Pages

Sunday, June 26, 2011

Pentingkah Memilih Suami Berkelulusan Tinggi dan Setaraf Isteri?

Assalamualaikum wbt..

Hye aweks sekalian. Dah kahwin? Belum? Dan jumpa calon? Kalau belum jumpa calon, apa ciri-ciri utama calon suami anda? Mestikah seorang graduan IPTA berkelulusan tinggi daripada anda? Yang mempunyai Degree, Master atau Phd? Adakah seseorang yang hanya mempunyai sijil SPM tidak layak dijadikan suami?

Aku ada menjalankan survey di facebook berkenaan persoalan ini. Aku tuju entry ini kepada semua ibubapa dan semua orang yang berfikiran sempit menindas lelaki yang tidak sama taraf pendidikan dengan bakal isteri secara membabi buta tanpa menyelidiki latar belakangnya.

Ramai yang beri pendapat supaya memilih pasangan yang setaraf. Antara sebabnya, jika tidak mempunyai kelulusan tinggi, seseorang itu tidak akan mempunyai masa depan yang cerah sekaligus tidak mempunyai kerjaya yang kukuh. Tidak akan mampu menyara anak bini kelak. Tapi, berapa ramai yang boleh jamin, dia tidak akan menganggur selepas grad nanti? Berapa ramai yang boleh mendapat kerja tetap dengan gaji lumayan? Tidak pernahkah terfikir, orang yang tidak mempunyai kelulusan tinggi boleh menjadi usahawan dengan membuka syarikat sendiri sekaligus memberi peluang pekerjaan kepada orang yang mempunyai kelulusan Phd? Siapa bos sekarang?

Adakah yang tidak berkelulusan tinggi tu, semuanya bodoh, malas, tidak berilmu dan berfikiran sempit? Tidak pernahkah terfikir, mungkin dia mempunyai sebab tertentu tidak dapat sambung belajar? Mungkin dia miskin. Mungkin juga dia tersalah pilih course atau channel. Mungkin dia terlalu mengutamakan kehendak ibubapa yang terlalu ingin melihat dia memilih jurusan yang bukan minatnya dan akhirnya dia terkandas kerana tak mampu nak carry on? Jadi dia memilih alternatif lain seperti memilih bidang kemahiran dan kursus jangka pendek?

Apa tujuan sebenar anda masuk IPT? Adakah menggenggam ijazah semata-mata mahu mendapat kerjaya yang bagus? Berapa ramai yang benar-benar ikhlas menuntut ilmu? Ramai yang study semata-mata kerana exam. Hafal tanpa faham maksud pun ada. Lepas exam, kita enjoy! Merdeka! Habis hilang ilmu di dada. Habis lenyap apa yang dihafal. Kelulusan tersebut hanyalah pengiktirafan bertulis. Kalau betul-betul nak menuntut ilmu, tepi jalan pun boleh. Tiada kelulusan dengan tiada ilmu adalah sangat berbeza. So, tak boleh sukahati cakap semua yang tiada kelulusan tu bebal!

Ada kelulusan tinggi tapi tiada akhlak, tiada agama, tiada budi bahasa, tak ada gunanya juga. Yakinkah yang bijak pandai dengan ilmu dunia itu juga arif dalam ilmu akhirat? Golongan artis dan menteri pun banyak yang tinggi education mereka. Tapi? Adakah mereka praktikkan dalam kehidupan harian? Kelulusan bukan satu kemestian dalam mencari erti kebahagiaan. Semuanya berbalik pada taqwa dan iman untnk melayari erti kehidupan. Tetapi mempunyai ciri-ciri seperti kelayakan tinggi dan ilmu dunia dan lebih-lebih lagi akhirat adalah satu bonus kepada seseorang. Letaknya kebahagiaan hendaklah ada Islam, Iman, Amal. Semuanya berbalik pada Allah.

Memang! Biasanya kalau isteri mempunyai taraf pendidikan yang lebih tinggi daripada suami, egonya lebih tinggi. Kepada lelaki, jangan terlalu merasa rendah diri dan hina jika anda tidak setaraf dengan bakal isteri anda. Kita juga berhak memilih siapa bakal isteri kita. Carilah wanita yang mudah menerima teguran yang benar, sebab salah satu tanggungjawab isteri adalah mentaati suami. Adalah hina bagi seorang isteri yang merendah-rendahkan suami sedangkan mereka harus menyenangkan suaminya.

Jadi, tolong jangan pandang rendah terhadap golongan yang tidak mempunyai kelulusan. Anda tidak layak menindas mereka secara membabi buta tanpa menyelidiki latar belakang mereka apatah lagi menghina.

Kenapa aku mudah terasa dengan orang macam tu?
Sebab Ayah aku juga seorang yang tidak mempunyai kelulusan atas sebab kemiskinan. Manakala Mak aku pula berkelulusan tinggi dari luar negara. Ayah aku pernah dihina kerana dikatakan tidak setaraf dengan Mak aku. Tapi sekarang, Ayah aku berjaya buktikan yang beliau boleh berjaya lebih daripada orang berkelulusan tinggi dengan usaha dan semangatnya serta sokongan Mak aku. Aku salute ayah aku! Sebab aku pun bukannya seorang yang mempunyai kelulusan tinggi sangat.

