Pages

Wednesday, June 8, 2011

Islamic Couple vs Babi Islam?

Aku adalah cina muallaf. Sebelum aku memeluk Islam dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, dah macam orang ketagih ganja. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah.. Sekarang Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu dalam Islam tak boleh makan babi, haram. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni? Seminggu aku terlantar di hospital lepas masuk Islam. Jadi, masa kat hospital tu aku berfikir cara mengatasi masalah aku tu.

Akhirnya, aku mendapat satu idea. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia bagai binatang minyak yang penuh. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisik kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Bila dia berak saja, aku terus vacuum. Begitulah kehidupan aku dan babi tu selama 2 tahun.

Selepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Ketika aku nak sembelih babi ni, baru aku tahu yang babi ni tak ada leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi. Sangap gila! Lagipun aku dan bisik 2 kalimah syahadah dan bagi tazkirah kat babi ni. Apa ada hal. Lepas tu, aku pun goreng babi tu dan makan.

Tengah sedap melantak, aku nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. "Ustaz! Jom makan. Babi Islam ni. Halal!" Tergamam ustaz tu. Lantas ustaz tu memberi penjelasan kepada aku. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Sekarang aku dah faham. Aku dah bertaubat dan menjadi seorang muslim sejati.

Kesimpulan

Begitu juga dengan soal couple. Kononnya islamic couple. Bila dating, dating kat tempat orang ramai, bukannya tempat gelap. Si Gadis pakai jubah bertudung labuh. Si Jejaka pula berjubah dan serban di kepala. Dating bukan untuk buang masa. Keluar bawak Al-Quran. Bila berhenti makan, siap Taddarus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Kat rumah, sms atau call pagi-pagi buta suruh bangun qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu? Hahaha..

Kalau benda itu haram, ia tetap haram walau kita cuba apa cara sekalipun untuk menghalalkannya. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Allah melarang perhubungan lelaki-perempuan bukan mahram tanpa sebab yang dibenarkan syarak! Islam halalkan couple sekiranya sudah bernikah, bukannya sebelum kahwin.

artikel asal : everlasting eternity

Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya. Ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan. Ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah : Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua-dua kaki juga berzina dan zinanya berjalan (menuju ke tempat maksiat). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman ( hadis Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada perzinaan.

SZ : Dah pernah baca artikel di atas sebelum ni? Alhamdulillah.. Yang belum pernah baca, sila ambil point, bukan plot cerita. Dan yang masih tak faham larangan ber'couple' seperti dalam entry aku sebelum ni [klik sini], bolehla jadikan artikel di atas sebagai rujukan. Semoga dapat memberi manfaat kepada semua. InsyaAllah..

57 360 juta komen:

yatie Awang said...

Alhamdulillah..kakak dah lepas zaman couple2 ni...tak salah nak bercouple asal kena caranya

De'din said...

kalo ang perasan ada satu gambar
kartun,,,
yang perli bab2 ni,,
x pasti binatang tu anjing atau haiwan,,
manakala satu lagi lelaki dan permpuan tgh berpegang tangan,,
kalo ada gambar tu,,
lgi cepat lah depa faham,,

Dawa said...

analogi yang sangat2 tepat. tahniah buat penulis yang berani, kreatif dan kritis dalam penulisan :)

Miss Ran said...

hurm dah bace..suke bace entry2 begini..rase jahil ble byk mmbace..
byk mende tak tak tahu

QaRr JaliL said...

erm..cerite ttg islamic couple ni..
aku tgh baca satu novel, novel zikir2 cinta..cite die ttg cinta kat sekolah pondok

[aku rasa tak kene mengene dgn post ko..haha]

tapi..kalau ko da bce..komen skit..sje je nak opinion..hehe

hikari said...

saya dh bace!ada org share kat fb dulu..he2 mane ade babi islam kn..same goes with couple la..semoga dijauhkan dari terjebak dgn couple2 ni lg..nk tny la..kalo tgk aurat tnpe ade nafsu kire zina x..ari2 trpksa tgk pompuan2 pkai short..sgt short plak nye...=(

Cik Miera said...

awk... sgt2 membuatkan saya terharu.. benar, yang haram tetap haram. Matlamat tak menghalalkan cara..

