Pages

Saturday, May 14, 2011

Contest Selamat Hari Guru, Cikgu!


Salam.. Ini adalah contest anjuran saudara Iman Shah, pemilik blog Hok Sengoti sempena Hari Guru. Peserta dikehendaki membuat ucapan SELAMAT HARI GURU yang paling kreatif, tulus dan bermakna buat guru-guru. Tidak kiralah guru-guru yang pernah mengajar anda, ataupun tidak. Juga boleh dalam bentuk puisi pendek. Nak join, klik banner kat atas. Cepat. Tarikh tutup 15 Mei 2011, jam 8.00 malam.

Disebabkan aku bukan seorang yang puitis, aku hanya mampu buat ucapan yang santai dan mungkin agak merapu tetapi ikhlas dan tulus dari hati yang suci murni ini. Heheh... Yang mana tak suka baca panjang-panjang tu, boleh terus komen dan cakap Good Luck, Selamat Hari Guru! Hahaha.. Aku faham benor la.. :D


Tarikh : 16 Mei 2011
Masa : 8.11 am
Lokasi : Konti Radio Hangit FM

Papau : Assalamualaikum.. Selamat pagi.. bersama saya Papau dan FBO dalam Hangit FM AM Krew. Topik kita pada pagi ini adalah Ucapan Sempena Hari Guru. Tanpa melengahkan masa, kita bersama pemanggil seterusnya di talian.

Papau : Hello, siapa di sana?

Aku : Assalamualaikum..

Papau : Err.. Wa'alaikumsalam..

Aku : Siapa ni? Ada apa hal call saya pagi-pagi buta ni?

FBO : Err.. Maaf. Encik yang call kitorang..

Aku : Owh yeke.. Sory, mamai pulak. Keh.. Keh.. Keh..

Papau : Hehe.. Takpe. Teruskan ucapan Selamat Hari Guru encik.

Aku : Ok, Saya Mohd Solihin bin Mohd Zubir ingin membuat ucapan sempena Hari Guru yang jatuh pada 16 Mei setiap tahun.

Pertama sekali, sudah tentu saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada ibu saya, Puan Hajjah Norhaliza yang merupakan seorang teacher dan masih mengajar di SMK Kuala Nerang. Begitu juga kepada ayah saya, Tuan Haji Mohd Zubir yang merupakan bekas guru sambilan semasa bujang dulu sebelum bekerja dengan Risda dan baru saja pencen 2 minggu lepas. Berjuta lemon terima kasih saya ucapkan kepada kedua ibu bapa saya yang selama ini mendidik saya sejak saya mula melihat dunia hingga ke hari ini. Terima kasih di atas, cubitan, tamparan, rotanan, ketuk ketampian dan pelbagai lagi bentuk hukuman ke atas anak nakal seperti saya ini.

Kedua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada guru mengaji saya ketika di kampung dulu, iaitu Mak Yam jiran sebelah yang mengajar saya mengenal huruf Alif Ba Ta, hukum Tajwid, membaca Muqaddam dan membaca Al-Quran. Maaf sebab saya selalu langkau muka surat sebab nak potong kawan saya siapa khatam dulu. Dan ustaz serta ustazah Kelas Fardhu Ain yang mengajar saya Feqah, Tauhid, Sirah Nabi, menulis jawi serta ilmu-ilmu agama yang lain. Tidak lupa juga kepada guru-guru Sekolah Kebangsaan Pokok Sena. Saya rasa berbangga kerana menjadi murid kesayangan guru ketika sekolah rendah. Cuma pernah dicubit perut sekali sebab terlupa bawa buku matematik.

FBO : Dah abis kan?

Aku : Belum.. Ada lagi.. Kejap yee..

