Pages

Monday, June 13, 2011

I Hate Akademi Fantasia! Berkuburlah Selamanya!

Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Illahi kerana malam ini dengan rasminya Akademi Fantasia telah tamat dan bakal berkubur buat selama-lamanya. Elok sangatlah tu! Sepatutnya dari dulu lagi rancangan haram ni dihapuskan. Antara punca kesan pemanasan global di Malaysia ni. Kah Kah Kah...


Selama 9 musim konsert AF ni berlanjutan, tak terdetik langsung hati aku nak terpacak depan TV layan konsert haram ni. Rancangan yang aku sangat meluat dan menyampah. Masa kat kolej dulu, selalu berebut remote-control dengan budak perempuan kat cafe sebab depa nak tengok rancangan sengal tu. Tapi, dengan menggunakan kuasa veto lelaki, kami tukar channel bola. Padan muka! Kah Kah Kah...

Lepas ni tak ada lagilah suara-suara sumbang tak sedar diri nak pakai nombor besar, beratur panjang nak pergi uji bakat AF. Lepas ni, tak ada lagilah rakyat Malaysia yang sengal sanggup membazir duit mengundi untuk mengkaya-rayakan artis pilihan hangpa. Jualan tisu juga bakal mencatatkan penurunan sebab tak ada lagi yang membazir air mata menangisi penyingkiran artis-artis yang gila glamour tu.  Kah Kah Kah...

Lepas ni juga, tak ada lagilah pentas konsert final AF depan masjid. Yang wat entry bantahan tu sembang kencang bukan main, tapi tengok jugak konsert final tu. Haha.. Apa kes? Dan tak ada lagilah entry SEO 'Juara Akademi Fantasia'. Kah Kah Kah...

Kan bagus kalau duit yang hangpa bazirkan untuk mengundi tu digunakan untuk menderma. Dapat jugak pahala. Kan bagus kalau air mata yang hangpa bazirkan untuk peserta pilihan hangpa tu, hangpa tangisi dosa-dosa silam hangpa. Kan.. Kan.. Kan.. Semoga kita semua diberi Hidayah-Nya...

Aman... Aman... Aman... Lagi aman kalau semua rancangan melalaikan macam Mentor, Idola kecil dan yang seangkatan dengannya dihapuskan. Merosakkan akidah umat Islam!

SZ : Tengok Teletubbies lagi bagus daripada tengok AF.. Siyes!

89 360 juta komen:

zikeryhassan said...

aku suka teletubbies weyh. dorg comel. haha

chemay said...

alhamdulillah.
habis pon rancangan entah apa2 nie.
chemay penah tengok betul2 pon masa af2 je sebab mende tu baru nak femes.
lepas tu sampai ke sudah tak pernah tengok dah.
menyampah dengan anak2 melayu yang nak jadi femes dengan cara tah pape
-.-

Muslimah Optimis said...

ermm.. kami xpenah pun tengok AF ni.. hat AF baru ni langsung lagi xtau sapa peserta dia.. selalu kami tau masa AF dah habis keluaq kat paper senarai peserta beserta gambaq... huhu.. ntah sejak dari dulu xminat nak tengok.. betol kan buat tambah dosa ja.. dah dosa dok ada di dah blambak dah nak tambah dosa lagi..huhu.. baik lupakan ja lah..

shahjiehan said...

tgk gmbr ni lagi bgus!! hahaha.. 10 Gambar Superb cantik!

aku pon x minat benda haram jadah nih!

hidayahjamal said...

relax2. . excited sgt la tu AF babai, tp program realiti tv lain ada jugak, biasala nak tarik perhatian penonton kan

Chempaka Sari said...

aah tak tgk pun af dan tak terikir nak buat entry pasal af ape lagi nak search af. Tapi sbb entry awak keluar kat geng blogger saya bukak je lah. hehe. Eh tapi tapi tapi...tgk bola pula macam ne ye? boleh tak ulas pasal bola pulak?

