Pages

Sunday, June 19, 2011

Ayah! Boleh Adik Pinjam RM10?

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut oleh anak lelakinya yang berusia tujuh tahun di muka pintu.

“Ayah, boleh tak Adik tanya satu soalan?”

“Ya, nak tanya apa?”

“Berapa pendapatan ayah sejam?”

“Itu bukan urusan kamu. Buat apa nak sibuk tanya?”

“Adik saja nak tahu ayah. Tolonglah bagi tahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat?”

“RM20 sejam.”

“Oh…” kata si anak sambil tunduk menekur lantai. Kemudian memandang wajah ayahnya semula sambil bertanya, “Ayah….boleh tak Adik pinjam RM10 daripada ayah?”

Si ayah menjadi berang dan berkata, “Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa sampai mintak RM10? Nak beli barang mainan lagi? Jangan nak membazir. Ayah kerja penat-penat bukan untuk buang duit sebarangan. Sekarang pergi balik ke bilik dan tidur, dah lewat dah ni...”

Kanak-kanak tujuh tahun itu terdiam dan perlahan-lahan melangkah kembali ke biliknya. Si ayah duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa anaknya yang kecil itu memerlukan duit sebanyak itu. Kira-kira dua jam kemudian si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini. Dengan perasaan bersalah si ayah melangkah menuju bilik anaknya dan membuka pintu.

Didapati anaknya masih belum tidur. “Kalau kamu betul-betul perlu duit, nah ambillah RM10 ni,” kata si ayah.

Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang. “Terima kasih banyak ayah,” katanya begitu gembira. Kemudian dia tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan 10 keping duit RM1 yang sudah renyuk.

Bila ternampak duit itu si ayah kembali berang. “Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? Dari mana kamu dapat duit di bawah bantal tu?” Jerkah si ayah.

Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya. “Duit ini Adik kumpul dari belanja sekolah yang ayah beri setiap hari. Amin minta lagi RM10 sebab duit yang Adik ada sekarang tak cukup,” jawab si anak perlahan.

“Tak cukup untuk beli apa?” soal balik si ayah.

“Ayah, sekarang Adik sudah ada RM20. Ayah ambil duit ni. Adik nak beli sejam dari masa ayah. Adik nak makan malam bersama ayah,” jawab si anak tanpa berani memandang wajah ayahnya.

Baru si ayah benar-benar faham maksud anaknya itu....

Moral : Kadangkala kita terlampau sibuk sehingga mengabaikan insan tersayang yang dahagakan kasih sayang dan perhatian kita. Oleh itu, luangkan sedikit waktu untuk bersama mereka.

[credit]


I love you DAD! for what you have done till now for me..
I love you DAD! for what you have given me till today..
I love you DAD! for what you are doing for me..
I love you DAD! for what you will do for me..
Everyday is Father's Day..
SZ : Pernah baca? Bagus.. Sengaja aku kongsi bagi yang belum pernah baca.. Dedikasi buat Ayahanda Zubir daripada Abang Long Solihin... =)

38 360 juta komen:

EZAN IDMA said...

hmm. masa bersama keluarga lagi penting kan :)

dark said...

mak aihh...

menitis air mata lelaki ku...

ermmmmm...

sgt2 mendalam...

anah samsudin said...

a'ah dah pernah baca..HAHA =P

Nazim Nasri said...

ahhhh sedihnya

Iffah Afeefah said...

entry ni betul2 meyentuh hati

dlu penah gak rase cmni

skang da besar

pandai pk utk bdikari

ecah mashuri said...

sob.sob.sedihnyaaaaaa...

tiba2 teringat kat arwah abah:')

hana said...

tak pernah baca pun..
serius tacing...
=D

yatie Awang said...

cerita yg cukup bermakna...rindu kat ayah...

zarazueyin said...

wah...bagus cite ni
mmg x dinafikan ada parents yg terlalu sibuk dgn kerja smp abaikan anak2...
pelajaran ank2 pun x sempat nk ambik tau..(pengalaman di sekolah)

cucu umie said...

wah betol ckap abg solihin..kebanyakan anak2 sekrng nie dahagakan kasih syg disebabkan oleh ibu bspa yang bekerja..pergi pagi balik malam..anak2 dekat rumah kureng kasih syg dan perhatian..

sarah-najwan said...

tuntutan pada zmn sekarang mmg camtu..kita sbg ibu bapa yg harus bijaksana menguruskannya..agar anak2 tak rasa terabai atau kurang aksih sayang..

rara pinkmafia said...

alahai seday nya.ni cite betulke?budak skrg mmg bijak sgt.

meaw said...

auwwwwwwww,sweet gitu ! ayahhhh,i lebiu ayah!

blog-tips-kurus said...

memang pernah baca. cerita yang bagus takpe diulang siaran. mesti ada yang belum baca.. :)

akoo said...

sdey~
meaningful post =)
sob3

Afifah said...

sedih :(
rindu dekat mak n abah..huhuhu..

terharu baca..

Bella Bell said...

sedih nya... menitis air ata saya.. T.T

nice entry.. :)

puteri ain said...

great story .
family adlh perkara yg terbaek :)

shahjiehan said...

bang long! ahahhaha


sedih cite hang ni.. mana cari haaaa


! !shahjiehan [dot] com ! !: Keistimewaan Bersedekah.

adrinaqamarina said...

abang long solihin sangat sweet dengan ayahanda zubir beliau~


*time type entry ni tengah dengar lagu ayah ibu by sudirman~


sayang mama, sayang abah, syurga kita~

SitiSafiyyah said...

mesti ayahanda Zubir bangga ada anak sebaik abang long ni kan?? ^___^

cik pulau said...

cukup terharu..
family adalah segala-galanya..

Nzyrahun said...

alo alo alo comelnyeee

Ar-Rasyid said...

Ya Allah . . article yang menarik ..
sedinya bila membacanya,,

Bro ahmad said...

best cerita ni moral stori sebagai ayah tunai kewajipan anda..sebagai anak mesti hormat dan kasih pada ayahnya

qasehraihan said...

saya pun jawab..RM10 je???xnak RM1800???hakhakhak

hai SZ..

Aretikz said...

dan selalunya, mereka pinjam duit nak beli komik.. keh keh keh..

Kerana ayahku yang satu, membuatkan ku kenal yang Maha Satu..

Chenal said...

begitulah warna dlm kehidupan...perlu ada org yg mengingati kita jika kita lalai....

Yan Saflina said...

cite ni lebih kurang same dengan cite : I'm not stupid versi singapore...:)...suke!

eiela said...

bagus entri nih. mendalam,,

Latest Entri :
Berjaya Menahan Nafsu & Selamat Hari Bapa

diana said...

anak pun rasa terabai ha...
mesti bini pun terabai tu..

cintatulip said...

sedeh la!! huh

iniialahaku said...

aku xpernah bca..ni baru aku bca...

la ni mntak duit isi minyak moto pi merempit...tu yg bnyak

mUm_tAz said...

Emm, sedih lak bila baca entri ni,

Mr Rileks said...

padan muka si ayah tu...

p/s: sy dah curi code banner bro & tampal di http://rilekslah.com :)

azwa amani said...

bila agaknya boleh bersua dnegan ayah kandung...ya Allah, berikan ku kekuatan untuk berdepan dengannya..

cik ciput said...

penah baca, tapi tiap kali baca mesti sebak =(

selamat hari abah kepada abah saya yang super awesome! =)

f_aRa_aINa989 said...

saya nak beli awak rm10..hak, gurau jek..

Selamat hari bapa walaupun dah lewat, lewat dan lewat.