Terima kasih juga diucapkan buat semua ustaz dan ustazah Maktab Mahmud Alor Star yang tidak jemu mencurahkan ilmu dunia dan akhirat kepada saya dan kawan-kawan agar menjadi pelajar yang cemerlang di mata dunia dan di sisi Allah. Ampun dan maaf juga kerana saya bukan pelajar yang baik dan mula berubah menjadi nakal sehinggakan pernah dibuang asrama walaupun kesalahan yang dilakukan tidaklah sebesar mana. Terima kasih sebab menarik side burn saya, menepuk songkok hingga tenggelam kepala, merotan hingga patah kayu, jalan itik sepanjang koridor demi mendidik saya menjadi 'manusia'. Terima kasih juga kepada lecturer-lecturer Kolej Universiti Insaniah, Kolej Risda Melaka dan Kolej Negeri Seremban yang bertungkus lumus memastikan saya bergelar seorang graduan. Segala kompaun yang dianugerahkan kepada saya, saya halalkan jika benar itu salah saya.

Papau : Err.. Encik.. Panjangnya ucapan..

Aku : Sabar.. Ada banyak lagi yang saya tulis kat dalam notepad saya ni. Penat saya karang semalam tau..

FBO : Tapi encik.. Ramai lagi yang tengah tunggu kat talian tu..

Aku : Korang nak aku hack Hangit FM punya facebook fanpage ke? Nak ke jadi macam fanpage Hotfm yang kena hack dengan Jack Sparrow tu? Nak sangat? (nada garang)

Papau : Err.. Taknak.. Maaf encik.. Encik boleh teruskan..

Aku : Harr.. Tau cuak.. Ok.. Thanks.. Saya teruskan ye..

Tidak lupa kepada guru Sekolah Memandu Ilmu Baru. Tanpa tunjuk ajar kalian, mungkin sehingga sekarang saya masih menunggang motorsikal dan memandu kereta secara haram tanpa lesen. Sekarang saya dah boleh wheely 8 tiang dan drift di tepi lereng-lereng bukit. Err.. Ok, gurau je. Seorang guru tidak akan mengajar sesuatu yang boleh memusnahkan masa depan muridnya apatah lagi yang boleh meragut nyawa. Saya belum pernah kena saman ok. Sebab belum pernah kantoi. Heheh..

Terima kasih juga buat Mahaguru Seni Silat Gayung saya di atas segala ilmu persilatan yang diturunkan. Maaf sebab saya sengaja tidak mahu mengambil ujian tali pinggang merah semata-mata nak kekalkan tali pinggang hijau. Sebab saya kan suka hijau. Heheh.. Kepada Sensei Karate-Do saya, terima kasih sebab ajar saya cara nak karate leher orang. Maksud saya, orang jahat. Maaf juga sebab belajar tak habis sebab saya rasa dah cukup kuat bila dapat tempat ketiga Kejohanan Karate-Do Peringkat Daerah. (Ok, adakah itu alasan yang bagus untuk menyatakan yang aku bukan malas turun training?)

Cikgu, Guru, Teacher, Sir, Ustaz, Ustazah... Sesiapa sahaja yang pernah mencurahkan ilmu yang seluas lautan ini kepada orang lain sememangnya layak digelar guru. Terima Kasih buat semua guru-guru di seluruh dunia. Jasa kalian sememangnya tidak terbalas walaupun beribu terima kasih saya ucapkan atau berjuta ringgit saya taburkan.

Bak kata Imam Al-Ghazali, "Hak Guru lebih agung daripada hak ibu bapa, sebab orang tua penyebab adanya kita sekarang dan kehidupan yang fana, sementara Guru penyebab hidup yang kekal. Kalaulah tidak ada Guru, nescaya apa yang dihasilkan dan diarahkan oleh orang tua, akan celaka selamanya".

Hanya Allah yang layak memberi ganjaran di atas pengorbanan cikgu-cikgu sekalian dalam mendidik anak bangsa.

Selamat Hari Guru. Guru Penjana Tranformasi Pendidikan Negara..

Papau : Dah abis ye encik? Dah macam ceramah pulak. Kalah Proffesor Easy..

Aku : Perli ke? Kalau nak diikutkan, sampai pagi besok pun belum tentu habis kalau saya nak bagi ucapan sempena Hari Guru. Cukuplah sampai di sini.

FBO : Ok, terima kasih encik sebab sudi call kami. Besok datang studio, bawak sijil, datang temuduga jadi deejay ok..

Tuuttt... Tuuttt... Tuuttt... (Talian dimatikan)

Aku : Cis! Perli aku, lepas tu terus letak.. Grrrr....