Mohamadazhan hjDesa said...

haha...kueh lama aku tgk hang bantai sakan puak artis ni..haha.

ni kes Tiz pujaan malaya..haha.elok lah diharamkan...rosak habis akhlak moral anak bangsa...

QN said...

SZ : Tengok Teletubbies lagi bagus daripada tengok AF.. Siyes!

QN: tengok hagemaru lagi best dpd AF..siyes!

next komentor:............??

Nzyrahun said...

LMAOOO,aku suka part tisuu tu,sumpah lawak ahahah

NURUL NADIAH MAMAT said...

tak minat langsung...tapi ada baca kat blog pasal program realiti terbaru....Kilauan Emas....tuk warga umur 45 tahun ke atas......menyanyi jugak...huhu....

intan.maisarah said...

setuju.

Ibnu isa said...

betul betul anti ni,, huhu..

maharajalawak lagi best,.
tgk sini..

mohamadisamuddin.blogspot.com

Ibnu isa said...

betul betul anti ni,, huhu..

maharajalawak lagi best,.
tgk sini..

mohamadisamuddin.blogspot.com

Dawa said...

part kejar seo tu mmg setuju sgt2. lps ni abes maharaja lawak, boleh la reda sket kot. huhu

: husna : said...

AF buang masa, tenaga, duit serta pahala. bek pergi jogging pada tgk mende tuh. bosan.

blog-tips-kurus said...

Shaun the Sheep lagi best & comel!!

*tawaran hadiahnya sangat lumayan! alangkah bagus kalau amaun itu diberikan kepada mereka yang bernasib malang..

Nur said...

memang dah takde betul ke nih? Tengok2 thn depan ada lagik..

zanafahmi said...

tapi mereka2 yg pi tgk bola kat stadium tu, agak2 lalai tak ibadat mereka? hehe...org lelaki jgn panas hati ye!! hubby akak mmg panas hati bila akak tgk af (tgk manja2 gitu) dan dia org paling gembira bila af tamat (perli akak tu)
akak taknak hipokrit, tgk tp ckp tak tgk....akak tgk utk dptkan gosip (mcm wrtwn plak) tak kesah la org nak kata apa, hak kita kan? tanggungjawab tetap jln spt biasa..

Jejaka Terhangat said...

pergh...pemenang pertama dapat RM200Ribu..dok nyanyi melalak pon kasi duit banyak2..gilors..padan la banyak remaja skrg berebut2 nak jadi artis..

harap AF ni mmg akan terkubur selamanya..jangan dia tukar kepada nama lain dah la..

Cik Ila said...

Biarkan ianya berkubur mcm tu je.Dah la tiru rancangan barat La Academia..hahaha

Zee.Zee™ said...

hahaha..
kantoi ar minta teletubbies..

tak pernah tengok AF sebab tak ada astro..
hahaha...

Zee.Zee™ said...

hahaha..
kantoi ar minta teletubbies..

tak pernah tengok AF sebab tak ada astro..
hahaha...

yatie Awang said...

sama2 kita nantikan Ustazah Pilihan pulak

qudwa said...

saye pn x penah tgk af ni...lau pn da 9 musim...sokong af berkubur selamanya...XD

adanhayad said...

ohh....af dah takde dah lepas ni? kurang sikit lambakan artis ekspress kat malaysia

Farhan AJ said...

teletubbies plak ada unsur freemason..hahahahha

apepun betul tu,aku pun benci AF tu,, kalau sedap tu consider la jugak,tapi suara..masyaAllah..

buat depan masjid lak tu.mane la diorang letak sensitiviti agama diorang,.hahaha

cantekk said...

saye pula menyukai rancangan katun Yokies (telur), yg da lama gile tu..

oh,,bile nk diulang..

Mrs.Yie said...

setujuuuu......hehehe..memang betul pun kenyataan dalam entri ni..tukang taip komen ni pun x pernah tengok af..langsung x minat..jangankan kata konsert af,nora elena pun x tengok..

Hashira Yusoff said...

segala jenis program realiti mmg tak baek..
lain la mcm imam muda ke..etc.
dan benda mcm ni x de pulak smbutan..
kalau program hiburan bukan maeennnn lagi!

herm..btw tak penah tgok AF. peace!

