Pages

Monday, June 20, 2011

Hukum Minum Berdiri dan Kesannya Terhadap Kesihatan


Islam telah menetapkan adab bagi umatnya dalam melakukan sesuatu kegiatan bagi mendapat kesejahteraan. Begitu juga Islam telah menetapkan adab-adab ketika minum.

Kajian Dari Sudut Sains

Di antara sebab larangan minum berdiri ialah, menurut pakar perubatan Dr Abdul Razzak Al-Kailani “Sesungguhnya makan dan minum dalam keadaan duduk lebih baik dari segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas. Di mana makanan dan minuman akan melalui dinding perut dengan perlahan-lahan.

Minum berdiri menyebabkan cecair akan jatuh ke dasar perut dengan laju dan akan melanggar lapisan perut. Kalau perkara ini sering berlaku dan dalam jangka masa panjang akan menyebabkan perut menjadi longgar dan jatuh sehingga menyebabkan minuman susah untuk dihadam. Begitu juga dengan makanan.

Menurut pandangan Dr Ibrahim Ar-Rawi, apabila seseorang itu berdiri ototnya menjadi tegang dan pada masa yang sama sistem imbangan pada sistem saraf pusat (central nervous system) dalam keadaan terlampau aktif mengawal semua otot, untuk melakukan proses pengimbangan dan berdiri tegak.

Central nervous system (2) adalah gabungan otak (1) dan saraf tunjang (3)

Ia adalah proses gabungan di antara sistem saraf dan sistem otot dalam satu masa yang menyebabkan manusia tidak mampu mengawal kedua-duanya untuk rehat. Keadaan otot yang rehat adalah syarat yang terpenting ketika makan dan minum dan keadaan ini hanya wujud ketika seseorang itu duduk.

Apabila duduk maka sistem saraf dan sistem otot dalam keadaan tenang akan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambah kemampuan untuk menerima makanan dan minuman. Ini akan menyerap (assimilation) makanan dengan cara yang betul.

Namun demikian diharuskan minum berdiri di tempat yang tidak sesuai untuk duduk seperti tempat yang terlampau sesak. Ini adalah kerana Nabi s.a.w pernah minum berdiri, ini berdasarkan kepada hadis Ibn Abbas yang menyatakan Rasulullah minum air zam-zam berdiri.

Mengapa Rasulullah minum air zam-zam dalam keadaan berdiri?

Menurut kajian pakar, air zam-zam mengandungi fluorida yang memiliki daya efektif membunuh kuman serta ia mengandungi kalsium dan garam magnesium yang tinggi berbanding air biasa, dari segi saintifik air zam-zam bersifat alkali, jadi air zam-zam boleh meneutralkan asid hidroklorik yang terhasil di dalam perut dan mengurangkan pedih ulu hati.

Jadi inilah sebab Rasulullah minum air zam-zam berdiri supaya air tersebut dapat meneutralkan asid yang terhasil dalam perut dengan cepat.

Selain itu, air zam-zam juga mengandungi iodin, sulfat dan nitrat. Kandungan makronutrien yang tinggi khususnya magnesium, sodium dan potassium menyebabkan air zam-zam bersifat nutritif berbanding sumber lain. Inilah yang membuatkan air zam-zam dapat menyegarkan para jemaah Haji yang meminumnya dan memberi ketahanan antibodi kepada orang yang meminumnya.

[sumber]

SZ : So, jangan minum berdiri! Minum air zam-zam saja sunat berdiri.

47 360 juta komen:

Muslimah Optimis said...

bagus artikel ni ustaz SZ.. terima kasih

zarazueyin said...

owh baru tahu
tima kasih ats info ni :)

rara pinkmafia said...

hmmm baru tau.heheh kdg2 slumber je berdiri.

*cik cilipadi_hafizah* said...

salam,
betul ni. sama juga lah macam kita makan, kita dilarang makan sambil berdiri..semuanya kerana faktor kesihatan..
minta share dlm blog yep, credits utk blog ni ;)

diana said...

istimewa air zam2 ni..
sebab tu ada yang pi mekah bawak balik bertong2..
pastu jual kat orang..
melampau la tu..
heheeh

Siti Hajar Masri said...

aku tgh minum ni..minum duduk ye..;p

FariehanIbrahim [LBC] said...

slalu gak minum air berdiri. pui3! :p

Nur Misnan said...

arigato brother...
peringatan yg baik utk semua...

amalan ini selalu gunakan
memang terbukti kesannya..

iniialahaku said...

err...aku baru pas minum air berdiri tadi...

dreamygirl said...

thanq utk perkongsian..InsyaAllah kena ingat dan practice selalu ni -)

chemay said...

wahh.
tengkiu sharing entry nie.
baru tau rupanya banyak keburukan minum berdiri.
kecuali minum air zam-zam.
:)

Dawa said...

setiap menda yg diciptakan Allah itu ada hikmah dan kebaikannya. yg penting beramallah dengan sunnah Nabi walaupon sikit

Farah Shamsudin said...

