Pages

Thursday, June 23, 2011

Memperingati 9 Tahun Pemergian Almarhum Ustaz Fadzil Noor


Salam A'laik.. Hari ini genap 9 tahun pemergian seorang mujahid terulung dan pemimpin yang sangat aku kagumi iaitu Almarhum Dato' Haji Fadzil bin Noor. Pada kira-kira jam 10.30 pagi 23 Jun 2002, Ustaz Fadzil menghembuskan nafas terakhir untuk menghadap Maha Pencipta kerana masalah jantung. Beliau mewasiatkan untuk disemadikan di tanah Muasassah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah. Untuk pengetahuan kalian, jarak rumah aku dengan pusara Ustaz Fadzil hanya memakan masa 1 minit jika menaiki motosikal.

Aku masih ingat lagi peristiwa 9 tahun lepas. Ketika itu, aku masih di tingkatan 3, Maktab Mahmud Alor Star dan menetap di asrama. (Almarhum Ustaz Fadzil juga merupakan seorang bekas pelajar Maktab Mahmud dan pernah menjadi tenaga pengajar di situ pada tahun 1967). Sebaik sahaja aku dan kawan-kawan mendapat berita mengejutkan mengenai pemergian Ustaz Fadzil, kami bergegas menaiki bas awam ke Pokok Sena. Sepanjang perjalanan kami menaiki bas, jalanraya sangat sesak. Penuh dengan kenderaan dan orang ramai yang berpusu-pusu ke sana untuk memberikan penghormatan terakhir.


Setibanya di sana, aku tergamam. Lautan manusia memenuhi jalanraya antara Pokok Sena dan Kuala Nerang. Sembahyang jenazah yang diimamkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz pula terpaksa dibuat secara bergilir-gilir kerana terlalu ramai yang ingin menyembahyangkan jenazahnya. Sehinggakan ada yang berjemaah di bumbung terbuka banglo seorang hamba Allah. Selepas itu, ramai yang berebut-rebut mahu mengambil bahagian mengusung keranda Almarhum.


Subhanallah.. Jika di dunia Allah dah tunjuk bagaimana jutaan umat manusia mengiringi pemergian beliau, apatah lagi di akhirat kelak. Terasa meremang bulu roma aku setiap kali melihat gambar-gambar dalam akhbar sisipan khas sempena pemergian beliau yang masih tersimpan rapi sehingga sekarang. Seumur hidup aku, itulah kali pertama dan terakhir aku menyaksikan fenomena sebegitu.


Jika dulu, setiap kali hari raya, aku dan keluarga tidak akan melepaskan peluang sembahyang raya berimamkan Ustaz Fadzil di Muassasah Darul Ulum dan tidak melepaskan peluang bersalaman dengan beliau. Suasana di Muassasah ketika itu sangat meriah jika hendak dibandingkan dengan hari ini. Pemergian Ustaz Fadzil memang sangat dirasai.

AL-FATIHAH~~

  • Aku pernah buat entry pasal ni tahun lepas sempena 8 tahun pemergian Almarhum. Kiranya ini lebih kurang macam repost la. [KLIK SINI]
  • Cerita Pilot Peluk Islam-pesawat bawa jenazah Ustaz Fadzil dilindungi awan. [KLIK SINI]

53 360 juta komen:

Miscellaneous Smiles said...

=))

Kakzakie said...

Maha kaya Allah. Pilot yg memeluk Islam dan kisah awan yg melindungi perjalanan itu waktu dulu memang banyak telah disebarkan ke email. Moga ia menjadi teladan pada kita utk mempekukuhkan keimanan.

Khususan Ilaruhi Ustaz Fadzil Noor Al-fatihah...

puanbee said...

ramainya menyembahyangkan dia .. bila kita mati nanti siapa lah nk usung sampai mcm tu .. rasa nk menagis pulak!

hana said...

saya kagum dgn perjuangan almarhum..
semoga kite dapat meneruskan perjuangan almarhum..

Night Walker said...

Salam Alaik...wat renungan bersama artikel ini...
Solihin... jom lepak wall MPHAF cm dlu2x...ha3

zarra nazura said...