My Little Diary said...

elok sgt ler AF ni tutup terus, melalaikan!!

Farah Shamsudin said...

memang tak tengok af pun...

liyana said...

hmm..100%setuju...

♥cmª shIemª♥ said...

cma sokong anda..x suke jugak...

WAHIDA ALIAS said...

wahhh...benci btol ni..hehe

RedVixen said...

selamanya ke habis? xtau la pulak. dah lama x tengok. elok la sangat. bazir duit je buat program tu.

aku heran la. kalau buat program baik2 ciput je hadiah. kalau program cenggini hadiah meriah habis.

cantona79 said...

lega..selamat dikebumikan.cukup2lah hiburan buat generasi muda..bukannya menjamin sgt pun masa depan penyanyi nak pulak yang suara cukup2 makan..siti sendiri pun dh buat biz..

MamaEma said...

akak pun tak layan AF ni...tak kenal pun siapa penyanyi2 AF ni....

kita tgk samada rancangan AF yang akan terkubur ini ditukar kepada rancangan lain...tapi serupa dengannya...

Kakzakie said...

Terlalu banyak rancangan tv yg mengasyikkan. Langkah terbaik kurangkan menonton tv. Apa lagi kalau macam kakak nie anak-anak sedang membesar sama-sama kena berkorban. Tonton tv mana yg perlu & baik saja.

p/s: tak pernah tonton AF sebab tak ada ASTRO pun rumah kakak. Lagi pula kalau hari sekolah rumah kakak tv pun tak on..

efa said...

tak pernah tgk pon af sian takdo astro hurm tgk kot paper ja haish mcm2 kes

WieNa SyazwiNa said...

grrr.. tengok imam muda jela kn.. best jugak.. huhu

Pure Mahabbah Fillah said...

x suka jgk AF..huhu

nawwar_hanifah said...

penah layan af tyme musim 8 je~
tu pun sbb mse 2 tgh cuti dn xbole keja~tp skang da xlayan

serius, berdasarkn pengalaman tgk af, mmg membazir. bazir duit, masa dn sbgainya.

lg prefer layan maharaja lawak w/pun ada org kata mhrj lwk 2 rncgn gelak2 pastu lagha n sbgainya. eh, af tu lg dhsyt pe. menggalakkan lg pergaulan bebas laki pompuan.

p/s: happy tree friends lagi best laa~hehe

wannurfazrini said...

start af 5 aku dah tak layan, menyampah! bila tersingkir je berdrama nangis2 bagai. aduhh sedihnyaaaa.

mawi pun entah kemana???

Siti Hajar Masri said...

aku pun tak suka dgn akademi fantasia..byk sgt drama..hipokrit pun ada..

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

tengok citer spongebob lagi best...:p

Hazwan Arif said...

aku x pernah pun layan af ni..tp aku still update la sape yg menang haha..

pasal AF ni yang paling aku ingat time Faizal AF4 menang dlu, siap buat majlis solat hajat utk menang kah3 kah3 kah3

AMARAN: Jangan baca selepas waktu maghrib!




.

Miss Ran said...

sentap! huhu nengok utk terakhir kali


pinjam nme eh encik solihin..jd hero

QaRr JaliL said...

hidup IMAM MUDA!!!

cucu umie said...

hehe..ayie tak tgok gak lol af cuma pernah mase kt matrik jer dulu sebb ramai yg pakat nak tgok af kat kafe,..haha terjoin lol..af dah abis sekrng layan imam muda jom..

hana said...

mmg gembira la AF x de..
hana bukan layan pun rancangn realiti camni...
tapi layan Maharaja Lawak x pe ke??
=D

diana said...

idola kecil ada lagi ke??
giler mengarut la..
budak2 pun di ajar sama kepada hiburan melampau..tadi tengok iklan tak salah lepas ni ada menari menari pulak......heheh..
tak putus2..kan??

cek chun said...

tengok wonderpets lagi seronot la lihin..
siyes!!!