*Ada pendapat tambahan, boleh tinggalkan di ruang komen.

SZ : Sory.. Aktiviti blogwalking agak terhad sekarang. Lambat sampai tu, jangan marah.. =)

79 360 juta komen:

Siti Mashitah Saidin said...

betul2.. tapi kadang2, kita tak memilih.. tp mak bapak kita pulak yg memilih.... (seperti cerita cerekarama td)

nurdani said...

wow! sokong dengan encik solihin. kelulusan ni tak penting pun. bab setaraf lagi la tak patut wujud. jangan sesekali pandang rendah pada orang yang takda kelulusan tinggi. apa ada dengan semua tu? untuk dibanggakan? usaha je benda paling penting. mak dan ayah saya pun berusaha gigih and sekarang alhamdulillah dah berjaya.

Beeha B. said...

Beeha tak pernah fikir tentang taraf....

dan tak pernah putus bg semangat pada ex bf supaya terus usaha...

TETAPI, Beeha pernah jatuh then tibe2 dia mencari sesorang yg lebih baik dr Beeha...NOW beeha ubah persepsi..

kita kena cari yang setaraf..ataupun kita kena menjadi lebih hebat..supaya org akn stay n terus Hormat kita... Hik3x..

Boleh mcm tu?

Jalut said...

sekarang dah tak boleh nak cari lelaki berkelulusan tinggi.. yang penting lelaki tinggi agama.. kalau berkelulusan tinggi tapi hampeh tak jadi gak.. kadang kadang orang yg sekolah pondok lagi baik dari yg bersekolah tinggi... kalau semua nak berkelulusan tinggi, poligami la gamaknya..sebab dalam pelajaran perempuan la paling ramai..

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

saya ada kawan yang mak bapak dia sgt memandang semua tu...

sampaikan depa pernah putus..tapi lama-lama baru dia sedar apa yg mak dia nak tu adalah untuk kebaikan kehidupan anak dia..

pada saya, kita jgn memandang rendah orang yg tak berkelulusan andai kata mereka rajin untuk berusaha mencari rezeki yg halal itu sudah mencukupi

cintatulip said...

mungkin byk pompuan2 akan komen untuk stuju dgn solihin.. tp bila pk2 balik.. jadi kat diri sendiri?? back to basic je... kadang2 pompuan x kisah krn cinta.. tp krn org tua2.. kami org bisnes.. kami x kisah kalau suami kami ad spm ja.. sbb usaha dgn halal.. bisnes pon okay...
yes bisnes!!! love bisnes a lot.. deep in my heart...

Muslimah Optimis said...

detuju sangat dengan entry ustaz solihin ni.. apa ada pada ijazah, master kalo akhirnya menganggur.. xblaja tinggi xsemesinya boleh berjaya.. memang ramai yang buat bisnis xblaja tingi pon.. tapi dimana ada kemahuan di situ ada jalan..

IMANSHAH said...

saya tak memilih tapi dalam keadaan ekonomi sekarang, kena cari calon yang bekerja..rasanya cukup lah.

CassiaSiamea said...

aku msk ipt
tp x fikir pasal keja pun
nk dpt degree je..

lecture aku ckp..
msk u bkn utk ilmu sgt..
ya..mmg utk ilmu..
tp sikit..
masa kerja x pakai sgt..
apa yg nk ditrainkan..
cara berfikir!!

f_aRa_aINa989 said...

kalau x setaraf, rasanya xde masalah. Tapi x berapa suka bila org mengata.. Nak buat macam mana, mulut orgkan?

Kalau kata yang perempuan ada degree, yang lelaki cuma ada spm je. Kalau dia x dpt smbung belajar sbb susah, atau kewangan mungkin xpe, tp cuma kalau boleh, sambunglah belajar sbb nabi pun ada sebut, belajarlah sampai ke negara china kan?

Tapi incase lelakitu jenis x berapa suka belajar, tapi dia pandai cari duit rasanya xde siapa akan pertikaikan kot taraf spm dia tu..

tp apa-apapun, carilah lelaki yg x kedekut, kalau kaya tp kedekutpun susah, carilah yang baik budi pekertinya, yg memang boleh dijadikan suami..rasanya tu yg penting.

so kalau tanya saya, taraf pentingke x? X kot, yang penting dia kena suka tambah ilmu sbb ilmu tu kita boleh belajar plus kutip kat mana2, x semestinya kena belajar sampai phd...

**panjang x komen saya?? Hik!

Nur said...

kalau takde kelulusan tapi pandai bawak diri means cari peluang.. takpe. Jangan orang yang takde kelulusan, plus mals nak berusaha pulak tuh memang outla kan..

