Pages

Friday, June 3, 2011

Masuk Syurga Kerana Bulu Mata

Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah. "Tidak! Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu." "Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yang sedang berdiri.

Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah, "Manakah saksi-saksi yang kau maksudkan? Di sini tidak ada siapa kecuali aku dan suaramu." "Inilah saksi-saksi itu," ujar malaikat. Tiba-tiba mata hamba Allah tersebut bicara, "Saya yang memandangi." Disusul oleh telinga, "Saya yang mendengarkan." Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium." Bibir mengaku, "Saya yang merayu." Lidah menambah, "Saya yang mengisap." Tangan meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas." Kaki menyusul, "Saya yang dipakai lari ketika diketahui orang akan maksiat tersebut."

"Nah! Kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu", ucap malaikat. Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dihumbankan ke dalam Neraka Jahanam. Padahal, rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu. Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, tiba-tiba terdengar suara yang amat lembut dari selembar bulu matanya: "Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi."

"Silakan", kata malaikat. "Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yang lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahawa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yang terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahawa ia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan dihantarkan ke syurga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni syurga: "Lihatlah, Hamba Allah ini masuk surga kerana pertolongan selembar bulu mata."


*perkongsian dari mukabuku

SZ : Taubatlah dengan sebenar-benar taubat yang penuh penyesalan dan keikhlasan sebelum terlambat.. Allah itu Maha Pengampun..

38 360 juta komen:

peep said...

semoga kita semua digolongkan dlm golongan2 ahli syurga amin..

athira tinted said...

nice entry...
sma2 la kta bertaubat sbelum terlambat...insyaALLAH...:)


*nk kongsi sma leh...??>> :)

diana said...

bertaubatlah sebelum terlambat..
pintu taubat sentisa terbuka,
tapi itu bukan alasan kita untuk melengah lengah kan nya...

sarah-najwan said...

ya benar...pintu taubat sentiasa terbuka..

Syuxer said...

tq pencerahan ilmu ini..semoga kita mengambil iktibar dari entri ini..:)..alhamdulillah..

Nazim Nasri said...

Allah maha penyayang.

Kalamhati said...

Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dosa2 hambaNya

Akmal Khalidah said...

Allah .

k e y r i said...

masyaallah.. maha suci allah! mohon sharing ya solihin :)

azwa amani said...

rasa diri ni masih banyak lagi dosa-dosa yang tidak terampun..terutama dosa dengan manusia....

EZAN IDMA said...

moga allah rahmati kamu

cantekk said...

Masya Allah.........
mekasih kongsikan ni...
smg kita smua dijauhkan dari api neraka..

Mohamadazhan hjDesa said...

nice entri bro! moga taubat memadamkan dosa2 lalu...amin

Solihin Zubir said...

siapa saja yg nak share, dipersilakan.. x perlu mintak izin.. =)

RedVixen said...

Ya Allah... Memang Dia maha pengampun!

shahjiehan said...

nk share? hehehe...


baik tol SZ nih...

liyana said...

astaghfirullahalazim..

thanks for this entry

Aretikz said...

semuanya kerana rahmat Allah.. ^_^

NuSaNa NoSa 91 said...

betapa besarnya rahmat Allah.. walau sebesar dan sehina mana pon dosa kita, tp dia tetap ampunkan klu kita bertaubat.. huhU~ T_T

blog-tips-kurus said...

syukran..
hrp2 aktiviti blog' ini tidak melalaikanku..

Yuni Aisyah said...

entry yg beik solihin...moga kte sme2 mendapt kebaikkan dr entry ini.

nawwar_hanifah said...

setiap anggota akan dipertanggungjawabkan~
nice!! =)

hikari said...

wah, nice entry.
rase mcm nk menangis pun ade
lbh2 lg ble tgk gmb tu..
hu2 thanks for this ilmu
Jazakallahukhairan

cik heroin said...

lamanya xdtg siniiiiii. skg too tred utk mmbca. esok sy jguk sni lg. kehkeh

Pijahh' de-Arr said...

=)

CIK TOM said...

Allah maha pengampun lagi maha penyayang..

IMANSHAH said...

good entri

724422 @ matyo said...

salam
kita masuk syurga kerana kasih sayang yg maha pencipta, bukan kerana amalan kita..

IMANSHAH said...

jom join

http://blogpilihanmalaysia.blogspot.com/2011/05/pra-bpm-2011.html

fRaMe+LenSeS said...

hebat perkongsian ni. :)

khairunnisa ♥ said...

indahnya lah kan bila bulu mata
jadi saksi saat kita memerlukan
dan ramai juga tak nak jadi saksi
utk membuktikan sesuatu kebenaran ^_^"

cucu umie said...

bertaubatlah dengan taubat nasuha incya-Allah pasti dipermudahkan.. thnkx for the sharing info bro..

Ain Zulaikha said...

kena banyakkan amal.. tak cukup amal dan tak sedia lagi nak berhadapan dengan tu semua.. takut... muhasabah diri jap

tia @ Ini Kisah Tia said...

masyaAllah .. cuma kerana selembar bulu mata ..

Siti Mashitah Saidin said...

shahdunya baca... menusuk... +_+

dhilla nazli said...

na menangis lagi.. =(

f_aRa_aINa989 said...

:'(

ShAkInAh ツ said...

izankan sy share.... =) thankz.... entry yg sgt2 bermakne...