Aretikz said...

Best apa AF, best dibuang.. kah kah kah..

k e y r i said...

ang still layan teletubies ka?? wakakaa. baguih ler tu, aku pon dah berkali2 musim dah xlyn dah af ni. lagha!

YOUsoF said...

aku sangat setuju ngan ko Lihin!!

Semua benda tu menunjukkan yang macam manusia sekarang ni memang lebihhhhh utamakan duniawi berbanding akhirat....

Paling aku sedih idola kecil la, budak kecik² lagi diorang dah ajar pakai seksi², gaul bebas, nyanyi ntah pape... siyes.

shahjiehan said...

hoi2... awat sebelum ni x berkaliber ke? hahahahhaa


mmg pon.. sob3

fRaMe+LenSeS said...

Setuju sangat3.. ;)

adan said...

MALAYSIA ni terlalu banyak hiburan.. rasanya perkara ni tak akan terhenti selagi pemimpin sendiri menyukainya acara2 seperti ini..

sarah-najwan said...

akak tgk jugak
tapi xde la bersungguh2 sgt..
sekadar tau nama2 yg bertanding dan juaranya..hehe

af yg akak tgk betul2 rasanya af3..zmn kemuncak af..hehe..mengundi xpenah pun..

tgk hiburan ni kdg2 boleh merelakkan..jgn sampai melalaikan sudah...

Siti Mashitah Saidin said...

mmg tak layan pon AF tuh.. nyayi cam hampeh...
btw, teletubies tuh dah tak tayang dah la... besh cita tuh~

Umi Rasyidah Rahmat said...

huhuhu... rest in peace...

Ain Zulaikha said...

bye2 AF.. ada AF pun semua jadi pelakon, penyanyi macam kureng ..

wath said...

ye! idola kecil paling aku tak setuju. Af mentor pe sume tu, diorg da besar, da pandai pk, sendiri p[ilih jln tu. lantak le. tapi idola kecil, dak 2 tu ngah baru nk naik. di sogok ngan peluang ke arah yang salah. sian diorg.

HASNORWANI ... said...

betol sgt tu... tdk menambh kepda peningktn akidh malah merosakkn lg... first time msk blog ni..bgs! sy follow erk

erniemusliana said...

af ni memang tah pape pon. tkinja2 meraih undi. tah pape la. satu pembaziran sgt2. org yg undi, bengong je. haih.

midOri said...

haha..mampu gelakk...layan Running man korean variety show lagi best..ngee...^^

The Crow said...

9 musim.. pergh.. dah tamat ke? bagus2.. aman sikit telinga dengar perkataan AF AF AF...phew~

Harap penerbit AF jangan nak buat akedemi mcm ni lg. Dah byk dia tanggung.. larat ke? koh3..

(^___^)

724422 @ matyo said...

kawe pun benci jugok

jln2 tinggal jejak.. jemput ke blog saya..

kempen jom tukar link

De'din said...

derma kat masjid pon bagus !
x pown derma ja kat aku,,
hehe

cik ciput said...

I hate AF too..!x suke!x suke!x suke!

nabilah said...

kira dah xda dah la AF pas nie? hmm bagusla.. sbb makin lama makin ramai artis yg nabilah x knal. tapi asenya x perlu pn stakat knal artis2 kan.

btl2. tgk teletubies ag best. hehe..

LiFe KaMi said...

1st time tertgk yg final tu..
teloncat sana teloncat sini,
pengetua pun tak senonoh anak2 buah pun ikut..
cetry tgk akademi Al Quran hadiah dia lg kecil dari AF, apa kes..

BLADE EDGE said...

Assalamualaikum...


yee setuju! tp jgn lupa, yg disiar kat saluran tv lain pun sama jugak..hrp cepat2 ditiadakan.. buat lalaikan umat jer..

terus terang cakap la, semua program realiti hiburan tv tak kiralah bakat nyanyi ker, berlakon ker, menari ker, semua tu sampah! xde maknanya siar kat tv pun.. baik buat akademi al-quran or imam muda..

happy blogging :-)


regards,
BLADE EDGE

Cik Mun said...