CucuTokMat (^^,) said...

hmm. sy seorang yg sgt cerewet . tak perlu pelajaran tggi ckup skadar ada ilmu, and boleh menggunakan akal fikiran. semua org ada otak tapi tak ramai yang pandai menggunakan akal. dan laki tu mesti la berfikiran matang. hope ade calon sbegitu. huhu =)

ady said...

saya tidak mengharapkan suami yg berkelulusan tinggi tetapi cukuplah dikurniakan suami yg boleh menjamin kehidupan yg baik utk saya kelak. apa yg ingin saya cakapkan ini adalah berdasrkan pengalaman sendiri.

apabila saya berjaya masuk ke IPTA, dia mula membuatkan saya rimas kerana sering mengatakan pada diri sendri bhwa dia tidak layak utk berkwn dgn saya kerana saya ini berkelulusan lebih tinggi dari dirinya, jadi sayalah yg selalu memujuk dia dgn mengatakan bhwa saya tidak kisah dgn kelulusan yg ada tetapi dia tetap berperangai sedemikian. oleh sbb itu saya terus tidak mempedulikan dia kerana bagi saya knpa perlu membuang masa pd seseorg yg memandang rndah kebolehan diri sndiri, sedngkn saya lngsung tidak kisah utk berkwn dgn dirinya.
EGO!!! itulah sifat lelaki yg tak boleh dipisahkan, mereka sebnrnya lngsung tidak boleh menerima knyataan bhwa wanita boleh mengatasi mereka. kbnykan wanita memilih lelaki yg berkelulusan adalah demi masa dpn anak2 mereka. kalaulah saya dikurniakan suami seperti ayah anda, saya tidak kisah .

bagi saya kelulusan tidak penting, apa yg penting keimanan serta kemampuan 'dia' utk menyara saya selepas kami berumah tangga kelak

adrinaqamarina said...

bab3 enggang sama enggang, pipit sama pipit ni tak ada la ada pengalaman sangat pon.


tapi betullah, kalau perempuan tu sendiri tak memandang pasal taraf sume tu, si lelaki tu pulak janganlah ego sangat.


for me, kte sendiri pon tak pernah pandang rendah pada orang yang tak ada kelulusan hanya sebab rasa diri sendiri tinggi.


orang yang tak ada kelulusan tinggi sangat ni, janganlah pula rasa rendah diri.

apa yang penting, bukan kelulusan tu semata-mata, ada banyak benda lain lagi boleh dicampur ditolak~


kalau kte sendiri, insyaALLAH nanti grade jadi doktor, takkan tak boleh terima kalau suami hanya cikgu kan?

:)

hana said...

saye xde nak pikir pasal taraf cuma mencari sesorang yg mmpu mnjamin masa depan..
x smstinye kaya dan berkelulusan tu mnjamin masa dpan..
khidupan boleh mnjadi lebe baik kalau kita sndiri berusaha untuk mengubahnya..
so orang yg tak belaja tggi pun kalau tahu gunakan peluang yg ada dan usaha lebe insyaAllah boleh berjaya...
=D

Najmah A. M said...

wah. suka nak comment bab2 ni. :P

bukan mudah nak mencari pasangan. lebih susah lagi nak bina baitul muslim.

orang selalu sebut pasal ciri2 yang dah digariskan islam. yes, betul. tapi jangan lupa...jodoh yang terbaik, adalah jodoh yang sefikrah. apa tu? sama pandangan la secara umumnya.

cara hidup, ideologi politik, pendapatan, pendidikan...semua ini pun antara penentu. berkahwin bukan untuk sehari dua. kalau benda ni tak dipandang berat, boleh jadi 10 tahun akan datang, ia menjadi punca suramnya keharmonian dalam keluarga. kan?

pernah dengar ceramah dekat ikim tentang keharmonian dalam rumahtangga. setiap rumahtangga, akan berlaku perubahan.

mungkin hari ini sama2 jahil tentang agama. kemudian berkahwin. si suami bekerja di pejabat kerajaan, isteri pejabat swasta. pejabat suami selalu buat ceramah2 agama untuk pekerja, lalu suami mula insaf dan mahu berubah. adakah si isteri mendapat ilmu yang sama? tidak semestinya. maka, pasangan yang dulu sefahaman, sekarang dah jadi tak sehaluan. hilang keserasian.

maka, adakah persamaan taraf itu jawapan bahawa tidak akan berlakunya ketidak serasian selepas berkahwin? tidak juga.

yang penting, sesiapa yang inginkan kebahagiaan dalam keluarga...seharusnya membawa pasangan untuk sama2 belajar dan melihat daripada sudut pandangan yang sama. perubahan pasti akan berlaku. setiap detik hidup kita, kita akan belajar sesuatu yang baru. maka untuk mengekalkan fikrah, pasangan yang lebih ilmunya seharusnya mengajarkan kepada yang kurang.

jawapan saya, setaraf itu penting sebagai kriteria. tapi bukan penghalang kepada jodoh. sekiranya sudah tersurat jodoh dengan yang berlainan tarafnya, pasangan perlu ada rasa tanggungjawab untuk menyeimbangkan keharmonian rumahtangga. berusaha untuk menyamakan fikrah. insyaAllah bahagia. :)


ps: maaf, panjang.

