Pages

Tuesday, June 21, 2011

Pelik Jelik Couple dan Suami Isteri

1. Masa couple, sebelum berpisah, si awek akan salam si pakwe. Siap cium tangan lagi, konon-kononnya nak jadi isteri yang solehah. Lepas kahwin beranak-pinak, si suami nak pergi kerja, si isteri tak salam cium tangan suami pun.

2. Masa couple, si awek kalau nak keluar pergi mana-mana kena minta kebenaran si pakwe dulu. Kalau si pakwe tak bagi, tak keluar. Konon-kononnya derhaka la kalau ingkar. Abis tu, dengan mak bapak boleh plak derhaka? Lepas kahwin beranak-pinak, si isteri dah tak mintak pun kebenaran suami nak keluar.

3. Masa couple, pakai tudung sebab nak tutup aurat. Tak nak bagi orang lain nampak rambut. Bila berwebcam ataupun hantar gambar kat pakwe, tak cover pun rambut dan aurat. Kononnya, nanti dia nak jadi suami jugak. Jadi halal jugak nanti. Kononnya, semuanya untuk abang sayang seorang.

4. Bila couple, masa dating si awek terpaksa bagi si pakwe pegang tangan, pegang pinggul, cium-cium sikit. Bukti cinta kononnya. Sanggup berkorban jiwa, raga dan dara. Takut kalau tak bagi, si pakwe tinggal cari orang lain. Bila dah kahwin beranak-pinak, dah tak berpegangan tangan lagi dah. Dah tak rasa apa-apa lagi lepas kahwin. Si suami minta dilayan, ditolak mentah-mentah. Dosa woo siksa batin.

5. Masa couple, bila melepak dengan kawan-kawan, semua sibuk cerita kehebatan pakwe masing-masing. Bila dah kahwin beranak-pinak, bila berborak dengan kawan-kawan, semua sibuk cerita keburukan dan kekurangan suami masing-masing.

6. Masa couple, si pakwe cakap itu, si makwe pun ikut je. Konon-kononnya nak jadi suami yang tegas la nanti. Bila dah kahwin beranak-pinak, si isteri jadi queen control. Si suami ikut je telunjuk si isteri. Si suami berdosa sebab dayus, si isteri berdosa sebab control suami. Mana taat setia sebelum kahwin dulu, wahai perempuan? Mana sifat tegas dan kepimpinan sebelum kahwin dulu, wahai lelaki?

p/s : Idea asal dari facebook. Aku edit, ringkaskan dan tokok tambah. Untuk renungan bersama. Siapa rasa ni idea asal dia, sila claim. Aku nak bagi credit. Terima kasih.


SZ : Nak romantik sampai tua...

51 360 juta komen:

nurdani said...

jadi, tukarlah aktiviti masa couple tu ke perkahwinan. pernah terserempak dengan pasangan berusia yang berpegang tangan. fuh...so sweet

Chenal said...

canteeekkkk!

Hazwan Arif said...

mcm ade pengalam je hhaa

ingat ni, rumahtangga adalah bayangan syurga..kalau rumahtangga dh mcm neraka, habes la hehe

AMARAN!! Untuk Bacaan Lelaki Yang Dah Bersunat Sahaja



.

Mrs.Yie said...

hahaha..nice..memang betul pun semua perkara kat atas tu lebih2 lagi kapel2 zaman sekarang.. :)

sarah-najwan said...

betul..betul..betul...

seme zmn kapel tu..xelok diamalkan..nati dah kawin jadi basi atau dh cemuih buat zmn kapel..tu yg kontra zmn da kawen..

azwa amani said...

nak romantik sampai bila2...hehehe

littleworld said...

nice blog n n3..folo back pls.TQ

k a k L a m p said...

nak kawen and bahagia smpi ketua jugaaa iskkkk

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

Alhamdulillah ...dekat 9thn melayar rumah tangga.msh la romantik.lebih romantik dr zamn lum kawen maksud akak.hrp leh sampai ke tua.

tp pelik juga tgk org muda yg berpacaran lbh2 lak dr kami yg dah beranak ramai ni.kami tak kiss2 pun dpn org ramai.tak laga2 pipi,tp org berpacaran buat.naper ek?bukti cinta ye Solihin

zarra nazura said...

yup tgk skarang ni cam tu la trend bdk skrg.. hmm.nak gak romantik sampai ke tua. hehehhe

adrinaqamarina said...

padahal, pakwe tu pon, mana tahu pon dye jodoh kte ke ape.

pena rozie said...

Tapi betul la....

iniialahaku said...

masa cple nset tukar2...bila dah kawen???nset smbunyi2...

zanafahmi said...

Assalammualaikum....tak jwb dosa!
yg pertama tu bukan akak ye, tak penah nak cium2 tgn msa bercinta....

Selama alam perkahwinan akak dan encik suami, masih lagi berpimpin tgn tp tak la kerap, cmne nak pimpin kalau asyik jimbit brg shopping tp tu bkn alasan utk tidak beromantik kan?

Yang penting, ikut keselesaan masing2, ada org suka romantik, ada org taknak tunjuk...

yatie Awang said...

ooo...gitu ek..kakak pun nak romantik sampai tua haha

cik pha said...

sebb tu islam tak bgi kita mendekati zina.la takrabu zina..bila dah dekat kapel..bila dah kapel..jadilah macam post diats tu..kalu semua bnda dah di bagi..sebelum kawen..ape lagi y tggl untuk dialam perkahwinn selepas nie....

liyana said...

mintak jauh perkara2 cmtu..huhu

cucu umie said...

kalau yg bab cium tngn tu bnyk kali ayie jumpa...pelik2 jer diorng nie..bnila tegur diorng ckap biase ah bkl jadi keluarga mithali.. poyo giler..

