Pages

Tuesday, June 7, 2011

Komen Bantahan : Saya Dah Tak Nak Couple Dengan Awak!

Ini adalah entry susulan daripada entry 'Saya Dah Tak Nak Couple Dengan Awak'. Berikutan ada beberapa komen bantahan dan ada yang tidak faham apa yang cuba diketengahkan dalam entry tersebut.. So, kat bawah ni aku ada printscreen beberapa komen bantahan yang mengatakan cerita tersebut tak best sebab sad ending dan pendapat yang diberikan mereka..

KOMEN 1 [Cempaka Sari]


RESPON

Apa yang cuba diketengahkan dalam entry tersebut adalah, budaya couple yang semakin menjadi kebiasaan para remaja sekarang terutama pelajar sekolah. Situasi tersebut sangat menakutkan. Adakah semua yang ber'couple' sememangnya ada niat untuk berkahwin?  Aku boleh nak ubah cerita tersebut supaya Seth ajak Nora kahwin serta-merta. Tapi adakah semua yang bercouple sanggup atau mampu kahwin di usia yang muda? Apasalahnya, lepaskan dia. Jika anda sudah bersedia nanti, terus hantar rombongan meminang dan nikah! Jika betul itu jodoh hangpa, takkan lari gunung dikejar.

Bimbingan? Didikan? Rasanya sudah cukup apa yang Seth sound Nora dalam cerita tersebut. Jika Nora ada kesedaran, pasti dia akan cuba mencari mana-mana ustaz, ustazah atau pakar agama sebagai rujukan untuk dia terus berubah. Alasan untuk memberi bimbingan kepada couple adalah tidak boleh diterima pakai. Matlamat tak menghalalkan cara. Walaupun niat baik nak bimbing pasangan, tapi tak mustahil akan berlakunya zina hati kerana masing-masing amat mencintai antara satu sama lain. Cara terbaik mengelak zina hati, usah berhubung dengannya.

Sequence ke arah zina adalah lebih kurang begini:

Pandangan > Lintasan hati > Khayalan > Keinginan > Tindakan > Zina kecil > Zina besar..

Ingatlah.. Iman manusia akhir zaman adalah senipis kulit bawang. Mampukah anda terus menahan bisikan syaitan jika terus berhubung dengan orang yang anda cintai?

Dan ayat 'mengendeng' yang dituju kepada orang yang menyokong entry tersebut amatlah tidak wajar. Itu boleh menyebabkan fitnah jika pemberi komen tersebut memang tiada niat untuk mengipas. Suka diingatkan, aku seorang yang anti kaki ampu. Kalau aku salah, sila tegur.

KOMEN 2 [Kak Diana]


RESPON

Sudah jelas lagi nyata yang kisah tersebut berkisar tentang couple, bukannya suami isteri. Sory to say, memang jahil kalau ada suami yang macam tu. Adakah patut lepas nasihat isteri, terus cerai? Heheh.. Agak kurang logik. Isteri tu beb. Entry tu cakap pasal couple. Sebagai pedoman kepada pakwe-pakwe yang terbuka hati untuk berubah dan memberi nasihat kepada awek masing-masing supaya turut berhijrah ke jalan yang diredhai. Kemudian, tinggalkannya buat sementara. Kalau tak mampu nak menghadapi perpisahan dan tak yakin dengan jodoh, ajak kahwin terus. Tak payah nak berdolak-dalik nak terus ber'couple' dating sana sini, sms 24 jam, dengan alasan nak mendidik.

KOMEN 3

Ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati kerana aku menggunakan nama Seth dan Nora Elena sebagai watak cerita tersebut.

RESPON

Aku pun tak pasti kenapa ada yang membangkang. Adakah kerana mereka anti kepada Aaron Aziz atau Siti Saleha? Atau mungkin mereka meluat dengan drama Nora Elena? Jujur aku cakap, aku sendiri pun tak layan sangat cerita tu kerana ditayangkan pada waktu maghrib. Bukan nak cakap aku alim pergi masjid. Cuma, ayah aku marah kalau tengok TV waktu maghrib. Haha..

Andai aku guna nama Gambit, Tiz Zaqyah atau Doraemon sekalipun, point yang ingin disampaikan tetap sama. So, nama watak tak penting. Apa yang penting, point cerita tersebut. Harap Maklum. Tak puas hati jugak? Hangpa copy paste cerita tu kat blog hangpa, lepas tu taruk la apa saja nama yang hangpa suka. Heheh.. Nak puaskan hati semua orang adalah mustahil!

