Pages

Saturday, June 18, 2011

Kisah Pemanjat Pokok Kelapa


Seorang pemanjat kelapa berada dalam keadaan yang sangat bahaya. Ketika dia berada di puncak pokok kelapa, ribut melanda beserta angin kencang sehingga kakinya tergelincir, tetapi dia sempat berpaut pada pelepah kelapa yang terjuntai. Keadaannya seperti telur di hujung tanduk. Dalam keadaan yang genting itu dia berseru, “Ya Allah , selamatkanlah aku dari jatuh. Jika selamat ,aku akan sedekahkan seekor lembu untuk seorang miskin.”

Sejurus kemudian, tangannya dapat berpaut kembali pada batang pokok. Namun ribut masih bertiup kencang. Keadaannya walaupun agak lebih baik daripada sebelumnya, tetapi dia masih belum selamat. Berpaut sekuat-kuatnya pada batang pokok, dia berseru lagi, “Ya Allah, sekiranya Engkau selamatkan aku daripada jatuh, aku akan sedekahkan seekor kambing untuk orang miskin.”

Setelah bersusah payah, dia berjaya turun hingga ke bahagian tengah pokok kelapa. Harapannya untuk selamat kian cerah, walaupun angin ribut masih bertiup kencang. Kali ini dia berseru, “Ya Allah, kalau Kau selamatkan aku, aku akan sedekahkan tiga ekor ayam.”

Akhirnya dia sampai pada kedudukan yang lebih rendah, dan doanya berubah lagi, “Ya Allah , sekiranya aku selamat aku akan sedekahkan seekor ayam.”

Ribut telah berhenti dan dia telah berada di kedudukan yang selamat. Dia pun melepaskan tangannya dari batang pokok lalu berpura-pura jatuh. “Ya Allah, rupa-rupanya aku jatuh juga,maka tidak jadilah aku sedekahkan apa-apa pun.”

Moral : Dalam keadaan susah, manusia sering ingatkan Allah tetapi apabila senang, manusia mudah melupakan-Nya. Adakah kita tidak malu mengharap bantuan Allah ketika susah sedangkan sewaktu kita senang kita melupakan-Nya?

sumber : Majalah Solusi

SZ : Mood blogging semakin tepu...

41 360 juta komen:

cik nisa said...

nnt mood tu akan kembali la..
jangan wat follower kamu ternanti-nanti entry kamu yang seterusnya..

yatie Awang said...

lumrah manusia, akan mengingat Tuhan apabila susahkan, semoga kita tidak tergolong di dalamnya...

cik nisa said...

nnt adalah balik kot mood nk blogging.. jgn wat follower anda ternanti-nanti entry anda yang seterusnya..

Aman Ibrahim said...

kerana manusia itu mudah lupa, sebab itu Allah berikan ujian dan dugaan agar mereka beringat dan sedar. Thanks for this enrty..

cucu umie said...

betol ckap bro..time susah setiap mase kita akan berdoa and menhadap dia sentiase tpy time senang still menghadap ptapi buat sambil lewa..

Acik said...

Owh, bikin ambo bengang! Moral of the story tu yg penting, kan! Memang itulah hakikatnya ... Renung2kan!

diana said...

heheheh...
ada ramai orang gini..
masa susah doa bukan main2 ..
bernazar bagai..
bila dah dapat apa yang dia impikan,
semuanya jadi "nanti la.."
"tengok la bila2.." dan ada yang kata.."tak payah la.."
hehehh

erniemusliana said...

manusia kini.

Hazwan Arif said...

bese la manusia, bila senang makin jauh dari tuhan..sbb itu kesenangan itu adalah satu ujian dr Allah..

Bukan Sekadar Cakar Ayam

Cik Miera said...

betul tu sz..kdg2 kita lalai dengan kesenangan yg Allah beri... manusia mmg xtau bersyukur.. Saya pun mcm tu.. huhu

syAfA said...

itulah manusia.termasuk sy sendiri.
sebab itu Allah uji kita sebab nak dekatkan diri kita kepdaNya yang selama ini kita sering leka kepadanya.~

sentiasa ingt Allah sammada senang atau susah,bila kesenangan ada,kita bersyukur,bila diuji kita bersabar..

azwa amani said...

jangan bermain dengan doa... tapi itu yg selalu kita lakukan. bila senang kita lupa pada Allah...Ya Allah, ampunkan aku

Mohamadazhan.com said...

relax bro....kasi tenang utk kembali berdiri =)

GamUHU said...