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

suka gila entry ni...

sebelum kawen tu berpada-pada la bila berkawan ye dak??

bukan jadi laki bini lagi pon

diana said...

sayang la konon..
dah kawen,
tkde nye keluar nak mintak2 izin ni..
hahhha..

ecah mashuri said...

tu la pelikkan.tp kalau dah khawin xkanlahh nak romatik2 lagi.hari2 jumpe.huhuuh

hana said...

yeah..
setuju sgt.
nyampah betol ngn orng yg kalau ajak kuar kene mntak kebenaran pakwe...
bru pakwe je kot...
mak pak die x nak plak mntak kebernarn..
hampeh...

chemay said...

eh.
macam tu kew?
-.-

♥ cIk hUjan ♥ said...

senario terbalik..huhu
sepatutnya..apa yang dilakukan masa bercinta dilakukan selepas berkahwin.. :)

cintatulip said...

snk couple dh.. nak kawin.. hhehehe

Hishyamuddin said...

setuju..memang tu la yg terjadi skrng ni..huhuhu

nadzirahusna said...

mcm bnyk slh perempuan je =='
tapi papepon,nice entry..

RedVixen said...

wwooo! betullah!
lagi satu cuba tengok kalau ada kapel yang naik moto. kalau peluk ketat2 tu tandanya tak kawin lagi. kalau duduk sejengkal jauh tu maksudnya dah kawin lah. senang je nak cam. tak caya cuba pegi tanya diorang... kahkahkah!

GreenAppleKu.com said...

Solihin, saya copy artikel ni masuk blog yer. Sure akan link kan blog awak. Info2 baik nih, kena sebarkan pada semua semoga bahagia rumahtangga nanti walaupun i'm still single.

Eh.. awak dah jumpa ker calon isteri.. stay cool, jodoh tu kan ketentuan dariNya.

wannurfazrini said...

aduhh mintak jauh jadi mcm ni. AMIN!

Aretikz said...

Weehuu ~ bukan mudah nak cari lelaki yang menundukkan pandangan, dan bukan mudah untuk mencari wanita yang menjaga batas pergaulan ketika ini.. jika ketemu, segerakanlah.. keh keh keh..

cik ciput said...

SZ, cuba bagi tips cara2 menyemarakkan rasa cinta lepas kahwin..kadang2 orang cakap lepas kahwin agak lama ni, hubungan tu jadi hambar..hehe..

::miss vanylla:: said...

setuju-setuju....huhu...
memang terbalik....=)

♥cmª shIemª♥ said...

baru kapel dah bisin itu ini..adoyai..kapel itu haram...

pegang2 lepas kawin la baguih..halal dn sah!

Afifah said...

suka entry ni =)

yang terbaik bercinta lepas kahwin..tak payah tanggung dosa.. ;)

miaa spungen said...

hmm brcinta bagai nk rak sebelum kwin.. ape pon tk boleh huhuhu

MiraJiha said...

Like..mintak izin nak share kat blog saya..:)

EZAN IDMA said...

terase jugak sikit2 ;p senang tayah ade pakwe kan?

hee. seksa batin? tettt ;p

pena said...

semua terbalik... tu la realiti zaman sekarang..

lagi baik couple lepas kahwin..

h A n Y S said...

dalam purse letak gambar teman lelaki/teman wanita, tapi mana gambar parents??!! *sigh*

delarocha said...

sebelum dan selepas..

confirm lain.. hehe

Aqmar said...

Jadi sebelum kawin buatlah duit banyak-banyak dulu...kemudian boleh luangkan masa berkualiti dengan pasangan anda dengan penuh gumbira!..melaburlah dengan bijak di http://ithink2invest.blogspot.com/

Nafisa81 said...

siki sikitla...bab pegang tgn tu...sebab sibuk pegang anak2 skang ni..

Far8 budak baik said...

yang hebat nye...
kalau yg dah berumah tangge..
kasih syg tu tak tunjuk sgt..
sebab hatim dah kukuh beb time tu..x pyh nk bersyg sgt..mmg smpy ketua bersama..pehhhh =)
mcm atok ngan opah aku..hihi

muhammad iqbal hakimi bin tahir said...

huhu...terlalu mengikut trend kapel2 ..

bahaya2..

adan said...

masa kapel pemurah.. dah kawin semua kena jimat.. ahahaha

Qaseh dalia adelia said...

pehhh .. betul tu , time kapel semua indah takut pakwe lari tapi time kawen tak pulak jaga .. insyaAllah akan jaga suami dgn baik .. insyaAllah ..

Kukumalu said...

wahaha~...Masyuk abes ahh!

Anonymous said...

x suka r.. masa couple suma manis jaa.. sweet la sangat.. bila dah kawin.. hampeh.. pahit macam peria..

f_aRa_aINa989 said...

nak romantik sampai tua jugakkk...hik!
=D

Faeza Suhaimi said...

kalau semua kasi 'free' waktu bcinta sblm kahwin, nanti dah kahwin dah takda benda nak share. suram je.. heheh.