...

entry penuh hikmah :)

LemonSusu Skyjuice said...

ermm...camne agakny ngan org yg de 6 jari cam hitrik roshan...hik3...=)
body glove...=p

Nazim Nasri said...

selalu terfikir, kenapa time lafaz shahadah, kita angkat jari telunjuk huhuhu

Siti Safiyyah said...

ade beberapa point tu slalu jugak dengar. thanks sebab berkongsi. ^__^

Aretikz said...

tringat kereta mayat punya kiasan tentang jari.. tp tu org yang nak kahwin.. haha..

apapapun.. sbgai peringtan buat kita smua.. ^_^

::miss vanylla:: said...

subhanallah...banyk yang tersirat di sebalik 5 jari ini....

entry yang baik bro... =)

NuSaNa NoSa 91 said...

hmmmm.. selama ni xterfikir pon sal ni.. thanx 4 the sharing.. ^_^

zarazueyin said...

bagus entry ni
terima kasih krn berkongsi

khairunnisa ♥ said...

nice :)
ibu jari memang penting.
emm, lima lima jari penting ^_^

x kenal maka x cinta said...

nice =)

azwa amani said...

good sharing :) sesungguhnya kebesaran dan kebijaksanaan Allah itu ada dimana-mana bagi org2 yg berfikir