Harap faham dengan penjelasan ini. Banyak lagi sebenarnya yang komen. cukuplah dua komen tu saja aku printscreen. Ingat! Jangan sentap pulak. Aku bukan marah tau. Bukan nak biadap atau apa. Jauh sekali nak ajak berperang. Entry ini bersifat umum. Bukan khusus kepada pengomen-pengomen tersebut sahaja. Harap maklum. Kalau nak penjelasan yang lebih jitu, bleh rujuk kat laman iluvislam.com. Situ banyak penjelasan terhadap larangan couple. Aku pun bukannya baik. Pernah jugak couple dulu. Tapi sekarang single-mingle ok. Haha.. Promot!

UPDATE!
klik link di bawah

SZ : Kalau asyik nak cerita happy ending, tengok cerita melayu la.. heheh..

47 360 juta komen:

Chempaka Sari said...

wah...alang alang, abg SOLIHIN ni linkkan lah sekali blog saya haha. (gurau)

Okay saya berbangga komen saya diberi perhatian. Itu pendapat ikhlas dari saya. klu semua setuju saja, tak indah dan warna warni lah kan alam blog ni? hehe.

^ai-mie : 아이-미^ said...

kalau ada yang tak faham jugak, tak tahulah nak cakap ape...

Chempaka Sari said...

Yang ini saya setuju....

"Kalau tak mampu nak menghadapi perpisahan dan tak yakin dengan jodoh, ajak kahwin terus"

Siti Safiyyah said...

nak tambah sikit..
skang ss tengok budak2 sekolah trend kapel kejap lepas tu break. kapel dgn orang lain pulak pastu break.. errkk pegi skola nak belajar ke nak kapel ni dik?? dah macam 'budaya kapel break' pulak dah. lepas tu bila tegur, macam2 la alasan. yg kapel kononnya berlandaskan kapel islamik pon same jugak. kalo tego macam2 la kua alasan dia.

Izamir Ridzwan said...

kalau dah tak sabar dgn nafsu tuh, kawin je..

cantekk said...

oh...mengapakah ;-D

mst ada something kt hati tu kok serius sgt mbangkang nye..

chill la, org ngajo buat kbaikan pon..jgn la pesong2kan ape yg cube disampaikan..

*ada ke yg nk ngendeng dgn org tak baik?

yatie Awang said...

biarlah apa yg dia orang nak cakap mungkin itu fahaman dia, yang pasti kita sampaikan sesuatu yang berguna

Muslimah Optimis said...

yep setuju sangat.. kalau nak bercouple tu pon boleh je bukan tak boleh tapi biarlah couple yang halal untuk kita ingat dia sepanjang masa, halal untuk bersentuhan dan sebagainya..

p/s: siap pomot tu tak tahan..hahaha.. nanti kalo walimah jangan lupa jemput adek-badek KBU tau..:D

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

spt komen akak hr tu..susah nak cr lelaki beriman utk dijadikan suami di zaman skrg ni

adanhayad said...

aigoo. org labih memerhatikan care encik SZ plotting cerita dari isi yg cube diketengahkan....

p/s ; lelaki tu tgglkan pompuan tu sbb die yakin kalo diorg still kapel, kecenderungan utk ke arah maksiat mmg bsr.

ade yg kate, diorg boleh blaja agama sesame what...

mendekati agama bukan alasan utk lelaki dan perempuan kapel. ade satu cerita psal kapel islamic dan analogi diorg dgn keharaman babi, carik la, dan korg akan phm.

qasehraihan said...

blurrr..hehe..
SZ bila nk kawen??

NuSaNa NoSa 91 said...

SZ, biasalah.. dlm satu entry, akan berlainan fahaman setiap org.. utk org2 yg camni, kita kena komen blek dia, kasi betul fhmn dia.. ni berdasarkan pnglmn keen la.. huhu~

QaRr JaliL said...

waaa..speechless...
bro SZ smakin berani..
hoho

diana said...

ok je..
cuma cara cerita tu disampaikan salah..
sebab semuanya berlaku dalam sehari dan dia bagi alasan tudung la baju ketat la..
sedangkan puncanya dia tak mau berkapel je..
kan baik awal2 cerita dia terus je jumpa dan kata kita putus hari ni sebab saya rasa berkapel itu haram..
awak duduk je kat umah.kalau ada yang berkenan kat awak,insyaallah ada la yang masuk meminang..:)

Siti Mashitah Saidin said...

betei.. masa belajar dulu, ustazah pernah cakap.. kalo kita kapel niat betei2 nak kawen, tak salah... huhuhu... tapi skrg nih dah macam trend...

