Pages

Tuesday, June 28, 2011

Batu Terapung Israk Mikraj Yang Palsu dan Asli [Gambar]

Salam A'laik.. Sepertimana yang kita semua sedia maklum, 27 Rejab merupakan ulangtahun peristiwa Israk dan Mikraj. Setiap kali itu juga, pasti gambar-gambar palsu batu terapung berkaitan Israk Mikraj disebarkan ke serata dunia internet dan hasilnya, ramailah yang mempercayainya. Jadi, aku rasa ia satu kewajipan untuk aku sebarkan kepada sesiapa yang masih belum tahu tentang perkara ini.

Berikut adalah gambar-gambar palsu yang kononnya ia adalah Batu Terapung atau Batu Tergantung tersebut.

Gambar PALSU kononnya Batu Terapung / Tergantung di Palestin
Gambar batu yang serupa dari sudut yang lain. Dah Nampak?
Satu lagi sudut gambar palsu ini. Dah jelas?
Sekali lagi sudut yang lain gambar palsu ini. Nampak?
Teknik murahan sebenarnya.. Edit guna Photoshop..

Jadi, mana batu terapung yang aslinya? Berikut adalah gambar ASLI dan SAHIH Batu Terapung yang disebut dalam peristiwa Isra’ Mikraj..

Batu Terapung (asli) Dalam Peristiwa Isra' Mikraj

Berikut adalah soal-jawab dari seorang hamba Allah dengan Dato’ Dr. Haron Din mengenai Batu Terapung / Tergantung seperti yang dinyatakan dalam sejarah Isra’ Mikraj.

SOALAN:
Dato’, saya telah melihat gambar dalam internet dan mendengar beberapa ceramah Israk Mikraj, ada penceramah menunjukkan gambar batu besar yang tergantung-gantung di Masjidil Aqsa, Baitulmaqdis. Adakah benar batu itu terapung (tidak berpijak di bumi) dan terlepas daripada tarikan graviti? Pohon Dato’ perjelaskan apakah  sebenarnya.

JAWAPAN Dato’ Dr Haron Din :

Tempat Rasulullah SAW Dimikrajkan
Ulama umumnya berpendapat Rasulullah SAW bermikraj dari satu tempat di Baitulmaqdis yang disebut sebagai Qubbatul Mikraj (kubah tempat dimikrajkan). Tempat itu juga dikenali sebagai Sakhrah Baitulmaqdis.

Pengalaman Al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi
Dalam kitab al-Israk wal-Mikraj oleh Khalid Saiyyid Ali di halaman 82, atas tajuk yang bermaksud ‘Tempat Nabi bermikraj’, disebut di bawahnya suatu penulisan (yang bermaksud): “Berkatalah al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi, ketika membuat penjelasan (syarah) Kitab al-Muwattak oleh Imam Malik disebutkan, batu besar di Baitulmaqdis adalah suatu keajaiban Allah SWT.

“Batu itu berdiri sendiri di tengah-tengah Masjidil Aqsa, tergantung-gantung dan terpisah daripada semua bahagiannya dengan bumi. Tidak ada yang memegangnya, melainkan Yang Memegang langit, daripada jatuh menimpa bumi.”


“Di puncaknya dari arah selatan, itulah tempat kaki Nabi SAW berpijak untuk menaiki Buraq, di sebelah itu agak condong. Dikatakan kerana kegerunannya atas kehebatan baginda SAW maka batu itu tergantung. Saya sendiri takut untuk berada di bawahnya, kerana takut batu itu menghempap saya kerana dosa-dosa saya.”


“Setelah beberapa ketika kemudian, saya pun memberanikan diri dan masuk berteduh di bawahnya, maka saya dapat melihat pelbagai keajaiban. Saya dapat menyaksikan ia dari semua arah. Saya benar-benar melihatnya terpisah dari bumi. Ada arah yang lebih jauh terpisah dari bumi daripada arah yang lain.”

Inilah penulisan yang saya rujuk daripada penulisan seorang ulama besar yang dikenali dengan nama Ibnul ‘Arabi. Daripada sinilah timbul cerita demi cerita yang menyatakan batu tempat Nabi Muhammad SAW tergantung-gantung. Itu adalah cerita dahulu. Ada sandarannya, ada catatannya dalam kitab-kitab yang berautoriti, termasuk daripada kitab yang saya sebutkan tadi.