Al-Fatihah...semoga roh beliau dicucuri rahmat..amin

Hashira Yusoff said...

subhanallah..
x dpat byangkn mcm mana hudupnya diakhirat.
di dunua shja Allah dah balas dgn kebaikan sbegini. :')

Hazwan Arif said...

bila baca pasal tentag kisah dia, tgk gambar2 tu, pasal citer pilot tu lg..siyes bulu roma aku meremang..

ko sgt bertuah sbb dpt kenal dia dr dekat..=)

AMARAN: Jangan Dibaca Pada Waktu Malam

~nsar~ said...

beliau...... pemimpin terbaik.... semua akui.. yang pro-gov pun cakap yang sama..

eddy syrol said...

i still remember tht my father cried when he heard about this...

jom terjah ..MAKANAN SIMPLE MAKANAN BERKHASIAT



WORDLESS THURSDAY

namaakulynn said...

pernah terserempak sekali dgn ustaz fadzil a month before dia meninggal.sangat peramah.

diana said...

cerita ni abg lan pernah cerita kat akak dulu masa belum kawen la..
masa tu akak tak kenal pun ustad ni..
maklum la..tak tau ap2 pasal PAS ni...
dah kenal abg lan baru tau sebab dia selalu cerita pasal pemimpin2 PAS..
heheheh

habsahharun said...

Al-fatihah..

meremang tengok gambar tu..

Mohamadazhan.com said...

salam

sedihnya rasa...memang terasa satu kehilangan besar untuk sebuah gerakan Islam di Malaysia..beliau sangat digeruni kawan dan lawan.

GamUHU said...

aku salute sama dia. tapi sayang tak dapat berjumpa ngan arwah. huhu.

Al-Fatihah.

iniialahaku said...

bgi aku almarhum mmg sorang pemimpin yg paling layak meminpin Malaysia...

izzah azhar said...

semoga syurga ustaz ditempatkan dan kite sume jgk.amin.

syAzAnA said...

Al-fatihah.

meremang bulu roma. semoga roh Uztaz Fadzil tenang di sana.

thanx for the info.

cucu umie said...

walopon ayie xpernah jumpa beliau..melihat gmbo shje apbila beliau meninggl menunjukkan memang beliau seorng ulama yg amat disenangi ramai orng.. semoga rohnye dklgn orng yg beriman..amin44x

nurdani said...

sangat mengagumi arwah

~Kirin Selama Perak~ said...

al-fatihah...

aku seorang blogger said...

Alfatihah, semoga Arwah Ustaz Fadzil Nor ditempatkan bersama org2 yg berimah dan beramal soleh~

muhammad iqbal hakimi bin tahir said...

huhu...arwah memang seorang tokoh yang disegani..

Beeha B. said...

al fatihah..beeha pernah baca kisah pilot tu dlm mastika lau xsilap..mmg tokoh yg d segani... :)

FariehanIbrahim [LBC] said...

ttibe ase sebak jer baca en3 nie. =')
mmg fenomena jutaan mnusia mengiringi pemergian Almarhum.
al-fatihah...

Anonymous said...

pertama kali bersua semasa winter gathering 1993 kat US,....pesanan dia kerja kuat untuk tegakkan islam hasilnya mungkin dapat selepas 10 tahun...Masyallah PRU 2004 majoriti BN dpt dikurangkan... Al-fathihah

EZAN IDMA said...

alfatihah utk arwah :)

dhilla nazli said...

hebad nye dye... tapi malang dhilla ta pernah kenal dengan almarhum... alfatihah..

FasiHaH SupiaN said...

Salam...

ya..pemergiannya memang 1 kehilangan besar..moga arwah bersemadi dengan tenang......

Kumbang Jingga said...

yup aku pun sangat kagum dengan ustaz fadhil noor ni...tingat masa dengar ucapan beliau kt parlimen tentang isu memali dan dan masalah sosial kt parlimen..sangat hebat dalam politik dan juga agama...zaman pas masa ustaz ni tiada tolok bandingnya hingga dun pendang pun dpt kt pas balik

puteri ain said...

al - fatihah . moga ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.

cik ciput said...

memang sangat ramai yang mengiringi jenazah allahyarham masa tu..serius, arwah sangat disayangi oleh semua...