*plus, lebih2 kan artis pulak, dr agama sndiri

sarah-najwan said...

semua org tak sama pemahaman masing2 mengikut keadaan sdiri..

kita menulis berdasarkan kata hati kita..sehingga kita berpendapat bhw tulisan kita tidak menyentuh sensitiviti org lain..teruskan berkarya..jika ada yg memberi pendpt..itu pendapat dia..kita terima dgn hati terbuka..

Aretikz said...

waka waka hey hey.. ahakz.. aku pun single juga ni.. promot sat.. haha..

: husna : said...

susah nak cari manusia yg betol2 paham dengan jiwa kita.. mcm nak cari pasangan jugak la..chewah..haha...


budak2 sekarang trlalu obses dgn couple. kalo xde pasangan xleh hidup agaknye.. ntahlah, tegur kan melenting,sentap...cesss,sabor jela

zikeryhassan said...

setiap orang berbeza fahaman, walaupun apa yg kita cuba sampaikan tu dah jelas.

aku ingat nak suruh mak aku carikkan jodoh. pastu kawen teros la. hihi

adan said...

khusyuk aku membaca entri ni..

last2 "kalau nak tengok cerita happy ending tgk cerita melayu la" ahahaha..

Solihin Zubir said...

@Chempaka Sari : trima kasih sbb sudi memberi pendapat..

mmg setiap org x sama pemahamannya.. sbb tu sy cuba jelaskan bg fhm. =)

Siti Hajar Masri said...

solihin:
aku faham cerita kau dan aku faham apa yg nk disampaikn oleh kau..kadang2 pendapat masing2 ni berbeza..apatah lagi kita post kat blog..setiap org yg beri pendapat tu merasakn pendapatnya benar walaupun org lain rs salah so kita x boleh nak buat apa2lah kalau dh nmnya pendapatkan..tp guna nm seth dgn nora aku suka tp x sesuai dgn situasi yg ko cite tu..;p

Solihin Zubir said...

@diana :

akak.. sy dh ckp kan.. yg penting, ambik point..

kalau jln cerita dia tiba2 trus jumpa n putus, lpas tu suruh dok rumah, adakah org akan dpt point tersebut..? tiba2 saja nk putus..?adeyhhh..

xpelah.. kalau akak tetap nk ckp cara cerita tu disampaikan salah jugak wlaupun sy dh explain, terpulanglah..

akak boleh olah balik cerita ni ikut cara akak supaya pembaca yg punya fahaman mcm akak faham..

rebecca melessa said...

kenapa ada yang xstuju?mmg kalau ikutkan dalam islam di larang utk bercinta.sebab takut kalo ada pihak ketiga aka syaitan menghasut.

rasanya bukan x adil tapi lebih baik selamatkan kedua-dua pihak supaya idup lebih di redhai. kalo ada jodoh kan mmg x ke mana..hehhe

sori, saya yang jahil jz bg pndapat je :P

ciknabil-a said...

dah balik kampus x blh nak tgk tv dah...

lamanya x follow entry kat sini. :(

diana said...

kedekut!!
tak de backline...

























larikkkk!!!

k e y r i said...

couple is trouble single is simple. kalau dah suka tu hantar jelah rombongan, xpayah susah2kan diri nak bercouple bagai. setuju entry ni :)

nurul said...

"ngendeng"?? hahaa.. bru pernah dgar perkataan tu.. huhuu.. hmmm sy x rasa la cara cerita yg abg SZ bt tuu x btol...yelah... lau nk diceritakan dari awal org tu couple msti pnjang berjela2.... so ape yg sy sgt faham.. abg SZ nk berikan pngajaran tntang coulpe ni.. n bicara soal jodoh plak... sy stuju jgak dgn sape2 yg mgatakan kalu psangan couple tu berpisah dgn cara baik then akhirnya ALLAH telah mnjodohkan mereka satu hari nnti... siapa lah kita nk m'pertikaikan jodoh yg ALLAH dah ttapkan btol x???? huuhuuu...

* DON'T WORRY BE HAPPY ^_^

Hansyirah Takezur said...

macam orang, macam2 ragam..
hidup kena ada pengorbanan.
bukannya macam novel yang sentiasa happy ending. ye dak? :)

tia @ Ini Kisah Tia said...

wah gitu yee . betul lah tu . kita memang takkan dapat puaskan hati semua orang . kita tak boleh paksa orang terima pendapat dan pandangan kita . okey , masing2 dah keluarkan pandangan kan . so , terima aje . orang yang membaca mesti boleh tau siapa betul dan siapa salah XD

Tak Payah Susahkan Diri

Cik Mun said...

haih macam-macam hal. apapun matlamat tak menghalalkan cara. xplah, sekurang-kurangnya kita berperanan untuk mengingatkan ye dak? up to them. :)

kembatolo™ said...

aku pon single jugak. haha.. promot!