Batu Terapung Pada Hari Ini Dari Pengalaman Dato’ Dr Haron Din
Ada pun mutakhir ini, saya sendiri berpengalaman, telah masuk dan melihat batu tersebut, yang sekarang tempat itu dikenali sebagai Qubbatul Sakhrah (kubah yang di bawahnya ada batu). Sekarang ini sudah berada di belakang daripada Masjid al Aqsa.

Jika dilihat Masjid al-Aqsa, imam akan dilihat berada nun jauh daripada arah kiblat dan berakhir kawasan masjid dengan Qubbatul Sakhrah ini.

Satu lagi gambar asli dan sahih Batu Terapung. Para Jemaah Mengambil Kesempatan Solat Di Bawah Batu Terapung

Meneliti Batu Terapung
Saya telah memasuki tempat ini, berpeluang melihat batu itu dan masuk ke bawahnya. Memang batu itu benar-benar wujud dan terletak di tengah-tengah bangunan. Gambaran sekarang ini, batu itu jika dilihat daripada bawah, seolah-olah seperti sebuah payung besar, seperti gua yang kita berada di bawahnya. Saya menganggarkan keluasan tempat itu, sebesar ruang solat untuk 20 atau 25 orang, jika untuk masuk bersesak-sesak boleh sampai 150 orang.

Keadaan Berubah
Merenung batu itu dengan cermat, saya dapati ia sekarang terletak di atas fondisi konkrit batu yang kukuh. Di segenap arahnya berpijak ke atas fondisi itu dan tidak nampak pun ia tergantung seperti yang dijelaskan di atas. Semasa lawatan itu, saya kebetulan bertemu dengan Imam Besar Masjid al-Aqsa yang berada di situ, di samping pemandu pelancong kami. Mereka menyatakan memang dahulu batu besar yang macam payung itu tergantung-gantung.

Kegerunan Hati Manusia
Oleh kerana banyak pembesar-pembesar negara dan banyak pelawat-pelawat luar datang, mereka terperanjat dan amat gerun dengan keadaan batu itu, banyak yang tidak berani masuk di bawah batu itu, kerana takut tiba-tiba batu itu menghempap. Memandangan hal keselamatan penting dan mengelak daripada berlakunya berbagai tanggapan orang ramai ke atas keadaan yang unik itu, maka pihak berkuasa mengambil tindakan membina fondisi yang menyambung batu itu dari bumi.

Gambar simpanan lama Batu Terapung dari sudut atas.

Batu Tersebut Diubahsuai
Ketakutan pembesar-pembesar zaman ini samalah seperti yang dirasai oleh al-Imam Aku Bakar Ibnul ‘Arabi seperti dalam bukunya. Maka atas itulah batu tersebut sudah tidak lagi kelihatan tergantung-gantung, tetapi ia diubahsuai menjadi seperti sebuah bangunan yang di bawahnya boleh dimasuki, ia kelihatan seperti sebuah batu biasa yang dapat dilihat.

[sumber]

Wallahua’lam...

*Untuk membaca kronologi perjalanan Israk Mikraj Nabi SAW, boleh KLIK SINI!

SZ : Salam Israk Mikraj.. Sama-samalah kita menghayati perjalanan luar biasa Nabi SAW yang mengandungi pelbagai rahsia dan pngajaran untuk dihayati kita semua.. InsyaAllah..

37 360 juta komen:

QaRr JaliL said...

tanx for info..

ku penah baca ttg satu ttg tokoh islam..ade cite ttg batu tergantung tu..batu tu dibawah kubah..

batu yang sllu ditunjukkan kat internet kat luar.so..memang fake la..

Siti Safiyyah said...

owh macam tu pulak ceritanya.. baru tau hari ni.. syukran.. ^__^

FasiHaH SupiaN said...

baru saya tahu......terima kasih sz..

Budak Botak said...

Kalau ada kesempatan dapat pi tgk kebesaran Allah...

cucu umie said...

thnkx for the info bro..baru ayie tahu pasal bnda NIE..

miss ct said...