28 360 juta komen:

Kalamhati said...

Best!!
gud luck utk solihin!!

diana said...

pernah langkau jugak ye??
akak pun..
tapi langkau2 pun bila dah habis
kena ulang balik dari al-fatihah..
hahahahha

IMANSHAH said...

thanks

saya terima

Hishyamuddin said...

hahaha..mamai rupenyer.. solihin, esok nk pergi mintak jadi dejay tu, bawak la aku jgk ok?hahaha...


selamat hari guru buat semua guru..tanpa guru siapalah kita..:-)

yatie Awang said...

betullah macam ceramahlah pulak, nanti ambil permit buat ceramah ok haha....

cek chun said...

kekekekekeh..
takut aku nak melawak ngan budak nih dah. ada tali pinggang hitam rupanya.
ehh.. kat akak hg takmo wish ka :p

azlin azman said...

Hahahha. jgn risau sy bca hbes. mak ayh sy ckgu jgk, selamat hri gru kehkeh

shahjiehan said...

byknya guru hg ni...hahaha


jom baca dan komen SELAMAT HARI GURU, CIKGU! | ! !shahjiehan [dot] com ! !


guru blogger x de ke?

mak hg guru jugak rupanya...o0o0o..baru la aku taw...

sarah-najwan said...

semoga berjaya solihin..kretip idea nih..heehee

Siti Mashitah Saidin said...

hahaha.. ugutan nak hack page hot fm yg tak tahan tuh.. hahaha...

*slamat hari guru!

selamat hari guru for may parent... they teach me a lot of life. :)

cik pulau said...

nice...
gud luck..
nak join gak..
tapi esok la.. hehe..^^,

shahjiehan said...

good luck... hahahahaa

pandai hang buat keja last minute...

Shazmiey Abdurahman said...

hihihi.lawak la ucapan ngko.saya ska..hahaha..!

Aretikz said...

haha.. kita sama2 antara yg last minit antar.. semoga berjaya.. hehe..

Hanim Mahali said...

kol mamai mamai pun boleh panjang lebar ucapan. hehehe... Bagus bagus... GUD LUCK ya...

Sunah Mohammad said...

keh keh keh..garangya "Aku" tu..sampai nak hack la pulak...-_-"

tapi best~ good luck yee...

63 Tahun Nakba... | Sunah Suka Sakura dot com

Nur said...

pergh,..ada langkau2 jugak ke??hahaa..btw best ah ucapan tuh..good luck!

SyedGraphiX said...

hahahaha..suka merapu laaa pakcik nih! agak2 abes dah kredit buat ucapan panjang ni? XD

Fariq said...

wow orang kedah ni mmg kuat main gaying gamaknya.. hohoho.

pena said...

haha..

panjangnya ucapan..

good luck.. =)

eiela said...

ya allah, panjangnya ucapan dia kat telefon, panas hp tuh siap ugutan lagi. huhu gud luck ye.

Latest Entri :
Download Video Lebih Mudah Dengan aTube Catcher

khairunnisa ♥ said...

haha =.="
sempat lak ugut ckp nak hack.
tapi bila baca. sedih sebab ustzh
yg ajar mengaji time kecik
dah tak de. =') haha. ketawa lak
bila ingat cikgu silat suka sebut
"Aisyaaaaaa" bila dia buka lgkah
silat dia ^_^ g.luck weyy.

efa said...

SZ kreatif hehe good luck :)

cantekk said...

Good Luck, Selamat Hari Guru!



;-D

cucu umie said...

wow, mantap ah bro ucpan yg di buat..semoga berjaya ya..btw, bukan mudah untuk mendidik kn? perlu kesbrn dan prncgn..lla

LiFe KaMi said...

mesti pasni fafau ngn fbo tu taknak jawab panggilan org..hehe
selamat hari guru pada ibu kamu dgn abg dan kakak ipar kami yg mngajar di sek men syed ahmad k.nerang..:)

aLya maNip said...

memang mantap ar ucapan.hehe
selamat hari guru gak kat mak solihin n ayah solihin..hehe
papepun, gud luck utk contest nie.

f_aRa_aINa989 said...

good luck.. :)

ucapan yg best!