Solihin Zubir said...

@De'din : terlupa plak nk boh gambaq tu td.. now, dh boh.. heheh..

diana said...

akak paham la..
dushhh!!dush!!hehheh...


kalau betul pun babi tu dah diislamkan tak lalu akak nak makan..
tengok la hidung dia..eii....

makanya kalau nak peluk islam biarlah berguru..
jangan masuk islam tapi pembimbingnya tak de...
sudahnya terdampar di tepian tanpa hala tuju..

*kang ada la ni sapa2 nak pangkah2 komen akak ni..:p

Nazim Nasri said...

last couple 3 tahun lepas, itu yang pertama dalam hidup saya :)

saya pemalu. saya takut nak pegang anak dara orang. seriously takut.

cek chun said...

Jangan lupa ambik point ye tuan puan. Kang dok tanya pasai pa babi plak. Awat tak hanjing. Hehehe

Lepas kawen la kita kapel. Lagi power nooo.

KELI OH KELI said...

baguih artikel ni....sangat mendalam...perlu beza antara haram dengan najis.

ct-kama said...

adooiiitt...sakit perut ketawa pasal babi islam tu...;p

hana said...

pernah someone cite kat saye dgn penuh emosi dan intonasi yg baek..
mmg lawak la..tp de pengajaran yg baik....
nice share...
=D

hana said...

pernah someone cite kat saye dgn penuh emosi dan intonasi yg baek..
mmg lawak la..tp de pengajaran yg baik....
nice share...
=D

Budak Botak said...

Btol tu yang haram tetap hara, ada lak babi masuk Islam, he3. Setiap yg haram tu ada hikmahnya...

Entry terbaru -> Gegala Wordless Wednesday Pulak Sekarang Ni Ye... (",)

k e y r i said...

LOL. entry ni memang sesuai kalo aku share kat member2 aku ni.lebih baik sentuh babi drpd sentuh awek yg bukan mahram kita!

joegrimjow said...

makan dalam

Mohamadazhan hjDesa said...

artikel yang menarik =)

ahsfantasy24 said...

tu la..
bile dah rase hebat tu,
leh plak renovate2 hukum allah~
Haram is Haram :)

Cik Mun said...

Pernah baca artikel ni. Pendekatan yang menarik :)

RedVixen said...

hahaha... ingatkan ajaran sesat ke hapa ajar babi mengucap.
good entry!! banyak yang terasa pedas ni... :D

liyana said...

pnah bce...thanks for remind..
yg haram itu jelas..yg halal itu jelas...

cantekk said...

babi islam ngn arak halal tu kira sama la ekk ;-)

ermm mekasih atas ingatan ni,,

Jejaka Terhangat said...

kehkeh..mcm pelik je cerita tu.

dan point2 kapel agak kontra dgn entri dari blog the Crow..nak tu, pg terjah sana..=p

qasehraihan said...

sangat mendalam..
bagus entry ni..
perlu dibaca oleh smua geng2 bujang..hoho

cucu umie said...

thnkx untuk penrngn lebih lanjut bro..hehe ayie dh faham dah sekrng nie..incya-ALlah apa yg terjalin skrng terbubar kelak.. mudah-mudahan dipermudahkan.. amin44x..

ayleencutegirl said...

Kalau benda itu haram, ia tetap haram walau kita cuba apa cara sekalipun untuk menghalalkannya. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas.

suka ayat ni !!

nawwar_hanifah said...

bercinta tu bole~
tp perbuatan yg menzahirkn cinta sebelum nikah tu yg salah...bwk dosa..

=)

Aretikz said...