Assalamualaikum...
tq sudi bgtau.. baru tau..terima kasih sekali lagi =)

ASaDa RyutaRo said...

kalau tak silap dlu ada dikupas tentang batu ni dalam jejak rasul. tapi tak ingat siri ke berapa.

maha suci Allah yang maha berkuasa.

sissyira said...

salam

kekadang lupa sekejap dengan kebesaran yang ada di dpn mata krn terleka dgn duniawi, terima kasih di atas peringatan ini...

Siti Mashitah Saidin said...

ooo.. subahanallah!

Nzyrahun said...

nice info,baru tahu ari ni teruk gak aku ni huhu

shiro said...

ooou.... gmbar palsu yang paling banyak tersebar dari yang asli.
thanks for your info ^_^

cik ciput said...

photoshop rupanya..tipah tertipu!

*subhanallah..

nescafeais.com said...

Nice...info yang menarik

Chenal said...

entri yg baik!

azwa amani said...

salam israk mikraj...marilah kita sama-sama hayati hikmah disebalik malam nabi di israk dan mikrajkan....sesugguhnya, mempelajari sirah rasul, buat amani betul2 rindu bertemu dnegan Nabi SAW.. :) semoga kita semua menpadat syafaat anugerah daripada Nabi..Aminnnn

nice entry solihin..keep it up bro...

Dawa said...

selalu peminta2 derma dtg bg poster batu terapung palsu tu. kesal dgn penipuan dlm berdakwah ni...

adan said...

thanks bro.. baru tahu tentang ni.. info berguna untuk diri.

Anak Pendang Sekeluarga said...

terima kasih di atas info ini,dulu keliru juga...

p/s ; Salam,tuan,meminta pandangan/nasihat dari wanita berkaitan artikel yang di tulis di blog saya,silalah berkongsi bersamadi blog saya...semoga Allah melimpahi keberkatan pada tuan.

HAFIZAL said...

bagus dengan imej nie kita dapat belajar sesuatu...

eiela said...

baru tau pasal batu tergantung nih. thanks sharing this info.

Latest Entri :
Tidur : Kualiti Ke Kuantiti

Myvitrd said...

terima kasih atas perkongsian ini.. rupanya selam ni kami tertipu dengan batu yang ditunjukkn diatas.

zarazueyin said...

nice entry
thanks for info ;)

mamawana said...

Terima kasih kongsi ilmu ini. Rasa nak nangis jer bila teringatkan bgmn Rasul s.a.w berisrak mikraj dan batu itu boleh berkata2 malah hendak mengikuti baginda.

diana said...

nak kena pi tengok depan mata la baru jelas semuanya..
dalam gamba
mcm tak jelas la..kan??

~nsar~ said...

baru tau pasal palsu nih...

OrAng_PeRLiS_mEnULiS said...

hmm... sampai ada pemanipulasi begini.... ish3...

: kecuaian dalam filem KARAK didedahkan, jangan baca kalau belum tonton!
: AWAT TAK TEGANG NI? Hmmm

nur aisya humaira said...

Assalam SZ..

owh, gini citenye..aisya bru tau..;)

nawwar_hanifah said...

subhanallah~
thanks for the info~

blog-tips-kurus said...

tertipu rupanya..
TQ sudi kongsi info yang betul.

*pakai terbalik tu hanya kebetulan tau! :-)

sayacomel said...

Allah punya kuasa. :)

cantekk said...

Subhanallah...

*thanx ye share, sblm ni mmg byk dpt email gambar palsu..

phentermine said...

Phentermine.....

A nice post thanks for sharing.....

http://www.PhentermineHome.com/

Nur Fannun said...

nmpk beno nipunye gmbr batu terapung palsu tu..boleh pulak diam kt luar..

oh, dah lain dh rupa batu tu..eh, boleh pulak msuk melawat, xde sekatan dr israel ke?

ciknabil-a said...

hee picx no 2 tue cm kenal jew. huhu..

Ain Zulaikha said...

laaaaaaaa palsu rupanya, sabar aje lah ye..

Aretikz said...

dah tahu pasal ni, sdgkan bnyk bnda yg telah dipalsukan dekat baitulmaqdis.. licik sungguh zionis sna tu.. huhu..

Terbang Bersamaku said...

thanks for the info...