Ecah Ecot said...

my abah dulu mcm ni la..memilih taraf..tp skang die kata, bkl menantu keje menoreh getah pon xkesah..asal dia tau bwk diri & berusaha memperbaiki diri n dpt jaga ank cucu dia baik2...

tapi llaki kene ingat, jgn satu hr nnt ego anda yg memakan diri anda..sbb tkt dia sndiri yg rasa rendah diri...

as for me, my partner ade jgak rase rendah diri kdg2, tp die bgun smule n buktikan pd diri dia n kluarga yg die blh b'jaya tanpa segulung ijazah.ramai yg dh buktikan......

well said..nice entry..^_^

adan said...

salam,bro like sgt entri ni.. usaha memainkan peranan penting.. tade guna segulung ijazah andai hanya mengharapkan kerja datang bergolek tanpa berusaha untuk mencarinya..

tengok mereka yang tidak mempunyai segulung ijazah tapi berusaha untuk memajukan diri.. mereka lebih menghargai peluang yang ada..

si kecik syida said...

saya pernah mengalami benda yang sama.dy xdpat terima sy atas alasan tak setaraf education ngan sy...huhu..tapi bagus gak ktowang clash.ada hikmah..

hikari said...

ayah sy pergi sekolah pun tak pernah melainkan anta anak2 n amik report card la..tapi dia berjaya besarkan 10 anak yg comel2 n sihat2 belaka..he2..siap ada yang terlepas sorang ke oversea..sapa kata org xberpelajaran tinggi xboleh nak sara anak2?ayah, u are my hero!=)

muhammad iqbal hakimi bin tahir said...

aku rasa perbezaan tu tak jadi masalah bagi aku..dan sebagai lelaki,aku aim untuk mampu tanggung keluarga aku..pasal bakal isteri, tak kisah sgt..kerja atau tak kerja.kalau kerja lagi bagus,sebab dapat kukuhkan kewangan family..

pokok pangkal lelaki mesti mampu tanggung keluarga..mampu bukan hanya pada kelulusan.. =)

kotak said...

aku dah kawen. baru 6bulan. aku rase bende ni blh jd perlu,blh jd tak perlu.

tak perlu bila :
1. si lelaki itu mmg rajin dan sentiasa berusaha utk memajukan diri.
2. bila si isteri betul2 yakin y dia tidak akan mengungkit sikit pon pasal perbezaan gaji atau taraf pendidikan. atau terdetik sedikit pon "eleh! aku lagi bagus dari kau. blh je aku idup tanpa kau". sbb ade terjadi bila laki bini bergaduh,cite pasal gaji dan kedudukan diungkit oleh si isteri.

perlu bila :
1.lelaki tu sendiri takleh trima isteri lagi baik dari dia. takut tetiba nnt lpas kawen dia suh berhenti keje,jd suriumah je. klu bini tu blaja 2,3tahun je tak pe. klu bini tu blaja medik,5,6thun susah payah. tetiba suh jadi suriumah. tak ke gile bini tu. blaja pny la ssh.
2.klu perempuan tu ego. ditakuti akan menyakiti hati suami atau merendah-rendahkn suami.

hehe..tu pendpt aku. tp,abah aku pon bknlah lulusan uni. tp mak aku lulusan uni. tapi aku tgk,dorg ok je. y penting tolak ansur dn ikhlas.

Jejaka Terhangat said...

setaraf tu memang penting..dalam islam dipanggil sekufu..sekufu pulak terbahagi byk, samada dari segi keturunan, kecantikan rupa paras, pekerjaan (gaji) dan lain2..walaupun sukufu dititik beratkan, tapi ianya bukanlah benda wajib yg perlu kita ikut..

so, mana yg kata taraf tak penting. think twice. kerana ianya ada disebut dalam islam.

Aretikz said...

keh keh keh.. kali ni dah banyak lelaki bg pendapat ho? ahakz..

mcm yg aku ckp aritu, (padahal aku pun lupa sudah apa aku cakap) carilah yg sekufu, tetapi sekufu dari segi agama paling penting.. ^_^

apapapun, gua setuju kata2 lo.. hehe..

Mohamadazhan.com said...

pendidikan penting tapi bukan dinilai atas segulung ijazah, mastre, phd semata2...kadang2 yang punya pengiktirafan itu lebih buruk sifatnya daripada orang biasa2...yang penting adalah menuntut ilmu...ayah hang hebat sebab ilmu...walaupun tak belajar tinggi tetapi punya ilmu yang mengubahnya =)

-ini diary saye- said...

betol,tapi lelaki zaman sekarang (except lelaki yang x berduit nk smbung std plus ada masalah teknikal yang lain), hmmm kenapa anda tidak menggunakan otak yang dianugerahkan tuhan untuk mencari ilmu, perempuan fitrahnya kurang berbanding lelaki tetapi dapat mengatasi kekurangan dan berjaya mencari ilmu,kerana dengan ilmu lah kita kan dpt berfikir secara rasional. cube fikir mcm mana peratusan untk rely pada lelaki mcm ini kalau kelebihan yang dianugerahkan pon tak dapat digunakan dengn sebaiknya.. saya x kondem orang, saya cume bagi pendapat.. kalo jodoh sy pon dengan org y berkelulusan spm sy trima je sebb sy tengok cara die berfikir bukan pada kelulusan semata.. peace yo! =)

Mohamadazhan.com said...

salam kembali bro....blog ni telah ditag..jemputan ke sini =)

http://www.mohamadazhan.com/2011/06/kempen-jom-jadikan-blog-sebagai-medium.html

Mrs.Yie said...

