Pages

Wednesday, June 22, 2011

Kisah Cawan Yang Cantik

Kisah ini merupakan satu teladan kepada kita semua tentang kenapa selama ini kita sering ditimpa dugaan yang adakalanya sukar untuk kita tanggung dan terlalu menyakitkan.


Sepasang datuk dan nenek pergi ke sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yang cantik. "Lihat cawan itu," kata si nenek kepada suaminya. "Wah! Inilah cangkir tercantik yang pernah aku lihat," ujar si datuk. Ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cangkir yang dimaksudkan berkata-kata.

"Terima kasih kerana tertarik denganku. Perlu diketahui bahawa aku dulunya tidak cantik. Sebelum menjadi cawan yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna. Namun suatu hari ada seseorang dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar. Kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening. Stop! Stop! Aku berteriak.

Tetapi orang itu berkata, 'Belum!' Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang kali. Stop! Stop! teriakku lagi. Tapi orang ini masih meninjuku, tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi dia memasukkan aku ke dalam api. Panas! Panas! Teriakku dengan kuat. Stop! Cukup! Teriakku lagi. Tapi orang itu berkata, 'Belum!'

Akhirnya ia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk. Aku fikir, selesailah penderitaanku. Akan tetapi, sangkaanku meleset. Setelah sejuk, aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mula mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan. Stop! Stop! Aku berteriak. Wanita itu berkata, 'Belum!'

Lalu ia memberikan aku kepada seorang lelaki dan ia memasukkan aku sekali lagi ke dalam api yang lebih panas dari sebelumnya. Tolong! Hentikan penyiksaan ini! Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya. Tapi orang ini tidak peduli dengan teriakanku. Ia terus membakarku. Setelah puas "menyiksaku", aku dibiarkan sejuk.

Setelah benar-benar sejuk, seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku berdekatan kaca. Aku melihat diriku. Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku." Datuk dan nenek itu terdiam membisu. Lalu diceritakan kisah itu kepada cucunya. [credit]

Pengajaran

Seperti inilah kehidupan membentuk kita. Dalam perjalanan hidup akan banyak kita temui keadaan yang tidak menyenangkan, sakit, penuh penderitaan, dan banyak air mata. Tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi 'cantik'.

Jangan lupa bahawa dugaan yang kita alami tidak akan melebihi kekuatan kita. Ertinya tidak ada alasan untuk tergoda dan terjerumus ke lembah dosa. Apabila kita sedang menghadapi ujian hidup, jangan kecil hati kerana Allah sedang membentuk kita. Bentukan-bentukan ini memang menyakitkan. Tetapi setelah semua proses itu selesai, kita akan dapat melihat betapa cantiknya Allah membentuk kita untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan akhirat kelak.

42 360 juta komen:

Hazwan Arif said...

yup,,jgn putus asa.berusaha dan trus berusaha..
nice sharing bro~

My Blog

Alin said...

yang penting sentiasa ingat Allah^^

Rtp Farra Arisha said...

nice writting. love it most! :)

ps: semua benda susah jika ingin menjadikan sesuatu itu cantik, kerna semua itu memerlukan proses and so with the cup too...

liyana said...

btul
thumbs up!

FasiHaH SupiaN said...

ya benar tu SZ, Inilah kehidupan, kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha. Tiada kejayaan yang datang dengan senang, ia memerlukan jerih perih menempuhi dugaanyg datang..

Dawa said...

kisah dan pengajaran melalui analogi seperti ni mmg akan terkesan dlm hati :)

Qaseh dalia adelia said...

kisah yang punya pengajaran .. tq for sharing

yatie Awang said...

segala ujian yg diberikan akan menambahkan lagi keyakinan kitakan dlm menjalani kehidupan, dan untuk kecapi hidup bahagia, jalan yg berliku harus kita jalani...

zarra nazura said...

terbaik....iloike

Hashira Yusoff said...

Aku bersyukurlah ketika diriku di SAKITI krn ia 'mendidik' diriku agar menjadi
org yg lbh berSABAR. Dan aku bersyukurlah disaat ia tidak memPEDULIkan krn ia mendidik diriku agar m'jd org yg lebih TABAH & BERDIKARI..InsyaAllah, Amin Ya Rabb..^_^

--> #wordless wednesday #2 :AWAS!! Domo-kun sedang memusnahkan sebuah bandaraya.

diana said...

insaf :)
akak nak berusaha "mencantik" kan jiwa akak ni..

♥cmª shIemª♥ said...

salam sz..mmg cerita yg best..
motivasi kat diri sendiri..
huhuhu...

sarah-najwan said...

kesimpulannya..bukan senang nk senang..kena byk lalui kesusahan dan selalu berdoa agar kita sentiasa dlm landasan yg betul..