The Crow said...

hehehe.. pandai solihin buat entri panas2. keh3..

Biaselah, ramai orang beri pendapat. Kita hanya menerima. tak boleh kata mane satu yang betul. Yang penting point kita tu tak lari dari apa yg kita maksudkan. orang lain tak faham? biarkan. tahap pemahaman semua orang mmg tak sama dan tak akan sama. koh3..

(^_____^)

MSBS said...

Apa yang tak adilnyer? Islam halalkan couple sekiranya sudah bernikah, bukannya sebelum kawen...

kalau kita kata tak adil, maknanya kita kata Allah tak adil sebab Allah melarang perhubungan lelaki-perempuan bukan mahram tanpa sebab yang dibenarkan syarak!

pada saya, ini berkait rapat dengan hukum hakam. bukan boleh sebarangan keluarkan pendapat...

fikir sebelum menaip, takut2 bercanggahan dengan Agama.

Wallahu a'lam bissowab

Amna.Qadeeja said...

perghh fenomena tol nora elena 2 eh hihi sib baek sy xgila sgt citer 2

ala adaptasi novel biasela kan

haha confirm ke single inchik solihin oii ;D

zacky786 said...

stuju sgt..~

habsahharun said...

pemahaman orang ni berbeza-beza.

bagus buat entri mengingatkan macam tu..orang nak terima atau tak terpulanglah, tak boleh nak paksa-paksa.

semoga kita sentiasa beringat-ingatlah sesama Islam..InsyaAllah..

cek chun said...

ada jumpa tak mamat yang macam seth tu lihin.
akak dok tunggu nihhh..
jumpa kat pekan rabu okeh.

De'din said...

sama lah dgn aku,,
asal dekat2 maghrib ja,,
mesti tutup
nnti kang x pasal ayah aku hempuk tv tu macam,,
aku kecik2 dulu,,,

p/s: hempuk2 pon still p repair juga..
=)

Megat Azfar said...

lol, ada blogger kata bercinta itu dilarang dalam islam.

Islam tak melarang untuk kita bercinta, tapi melarang kita bercouple.

aku ada experience cinta dahulu, beliau seorang yang sangat sayangkan Allah dari aku, maka dengan itu kitorang lepaskan hubungan itu dan kembali dekat denganNya.

Walaupun kita suka macam mana sekali pun, bercouple is not a good way. Bak kata dia, kalau cakap nak kawin, jangan cakap kat dia, cakap kat abah dia. Whoa! Berani kau.. HAHA !

hikari said...

tetibe rase rmai yg promot status diri plak kat ruang komen ni..ha3
SZ, kat ruang komen ni xde button ntk like komen org ke mcm kat fb???byk sgt komen yg sy nk like nih..=)

Sunah Mohammad said...

hehe... semua sebab nora elena dan seth punye nama... ce letak nama lain, mesti depa setuju semuaaaaa... kannn?

ape pun, point yang nak disampaikan tu ada betulnya... huhuhu...

f_aRa_aINa989 said...

laaa, guna nama cerita nora elena pun ada jugak yg x setuju...haih...

bukanke nama dan watak adalah dalam cerita adalah rekaan semata-mata. Tiada kena mengena dengan yang masih hidup ataupun dah mati. Heee...=D

azwa amani said...

alahai..lama nyer tertinggal jauh dalam blog ni...ermmm, hot ni...hehehehe :)

kau sajalah... said...

pndapat masing2 lah konon!! pndapat ikut nafsu klu dh hukum mengharam bercouple haramlah dalam al quran dan hadis tak menghalalkan bercouple dan tak ada bercouple dalam islam jgan pandai memandai buat dalil sendiri nnti dihadapan ALLAH berani kah! jawab mcam tu klu nk bercouple tunggulah jd suami isteri kan lagi selamat dunia dan akhirat

Nadiranad said...

Har, pun ada. Terikutkan character kt situ agaknya xD

Anonymous said...

saya sokong (pandangan) penulis!!..:D
trimas kerana berkongsi kisah 'saya dah taknak couple' dan memberi pandangan pada komen2 tersebut..
"peace forever, no war"

sejahtera ke atas kalian(translated)