nak kawin pun kena ikut taraf pendidikan ke?apo la..kalau nak kawin,kawin je la..dah suka sama suka..cinta sama cinta..walaupun si perempuan tu doktor dan si lelakinya tukang kutip sampah sekalipun..lagipun,ingat orang yg ilmunya tinggi tu bagus sangat ke cara pemikirannya?..tengok saja contoh doktor rohaya yang buat kenyataan dalam akhbar tempohari 'ISTERI KENA LAYAN SUAMI SAMA SEPERTI PELACUR KELAS ATASAN' hahaha..agak bebal itu doktor kan?huhu..buat malu spesis doktor sedunia je..malu tahap seratos tu..seorang yg bekerjaya macam doktor rohaya tu boleh buat kenyataan sebegitu rupa..sangat memualkan dan menjijikkan..

yatie Awang said...

pendapat ek, kakak rasa kakak pun sependapat dengan solihin juga...dalam kehidupan, dalam rumahtangga, kita perlukan pemimpin yg beriman,dan bertaqwa, rezeki di bumi, dimana2 boleh dicari, walaupun mereka hanya nelayan, mereka tak punya ijazah, tapi kerana kesungguhan, keazaman, mereka boleh hidup senang apa?

Nurul Razak said...

kelulusan tinggi ke tak itu tak penting. saya lebih memilih street smart dari book smart sebab kalau street smart, lebih berjaya sebenarnya dan boleh hidup dimana shj. sy mempunyai degree dan tnang sy hanya kelulusan diploma. tp beliau pandai dalam kerja2 tangan berbanding sy. dan sekarang berkhidmat dalam bidang oil and gas. dari segi money wise pun, beliau berpendapatan lebih dari sy wpun kelulusan diploma. =))

cik nisa said...

Rasanya, ok ja.. x la penting sangat pon nak pilih suami setaraf ke x..
Nisa rasa kalo dah jodoh x ke mana.. orang x boleh nak pertikai suma nii.. kita mana tau kalo satu hari nnt, lelaki yang dikatakan xsetaraf ngan kelulusan isterinya
nya tuu akan berjaya macam orang lain.. sapa tau, kan..
erm.. so, usahla berpandangan sempit sangat tentang perihal setaraf ngan x setaraf nii..
ada orang yang suaminya punya SPM ja kelulusan, x dak masalah pon.. kekal bahagia hingga ke anak cucu ja pon.. x dak pa pe masalah pon.. renung-renungkan kalo sesapa yang still dok pertikai lelaki x setaraf kelulusan ngan wifenya.. suma tu bukannya ukuran untuk bahagia kan??

Norsha said...

letakkan agama dihadapan dan jadikan pegangan, InsyaAllah, sebarang perbezaan boleh diatasi dan tidak menjadi perbalahan, mcm saudara ckp yg penting taqwa, iman dan amal....InsyaAllah, rumahtangga ada keberkatan....

EZAN IDMA said...

tak kesah la ade paljarn ke tak janji tau ilmu agama dan brtggungjwb

wath said...

sangat suke entry ni ;)

mak ayh sy pon tak kisah..sy laaaaaaaaaaagi tak kisah. asalkan bertanggungjawab. blaja tinggi2 pun keje nk mintak duet pompuan je wat pe

MasZuber said...

You can tell whether a man is INTELLIGENT by his ANSWERS.

but,

you can tell a man is WISE by his QUESTIONS.

So which one do i really need?

An Intelligent man or a Wise man?

Well, i need the one who is WISE.

berpendidikan atau tidak, jika ade visi,they know exactly what to do in life, apa salahnye.

shahjiehan said...

mulut tempayah boleh di tutup, mulut orang payah sangat2,


hehehe
ni mesti kes hang nak kawen kan..


sabo je la solihin... ade jodoh hang... aku doakan hg dapat kawen cepat dgn calon yang sesuai... hehehhe

jgn lupa jemput aku...

yanadimple said...

tak perlu setaraf n tak perlu punya mint yg sme pon. sbb klau same sume pon bley jd bosan. yg pentg hati ikhlas. sling syg sme syg n supprt each other in life. pntg pegangan agma yg kuat n sling mmbimbing. bru kekal lama n takde ape nak dibnggakan dgn sehelai kertas pujian degree mhupun title prof , tan sri, doc n etc. :)

PriMadonNa YueZueL said...

erm....kadang2 p0mpuan xde la milih sangat nak yang berkelulusan tinggi je...laki p0n milih gak...die xm0 yang berkelulusan tinggi daripada die...rasa tercabar k0t...ntah la...PY xmilih sangat yang pandai2 ni...takot pandai nipu jer..hehehe...

aina rahim said...

walaupun tiada kelulusan, apa yang penting ada usaha, usaha untuk berjaya & upgrade diri.

izwanyusof said...

naturalnya ego lelaki memg tinggi..susah nak terima kalau pmpuan tu up sket dari dia..tapi as long sedar tggjawab ok je..

sarah-najwan said...

bagi akak...jika kita hendak memilih pasangan..pentingnya sekufu..maksudnya di sini kena jugak yang sama atau hampir sama..

sama atau hampir sama itu maksudnya dr segi pendidikan/material/rupa paras etc

hal ini suatu hari akan timbul perkara yg berbangkit..

cnth isteri lebih tggi pendidikan dr suami..keje isteri lebih besar dr suami..ada gak org berkata2..selama mana pasangan ini boleh bertahan dr kata2 org atau keluarga??
depn org bolehlah bermanis muka..blkg org??