EedaFizZ said...

like this entry..:)
bkn mudah utk jd 'cantik'

ecah mashuri said...

:)

nice post.

azwa amani said...

bagi amani, kecantikan itu pula adalah kekayaan dan kebijaksanaan sebab punya banyak pengalaman...mcm cawan, banyak yg ditempuh, sudah tentu banyak pengalaman dan membuatkan dia kelihatan cantik :)

nice entry lahhh :))

wath said...

bile la aku nk jadi cantik ni kan..

izzah azhar said...

cool~

zarazueyin said...

nice entry..

idanirha said...

nice entry..kita perlu merasai penderitaan sebelom dapat merasai kebahagiaan ^___^ itulah KEHIDUPAN !

Halimatun Sa'adiah said...

pahit kn manis jua akhirnya...

puteri ain said...

dugaan itu akan menyedarkan kita . membuat kita rapat dengan Nya . dan akan menyedarkan kita .

nawwar_hanifah said...

like!! =D
sharing is caring..

ishiko said...

wahh!! takotnya kalo cwn tiba2 blh ckp mcmtu, hehee..
asam garam kehidupan^^

Mohamadazhan.com said...

harap ujian ni dipermudahkan oleh-NYA =)

lilypelangi said...

kisah penuh pengajaran .

hm , i like it !

chemay said...

life is not easy.
learn to handle all the obstacle.
then you'll be someone
:)

sesegar said...

Alhamdulillah....
jakallah mengingtkan..
nasib baik hang letak pengajaran,bila tak baca pengajaran,macam boleh ditafsirkan sebagai,untuk cantikkan physical kena melalui pelbagai kesakitan....wakaka!
cetek betul pemikiran aku :P

NuSaNa NoSa 91 said...

di sebalik kesusahan, akan ada kesenangan selepasnya.. jgn berputus asa dgn rahmat-Nya.. ^_^

Fariq said...

what a nice story...
akan lebih berusaha untuk mencantikkan diri dari segi amalan dan peribadi.. sekian..

cucu umie said...

bagi ayie..penglamn yang akan menjadikan kita berusaha untuk berubah kepada kebaikan dari hari ke hari,..mcm cawan yg pernah lalui bnyk rintgn seblom menjadi cantik

RedVixen said...

nak menghasilkan cawan yang cantik tu pun bukan senang. kena bersusah payah dulu.

aku pernah buat, memang tak senang macam yang dilihat.

kena cari tanah yang terbaik yang hanya terdapat kat lokasi2 tertentu je. kalau tak, tak jadi.

kena uli sampai rasa nak tercabut tangan. kena tapis. kena pastikan tanah tu betul2 halus.

masa membentuk, kalau takde ilmu, jangan harap nak jadi bentuk cawan.

masa bakar pulak, kalau lah ada seketul batu yang maha kecik kat dalam tanah liat tadi (sebab proses tapis tak betul), tembikar tu akan pecah.

dah kena buat semula.... T^T

kena banyak berusaha untuk mendapatkan cawan yang cantik. takde usaha, cawan cantik tu takkan wujud. kan?

Budak Botak said...

Dalam berblog pon lebih kurang mcm nie la, kita akan rasa susah dulu sebelum blog kita terkenal... He3...

Entry terbaru -> Blogger Buat Segmen Wordless Wednesday & Spontaneous Thursday Patut Bersara... (",)

Mrs.Yie said...

sakit,jatuh,derita,penyiksaan..adat resam dalam kehidupan sebelum menuju sesuatu kejayaan..

: husna : said...

nice! penuh dengan teladan.
betul! Nabi sendiri pun dalam myebarkan agama Islam diuji dengan pelbagai penderitaan dan ujian sebelum islam tertegak

puanbee said...

kesian cawan tu :)

hanizatul.amira.amran said...

conclusion nye: bukan senang nk senang :)

stiap kesukaran & kesusahan, pasti ade kgembiraan@kebahagiaan di penghujungnya :)

LiLohOnEy said...

indahnya cite ni. masa mula2 baca tu dah sedar mesti ada kaitan dgn manusia.

thx 4 sharing :)

hikari said...

my self-motivation up lg satu tangga..thanks bro!
(^_^)

Aretikz said...

oleh itu, marilah kita semua bermuhasabah diri, dan mengutip seberapa bnyak ilmu yg boleh.. InsyaAllah, akan jd cawan yg cantik.. ^_^

f_aRa_aINa989 said...

nice one, :)

::miss vanylla:: said...

suka bce entry nie... =)
sesuai untuk memotivasikan diri sendiri..
sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang kita xtaw...hanya perlu yakin padaNya...insyaallah, all is well...