Pages

Wednesday, June 15, 2011

Jika Kita Kafir, Adakah Kita Akan Memeluk Islam?

Ini satu persoalan untuk diri kita semua...

Bayangkan.. Jika kita dilahirkan sebagai seorang yang kafir, adakah kita akhirnya akan memeluk Islam? Jika kita sudah dilahirkan di dalam sebuah keluarga kafir yang hidup di dalam kesenangan, kemewahan, dan penuh kasih sayang, sanggupkah kita menolak semua itu semata-mata kerana Islam? Adakah sanggup kita berpisah dengan ibu kita yang beragama lain, dan kita dibenci oleh seluruh keluarga kita kerana memeluk Islam?

Maka tanya pada diri anda sendiri.. Adakah anda akan memeluk Islam, jika anda asalnya kafir? Apakah yang membuatkan anda yakin dan pasti bahawa anda akan memeluk Islam walaupun anda dilahirkan kafir?

Adakah perbuatan anda selama ini mencari Islam? Adakah anda terpesona dengan keindahan Islam? Adakah anda mencari ilmu pengetahuan tentang Islam? Yang sebenarnya, kita pentingkan Islam, atau kita pentingkan perkara lain? Sehingga kita mengabaikan segala perintah Allah dan mengingkari larangan-Nya?

Adakah kita ini Islam pada nama sahaja atau Islam hanya sebab keturunan?

Ayuh bertanya pada diri sendiri dan saling bertukar pendapat. Sama-samalah kita muhasabah diri kita. Sepatutnya kita bersyukur dilahirkan sebagai seorang Muslim. Renung-renungkan..


SZ : Jika aku tersasar, bimbinglah aku kembali ke jalan yang benar..

41 360 juta komen:

Nazim Nasri said...

*berfikir*

Miss Ran said...

nice one pokcik solihin

entry begini di tengah malam mmg mantop

Umi Rasyidah Rahmat said...

yeah... berfikir,merenung dan menghayati...

: husna : said...

insaf...
tak tahu la...
huhu


syukur sebab dilahirkan as a muslim and i wanna to grab dis great opportunity before late.

kan, patut bersyukur sbb lahir as islam, so kenalah jadi islam yg betol2

sissyira said...

salam...

sungguh sekali saya tidak pernah terfikir jika saya lahir dari agama lain...nauzubillah..

melawat rakan blogger yang telah lama ditinggalkan...

FasiHaH SupiaN said...

subhanallah...bersyukurlah keran alhirnya kita islam........
terimakasih SZ...

Faeza Suhaimi said...

masyaAllah, tak pernah terlintas.

syukur alhamdulillah, dilahirkan Islam sejak azali.

cucu umie said...

bersyukur dilahirkan dalam islam disamping didikan agama keluarga yang menyebabkan seseorang itu bukan islam hanye pada nama..

NuSaNa NoSa 91 said...

keen selalu fikir camni.. "klu keen ni kafir mmg pd asalnya, mmg keen xkn masuk islam sbb tengok keadaan umat islam skrg.. amat mengecewakan.. huhuu~ tp, klu dpt hidayah sbb terpesona ngan keindahan Islam tu sendiri, cam saudara2 islam yg baru peluk islam tu, insya-Allah, keen masuk Islam.."

emmmm.. kdg2 malu plak keen ngan org2 bukan islam.. sbb diorg lebih phm ttg Islam drp org Islam sendiri.. huhuu~ T_T

Farhan AJ said...

good one solihin zubir :D

Amna.Qadeeja said...

syukur Alhamdulillah dilahirkan dlm islam.

semoga Allah membuka pintu hati mereka2 di luar sana dan diberikan hidayah :)

wath said...

nk ckp lebih2 terasa hipokrit. aku sendiri tak betul dengan diri aku sendiri..

hana said...

saye pernah terfikir pasal bnde ni dan teramat la bersyukur sbb saye di lahirkan dalam islam..
bukan senang bila kita dalam keadaan kafir akan mendapat hidayah Islam...
semoga kita same2 sedar yg Islam bukan takat dalam ic aje tapi biarlah pada hakikatnye...
=D

Siti Safiyyah said...

kebetulan ss pon memang dah ada dalam draft entri pasal ni. so alang2 ss jawap dalam entri ss jela ea?

Bila Orang Kafir Terbuka Hati Utk Memeluk Agama Islam


^__^

syAfA said...

ye.kdg2 hari2 sy duk sini sy pikir.maklumlah duk negara ramai penganut kristian,katolik.

mahalnya harga sebuah hidayah dari Allah.kadangkan sy pikir,mereka yg x agama islam baik sangat kat sini.sayang nak tinggalkan mereka.

cuma sy doakan kawan2 sini akan menerima hidayah.yang adanya cuma bertanya,nampak berminat. tapi,apakan daya kan?hmm

kawan sy ada yg masih teraba2 agama apa yang ptot dianutinya..dia bertnya ttg islam.

akhirnya dia percaya islam,Allah itu satu.tapi dia kate,dia xley convert lagi.mungkin mcm sy kate mahalnya hidayah itu.

semoga kita yg islam dari kecil ini dikekalkan dalam nikmat islam,dan sentiasa meningkatkan nilai diri kita sebagai org islam yg sebenar2nya..ye x?

diana said...

syukur la akak dilahirkan sebagai islam..
klau islam saja tapi tak dididik dengan cara islam itu yang bahayanya..
boleh sesat..
tapi tengok orang kafir kemudian dia masuk islam..
dia lahir bukan islam tapi hidup dia tak sia2 sebab dia mencari jalan yang benar..
berbanding anak orang islam yang suka ikut jalan sesat..