MELAINKAN jika si suami berusaha keras..walau tanpa pendidikan..dia usaha..jd usahawan berjaya..ini xpe..bagaiamana jika dia byk bergantung kpd isteri>hal ini bykkkkk sekali dlm masyarakat kita..akak ada pglmn kwn begini..berkahwin sb ibu bapa asik suruh..last2 kawin dgn suaminya hanya nelayan manakala dia seorg guru degree...suami pemalas..berlagak mcm org kaya..asik nk tukar kereta..si isteri yg merana..huhu

kita berhak memilih..jgn buta kerana CINTA..sebulan dua boleh mkn cinta..dunia sekarang MATERIALISTIK..pentingkn $$$$$..bukan mata duitan tetapi $$$$ atu keperluan skrg...xdok duit pikirlah sendiri...jgn sengaja mencari isteri yg berpendptan semata2 utk hidup senang..

bg wanita atau isteri xpe..suami berpendidikan tapi isteri setakat spm..xpe sb suami kena bertaggjwb terhadap keluarga..

tak ada degree xpe..janji ada kesedaran utk meningkatkan taraf diri..bukan utk org lain tapi utk diri sendiri, isteri dan anak..

akak salute pada insan yg xde dgree tapi berjaya dlm hidup...

************************
terpanjang lak solihin..jgn mare deh..sekadar pendpt deh..heheeee
ingat deh..KITA BERHAK MEMILIH YANG TERBAIKKK UTK KITA...

Terbang Bersamaku said...

sepatutnya nilai agama itu harus djadikan keutamaan...seseorg yg tak berkelulusan tnggi tak semestinya tidak boleh berjaya..jia dia rajin berusaha dan tidak henti berdoa maka dia juga akan berjaya...ramai juga org yg menjadi jutawan akan tetapi tidak pernah ke IPT..jgn terlalu skeptikal dlm membuat penilaian terhadap seseorag , itulah yg sebaiknya..

blog-tips-kurus said...

takut lelaki je yang terungkit nanti. ada lelaki yang egonya tinggi..

Nur Hawa Mohd Zin said...

dalam hal ni mak awe yang pentingkan sama taraf sebab 2 perhubungan musnah (penceraian dan putus tunang) atas sebab tak sama taraf...so mak beware dan tak bolh terima

Qaseh dalia adelia said...

pehh betul2 .. tapi biasalah mak bapak memilih kbhgiaan anak2 berdasarkan harta .. ye lah kalau byk harta dia rasa dpt tggung anak diorg .. tapi pe kes kalau kaki pukul ,kedekut nak mati , xpndai bertanggungjawab .. hah bhgia ke tidok

kaizen said...

nnt aku buat 1 entry okey??

liyana said...

for me tkdak ada gunanya kalu berkelulusan tinggi..
tp x punyai peribadi tnggi

hidayahjamal said...

xmengamuk..komen,

saya antara aweks yg dilema jugak bab ni, kata mak tgk jodoh sesuai..tp kalau xikut kata orang tua xbaik kan...

mmg banyak kan doa-doa hrp dpt dipertemukan jodoh orang baik & soleh :)

entry awak ni mcm garang serius weyy

cik ciput said...

bagi aku, kalau dari segi taraf pendidikan, tak semestinya kena sama, baru boleh kawen..kadang2 ada ja aku tgk, lepasan ijazah, tapi perangai macam tak berpendidikan tinggi..

personally, aku lebih memandang perwatakan seseorang lelaki, di mana kadang2 dalam mereka tidak sedar, mereka ada X-factor yang dapat menarik perhatian wanita..

nawwar_hanifah said...

xkisah pun kalau xsetaraf~
asalkan rajin cari ilmu dn rajin cari rezeki yg halal~
cuma hrp2 org xbising2 la klau prkr ni trjadi kt sy..lebih2 lg si suami itu sendiri..

klau org perempuan bleh bljr tinggi2, knp tidak lelaki?insya Allah pasti ada jln keluar bg setiap kesulitan..

yg penting, ibubapa msti nk yg terbaik utk anak2 die..ttp Allah knows best~

Alin said...

janji patuh perintah allah, tu dah lebih baik^^

eira said...

dalam Islam sndri pntingkan sekhufu iaitu sedarjat..utk elakkan pergaduhan di ari kelak,tetap sume plihan terletak pada pilihan msg2..xde paksaan.. :)

naulofah said...

heh..lama benor tak mengomen SZ kan..

hmmm yang penting hati seorang isteri itu..cam kes SZ nyer mak and ayah..seorang isteri yang solehah takkan meminta lebih dari apa yang diberi oleh suami..dan memang tak boleh pun isteri meminta2 dan merungut jika sisuami tak memberi lebih pada si isteri..

tapi lelaki hendaklah berusaha..rezeki allah luas..selagi isteri itu solehah dan taat die tetap akan setia pada suami walau suami itu miskin setelah kaya..sakit selepas sihat..tapi bg lelaki haruslah berusaha..wanita akan menerima jika die berusaha..

janganlah kata taat dan solehah itu senang..kerana drjat die tinggi..tapi allah itu adil..die tetap buka pintu utnk hambaNYA mencuba kearah yang diredhainya..

hehee...tapi memangla betul sume pendapat org2 kita perlukan sekufu itu..tapi harus dingat..zaman sekarang..yang sama2 ade degree..yang suami lebih kaya pun..hmmm at last..sedih juga..so ape2 hati seorang isteri yang taat dan solehah..