Lo.. aku fikir dah komen dah.. ahakz.. apapapun.. aku tetap nak pegang awek aku.. yg aku dah sah lafaz nikahnya.. keh keh keh..

slagi namanya declare couple, buatlah mcm mna carapun, pelbagai jnis zina pasti dilakukan.. bermulanya hukum harus, mnjadi haram disebabkan qiasnya kepada mendekati zina..

mlainkan mereka yg ingin mncari cinta yg susah bak kata Ustaz Hasrizal (penulis buku aku terima nikahnya).. msalahnya.. dpt ka pula mnjga diri utk mlalui cinta yg susah?

utk zaman ini - 1 dalam sedunia pun belum tentu.. keh keh keh..

m!sZ zAL!nA said...

nak share!!!! izinkan yer

Hansyitake~ said...

hahai sz, asyik post pasal cinta je? ada pape ke nie? ehehe,,

yup, couple is still haram. tapi kita tak boleh deny rasa cinta tu sebab it's a fitrah. tahanlah nafsu. kalo dah suka gak kat someone tu, istikharahlah & doa semoga dia menjadi jodoh kita. :)

zarazueyin said...

gud!
sbg peringatan utk diri sy ;)

NuSaNa NoSa 91 said...

ahahahahaa~ keen pernah bc cite ni.. kelakar plak bila dia cuba "islam" kan babi tu..

tp, camtu la manusia.. menyalahgunakan kekreatifan dan kecerdikan akal.. mcm2 cara yg difikir utk menghalalkan yg haram.. huhu~

Bella Bell said...

yang haram tetap haram :)

shahjiehan said...

rasa cm pnh baca je... hahahha


pedas bg org berkapel nih

Akmal Khalidah said...

Jaga ikhtilat :]

Nur Misnan said...

dahsyat ceta kau bro
tergelak besar masa kau
bela babi 2 tahun siap ajar kalimah lg..
huhuhuhu...
alhamdulillah.. lepas tu kau dah faham
haram tetap haram....

The Crow said...

Wakaka.. apsal kite berbeza pendapat? ah~ taknak kapel dengan solihin la macam ni. pi single kat kedah tu sorang2. wakaka...

Tapi jeles dengan persembahan entri solihin. Mantap belaka. Ade tips? koh3..

(^_____^)

MamaEma said...

hari ini baru akak baca...nice entry..

azana said...

:)

Nzyrahun said...

dah tahu dah hehehe :)

harap2 ada org faham tntg yg mana betul dn salh

Akulah Pak Lan said...

Nice sharing..yang haram tetap haram

Panglima Muda said...

aku tumpang seronok baca cerita ini. Ada babi islam, mungkin ada cerita tentang tuhan syurga dan tuhan neraka, ada setan islam dan ada setan kafir

~nsar~ said...

ada orang komen kat atas tu.. "tak salah couple asal kena cara..." erk?

YOUsoF said...

Cara takkan pernah boleh menghalalkan sesuatu yang memang sejak azali dah disahkan haram..



1st time aku baca artikel muallaf dan babi islam tu Lihin.. BAGUS lah!


THUMBS UP!

chemay said...

niat tidak menghalalkan cara.
:)

kakzana said...

kisah babi tu akak baru ni baca, suka la tulisan Solihin, teringin plak nak tgk orgnya...

ada tak mcm Zubir wartawan tu? hehe..

nik aziemah said...

Nasib baik die jumpe ustaz.. kalau tak.. hurm.. tak tahu la

♥cmª shIemª♥ said...

terang2 dah..couple is haram..xde yg halal pn..
suka artikel ni sz!

::miss vanylla:: said...

entry yang baik bro... =)

delarocha said...

klu dah babi tu, babi jugak... huhu
leher tetap takde

bunga said...

suka entri ini..semoga bermanfaat kepada semua..

EZAN IDMA said...

dah penah baca. yg haram tetp haram kan

SS said...

tak pernah lak dengar pasal islamic couple ni XD

Fariz Danial said...

yang haram tetap haram..

aku pena baca entri ni. tak sangka la boleh popular tiba2 walhal kopipes jer..


anyways, nice entry =]

Maksud sebenar "Lelaki 9 akal 1 nafsu dan perempuan 9 nafsu 1 akal"
► Play. ▌▌Pause.

azwa amani said...

rasanya tak perlu nak couple2 kot...cukup sekadar kita tau dia suka kita, kita suka dia, pastu tak perlu nak mesej hari2 sebab buang masa dan kredit,..layan mcm kawan biasa, dan dalam masa yg sama, doakan agar dia jodoh kita...cukup..