Finally, it comes to an end.

EZAN IDMA said...

i hate af!

Bella Bell said...

AF 9?? Serius tak pernah layan.. tak da cita2 langsung nak tengok.. tapi dah habis dah an AF 9 tu? hahaha!!~


errrr.. teletubbies comel ok.. saya suka :D

delarocha said...

tengah cari blogger yang buat entry SEO pasal tilawah Al-Quran... tak jumpaaaaaaaa

diana said...

ramai yang komen kenapa hadiah lebih mahal berbanding rancangan realiti berbentuk keagamaan..
kalau nak tau,sambutan penonton tu la yang mempengaruhi nilai hadiah yang depa dapat.bermakna rancangan hiburan lebih ramai penonton berbanding rancangan berbentuk keagamaan..nak hadiah imam muda mahal korang kena la tengok imam muda..

FasiHaH SupiaN said...

tulah...habis dah pun........entahlah, xtgk pun, xsuka, bosanlah....baik tgk Imam muda yang baru ni...

shiho-chan said...

dah abis dah!?? Alhamdulillah....

cik azeya said...

saye tak setuju tengok talitabis lagi bagus. saye rase baik tengok doremon. kahkah -.-

dhilla nazli said...

teletubbies dah la best.. huhuhu

zarazueyin said...

elok la ditamatkan

Cik Miera said...

miera xpenah layan af.. tau2 je dh ada pemenang af.. haha .yess i mmg kuno pun.. siyes miera xsuka mende2 yang macam ni..bored..baik lyn blog.ekeke

azwa amani said...

teletubbies comel...hehehehe..

Night Walker said...

sje bce entri2x lama,

bab AF nier, teringat dlu ko selalu gak lepk kt wall MPHAF(1 juta benci Akademi Fantasi). nnt ak share entri nier dgn admin NA dan IN...admin MPHAF...of coz terharu diorg...

Anonymous said...

"Yang wat entry bantahan tu sembang kencang bukan main, tapi tengok jugak konsert final tu. Haha.. Apa kes?"

salam..kenapa saya rs cm kena perli ea kt atas ni? hehe... xtgk pun sbnrnya.. cuma ade tekan sekali je ms mlm final tu..tu pun ms ogy tgh komen...TER-nmpk lah beliau pkai tudung agak senget (fesyen kot-bsangka bek),pastu tros buka channel len..tgk x bererti sokong...tgk skjp sj spy kite tau kisah sbnr jd x lah kite TER-buat fitnah pd mrk.. itu sj... :)

page "million people hate AF" dh dkt setahun kena blok oleh fb(syawal 1431H).."sembang kencang" utk timbulkan kesedaran msyrkt..jika msyrkt dh ade ksdrn ttg isu realiti tv show yg x bmanfaat cm af ni,itu sudah ckup baik..kite sdr kite ade ruang terbatas utk btol2 mhentikn sume tu..trm ksh atas sokongan saudara kt sana...may Allah bless u.. :)
-NA

Nor Abdullah said...

Assalamualaikum...wbt.. Alhamdulillah...lama dah nk tunggu masa ni .. Akhirnya AF da tamat.. Alhamdulillah...=) even tak duk malaysia.. saya tak suke mende2 lagha ni ada kat negara saya..kesian budak2 sekrang bahan2 ilmu agama kurang di tayang kan.. mende2 yg bawak masuk ke neraka di banyakkan..Astagfirullah.. saya bukan la baik sangat nak cerita bab mende2 ni.. tp cukupla sebagai orang islam yang tak mahu mende2 maksiat ni terus berleluasa.. dengan cara mudah (TV) dan mudah pula di ikuti org mude2.. (sbb kurang ilmu agama) Baiklah.. slaam ukhwah fillah..
sharing is caring :- http://www.sesucihatiraudhah.blogspot.com/

P/S:- minat animasi chibi maroko chan... hehehe.. ade pengajaran..

Anonymous said...

pandai org yahudi reka program2 TV cmni....lg pndai reka TV...hehe