bkn ke itu adalah perhiasan dunia yang paling sukar di cari dan di ganti????

so renung2 kan..=D

Kalamhati said...

tak memilih..cukuplah dia tau tanggungjwb..ada agama dan ada keje yg penting..kalo kelulusan rendah tp takde usaha nk maju..buang karan je//huhu

cik sakdi said...

dulu bf aku antara yang terjebak dengan salah pilih course n skrang dia usahakan. tapi skrang dah jadi kawan je. bukan pasal aku pilih darjat, tapi dia yang rasa rendah diri ishhhhh

Amna.Qadeeja said...

pndpt masing2la..

ade jgk yg xde kelulusan leh je berjaya. yg ade kelulusan tinggi rmai gak yg menganggur huhu..

yg pntg pandai bwk dri :)

Mr Rileks said...

skrg nie klu memilih sgt, ssh gak.. sbb x smua lelaki btaraf tggi dr pompuan...

p/s: sy dah curi banner bro http://rilekslah.com/exchange

wanie m'nJ said...

akademik skrg rata2 mmg no.1 org akan pandang. biasanya klu kawen org mesti kata pengantin lelaki/pompuan keja apa. tp kenapa org x tanya pengantin lelaki/pompuan ni cukup ilmu islam ke di dada?? pelik. jarang org akan tanya pasal ilmu agama berbanding ilmu akademik yg disanjung tinggi tu. ada je org yg bljr tinggi tp bila tiba soal agama, lain plak cerita. huhu. mak saya bukan org yg well educated, keja kilang je masa jumpa dgn bapak saya. tp arwah abah org yg bpelajaran (keluarga pun dtg dari golongang well educated).. jodoh Allah, temu jugak mereka, lahir jugak saya... haha

WanFadhilah said...

betul! setuju! setakat kelulusan tinggi tapi alif ba ta tak kenal buat apa jugak kan. yg penting dia ikhlas. dan tahu tanggungjawabnya.

FasiHaH SupiaN said...

salam..back to basic kot solihin? paras rupa, keturunan, harta dan paling penting agama. jadi pada waktu sekarang ini, bagaimana pengolahannya?


Jadi, bukan taraf pendidikan sahaja yang perlu diukur. Akhlak, keperibadian, agamanya, juga usaha nya dalam bertanggung dan hawab. Boleh kah dia menjadi ketua keluarga dan sebagainya. Bukan skroll itu yang menjadi satu-satunya kriteria. itu memang tidak patut. Kerana, belum tentu lagi segulung ijazah itu dapat memberikan sebuah institusi kekeluargaan yang baik...


Pandangan insan kerdil seperti saya sahaja... :)

cucu umie said...

bg ayie tidak masalah tidak setaraf yang penting bkal suami itu tahu akan tnggujawab dia sebgai ketua keluarga iaitu mendidik keluarga..bukan kah setiap perkahwinan itu incya-Allah akan diberikan rezeki oleh Allah..so, jgm pernah terfikir dia tidak setraf dengan aku.. so, tidak layan umtuk dijadikan suami..

p/s: ayah ayie pon cm ayah bro solihin..hanye orng biase tapi alhamdulilah sekrng ad perniagaan sendiri dengan support dripada umi..

azwa amani said...

bagi amani, ada pro dan kontra nya...errmmm, tapi lagi baik kalau dapat yang mempunyai pendidikan dan pengetahuan ilmu yang bagus...tapi sekiranya takde ilmu dan kurang pengetahuan, tetapi kuat usaha, amani terima jerr.. :) mungkin dengan semnagat dan usaha dia kana lebih jauh berjaya berbamding yg beljaq tggi....yang penting, tahu perangai dia, kalau belajar pandai, setaraf, tapi perangai hodoh, tak mau cek..dapat cikgu pun okey jugak kan????..

Solihin Zubir said...

Salam... Terima kasih semua di atas kesudian sahabat sekalian meninggalkan komen serta pendapat yg sgt bernas dan pnjg lebar..
smoga sedikit sebanyak dpt membantu lg aku menambahkan ilmu rumahtagga.. heheh.. =)

syukran!

Benrauf said...

rasa takde salah kot. ayah aku dgn mak aku pendidikan setaraf je. tapi kadang-kadang gaji mak aku lagi tinggi, kadang2 gaji ayah aku lagi tinggi. aku pun dengan awek aku separuh je dari gaji dia.

gadistulipmalaya said...