HAHA! bapak aku penah ceta dulu.

ainina jelani said...

huhu, betul manusia sering ingat pada Allah bila kesusahan, buat solat hajat, istikharah bagai. tapi lepas dah selesai semua masalah, semua ditinggal, solat kemana, Quran ke mana. hmm, memang ramai yang mcm tu kan? tak pernah nak sedar kesenangan itu semuanya datang dari Allah. memang mcm dah jadi trend sekarang, kalau nak apa-apa, contoh lulus ujian, mesti buat solat hajat bagai, tapi bila dah dapat, erm, diraikan dgn parti besar-besaran, lupa Allah

shahjiehan said...

hahaha.. niat tu yang dah x betol... hahahaa

CassiaSiamea said...

tuhan pun nk bohong ka??

NuSaNa NoSa 91 said...

teruknya la klu camtu.. huhuu~
manusia sering memungkiri janjinya.. na'uzubillah.. T_T

cantekk said...

ermm,,, tpukul la jgk,,
sbb aku pon mcm tu,,
rezki asik rasa tak cukup...
sbb tak bersyukur..

bersyukurlah tak kira kita susah atau senang...

aLya maNip said...

uishhh..sempat lagi cmtu..mntak2 la jauh dr perasaan cmtu..jnji ngan ALLAh..

Raden said...

kuajo punye pemanjat pokok...!

sarah-najwan said...

begitulah sikap manusia
saat2 akhir baru nk igt allah..
masa2 gembira..lalai

wath said...

sy sndri pn camtu..mari bermuhasabah diri

puteri ain said...

tapi itu lah realitinya ..
sama2 lah kte muhasabah diri. nice entry ;)

EZAN IDMA said...

hmm cerita yg simple, tp mmberi seribu makna. semoga susah sanng sy dengan ALLAH swt. Mudah2han sedikit pon tidak lupa akaNYA.

P/s. Take a rest, waiting for ur new briliant entry ya? :)

Fyqa said...

lupa dri tuh !

liyana said...

nice entry..
same2 mhsbh dri

zarazueyin said...

semoga kita x jadi mcm tu

nulhazwany abdul malik said...

manusia memang selalu lupa nak bersyukur.

sama2 amek iktibar. :))

shahjiehan said...

rangkin blog hang tinggi gila.... dasyat!!!

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

salam SZ
kemana hilangnya mood berblogging?

mmg kita selalu mengharap Allah ingat kita saat kita susah,tp bila senang kita lupa Allah,bila sht kita lupa zikir...terima kasih atas peringatan yg baik ni

k e y r i said...

ni dah macam main2 ngn allah dah ni. kemain lagi janji2 ngn allah tapi last2 lupa diri. haish. =.=

Everlasting Eternity said...

menarik2...
mntak izin nk copy bole?=B

hoyahadis said...

lumrah manusia memang macamtu.. walauapapun Allah maha pengasih.. tetap diampunkan dosa hambanya setiap kali ada rasa keinsafan di hati hambanya..

hoyahadis said...

menarik kisah ni..lumrah manusia memang macam tu.. walauapapun Allah itu maha pengasih.tetap diampunkan dosa hambanya setiap kali ada rasa keinsafan sebenar dihati2 hambanya..
bermuhasabah diri selalu boleh membawa kesedaran dan keinsafan pd diri sendiri..

♥cmª shIemª♥ said...

huhu..menginsafkan..

cari lah mud berblog tu..:P

hikari said...

mudah kalau mahu sukar kalau tak mahu..idea tu mmg dtg dr Allah tp dpends cmne kte push ntk dpt idea tu..
moral of d story:jgnlah tepu kan mood ntk berblogging...nanti nk blogwalking kat blog sape?he2
may u have all the best-es in life..=)

Qaseh dalia adelia said...

yup manusia seringkali takut bila berada dlm kesusahan ..tapi di kesenangan mereka alpa

bunga said...

semoga semua hamba-NYA tidak menjadi seperti pemanjat pokok kelapa itu..semoga kita dilindungi oleh-NYA dari sifat itu..:)

Aretikz said...

Tak kira susah atau senang.. hnya mereka yg kuat akan mengangap itu ujian atau nikmat tuhan.. tetapi.. mereka yg lalai, akan mengangap itu sebagai musibah dan keseronokan..

dan secara amnya, hanya time susah bru terfikir Dia, muhasabah diri dalam keadaan senang sekalipun..

f_aRa_aINa989 said...

mood blogging tepu sbb sy x update eh??

hua3, ;p

p/s: selalu manusia memang akan ingt Allah time susahje. X tau nak ckp macam mana. Tp tu lah kebenarannya..