Siti Mashitah Saidin said...

selalu doa, jangan biar terpesong akidah walaupon sedikit...
minta selamanya dalam islam... amin~

khairunnisa ♥ said...

Assalamualaikum,
jika dakwah dan cara penyampaian
mengenai Islam secara lembut.
Insyallah, hati mereka akan menerima
Islam dengan lembut juga :)
nice sz ^_^ terima kasih.

zarazueyin said...

bersyukur kerana dilahirkan sbg org islam...

Cik Mun said...

proud to be muslim.

Aretikz said...

Islam itu indah, tetapi orangnya yang merosakkan keindahannya itu.. nice one bro ^_^

cik ciput said...

sungguh...sy cuba untuk tidak hanya menjadi Islam atas nama sahaja..kadang2 jadi malu dengan penganut agama lain bila masalah moral yg berlaku kat malaysia ni bnyk dilakukan oleh org melayu kita, atau lebih tepat lagi org Islam..

RedVixen said...

nauzubillah... tak nak1000x. semoga zuriat anak cucu cicit kita pun terpelihara... lahir dalam Islam. Amiinn...

Kakzakie said...

Apabila telah dilahirkan dlm Islam adalah tanggung-jawab sebagai yg melahirkan untuk mendidik jadikan ia sebagai Islam. Tanpa bimbingan iman yg setipis kulit bawang amat mudah digugat oleh syaitan yg telah berjanji kepada Allah akan sentiasa menggoda anak-cucu adam selagi belum kiamat.

Setiap kita ada tanggung-jawab utk menegakkan syiar Islam itu yg pasti.

Syabas SZ....

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

berfikir sejenak setelah mbaca entry kamu...

-bersyukur sgt2..sebab dilahirkan sebagai seorang muslim..

Mrs.Yie said...

kena fikir dalam2 ni..ermmmmmmmm.......

Najmah A. M said...

walaupun saya islam dan bukan kafir, tapi hakikatnya saya sendiri jatuh cinta dengan islam apabila saya mula memcari.

hanya orang yang rasa hidup dalam 'kejahilan' dan kekosongan akan mula mencari erti hidup. dan pencarian itu akan menemukan kita dengan islam.

selagi hati kita tak terasa untuk mencari, jangan kata kafir, yang islam pun tak kan nampak betapa islam itu sebenarnya bukan sekadar agama. :')

qudwa said...

aq penah trpikir soklan ni...takut sgt2...and syukur sgt2 da lahir dlm islam...

♥cmª shIemª♥ said...

suka n3 nie ni..mmbuatkan cma berfikir sejenak..
alhamdulillah..islam agamaku..

Ana Farhana said...

nice entry :))

dhilla nazli said...

tiada yang mustahil kalau diberi hidayah.. tapi kan.. betol jugak.. tak pernah terfikir kalau kita dilahirkan kafir, kita akan masok islam atau tak...

btw syukur lahir dalam islam...

Syuxer said...

good entri bro...:)

hidayah milik Allah s.w.t..semoga kita beragama Islam bukan kerna nama..InsyaAllah..

cantekk said...

aku nk jadi muslimah sebenar,,
ni tgh pelan2 kayuh la ni...
mekasih la igt2kan ni,,

aku perlukan bimbingan n sokongan

cantona79 said...

ingat mengingati sesama insan..

delarocha said...

susah nak cakap. Alhamdulillah dilahirkan sebagai Islam

Islam by choose and Islam by choice mmg banyak perbezaannya

sarah-najwan said...

akak xpenah berfikir begitu solihin..

akak bersyukur pada Allah taala kerana dilahirkn sbg seorang Islam..:)

ciknabil-a said...

nabilah bersyukur di lahirkan dalam islam dan x pernah terpikir plak lau nabilah kafir, adakah nabilah akan masuk islam kew x.

saya bukan tomato said...

*fikir sat -.-'

bagus lah entri mcm ni .. buat kita terfikir dan fahami balik apa yg kita nak , yg kita ada

azwa amani said...

kalau kita betul2 faham agama itu untuk pedoman hidup, untuk menjadi seorang yg baik, dan berjaya dunia dan akhirat...Islam adalah agama tersebut...

maCy said...

very nice one.

kita yg sedia ada ni yg tak hargainya..

naqiah said...

nice lah sz.. :') tu la kan.. smoga Allah memberi hidayah kepada kita semua supaya menghargai Islam

1k untuk bakal pengantin