Mak sy berkelulusan IPTA. Ayah sy berkelulusan SPM. Sekarang mereka dah berpisah sebab tak sama taraf.:)

Nafisa81 said...

setinggi mana pun pelajaran isteri..suami tetap imam...hormat menghormati dan bertolak ansur, dan selalu selalulah doa mintak kebahagiaan berpanjangan

Sunah Sakura said...

alhamdulillah kalau isteri yang berkelulusan tinggi tu memberi sokongan pada suami...itu lebih penting daripada mata2 yang merendah-rendahkan...

namun, lebih elok kiranya pandang pada agamanya, jika agamanya tinggi, maka tak menjadi satu kesukaran untuk diorang menghadapi semua tu...malah jadi pakej lengkap pulak, kan?

yott said...

jodoh bkn kite yg tentukan...kdg2 plan mcm2..nak org mcm nilahh..keja mcm nilahh..kelulusan mcm nilahh...last2 lain yg dpt..;)

diana said...

akak pun 2,3 hari lepas sedih dengan benda ni la..tapi dia terbalik sikit..heheh
akak pi satu blog tu dia kata kesian kat lelaki yang kena bayar duit hantaran mahal2 untuk pompuan yang sekolah tak tinggi dan otak kureng..
sedih betul akak rasa..
kat blog azrin rahim..
mentang2 dia pandai,pandang rendah je kat pompuan yang tak sekolah tinggi ni..
pendapat masing2 kan..
akak memang tak boleh terima..

eiela said...

hmm,, setiap orang ade kelebihan dan kekurangan masing-masing. jangan menghina orang berkelulusan rendah sebab belum tentu orang berkelulusan tinggi tuh bagus dan berjaya. janji rajin dan bertanggungjawab sudah.

Latest Entri :
Senyum

AIMAN said...

nak isteri doctor. kalau sakit x payah pi klinik. heh
:P

ciknabil-a said...

sebenarnya x penting pown. janji si isteri x pergunakan si suami yg berpgkat rendah 2.

cm ayah nabilah pernah ckp, suami isteri tak boleh ada pgkat yg sama. cth situasi, lau suami kat pejabat jadi pegawai. si isteri pown sama. bila tiba kat uma, masing2 nk jadi bos jugak. asyik mengarah jew. lastnya jd x sehaluan. seeloknya sorg pngkat rendah dan sorg lagi pgkat tggi. lau isteri ada pangkat lbh tggi dr suami dia mesti kena hormat suami dia jugak. bru la hidup bhagiakan. dan jgn terlampau demand sgtla bg yg pompuan. maklumla skunkan kite leh tgk yg pmpuan byk yg pndai2 dr laki. huhu..

tue hanya pendapt jew. hehe..

alamak dah termarah abg kat shoutbox. ngee sowie.. :P

Asiah Jaffar said...

mungkin mak ayah pernah hidup susah, sebab tu dia suh anak dia pilih calon yang ade degree or Phd.. Dia tak nak anak dia hidup susah mcm dorang kot. Kadang-kadang mcm tension jgk ble pilihan hati kita tak diterima disebabkan dia x sm level ngan kita. Kalau ade jodoh, tak ke mana.. Just follow the flow.. =)

Afuan Shah said...

yezzaa...saya juga menyokong...
ijazah master phd bagai tuh x menjaminkan kehidupan yg senang di masa hadapan..
buktinya ada di depan mata..
cerita benar..ada seorang lelaki yang hnya habes belajar form 3, kini bergelar Datuk dan wisma yakin kat jalan tar tu Datuk tu lah presidenya x salah aku..
dia bahagia mencurahkan ilmu didada sekarang..

Adyl Extravagant said...

Saya sendiri dah kawen ngan org yg xberpelajaran tinggi but sy kelulusan IPTA.. Bagi sy, itu sume bkn satu halangan utk sesiapa utk bersama. I mean, kalo dh kawen, even kawen dgn org yg kononnya setaraf ngan kte pn belum tentu menjamin kebahagiaan kte. Memang duit tuh penting, tp duit mampu ke berikn kasih syg? Duit mampu ke jamin rumahtangga kte kekal? Yg penting adalah toleransi dan tanggungjwb dari 2 belah pihak.. Bg sy, dugaan hidup berumah tangga bukanlah 100% terletak pd masalah kewangan.. Drpd kte kawen ngan org yg bz kerje 24 jam, lg haru.. ntah jumpa, ntah tidak.. (-.-")

Anonymous said...

@Adyl Extravagant

sy pun mmpunyai masalh yg sama..saya ade degree..dan si dia hanya spm..mak suruh putuskan hubungan sbb malu kalau org tanya bakal suami ada kelulusan apa..sdangkn si dia penjawat awam dan rase dah ckup elok dari saya yg masih mencari kerja..sedih yg amat bila mak berfikiran begitu..ke manalah hala tuju hubgan kami nanti..

Nurul said...

semekum,

macam ibarat ady kate tuh,saye salute abis-abisan.saye pun pernah alami situasi yg same.lagi2 saye benar2 putus ngan ex saye 2 bulan lalu.memang benar kate ady, buat ape saye masih menagih cinta/rindu dan mase depan pada orang yg mandang rendah pada kebolehan diri sendiri.selama brsama dia, saya yg asik memujuk, memberi smangat padanya yg dia masih layak untuk brsama saya walaupun dipandang serong oleh kluarga n kawan2.tapi dsebabkan background family saya memang academician, jadi memang kami pandang pendidikan dgn siyes.tapi berbalik juga pada pendirian lelaki itu sendiri dan family dia yang membiarkan dia memilih cara hidupnya trsendiri.nak seribu daya x nak seribu dalih..

Aien said...

Mama ain ckp, klu nk cri suami, cri yg b'iman, bkn yg ank org kaya je, sbb harta bley di cari... Msuk uni ke x 2 x pnting, x smsti nye x masuk uni die x de masa dpn.....

Nadiah Insyirah said...

betul tu!! sgt betul sy setuju ;)