*teringat pul arwah vokalis kump Rabbani, Ustaz Asri..

Aretikz said...

Berkat doa orang ramai.. memang ulama besar.. ^_^

KELI OH KELI said...

Al fatihah..

Faie Superb said...

Beliau pergi sewaktu tarikh lahir ku , Al-Fatihah

Faeza Suhaimi said...

subhanAllah..

Adzriel @ Liza AB said...

alfatihah.. terasa kehilangannya..

http://adzriel.blogspot.com/2011/06/al-fatihah-9-tahun-ustaz-fadzil-noor.html

leyzajamil said...

Al-Fatihah..

azwa amani said...

Al-fatihah..semoga ditempatkan di kalangan org2 yg beriman. dilapangkan kuburnya, diterangi segala kegelapan, dilindungi daripada azab kubur...aminnnn..

syang usta fadzil

The Crow said...

Allahyarham Dato' Haji Fadzil bin Noor memang seorang tokoh yang hebat.

Semoga sikap tokoh memperjuangkan islam dapat di lihat oleh semua jenis lapisan masyarakat.

Dikala ABIM pupus di telan waktu. Semangat muda. Insyaallah.. akan meneruskan.

Al-Fatihah..

liyana said...

Al Fatihah..

ibu hidayahamin said...

dimana kan di cari ganti... serupa dengan mu...

pena said...

Al Fatihah..

semoga roh beliau dicucuri rahmat..

azwa amani said...

nape takde entry solihin...sibuk ke???

Nafisa81 said...

al Fatihah

:: Khai Artzfar :: said...

AL-Fatihah....tol2..aku memang ingat lagi time tu...smpai ke alor star..jalan lumpuh.sesak yang teramat

f_aRa_aINa989 said...

al-fatihah...

f_aRa_aINa989 said...

al-fatihah...

nadiah mahzir said...

salam 'alaik..subhanallah ats segala keagungan Allah yg diperlihatkan kpd kita..ya masa pertama sekali ana mendengar berita ini semasa di bangunan puteri ma'ahad alor setar.ana form 1 masa tu. xsangka niat ana utk trace blogger ma'ahad mlm ni Allah jumpakan ana dgn senior ma'ahad yg sgt ana xsangka iaitu 'botak'!!! moga "botak" teruskan tinta2 da'wah sejajar dgn apa yg dh dipelajari semasa di ma'had dulu.

a.samad jaafar said...

dahulu aku sanggup memandu berpuluh2 kilometer utk mendengar ceramahnya.. pakar dalam ilmu mantiq..cukup bijak berpolitik..kehilangan yg sukar dicari ganti..seingat aku, air mata aku meinitis sebaik mendengar tentang pemergiannya.. dan saat aku melihat kembali gambar2 ini.. dada rasa sebak..

kini, aku seakan terlalu takut kehilangan dua org lagi susuk yang sgt aku kasihi.. TG Nik Aziz & TG Hadi..moga Allah lanjutkan usia mereka..moga Allah berikan keizinan utk mereka bersama kita meraikan kemenangan menghancurkan rejim BN..

Opss!^_*! said...

salam..kenapa gambar sembahyang jenazah tu ada sujud? berhati-hati bila pilih gambar..okey..best post ;)

Solihin Zubir said...

@Opss!^_*! : hati2 pilih gambar knapa pulak? dah itu mmg gambar original hari kejadian...

diorang sujud tu solat fardhu sebelum solat jenazah.. sbb waktu tu maghrib.. sy pulak waktu tu sembahyang atas bumbung rumah seorang hamba Allah berdekatan muasasah tersebut.. sebab padang dipenuhi lautan umat manusia..

Zaini said...

Maha suci allah, rasa mengalir air mata kerana rahmatnya ke atas almarhum yang tidak pernah mengalah berjuang menegakkan agama allah. Amin semoga Allah mencucuri roh almarhum.