Thanx for Info..:)

Nur Hawa Mohd Zin said...

bila ada adab..maka ada lah sebabnya kan solihin...tang minum berdiri ni selalu juga sebab tempat air ngan kerusi jauh...huhu

tq sharing..akan diamalkan insyaAllah

amranaiman said...

minum baca bismillah :D

RedVixen said...

mak aku paling marah kalau minum berdiri. dia cakap nanti rosak organ badan sebab pressure. memang betul!

hikari said...

alhamdulillah kalau minum skrg mmg duduk..tp kalau makan sush sikit la nk tggu duduk melainkan makan nasi n apa2 yg dlm pinggan..kena try harder la pasni..hu2..perfect practice makes perfect kan..=)

nawwar_hanifah said...

oh..begitu..sy xhbis mengaji lg la mksudnye.
sbb dulu prnh dgr boleh minum berdiri,rupanya sunat utk air zam-zam je...

tq ~

Zinedine Zaiddin said...

Ada kajian sains yang spesifik tentang ini?

liyana said...

owh...bari taw mnum air zam zam sunatt berdiri..
thanks for info..

sarah-najwan said...

akak pom penah baca psl ini..
pastu salu nk gak kene beringat2..kot2 lupa minum smbil berdiri..nk2 time dahaga sgt..huhu

Mr Rileks said...

info yg berguna.. trima bro..

hana said...

teringat zaman sekolah dulu kene tegur ngn cikgu sebab minum berdiri..
hehehe..
nice info...

azwa amani said...

tengs solihin untuk maklumat yg selalu kita buat setiap jam nie...yeahh...suka minum air zam-zam

Amna.Qadeeja said...

huhu baru tahu ni.

thanx tuk info ni :)

Mohamadazhan.com said...

menarik info ni...selalu benda kecik macam ni terlepas pandang...

Aunty P :) said...

ehe, biasa I pegang, jangan minum bdiri nnti buasir :)

puteri ain said...

entry yang sgt2 bagus . thanks for sharing :)

Siti Mashitah Saidin said...

wow.. islam ajar sampai minum pon kena berdiri atau tak.. tak pernah tau pulak.. ingatkan tak beradap minum berdiri,,,, kdg2 kat peti ais tuh slalu wat.. hehehe...
thanxs 4 the info~

bunga said...

Alhamdulillah..ada sedikit ilmu yang bunga lum tahu..ingat semua kena minum sambil duduk..rupanya ari zam2 leh minum berdiri..alhamdulillah..terima kasih..

nurdani said...

terima kasih share info ni. jadi, minumlah dengan beradab

EZAN IDMA said...

terima kasih sbb share :)

pena said...

selalu jgak minum berdiri ni.. hehe..

info yang sangat berguna..terima kasih atas perkongsian.. =)

QaRr JaliL said...

pengisian ilmu yang terbaek :)
tanx bro SZ :)

GamUHU said...

thanks bro for ur info.

Zee.Zee™ said...

thanks for the info SZ!!
baru ku tahu perkara sebenar.. hehehe

shahjiehan said...

hahaha.... ustaz aku ckp melemahkan tenaga batin... keh3



! !shahjiehan [dot] com ! !: Kelebihan Air zam-zam

blog-tips-kurus said...

terima kasih, maklumat penting untuk semua. Sunat minum air zam-zam berdiri rupanya..

khairunnisa ♥ said...

nice info ^_~
nak elak minum berdiri la camni :)
thanks for sharing sz.

Nafisa81 said...

sharing is caring...nak share fb yerr

esempoi said...

info yang bagus..
jadi marilah kita minum sambil duduk

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

terima kasih atas peringatan ni solohin

hanizatul.amira.amran said...

nice sharing. dulu ade jugak terbace pasal ni. :)

Aretikz said...

Selagi boleh minum versi duduk, buatlah.. keh keh keh..

Anonymous said...

yerla Encik Solihin.. =)

f_aRa_aINa989 said...

hari tu saya baru minum air zam-zam ada sorang cikgu tu bawak sbb baru balik dr umrah. Kalau saya tahu, mesti saya minum brdiri masa tu...

WanFadhilah said...

terima kasih untuk info ni. sblm ni mak ayah memang marah makan minum berdiri, tpi tak thu plak kenapa. lepas baca entry ni barulah tahu.